18.04.2013 Views

IKAN PELAGA - FRI

IKAN PELAGA - FRI

IKAN PELAGA - FRI

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

FOKUS

IKAN PELAGA

KE PASARAN GLOBAL

Oleh MOHAMAD ZAINI SULEIMAN

PENANGKAPAN ikan dari

habitat semula jadi, seperti ikan

pelaga, sepat, seluang, barb dan loach

sememangnya sudah lama wujud di

negara ini. Aktiviti ini dilakukan oleh

segelintir masyarakat orang asli dan

penduduk tempatan. Ikan ini dibeli

oleh peraih dengan harga yang murah

untuk dikumpulkan dan digredkan

berdasarkan saiz, kualiti dan jenis.

Apabila peluang pasaran eksport

dan permintaan yang semakin

meningkat dan terbuka luas, pengusaha

ikan hiasan lebih suka membiak sendiri

ikan hiasan di dalam kurungan. Bermula

dengan jenis yang biasa, iaitu ikan

emas, gourami dan sepat, mereka

membiakkannya di dalam tangki dan

membesarkan di dalam kolam tanah.

Walaupun beberapa jenis ikan

hiasan eksotik dihasilkan secara

komersial, iaitu membiakkannya di

18 DEWAN KOSMIK JUN 2012

dalam kurungan, jenis ikan liar

tempatan, seperti loach (sejenis belut

kecil), ikan pelaga, seluang (Rasbora

sp) dan barb yang bernilai tinggi

masih belum dapat dibiakkan secara

komersial. Kebanyakan jenis ikan ini

masih ditangkap terus dari perairan dan

habitat semula jadi.

Ikan yang sangat unik dalam famili

Belontidae, kebanyakannya hanya

boleh ditemui di Nusantara, seperti

Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan

dalam Fishbase (2012), di Malaysia

sahaja terdapat sebanyak 25 spesies

ikan pelaga liar, iaitu 12 spesies terdapat

di Semenanjung, lima spesies di

Sarawak dan empat spesies di Sabah.

Berdasarkan maklumat terkini

dalam internet, ikan pelaga mempunyai

peminat yang sangat banyak di seluruh

dunia, termasuk di Jerman, United

Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan

China. Ikan liar ini ditawarkan dengan

harga yang tinggi sehingga mencapai

RM70 sepasang, berbanding dengan

dua sen seekor pada tahun 1970-an.

Nama saintifik ikan pelaga ialah

Betta bellica. Dalam kalangan peminat

ikan pelaga ini dikenali sebagai “Slim

Betta”, “Slender Betta”, dan “Peaceful

betta”. Kini spesies ini sukar ditemui

di perairan semula jadi kerana

perubahan mutu air yang sangat ketara

menyebabkannya kian pupus.

Kawasan pedalaman dan hutan

paya gambut yang tidak tercemar sahaja

yang masih menyimpan khazanah yang

sangat berharga ini. Spesies Betta

bellica disenaraikan dalam Kesatuan

Antarabangsa bagi Pemuliharaan

Alam Semula Jadi (IUCN) sebagai

spesies yang terancam dan mengalami

kepupusan.

Ikan pelaga membesar sehingga

mencapai saiz maksimum 10 sentimeter

panjang. Selain itu, ikan ini tidak

bergaduh sesama sendiri seperti ikan

pelaga Siam (Betta splendens). Oleh

sebab itulah, ikan ini dikenali sebagai

“Betta Manja”.

Ikan ini lebih sesuai dipelihara di

dalam tangki yang mengandungi air yang

agak kekuningan. Air sedemikian boleh

disediakan dengan cara merendam

beberapa keping daun ketapang

kering ke dalam tangki ternakan untuk

menghasilkan air berwarna coklat. Ikan

ini juga sesuai dipelihara di dalam tangki

tumbuhan akuatik dan warnanya akan

lebih cantik dan bersinar.

Ikan hiasan ini merupakan pemakan

serangga dan bahan reput. Ikan ini agak

agresif dan gemar melompat keluar dari

dalam tangki ternakan sebagai langkah

menyelamatkan diri apabila diganggu.

Ikan ini mampu menyambar

mangsanya seperti serangga yang

sedang terbang atau hinggap pada

ranting tumbuhan dengan cara

melompat keluar dari permukaan air. Di

dalam makmal atau kurungan, ikan ini

menerima makanan formulasi, seperti

palet atau makanan kering.

Di habitat semula jadi, ikan pelaga

mampu hidup dan berkembang biak

dengan baik dalam keasidan air (pH)

sekitar empat hingga lima. Habitat paya

gambut yang mempunyai air kehitaman

dan masam amat sesuai untuk ikan ini

terus hidup.

Ikan jantan yang matang mempunyai

ciri yang sangat istimewa, iaitu sisik

berkilat, berwarna hijau, sirip anal dan

ekor yang lebih panjang berbanding

dengan induk betina.

Ciri istimewa yang tidak terdapat

pada ikan pelaga biasa (Betta

splendens) ialah sifatnya yang tidak

berlawan antara sama lain. Selain

warna badan yang cantik, mata ikan ini

berwarna biru berkilat dengan sirip ekor

yang panjang berbentuk nyalaan lilin,

serta sangat jinak dan makan di atas

jari pemiliknya.

Institut Penyelidikan Perikanan Air

Tawar, Glami Lemi, Jelebu, Negeri

Sembilan, telah mengumpul sampel

ikan hiasan asli yang berpotensi untuk

dikomersialkan di seluruh negara

semenjak tahun 2000.

Spesies utama yang dikenal pasti

berpotensi dikomersialkan dijinakkan

di dalam kurungan untuk dibiakkan,

seterusnya dilepaskan kembali ke dalam

perairan semula jadi atau dibekalkan

kepada penternak.

Sebanyak 282 spesies ikan air tawar

dianggarkan terdapat di seluruh negara.

Satu pertiga daripada jumlah ikan

tersebut didapati mempunyai potensi

dimajukan dan dikomersialkan sebagai

ikan hiasan di peringkat global.

Penternakan ikan hiasan di negara

ini sebenarnya mampu memberikan

pulangan sehingga 95 peratus

daripada jumlah pengeluaran ikan

hiasan negara melalui eksport ikan

ke pasaran global, seperti Amerika

Syarikat, Jepun, Perancis, Jerman dan

United Kingdom.

Pada masa ini, Asia mewakili

pasaran dunia sebanyak 59 peratus,

iaitu Malaysia muncul sebagai negara

pasaran dunia kedua sebanyak 7.87

peratus selepas Singapura sebanyak

22.7 peratus dalam industri ikan

hiasan. D K

Mohamad Zaini Suleiman, Pegawai Penyelidik

Kanan, Institut Penyelidikan Perikanan Air Tawar,

Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pengumpulan baka ikan pelaga penting untuk tujuan penyelidikan dan pembiakan

secara komersial.

DEWAN KOSMIK JUN 2012 19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!