24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (samb.)

(g) Hartanah, loji dan peralatan (samb.)

165

Susutnilai ke atas aset yang sedang dibina bermula apabila aset tersebut telah siap mengikut tujuan penggunaannya.

Bila mana wujudnya tanda kemerosotan pada tarikh lembaran imbangan, suatu analisis akan dilakukan untuk menaksir

sama ada nilai bawaan aset tersebut boleh diperolehi sepenuhnya. Penurunan nilai dibuat jika nilai bawaan melebihi nilai

yang boleh diperolehi. Lihat dasar perakaunan Nota 2(i) mengenai kemerosotan aset.

Dengan pelupusan sesuatu aset, perbezaan di antara hasil pelupusan bersih dan jumlah bawaannya dicajkan atau

dikreditkan ke penyata pendapatan. Dalam kes di mana tanah dinilai semula, nilai dalam rizab nilai semula tidak boleh

diagihkan yang berkaitan dengan tanah dinilai semula yang telah dilupuskan ini, akan dipindahkan ke rizab boleh

diagihkan.

Kos faedah atas pinjaman untuk membiayai pembinaan hartanah, loji dan peralatan dipermodalkan sebagai sebahagian

kos aset dalam tempoh masa yang diperlukan untuk menyiap dan menyediakan aset bagi tujuan kegunaannya.

(h) Pelaburan

(i) Syarikat subsidiari

Pelaburan dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada penilaian berdasarkan nilai aset ketara bersih syarikat

subsidiari, tolak kerugian terjejas terkumpul. Pengambilalihan syarikat subsidiari berikutan tarikh penilaian

dinyatakan pada kos sehingga penilaian semula yang akan datang. Penilaian akan dilakukan sekurang-kurangnya

sekali setiap lima tahun.

Peningkatan dalam nilai bawaan yang timbul dari penilaian semula pelaburan dalam syarikat subsidiari dikreditkan

terus ke ekuiti para pemegang saham sebagai rizab nilai semula tidak boleh diagihkan. Ke tahap di mana

pengurangan dalam amaun bawaan mengimbangi peningkatan sebelumnya, bagi pelaburan yang sama, yang telah

dikreditkan ke rizab nilai semula tidak boleh diagihkan dan berikutan itu tidak dibalikkan atau digunakan, ia

dicajkan ke rizab nilai semula tidak boleh diagihkan tersebut. Bagi semua perkara lain, pengurangan dalam nilai

bawaan dicajkan ke penyata pendapatan. Peningkatan dalam penilaian semula di mana ianya berkait terus dengan

pengurangan dalam nilai bawaan sebelumnya, bagi pelaburan yang sama, yang dicajkan ke penyata pendapatan akan

dikreditkan ke penyata pendapatan setakat mana ia mengimbangi pengurangan yang dicatatkan sebelumnya.

Bagi pelupusan syarikat subsidiari, perbezaan di antara hasil pelupusan bersih dan bahagian perkongsian Kumpulan

bagi aset bersih syarikat subsidiari akan dicajkan atau dikreditkan ke penyata pendapatan. Nilai di dalam rizab nilai

semula tidak boleh diagihkan yang berkaitan dengan syarikat subsidiari ini akan dipindahkan ke rizab boleh diagihkan.

Muhibah atas pengambilalihan yang telah dikreditkan atau dicajkan ke rizab modal yang timbul dari penyatuan dan

pendapatan tertahan akan ditolak sewaktu menentukan keuntungan atau kerugian atas pelupusan syarikat subsidiari.

Bila mana wujudnya tanda kemerosotan, nilai bawaan pelaburan dalam syarikat subsidiari akan ditaksir dan segera

dikurangkan nilainya ke nilai yang dapat diperolehi. Lihat dasar perakaunan Nota 2(i) mengenai kemerosotan aset.

(ii) Syarikat bersekutu dan pelaburan lain-lain bukan semasa

Pelaburan dalam syarikat bersekutu dinyatakan pada kos tolak kerugian terjejas terkumpul. Bila wujudnya tanda

kemerosotan, nilai bawaan pelaburan tersebut ditaksir dan diturun nilai ke nilai yang dapat diperolehi dengan segera.

Pelaburan dalam pelaburan lain-lain bukan semasa dinyatakan pada kos dan peruntukan untuk pengurangan nilai

akan dibuat, di mana mengikut pendapat para Pengarah, terdapatnya penurunan selain daripada sementara di dalam

nilai pelaburan tersebut, penurunan sebegini diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam tempoh di mana penurunan ini

dikenalpasti.

Bagi pelupusan pelaburan, perbezaan di antara hasil pelupusan bersih dan nilai bawaannya akan dicajkan atau

dikreditkan ke penyata pendapatan.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!