29.03.2019 Views

kerja tangan J

litzin kerja tangan isu J buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu J
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RIDHWAN

Untuk permulaan boleh kongsi kisah waktu kecil atau masa

sekolah tentang bagaimana mula kenal seni dan sastera?

AZRIQ

Saya tidak membesar dengan sastera. Saya membesar

dikelilingi oleh lukisan ayah saya, atau lebih tepat, saya

membesar dengan melihat lukisan. Dulu bilik lukisan ayah

berada di lantai bawah bersebelahan ruang tamu. Pintunya

asal berwarna oren (salah satu kuku jari kaki saya pernah

tersepit di pintu ini). Pada waktu malam, sebelum tidur,

saya akan turun cari ayah dan duduk melihatnya melukis.

Bilik lama ayah itu nak kata studio pun tidak kerana ia lebih

mirip sarang tikus. Majalah ‘Asia Today’ bergelimpangan di

atas lantai. Saya datang ke bilik ayah bukan kerana saya

teringin nak melukis (pendidikan seni adalah antara subjek

saya selalu gagal di sekolah). Saya cuma nak berbual

dengan ayah dan melihatnya bekerja. Ayah juga akan minta

saya berikan komentar walaupun cita rasa seni saya masa

itu hanya boleh pergi sejauh komik Tintin dan Asterix.

Pengalaman melihat ayah bekerja menggauli warna di atas

kanvas adalah pendidikan paling penting dalam hidup saya

sebelum saya kemudian belajar menggauli kata-kata di atas

kertas.

RIDHWAN

Lukisan bagaimana yang ayah anda bikin? Lebih realistik,

atau abstrak? Dan adakah secara tematik ada kelangsungan

(atau perlawanan) dari apa yang ayah anda lukis dengan

apa yang anda tulis? Ada tindakbalas tertentu secara sedar?

AZRIQ

Ayah gemar melukis pemandangan melalui medium akrilik.

Atau dia akan lukis abstrak. Bergantung pada mood dan

tuntutan kewangan (abstrak susah untuk dijual). Kalau ada

sebarang kelangsungan antara ayah dan saya ialah

keterbukaan kami pada karya dari luar negara. Ayah tidak

pernah melalui pendidikan formal untuk menjadi pelukis.

Dia belajar sendiri melalui buku dan majalah lukisan

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!