24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

194

Kami telah mengaudit penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 156 hingga 192. Penyata kewangan tersebut adalah

tanggungjawab para Pengarah Syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membentuk satu pendapat bebas, berdasarkan

audit kami, bagi penyata kewangan dan untuk melaporkan pendapat kami kepada anda, sebagai satu badan, selaras dengan Seksyen

174 Akta Syarikat, 1965 dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun di atas kandungan

laporan ini.

Kami menjalankan audit berdasarkan piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaian ini memerlukan kami

merancang dan menjalankan audit bagi mendapatkan jaminan munasabah bahawa penyata kewangan tersebut bebas daripada

salahnyata yang penting. Sesuatu audit merangkumi pemeriksaan, berdasarkan ujian, bukti yang relevan kepada jumlah dan

pendedahan dalam penyata kewangan. Sesuatu audit juga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran

ketara yang dibuat oleh para Pengarah serta penilaian tahap kecukupan keseluruhan pembentangan maklumat dalam penyata

kewangan. Kami percaya kerja pengauditan kami telah memberi asas yang wajar untuk kami memberikan pendapat.

Pada pendapat kami:

(a) penyata kewangan ini telah disediakan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan piawaian perakaunan yang

diluluskan oleh MASB yang diguna pakai di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai:

dan

(i) perkara-perkara yang dikehendaki oleh Seksyen 169 Akta Syarikat, 1965 untuk diuruskan di dalam penyata kewangan; dan

(ii) kedudukan hal ehwal Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2005 dan keputusan serta aliran tunai Kumpulan dan

Syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut;

(b) rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh Akta untuk disimpan oleh Syarikat dan

syarikat-syarikat subsidiarinya, telah disimpan dengan sempurna selaras dengan peruntukan Akta tersebut.

Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari yang telah disatukan dengan penyata kewangan Syarikat

adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar untuk tujuan penyediaan penyata kewangan yang disatukan dan kami

telah menerima maklumat dan penjelasan memuaskan yang diperlukan bagi tujuan tersebut.

Laporan audit bagi penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang syarat dan tidak merangkumi

sebarang ulasan di bawah sub-seksyen (3) Seksyen 174 Akta tersebut.

PRICEWATERHOUSECOOPERS DATO’ AHMAD JOHAN BIN MOHAMMAD RASLAN

(No. AF: 1146) (No. 1867/09/06 (J))

Akauntan Bertauliah Rakan Firma

Kuala Lumpur

20 April 2006

LAPORAN JURUAUDIT

Kepada Ahli-Ahli United Malayan Land Bhd (No. Syarikat 4131 M) (Diperbadankan di Malaysia)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!