24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

192

29 DAKWAAN MATERIAL (samb.)

(b) Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengeluarkan notis taksiran serta taksiran tambahan berkaitan cukai pendapatan

tahun sebelumnya bagi syarikat subsidiari, Bangi Heights Development Sdn Bhd. Taksiran ini sebahagian besarnya adalah

disebabkan oleh pengolahan cukai yang berbeza yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atas potongan

perbelanjaan permodalan faedah.

Kumpulan tidak bersetuju dengan taksiran serta taksiran tambahan dan telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya

Khas Cukai Pendapatan. Arahan penentuan telah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 22

November 2005 yang tidak membenarkan potongan perbelanjaan permodalan faedah tersebut. Kumpulan akan terus

mempertahankan kedudukannya terhadap taksiran serta taksiran tambahan tersebut dan akan memfailkan rayuan

kepada Mahkamah Tinggi.

Sementara menunggu resolusi bagi perkara-perkara di atas, Kumpulan telah membayar RM2.1 juta setakat 31 Disember

2005 dan telah mengambil kira jumlah yang telah dibayar sebagai perbelanjaan cukai di dalam penyata pendapatan.

30 PERISTIWA-PERISTIWA PENTING SELEPAS TARIKH LEMBARAN IMBANGAN

Pada 18 Januari 2006, Syarikat telah memasuki perjanjian pemegang saham dengan Bolton Berhad dan Acegoal Pte Ltd untuk

mentadbir sebuah syarikat usaha sama yang akan membangunkan sebuah projek kondominium (Alpine Return Sdn Bhd)

(“Usaha Sama Dicadangkan”). Usaha Sama Dicadangkan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (“FIC”).

Pada hari yang sama, Alpine Return Sdn Bhd, syarikat bersekutu yang dimiliki 35% oleh Syarikat, telah memasuki perjanjian jual

beli bersyarat dengan Bolton Berhad untuk mengambilalih sebelas (11) bidang tanah pegangan bebas yang bersempadan antara

satu sama lain, berukuran lebih kurang 17,383.207 meter persegi di sepanjang Jalan Mayang dan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala

Lumpur untuk jumlah balasan tunai sebanyak RM112.287 juta (“Pengambilalihan Dicadangkan”).

Pengambilalihan Dicadangkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut terlebih dahulu:

(a) kelulusan FIC;

(b) kelulusan pemegang saham Bolton Berhad; dan

(c) perolehan arahan pembangunan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

31 MAKLUMAT BERSEGMEN

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Penglibatan utama Kumpulan ialah di dalam industri pembangunan hartanah (Segmen utama). Semua aktiviti Kumpulan

dijalankan di Malaysia (Segmen kedua).

32 KELULUSAN PENYATA KEWANGAN

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005

Penyata kewangan telah diluluskan untuk penerbitan selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah pada 20 April 2006.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!