24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

164

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (samb.)

(e) Pengiktirafan hasil (samb.)

Dividen kasar daripada pelaburan dimasukkan ke dalam penyata kewangan apabila hak Syarikat untuk menerima

bayaran ditetapkan.

Pendapatan berikut diiktiraf atas dasar penerimaan:

- penyewaan pajakan kuari, penyewaan tanah pajakan dan penyewaan hartanah.

- yuran pengurusan dan yuran pengurusan projek.

- pendapatan faedah.

Faedah atas jumlah belum diterima daripada pembeli rumah diiktiraf dalam penyata pendapatan sebagai terakru.

Peruntukan dibuat untuk hutang ragu apabila kebolehpungutan faedah ini diragui.

(f) Kontrak pembinaan

Apabila kesudahan kontrak pembinaan dapat dianggarkan secara andal, hasil kontrak serta kos kontrak diiktiraf

sepanjang tempoh kontrak masing-masing sebagai hasil dan perbelanjaan. Kumpulan menggunakan kaedah peratusan

siap untuk menentukan jumlah hasil serta kos yang berpatutan untuk diiktiraf dalam tempoh tertentu; tahap penyiapan

diukur dengan merujuk kepada bahagian di mana kos kontrak ditanggung untuk kerja terkini yang dilakukan berbanding

anggaran keseluruhan kos kontrak.

Apabila kesudahan kontrak pembinaan tidak boleh dianggarkan secara andal, hasil kontrak diiktiraf hanya setakat kos

kontrak yang ditanggung yang mana ia berkemungkinan boleh dipungut; kos kontrak diiktiraf sebagai perbelanjaan

dalam tahun kewangan ia ditanggung.

Sama ada kesudahan kontrak pembinaan boleh atau tidak boleh dianggarkan secara andal, apabila terdapatnya

kemungkinan jumlah kos kontrak akan melebihi jumlah hasil kontrak, kerugian yang dijangkakan akan diiktiraf sebagai

perbelanjaan dengan segera.

Agregat kos ditanggung dan untung/rugi yang diiktiraf bagi setiap kontrak dibandingkan dengan bil berperingkat

sehingga ke akhir tahun kewangan. Bila mana kos ditanggung dan keuntungan yang diiktiraf (tolak kerugian yang

diiktiraf) melebihi bil berperingkat, baki akan ditunjukkan sebagai amaun dihutang oleh pelanggan bagi kontrak

pembinaan di bawah perdagangan dan lain-lain belum terima. Bila mana bil berperingkat melebihi kos ditanggung serta

keuntungan yang diiktiraf (tolak kerugian yang diiktiraf), baki akan ditunjukkan sebagai amaun terhutang kepada

pelanggan bagi kontrak pembinaan di bawah perdagangan dan lain-lain belum bayar.

(g) Hartanah, loji dan peralatan

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (samb.)

Tanah pegangan bebas dinyatakan pada kos atau penilaian.

Tanah pegangan bebas tidak disusutnilai kerana ia mempunyai tempoh hayat infinit.

Tanah pegangan bebas telah dinilai semula oleh para Pengarah berdasarkan penilaian profesional yang dilaksanakan oleh

penilai profesional bebas. Para Pengarah telah menerapkan piawaian FRS 1162004 “Hartanah, Loji dan Peralatan”, (dulu

dikenali sebagai MASB 15) yang dikeluarkan oleh Badan Piawaian Perakaunan Malaysia yang membenarkan aset-aset

tersebut dicatat pada penilaian mereka dalam tahun 1990 dan 1996. Selaras dengan itu, penilaian belum lagi dikemaskini.

Lebihan yang timbul dari penilaian semula dikreditkan ke rizab nilai semula tidak boleh diagihkan. Defisit yang timbul

dari penilaian semula dicajkan kepada rizab nilai semula tidak boleh diagihkan setakat lebihan sebelumnya yang

dikreditkan ke rizab nilai semula tidak boleh diagihkan bagi aset yang sama. Bagi kes-kes lain, pengurangan dalam jumlah

bawaan dicajkan ke penyata pendapatan.

Semua hartanah, loji dan peralatan lain dinyatakan pada kos tolak susutnilai terkumpul dan kerugian terjejas terkumpul.

Semua hartanah, loji dan peralatan lain disusutnilai mengikut dasar garis lurus sepanjang anggaran hayat berguna mereka,

yang diringkaskan seperti berikut:

Bangunan 5%

Perabot, kelengkapan dan peralatan 20% - 33.33%

Kenderaan bermotor 20%

Loji dan jentera 20%

Bangsal kuda dan peralatan ekuestrian 20%

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!