Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Model Penyata Kewangan PERS - AXP Solutions
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Ruj. PERS

1.46(a) KUMPULAN MODEL SDN. BHD. (No. Syarikat 12345678-A)

(Diperbadankan di Malaysia)

DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA

1.8(e)

1.46(b),(c)

32.50(a)

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Kegiatan Pembangunan Hartanah

Tanah dipegang untuk pembangunan, dinyatakan pada kos ditolak kerugian penurunan nilai

terkumpul, jika ada, dan dikelaskan sebagai aset bukan semasa apabila tiada kerja pembangunan

dijalankan atau apabila aktiviti pembangunan tidak dijangka akan diselesaikan dalam kitaran

operasi biasa.

Kos pembangunan hartanah meliputi kos berkaitan dengan pengambilalihan tanah dan semua kos

yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti pembangunan atau kos yang boleh diperuntukkan

secara munasabah kepada aktiviti-aktiviti tersebut.

Kos pembangunan hartanah yang tidak diiktiraf sebagai perbelanjaan diiktiraf sebagai aset dan

dinyatakan pada yang lebih rendah antara kos dan nilai boleh realisasi bersih.

Lebihan hasil diiktiraf dalam penyata pendapatan berbanding pengebilan kepada pembeli

ditunjukkan sebagai terakru di bawah aset semasa dan lebihan pengebilan kepada pembeli

berbanding hasil yang diiktiraf dalam penyata pendapatan ditunjukkan sebagai pengebilan

berperingkat di bawah liabiliti semasa.

Hasil daripada jualan hartanah pembangunan diiktiraf berasaskan kepada kaedah “peratusan

penyiapan” berhubung semua unit yang telah dijual. Peringkat penyiapan ditentu berasaskan

kepada nisbah kos kontrak yang telah ditanggung bagi kerja yang telah dijalankan setakat tarikh

kunci kira-kira berbanding jumlah anggaran kos kontrak.

Apabila keputusan daripada aktiviti pembangunan tidak boleh dianggar dengan yakin, hasil

pembangunan hartanah akan diiktiraf hanya setakat kos pembangunan hartanah ditanggung yang

mungkin boleh dikutip semula dan kos pembangunan hartanah untuk unit-unit pembangunan

yang telah dijual diiktirafkan sebagai perbelanjaan pada tempoh ia ditanggung.

Sebarang kerugian yang dijangka daripada projek pembinaan, termasuk kos yang akan

ditanggung sepanjang tempoh liabiliti kecacatan, diiktiraf dengan serta-merta dalam penyata

pendapatan.

Inventori hartanah pembangunan yang telah siap dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara

kos dan nilai direalisasi bersih. Nilai realisasi bersih adalah anggaran harga jualan dalam urusan

perniagaan biasa, ditolak kos penyiapan dan perbelanjaan jualan.

Muhibah

Muhibah ditimbul dari pengambilalihan anak syarikat, adalah lebihan daripada kos penyatuan

perniagaan berbanding kepentingan Kumpulan dalam nilai saksama bersih aset dan liabiliti,

diukur mulanya pada kos dan diiktiraf sebagai aset. Muhibah diukur selanjutnya pada kos

ditolak pelunasan terkumpul dan kerugian penurunan nilai terkumpul, jika ada.

Muhibah dilunaskan mengikut asas garis lurus ke atas tempoh anggaran hayat sebanyak 15 tahun.

Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan sesebuah anak syarikat termasuk jumlah dibawa

muhibah berkaitan dengan anak syarikat yang dilupus.

Muhibah ditimbul dari pengambilalihan syarikat bersekutu dan entiti dikawal bersama

dimasukkan dalam jumlah dibawa pelaburan dan tidak dilunaskan.

19