24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

29 DAKWAAN MATERIAL

191

(a) Pada 7 Oktober 1996, UM Leisure Sdn Bhd (“UM Leisure”), sebuah subsidiari milik penuh Syarikat, telah memasuki

Perjanjian Usaha Sama (“JVA”) dengan Ultrapolis 3000 Holding Bermuda Ltd (“UPH”), berkaitan dengan organisasi,

pengurusan dan pengendalian Agarta Universe Sdn Bhd (“Agarta Universe”) yang akan membangun dan menguruskan

Pusat Peranginan Taman Tema Agarta Universe berserta hotel bertema dan pusat membeli-belah di Bandar Seri Alam,

Johor, sebuah bandar yang sedang dibangunkan oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd (“Seri Alam”), iaitu sebuah syarikat

subsidiari milik penuh Syarikat.

Selaras dengan Perenggan 10.1(c) JVA, Syarikat telah mengeluarkan surat jaminan pembayaran bertarikh 3 Januari 1997

(“Surat Jaminan”) kepada Trans Resources Corporation Sdn Bhd (“TRC”) untuk menjalankan kerja-kerja tanah di atas

sebidang tanah, yang mana Pusat Peranginan Taman Tema Agarta Universe akan dibina, di bawah kontrak dengan

Sanwell Corporation (“Sanwell”), yang mana prinsipalnya ialah Agarta Universe. Sejurus itu, Seri Alam telah

menandatangani Perjanjian Pajakan bertarikh 9 Disember 1997 dengan Agarta Universe.

TRC telah mengemukakan satu tindakan writ di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Sanwell sebanyak

RM17,459,445 yang merupakan jumlah terhutang berhubung kerja-kerja tanah yang dikatakan telah dijalankan. TRC juga

membuat tuntutan terhadap Syarikat, sebanyak RM15,500,000 sebagai jumlah yang dikatakan belum dibayar oleh Syarikat

di bawah Surat Jaminan yang dinyatakan di atas.

Dalam tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Syarikat telah memfailkan tuntutan balas (“Tuntutan Balas”) terhadap

TRC, Sanwell, UPH dan Agarta Universe, yang memohon antara lain, akuan bahawa ia dibebaskan dari sebarang liabiliti

terhadap TRC di bawah Surat Jaminan dan perintah bahawa Agarta Universe hendaklah membayar ganti rugi kepada

Syarikat bagi semua akibat di bawah Surat Jaminan tersebut.

Sanwell memohon untuk menggantung tindakan tersebut atas dasar bahawa tuntutan TRC terhadapnya seharusnya

diselesaikan melalui timbangtara. Syarikat dan TRC membantah permohonan penggantungan Sanwell. Pada 19 Mei 1999,

suatu penggantungan (“Perintah Penggantungan”) telah diberi oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bagaimanapun,

Syarikat dan TRC membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Perintah Penggantungan tersebut. Pada 29

Jun 2000, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan TRC terhadap Sanwell berdasarkan pertimbangan permulaan

undang-undang dan mengenepikan Perintah Penggantungan tersebut. Melalui permohonan rayuan selanjutnya oleh

Sanwell, Mahkamah Persekutuan telah mengembalikan semula Perintah Penggantungan tersebut pada 20 Mei 2002.

Berdasarkan perintah Mahkamah Persekutuan, prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah ditangguh tanpa

tarikh dan kedudukan antara TRC dan Sanwell akan dirujuk kepada timbangtara.

Berikutnya, TRC memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan Perintah Penggantungan

(“Permohonan Pembatalan”). Permohonan Pembatalan telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April 2005 dengan

kos ditanggung oleh Sanwell.

Dengan pembatalan Perintah Penggantungan, pihak kepada guaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memulakan

perbicaraan ke atas tuntutan TRC serta Tuntutan Balas Syarikat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan

perbicaraan pada 25 Mei 2005 dan 26 Mei 2005.

Pada 25 Mei 2005, Syarikat dan TRC telah bersetuju, melalui surat antara peguam masing-masing, untuk membuat

penyelesaian di mana Syarikat akan membayar TRC jumlah sebanyak RM15,500,000 sebagai bayaran penuh dan

penyelesaian muktamad tuntutan terhadap Syarikat (Penyelesaian). Jumlah penyelesaian ini telah dijelaskan dalam

sepanjang tahun kewangan melalui gabungan wang tunai dan hartanah di Bandar Seri Alam berdasarkan syarat dan

peraturan yang dipersetujui. Satu perjanjian penyelesaian rasmi telah dimasuki pada 28 Disember 2005. Dengan perjanjian

ini, tuntutan terhadap Syarikat oleh TRC telah diselesaikan sepenuhnya.

Di samping itu, pengisytiharan berikut telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Mei 2005:-

(i) bahawa JVA antara UM Leisure dan UPH dibatalkan;

(ii) bahawa Perjanjian Pajakan di antara Seri Alam dan Agarta Universe ditamatkan; dan

(iii) bahawa Agarta Universe akan membayar ganti rugi kepada Syarikat bagi semua akibat di bawah Surat Jaminan

tersebut termasuk jumlah sebanyak RM15,500,000.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!