22.12.2012 Views

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

THE PEOPLE'S MONARCH - Royal Brunei Airlines

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Belas kasihan Baginda Sultan telah membawa kemakmuran kepada

rakyat Baginda. Baginda Sultan benar-benar menunjukkan contoh jelas

akan dedikasi Baginda sebagai pemerintah yang suka beramal jariah

dengan menyediakan khidmat perubatan, pendidikan dan perumahan

percuma serta mengecualikan rakyat Baginda daripada membayar cukai

pendapatan.

Untuk mengetengahkan sasaran membangunkan negara dan

memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Baginda

Sultan menubuhkan yayasan dana di bawah nama Baginda, iaitu Yayasan

Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 1992, dalam usaha untuk

memudahkan urusan amal jariah Baginda dan Keluarga DiRaja. Dana dari

yayasan ini disalurkan untuk menyokong projek-projek yang membawa

manfaat kepada masyarakat melalui lima komponen, iaitu pendidikan,

kebajikan, agama, pembangunan dan pembiayaan pengajian. Ini termasuk

menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar untuk menyambung

pengajian dalam bidang keagamaan sementara dari segi kebajikan untuk

menghapuskan kemiskinan tegar di dalam negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ketika menyempurnakan

ibadah korban sunat Baginda dan kerabat Baginda bersempena

Hari Raya Aidiladha tahun 1432 Hijriah. Ibadah korban

mempunyai banyak fadilatnya di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.

Ibadah korban juga merupakan kebajikan kerana setiap bulu

binatang yang dikorban itu merupakan pahala kebajikan bagi

mereka yang berkorban dan binatang korban yang dikorban

itu di akhirat nanti sebagai binatang tunggangan meniti titian

Siratal Mustaqim bagi orang yang berkorban.

JULY | AUGUST 2012 19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!