22.12.2012 Views

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

20

FEATURE BEST OF BRUNEI

Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam,

berkenan berangkat bercemar

duli ketika berjunjung ziarah

melawat rumah Ketua

Kampung Belingus, Yang

Berhormat Haji Sulaiman bin

Ahad pada 14 Februari, 2008.

MUHIBAH

Golongan yang memerlukan dan serba kekurangan sememangnya mendapat

tempat istimewa di hati Baginda. Untuk memberi sokongan kepada

golongan ini, Baginda Sultan mengurniakan ‘Penyerahan Dokumen Agihan

Baki Wang Zakat Kepada Asnaf Fakir Miskin’ dan ‘Penyerahan Dokumen

Pelunasan Tunggakan Hutang Perumahan Kepada Asnaf Al-Gharimin’

untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat Baginda yang lebih

memerlukan, ke arah sasaran mulia menghapuskan sepenuhnya kemiskinan

di Negara Brunei Darussalam.

Baginda Sultan juga mengabdikan diri kepada menjaga kebajikan golongan

mualaf di negara ini. Di bawah rangka kerja yang disediakan kerajaan

Baginda, golongan mualaf diberikan bantuan mengerjakan haji secara

percuma sementara inisiatif-inisiatif lain termasuk menyediakan pendidikan

agama kepada mereka bagi merapatkan lagi jurang dengan umat Islam yang

lain. Program-program seperti ini menjadi inspirasi kepada pelbagai inisiatif

lain di serata dunia dan mencerminkan kepercayaan dan nilai-nilai peribadi

yang dipegang Baginda Sultan dalam menyebarkan agama Islam.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!