24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

98 MAKLUMAT PEMATUHAN TAMBAHAN (samb.)

Perkongsian juga telah memasuki perjanjian pengurusan bertarikh 7 Mac 2003 dengan Ascott International

Management (Malaysia) Sdn Bhd (“AIM”), anak syarikat CapitaLand Limited, iaitu pemegang saham utama

Syarikat, bertujuan mengambil dan melantik AIM untuk mengendali, menyelenggara, mengurus dan memasarkan

Perniagaan untuk dan bagi pihak Perkongsian. Sebagai balasan kepada perkhidmatan pengurusan yang akan

diberikan oleh AIM, Perkongsian telah bersetuju untuk membayar, antara lain, yuran-yuran berikut kepada AIM

bagi setiap tahun ia beroperasi semasa tempoh 5 tahun terawal dari tarikh permulaannya.

• 3% daripada jumlah hasil Pangsapuri Khidmat Somerset bagi tahun operasi tersebut;

• 10% daripada untung kasar operasi Pangsapuri Khidmat Somerset bagi tahun operasi tersebut, dan

• 5% daripada jumlah hasil Pangsapuri Khidmat Korporat bagi tahun operasi tersebut.

(ii) Perjanjian usaha sama dan pemegang-pemegang saham bertarikh 28 April 2004 di antara Syarikat dan Malaysian

Resources Corporation Berhad (“MRCB”) untuk mentadbir sebuah syarikat usaha sama, iaitu Suasana Sentral Two

Sdn Bhd (“SSTwo”), untuk projek pembangunan kondominium Suasana Sentral Loft di Kuala Lumpur Sentral.

(iii) Perjanjian penyewaan bertarikh 6 Oktober 2004 di antara Syarikat dan Tradewinds Corporation Berhad,

iaitu pemegang saham utama Syarikat. Perjanjian ini adalah untuk penyewaan ruang pejabat pada harga

RM34,326.60 sebulan selama 3 tahun, dari 1 Ogos 2004 hingga 31 Julai 2007.

(iv) Perjanjian pengurusan bertarikh 2 Januari 2005 di antara SSTwo, sebuah anak syarikat, dan CapitaLand Residential

Limited, sebuah pemegang saham utama syarikat. Perjanjian pengurusan ini adalah untuk tujuan pemerolehan

khidmat pengurusan pada harga 17,026 Dolar Singapura sebulan bagi tempoh di antara 1 Januari 2005 hingga

30 Jun 2005

(v) Perjanjian jual beli bertarikh 31 Mac 2005 di antara SSTwo dan Datuk Mohd Khamil bin Jamil bagi jualan

kondominum untuk balasan tunai sebanyak RM659,072. Datuk Mohd Khamil bin Jamil adalah bekas pengarah

Syarikat dan SSTwo.

(vi) Perjanjian jual beli bertarikh 31 Mac 2005 di antara SSTwo dan Pee Tong Lim bagi jualan kondominium untuk

balasan tunai sebanyak RM562,108. Pee Tong Lim adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat dan

Pengarah SSTwo.

(vii) Perjanjian jual beli bertarikh 5 April 2005 dan 9 Ogos 2005 di antara SSTwo dan Shahril Ridza bin Ridzuan bagi

jualan dua buah kondominium untuk jumlah balasan tunai sebanyak RM991,078. Shahril Ridza bin Ridzuan

adalah pengarah SSTwo dan MRCB, iaitu pemegang saham utama SSTwo.

(viii) Perjanjian jual beli bertarikh 11 April 2005 di antara SSTwo dan Dato’ Ahmad bin Hj Ibnihajar bagi jualan

kondominium untuk balasan tunai sebanyak RM416,505. Dato’ Ahmad bin Hj. Ibnihajar adalah pengarah MRCB.

(ix) Perjanjian jual beli bertarikh 12 April 2005 di antara SSTwo dan Wan Abdullah bin Wan Ibrahim bagi jualan

kondominium untuk balasan tunai sebanyak RM607,220. Wan Abdullah bin Wan Ibrahim adalah bekas pengarah

gilir SSTwo dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Syarikat.

(x) Perjanjian jual beli bertarikh 19 April 2005 di antara SSTwo dan Datuk Azlan bin Mohd Zainol bagi jualan

kondominium untuk balasan tunai sebanyak RM653,072. Datuk Azlan bin Mohd Zainol adalah pengarah MRCB.

(xi) Perjanjian jual beli bertarikh 25 April 2005 di antara SSTwo dan Abdul Rahman bin Ahmad bagi jualan

kondominium untuk balasan tunai sebanyak RM493,800. Abdul Rahman bin Ahmad adalah pengarah MRCB.

(xii) Perjanjian jual beli bertarikh 25 April 2005 di antara SSTwo dan Dennis Ng Yew Kim bagi jualan kondominium

untuk balasan tunai sebanyak RM672,592. Dennis Ng Yew Kim adalah anak kepada Dato’ Ng Eng Tee, iaitu

pengarah SSTwo dan pemegang saham utama serta pengarah Syarikat.

(xiii) Perjanjian jual beli bertarikh 28 April 2005 di antara SSTwo dan Ahmad Zaki bin Zahid bagi jualan kondominium

untuk balasan tunai sebanyak RM647,072. Ahmad Zaki bin Zahid adalah pengarah MRCB.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!