perspective perspective - ChartNexus
perspective perspective - ChartNexus
perspective perspective - ChartNexus
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
perutusan daripada pengerusi baru

19

Tahun 2006 menandakan permulaan fasa

kemajuan yang baru bagi UM Land. Pelantikan

saya sebagai pengerusi baru UM Land kini

seiring dengan perkembangan fasa baru ini.

Saya mendapati bahawa Kumpulan telah

berjaya memanfaatkan segala peluang yang

ada dalam kegiatan pembangunan usaha

sama dan khusus, untuk mewujudkan

bandar-bandar maju serta penginapan

eksklusif yang menawarkan impian gaya

hidup terkini. Pembangunan sebegini semakin

popular di pasaran urban moden. Maka

amatlah sesuai untuk UM Land mengorak

langkah baru untuk terus mengukuh dan

menyerlahkan kedudukan istimewa ini.

Saya merasa amat berbesar hati di atas

penghormatan yang telah diberi untuk

menerajui Kumpulan ke arah pencapaian baru

yang lebih dinamik.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para Pengarah dan semua ahli

organisasi atas kepercayaan dan keyakinan

yang telah diberikan kepada saya.

Saya berharapan untuk bekerjasama dengan

ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan

UM Land yang sungguh berkebolehan, untuk

terus mengekalkan kedudukan UM Land

sebagai sebuah organisasi yang progresif serta

pemaju yang terunggul.

YBHG TAN SRI DATO’ MUSA BIN HITAM

Pengerusi

UNITED MALAYAN LAND BHD