11.12.2018 Views

MarchLilypad2014_fullcompile

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bagaimanakah ibu bapa dan guru boleh membantu

pelajar agar lebih bersedia dalam berdepan

pembelajaran abad ke-21 ?

Guru boleh menayangkan video dari YouTube,

menjemput penceramah dari negara lain melalui

aplikasi Connected Classrooms, memberi tugasan di

atas talian, memberi kuiz ketika cuti sekolah dan

banyak lagi! Guru tidak perlu risau tentang ruang

simpanan kerana tiada had simpanan di dalam Google

Drive. Sistem Google Educator Group(GEG) pula

membolehkan guru dari serata dunia berkomunikasi

dan berkongsi idea. Ibu bapa mempunyai kelebihan

untuk mencari aplikasi yang boleh membantu anak

mereka belajar di laman seperti Chrome Webstore dan

FrogStore. Ia mudah digunakan dan kebanyakannya

ialah percuma! Mereka boleh melog masuk ke dalam

Frog VLE dan melihat status kerja rumah anak mereka

serta mencipta dokumen bersama-sama. Semuanya

sudah tersedia untuk mereka. Yang penting, sama ada

mereka mahu ataupun tidak.

Selain Google Science Fair dan Google Summer of

Code, apakah program lain yang disediakan oleh

Google for Education untuk guru dan pelajar di

Malaysia?

Kebanyakan program di Google adalah berskala

global. Paling membanggakan, beberapa projek oleh

pelajar sekolah dari Malaysia telah berjaya menarik

perhatian juri di dalam Google Science Fair. Selain itu,

program CS First membantu sekolah melaksanakan

pembelajaran sains komputer. Kami juga mempunyai

modul pembelajaran Computational Thinking yang

membantu guru menggunakan pelan pengajaran

pengkomputeran di dalam kelas. Ya,

program-program ini berkait rapat dengan sains

komputer namun ia juga melibatkan pemikiran

analitikal. Pelajar perlu melalui proses mencipta teori,

menguji teori, membuktikan teori dan membuat

keputusan.

Bagaimana dengan subjek lain seperti sastera,

sejarah, pendidikan seni dan bahasa?

Yang menariknya, modul Computational Thinking juga

bertujuan untuk membantu guru menyusun program

dan bahan pengajaran untuk subjek-subjek lain juga.

Google Art Project pula membolehkan pelajar atau

sesiapa sahaja menerokai hasil seni hebat dari seluruh

dunia secara maya.

Akhir sekali, apakah impian anda untuk dunia

pendidikan di Malaysia?

Saya berharap pelajar di Malaysia tidak perlu lagi

menggalas beg sekolah yang lebih besar dari tubuh

mereka! Alangkah bagusnya jika pelajar hanya perlu

membawa sebuah buku sahaja dan selebihnya ada di

dalam peranti atau di laman web. Ia satu langkah yang

praktikal dan saya harap ia akan menjadi kenyataan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkongsi

idea dan pendapat bersama pembaca Lilypad!

Sama-sama! Saya berbesar hati dapat berkongsi sedikit

sebanyak pendapat bersama pembaca Lilypad.

Klik untuk lebih info :

connected

classrooms

GOOGLE DRIVE

YES MAIL

FROG CONNECTED

CLASSROOMS

GOOGLE CPD UNTUK

GOOGLE DAN FROG

Teknologi

membolehkan kita

mencapai

lebih daripada apa yang kita

mampu capai sebelum ini.”

GOOGLE SCIENCE FAIR

GOOGLE SUMMER

OF CODE

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!