24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

166

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (samb.)

(i) Kemerosotan aset

Hartanah, loji dan peralatan serta aset bukan semasa lain, termasuk aset tak ketara, akan diteliti semula untuk kerugian

terjejas bila mana terdapat peristiwa atau perubahan keadaan yang menandakan bahawa nilai bawaan mungkin tidak

dapat diperolehi. Kerugian terjejas diiktiraf bagi nilai di mana nilai bawaan aset melebihi nilai yang dapat diperolehi. Nilai

yang dapat diperolehi adalah nilai yang lebih tinggi di antara harga jualan bersih dan nilai guna aset. Bagi tujuan menaksir

kemerosotan, aset dikumpulkan pada tahap terendah yang mana terdapatnya aliran tunai yang boleh dikenalpasti secara

berasingan.

Kerugian terjejas dicajkan ke penyata pendapatan kecuali jika ia membalikkan penilaian semula yang sebelumnya, di

mana dalam keadaan ini ia dicajkan ke rizab nilai semula. Sebarang peningkatan dalam nilai yang boleh diperolehi

berikutannya diiktiraf dalam penyata pendapatan kecuali jika ia membalikkan kerugian terjejas pada aset yang dinilai

semula di mana dalam keadaan ini ia dikreditkan ke rizab nilai semula.

(j) Penghutang dagangan

Penghutang dagangan dinyatakan pada nilai invois tolak elaun hutang ragu. Elaun diwujudkan apabila terdapat bukti

objektif bahawa Kumpulan tidak dapat memungut kesemua nilai yang terhutang mengikut syarat-syarat asal penghutang

tersebut.

Penghutang dagangan atas penjualan hartanah siap di bawah skim ansuran dicatatkan pada nilai saksamanya, yang

ditentukan dengan mendiskaun kesemua penerimaan masa depan menggunakan kadar faedah imput.

(k) Cukai pendapatan

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Perbelanjaan cukai semasa ditentukan mengikut undang-undang cukai di bawah bidang kuasa di mana Kumpulan

beroperasi. Ia termasuk semua cukai yang boleh dicajkan ke atas keuntungan kena cukai, dan cukai belum bayar bagi

keuntungan hartanah di atas pelupusan hartanah.

Cukai tertunda diiktiraf sepenuhnya menggunakan kaedah liabiliti berdasarkan perbezaan sementara yang timbul di

antara nilai yang berpunca daripada aset dan liabiliti untuk tujuan cukai dan nilai bawaannya di dalam penyata kewangan.

Aset cukai tertunda diiktiraf ke tahap di mana ada kemungkinan bahawa keuntungan kena cukai akan tersedia

berbanding dengan perbezaan sementara yang boleh ditolak atau kerugian cukai yang tidak diguna, boleh digunakan.

Cukai tertunda diiktiraf berdasarkan perbezaan sementara yang timbul dari pelaburan dalam syarikat subsidiari dan

syarikat bersekutu kecuali di mana penentuan masa pembalikan bagi perbezaan sementara boleh dikawal dan ada

kemungkinan perbezaan sementara ini tidak akan berbalik sejauh yang nampak pada masa depan.

Kadar cukai yang dikenakan atau sebahagian besar cukai yang dikenakan menjelang tarikh lembaran imbangan diguna

untuk menentukan cukai tertunda.

(l) Tanah dipegang untuk pembangunan hartanah

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005

Tanah dipegang untuk pembangunan hartanah terdiri daripada tanah yang tiada kerja pembangunan ketara atau di mana

kerja pembangunan tidak dijangka siap dalam kitaran operasi biasa. Tanah seperti ini dikelaskan sebagai aset bukan

semasa dan dinyatakan pada kos tolak kerugian terjejas terkumpul.

Kos tanah merangkumi harga pembelian tanah, yuran profesional, duti setem, komisyen, yuran pertukaran dan levi lain

yang relevan. Bila mana Kumpulan telah mencatatkan tanah tersebut di nilai penilaian semula sebelum ini, ia terus

mengekalkan nilai ini sebagai kos pengganti seperti yang dibenarkan oleh Piawaian FRS 2012004 “Aktiviti Pembangunan

Hartanah” (dulu dikenali sebagai MASB 32). Di mana terdapat petunjuk bahawa wujudnya kemerosotan, nilai bawaan aset

tersebut ditaksir dan diturunkan nilai ke nilai yang boleh diperolehi dengan segera. Lihat dasar perakauanan Nota 2(i)

mengenai kemerosotan aset.

Tanah yang dipegang untuk pembangunan hartanah dipindahkan ke “Kos pembangunan hartanah” (di bawah aset

semasa) apabila kerja pembangunan telah bermula dan dijangka siap dalam kitaran operasi biasa Kumpulan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!