24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

26

Perutusan kepada

Para Pemegang Saham

Para pemegang saham yang dihormati

Bagi pihak Lembaga Pengarah United Malayan Land Bhd, kami dengan sukacitanya, membentangkan Laporan

Tahunan serta Penyata Kewangan Syarikat dan Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.

SECARA RINGKAS

Tahun 2005, menyaksikan kadar pertumbuhan ekonomi global mula menurun dan pertumbuhan ekonomi

Malaysia dinilai pada kadar selesa 5.3 peratus. Walau bagaimanapun, di sebalik keadaan ini, suka cita kami

melaporkan bahawa Kumpulan telah mencatat kejayaan yang cemerlang dengan peningkatan hasil Kumpulan

sebanyak 30 peratus dan profil pembangunan mewah kami juga bertambah baik. Tahun 2005, merupakan

tahun perkembangan dimana UM Land memasuki projek-projek usaha sama baru, pemajakan tanah serta

pelancaran sebuah bandar baru dan projek pembangunan khusus. Secara keseluruhannya, UM Land terus

berkembang maju memasuki tahun 2006 dengan perlaksanaan strategi baru telah dimulakan untuk

memperkukuhkan kedudukan Kumpulan dan mempertingkatkan reputasinya.

Kami dengan bangganya mengalukan pelantikan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tan Sri Dato’

Musa bin Hitam sebagai pengerusi baru kami. Para pemegang saham UM Land telah meluluskan pelantikan

beliau di mesyuarat agung luar biasa pada 26 Januari 2006. Dengan berdedikasikan masa dan semangat baru

dalam merangka semula pelan strategi 5-tahun, UM Land bersama pihak pengurusan dibawah pimpinan beliau

yakin dapat menjayakan perlaksanaan pelan strategi tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!