29.03.2019 Views

kerja tangan J

litzin kerja tangan isu J buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu J
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

diterima seperti mikrofiksyen antaranya. Ada yang

beranggapan mikrofiksyen itu membazirkan kertas. Ada

pendapat tentang hal ini? Juga tentang bentuk-bentuk

sastera yang wujud lepas kewujudan internet.

Selain itu, kembali kepada kes membakar rumah tadi,

ada apa-apa barang yang boleh kita selamatkan atau

biarkan segalanya terus jadi abu?

AZRIQ

Tanggapan ini masih ada kerana pembaca merasakan

bahawa prosa dan puisi tidak ada hubungan sama sekali.

Padahal kesan puisi itu datang bukan daripada bentuk,

tetapi ruang. Setiap karya harus membuka ruang dalam diri

pembaca. Justeru kenapa mesti membataskan ruang

kepada langit dan awan? Bukankah ruang di dalam laci

meja juga mempunyai rahsia dan memori?

Bentuk ialah pakaian minda manusia. Cara kita

berfikir melalui filem berbeza dengan cara kita berfikir

melalui muzik. Internet adalah teknologi pemikiran paling

kompleks manusia pernah cipta. Fabrik dan warnanya

berubah sepanjang masa dan kita pun berubah sepanjang

masa. Saya fikir sastera masih ketinggalan dalam mentafsir

dan menterjemahkan kuasa teknologi ini. Satu novel saya

ingat yang asalnya bermula sebagai blog ialah “Spurious”

karangan Lars Iyer.

Apa salahnya pun kalau semuanya hancur menjadi

debu? Identiti bangsa Malaysia bukan terletak pada bahasa.

Tetapi makanan.

RIDHWAN

Makanan bagaimana yang anda suka? Ada restoran atau

kedai tertentu di KL atau Kedah atau di Penang?

AZRIQ

Makanan India, Barat, Padang, dan Siam. Apa-apa yang

bukan makanan laut sebenarnya. Tentang restoran, saya

akan sebut Kedah dahulu: Nasi Kandar Royale, Mee Abu,

Mee Syarif, Roti Canai Nasir. KL: Minang Saiyo, Chan

Abdullah, Nasi Lemak Bumbung, Jiran, Humble Chef.

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!