29.03.2019 Views

kerja tangan J

litzin kerja tangan isu J buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu J
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

IV

Bas awam sentiasa awal

pemandunya raikan lewat,

berdiri dalam keramaian, mesra

diteman nafas-nafas awam asing

(mungkin ini kuasa ruang)

tenteram ialah Mydin seberang

tempias indah gelap Sungai Klang

teriak pendatang berterabur separuh udara

siapa yang bersahabat dengan siapa?

siapa yang bermusuh dengan siapa?

dada gadis indonesia, taktik pasar

lebih menonjol berbanding selonsong fon

merah, hijau, kuning, dihidang pelbagai warna

mataku menjamah sebab untuk dekat

“Adik, adik…” aku tersipu, mereka ini

mahu pikat aku atas niat merakyat?

“Adik, meh, tengok boleh,”

bajunya boleh tahan singkat, “Beli

pun boleh…”

gelak, gelak: aku masih tidak tahu

bahagian yang lucu

mata yang lain memandang

jaket kulit lambang nazi di belakang,

dengan slogan, erm, Malay Power?

seluar baggy buat dek

dunia mereka bunyi dup-dap-dup-dup

fon telinga molek telangkup atas kepala

tee tengkorak Exploited merata, lengan singkat

(yang lelaki pakai baju perempuan?)

seluar meriah dengan patch Rancid,

bibir besar jelir lidah Rolling Stones

dilema: Nike Air Force atau Adidas Superstar?

Mana pemandu bas? Oh, mereka berasap

berbual garang, “Penguatkuasa patut ambil

tindakan!

Jalan Little India itu hanya nama, bukan

kepunyaan!”

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!