11.12.2018 Views

MarchLilypad2014_fullcompile

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sesi Soal Jawab FROG!

Get your Frog Questions Answered!

Saya melog masuk ke FrogAcademy sebagai

ibu bapa untuk kali pertama. Tetapi, saya

tidak boleh melihat profil anak saya di dalam

FrogAcademy. Bagaimana untuk

menghubungkan akaun saya dengan akaun

anak saya supaya saya boleh menugaskan

kuiz kepadanya?

Selalunya, akaun anak akan dipautkan secara

automatik kepada akaun ibu bapa.

Bagaimanapun, terdapat kes di mana ibu bapa

mendapati nama anak mereka tidak dipautkan

dan mereka tidak boleh melihat butiran lanjut

anak mereka di dalam FrogAcademy. Hal ini

mungkin berlaku kerana anak mereka telah

bertukar sekolah atau pihak sekolah telah

mengemaskini data anak mereka, dan

perubahan tersebut masih belum dipaparkan di

dalam FrogAcademy.

Bagi kes begini, anda boleh menambah nama

anak anda secara manual. Untuk berbuat

demikian, pastikan anda mempunyai nombor

sijil kelahiran atau nombor kad pengenalan

anak anda, ID Yes 1BestariNet anak anda dan

nombor telefon anda.

Untuk arahan lanjut tentang cara menambah

profil anak anda ke dalam akaun anda di dalam

FrogAcademy, sila KLIK DI SINI.

Minta bantuan! Saya ialah FrogAdmin dan

saya mengendalikan semua Dongle Yes di

sekolah saya. Saya terlupa salah satu kata

laluan Dongle tersebut - bagaimanakah cara

menetapkannya semula?

Jangan risau! Sebagai Pentadbir Frog, anda boleh

menetapkan semula kata laluan mana-mana

Dongle Yes di sekolah anda. Ikuti langkah berikut:

1) Log masuk ke dalam Frog VLE dengan akaun

Admin anda.

2) Klik ikon FrogDrive.

3) Klik tab Applications.

4) Pilih ikon Users dan kemudian klik tab Users.

5) Dalam menu ke bawah Choose option, pilih

Dongle.

6) Masukkan Yes ID dongle tersebut ke dalam kotak

Username/Nombor I.C. Klik butang Verify untuk

memastikan ID yang anda masukkan adalah sah.

7) Masukkan kata laluan baru dan klik Save untuk

mengemaskini kata laluan baru Dongle tersebut.

Saya seorang guru Tingkatan 1 dan beberapa

ID 1BestariNet pelajar saya telah hilang dari

pangkalan data VLE sekolah. Bagaimana saya

boleh menambah ID 1BestariNet mereka ke

dalam pangkalan data sekolah saya di bawah

kumpulan T1(Tingkatan 1)?

Kehilangan butiran beberapa pelajar Tingkatan 1

anda dari pangkalan data VLE sekolah anda

berlaku kerana pengekstrakan data APDM dan

proses peralihan sekolah (dari sekolah rendah ke

sekolah menengah) dilakukan secara

berperingkat. Tiada tarikh muktamad bila proses

ini akan selesai, kerana ia bergantung kepada

FrogAdmin di sekolah (rendah) terdahulu pelajar

anda. Mereka perlu mengeksport data pelajar

lama mereka supaya ia boleh dipindahkan kepada

sekolah baru pelajar tersebut. Oleh yang

demikian, masa yang diperlukan untuk data

pelajar Tingkatan 1 dipaparkan di sekolah baru

berbeza untuk setiap sekolah.

Saya seorang guru sekolah rendah dan saya

telah diminta untuk memindah keluar ID para

pelajar Tahun 6, 2014 saya ke sekolah menengah

mereka yang baru. Bagaimanakah cara

untuk melakukannya?

Berikut adalah langkah-langkah untuk memindah

keluar ID pelajar dari sekolah anda:

1) Log masuk dengan akaun Admin anda.

2) Klik ikon FrogDrive.

3) Klik tab Applications.

4) Klik ikon Users dan klik tab Users.

5) Pilih Transfer User dari menu ke bawah.

6) Dalam menu ke bawah User type, pilih Student.

7) Masukkan nama pengguna pelajar atau nombor

I.C. pelajar ke dalam ruangan yang disediakan dan

klik Verify untuk memastikan yang data telah

dimasukkan dengan betul.

8) Pilih Transfer Out dari menu ke bawah dan klik

Save untuk mengemaskini sistem.

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI

Anda ada soalan untuk

kami?

Hantarkan e-mel ke

hello@frogasia.com atau

hubungi kami melalui

Facebook.

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!