29.03.2019 Views

kerja tangan J

litzin kerja tangan isu J buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu J
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

lebih-lebih lagi hikmah) yang disampaikan secara fiksyen

dan puitis.

AZRIQ

Kegilaan pada fakta, pemikiran, dan ilmu (maksudnya

tulisan bukan fiksyen) berlaku secara meluas di zaman

sekarang kerana manusia semakin bergantung pada ‘realiti

semasa’ dan bukan realiti itu sendiri. Cuba lihat di dinding

Facebook: sepanjang masa ada video ringkas tentang

biografi, fakta sains, fakta sejarah, data-data luar biasa dll.

Pengguna rasa mereka menjadi lebih pandai kerana

sepanjang masa mereka mengumpul maklumat, sama

seperti komputer menyimpan maklumat. Tetapi adakah

mereka menggunakan maklumat ini? Adakah maklumat ini

membantu mereka mengenali jiran atau orang dari bangsa

lain? Paling penting: adakah mereka akan ingat maklumat

ini? Kita terlalu taksub nak berada dalam realiti semasa

sehingga kita makin menyimpang jauh dari realiti sebenar.

Hal ini tidak berlaku dengan karya fiksyen yang bagus. Di

permukaan, ya, fiksyen membawa kita ke dunia asing,

tetapi dengan mendekati dunia asing itu, kita menjadi lebih

peka terhadap dunia dan orang dalam kehidupan harian

kita. Jadi di zaman sekarang, saya percaya, kita lebih

memerlukan fiksyen sebenarnya.

RIDHWAN

Baik, mungkin sampai sini sesi interviu ini, ada amanat atau

kata-kata penutup?

AZRIQ

Tak ada amanat. Bak kata Redza Minhat himself: “Each work

is an opportunity to be sufficiently humble.”

15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!