24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAKLUMAT BERKANUN BERKAITAN PENYATA KEWANGAN (samb.)

155

Tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah berkuatkuasa atau berkemungkinan akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua

belas bulan selepas akhir tahun kewangan, yang mana mengikut pendapat para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan

keupayaan Kumpulan atau Syarikat untuk memenuhi tanggungjawab mereka apabila tiba masanya.

Pada tarikh laporan ini, tidak wujud:

(a) sebarang caj ke atas aset Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan yang menjamin liabiliti manamana

pihak lain; atau

(b) sebarang liabiliti luar jangka Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan.

Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari akan adanya sebarang keadaan yang tidak diuruskan di dalam laporan atau

penyata kewangan ini, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan ini mengelirukan.

Pada pendapat para Pengarah:

(a) keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara,

urusniaga atau peristiwa penting dan bersifat luar biasa; dan

(b) dalam tempoh di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini, tidak timbul sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa

penting dan bersifat luar biasa yang berkemungkinan menjejaskan keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat dengan ketara

bagi tahun kewangan di mana laporan ini dibuat, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Nota 30 penyata kewangan.

MAKLUMAT KORPORAT

Syarikat merupakan sebuah syarikat awam dengan liabiliti terhad, yang diperbadankan dan bermastautin di Malaysia, dan tersenarai

di Papan Utama Bursa Malaysia Sekuriti.

Alamat pejabat berdaftar dan tempat kegiatan utama Syarikat adalah seperti berikut:

Suit 1.1, Tingkat 1

Kompleks Antarabangsa

Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Malaysia

Telefon : (603) 2142 1611

Faks : (603) 2142 1826

Laman web : http: //www.umland.com.my

JURUAUDIT

Juruaudit, PricewaterhouseCoopers, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk terus berkhidmat.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah, menurut resolusi mereka bertarikh 20 April 2006.

DATO’ NG ENG TEE DATUK NUR JAZLAN BIN TAN SRI MOHAMED

PENGARAH PENGARAH

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!