24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

162

1 AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

Aktiviti-aktiviti utama Syarikat adalah pegangan pelaburan dan peruntukan perkhidmatan pengurusan.

Aktiviti-aktiviti utama syarikat subsidiari Kumpulan adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 13 penyata kewangan.

Tiada perubahan penting dalam aktiviti-aktiviti tersebut sepanjang tahun kewangan.

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

Dasar-dasar perakaunan berikut telah digunakan secara konsisten dalam pengurusan perkara-perkara yang dianggap penting

berhubung dengan penyata kewangan.

(a) Asas penyediaan

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan berdasarkan kaedah kos sejarah (yang telah diubahsuai untuk

mengambil kira penilaian semula hartanah, loji dan peralatan tertentu serta pelaburan dalam syarikat subsidiari), kecuali

dinyatakan sebaliknya di dalam ringkasan dasar-dasar perakaunan penting ini.

Penyata kewangan ini mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia oleh Badan Piawaian Perakaunan

Malaysia (“MASB”) dan peruntukan Akta Syarikat, 1965.

Penyediaan penyata kewangan ini menurut piawaian perakaunan MASB yang diluluskan di Malaysia dan peruntukan

Akta Syarikat, 1965, memerlukan para Pengarah membuat anggaran serta andaian yang memberi kesan kepada jumlah

aset dan liabiliti yang dilaporkan serta pendedahan aset dan liabiliti luar jangka pada tarikh penyata kewangan serta

jumlah hasil dan perbelanjaan di sepanjang tahun kewangan yang dilaporkan. Walaupun anggaran ini dibuat berdasarkan

pengetahuan para Pengarah sebaiknya berkaitan peristiwa dan tindakan semasa, keputusan sebenar mungkin berbeza

daripada anggaran tersebut.

(b) Asas penyatuan

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005

Penyata kewangan yang disatukan merangkumi penyata kewangan Syarikat dan semua syarikat subsidiarinya sehingga

akhir tahun kewangan. Syarikat subsidiari adalah syarikat di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk melaksanakan

kawalan ke atas dasar-dasar kewangan dan operasi syarikat untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktiviti mereka.

Syarikat subsidiari disatukan menggunakan kaedah perakaunan pengambilalihan kecuali bagi syarikat subsidiari (seperti

dinyatakan dalam Nota 13 penyata kewangan) yang telah disatukan menggunakan kaedah perakaunan percantuman.

Syarikat subsidiari tersebut telah disatukan sebelum 1 Januari 2002 selaras dengan Piawaian Perakaunan Malaysia No. 2

“Perakaunan bagi Pengambilalihan dan Penyatuan”, yang merupakan dasar perakaunan yang diterima secara umum pada

masa tersebut.

Kumpulan telah menggunakan pengecualian di bawah Piawaian Pelaporan Kewangan (“FRS”) 1222004 “Gabungan

Perniagaan” (dulu dikenali sebagai MASB 21) untuk menerapkan Piawaian ini secara prospektif. Selaras dengan ini,

gabungan perniagaan yang dimasuki sebelum 1 Januari 2002 tidak dinyatakan semula bagi mematuhi Piawaian tersebut.

Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan, syarikat subsidiari disatukan dari tarikh kawalan dipindahkan kepada

Kumpulan dan tidak lagi disatukan dari tarikh tamatnya kawalan tersebut. Keputusan syarikat subsidiari yang diambilalih

atau dilupuskan sepanjang tahun kewangan dimasukkan dari tarikh pengambilalihannya sehingga ke tarikh

pelupusannya. Pada tarikh pengambilalihan, nilai saksama aset bersih syarikat subsidiari ditentukan dan nilai ini

digambarkan dalam penyata kewangan yang disatukan. Perbezaan antara kos pengambilalihan berbanding nilai saksama

saham Kumpulan bagi aset bersih yang boleh dikenalpasti milik syarikat subsidiari pada tarikh pengambilalihan

digambarkan sebagai muhibah atau muhibah negatif. Lihat dasar perakaunan Nota 2(d) mengenai muhibah atas

penyatuan. Kos pengambilalihan adalah jumlah tunai yang dibayar dan nilai saksama pada tarikh pengambilalihan bagi

pertimbangan pembelian lain berserta dengan perbelanjaan yang berpunca terus dari pengambilalihan tersebut.

Di bawah kaedah perakaunan percantuman, keputusan syarikat subsidiari dibentangkan seolah-olah percantuman telah

dilaksanakan di sepanjang tahun kewangan semasa dan sebelumnya. Kos pelaburan dalam percantuman ini dicatatkan

pada agregat nilai nominal saham ekuiti diterbitkan, tunai dan setara tunai serta nilai saksama bagi pertimbangan lain.

Perbelanjaan yang ditanggung berhubung percantuman ini diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan.

Dengan penyatuan, kos percantuman dibatalkan dengan penerimaan nilai nominal saham. Lebihan nilai bawaan

pelaburan berbanding nilai nominal saham yang diperoleh dianggap sebagai pengurangan rizab, manakala lebihan nilai

nominal saham yang diperoleh ke atas nilai bawaan pelaburan dianggap sebagai rizab yang timbul daripada percantuman

dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada ekuiti pemegang saham.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!