27.09.2018 Views

Natural Health May 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terrenganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

Cara didikan dulu vs sekarang

Ibu... ibu...

Engkaulah ratu hatiku

Bila kuberduka engkau hiburkan selalu

Ibu... ibu...

Engkaulah ratu hatiku

Saya tidak ingat bila saya mula mendengar lagu ini, tapi pada ketika itu, yang ada

dalam hati saya ialah ‘Oh! Ada lagu untuk ibu aku’. Bagi saya, perkataan ‘ibu’ tu

adalah merujuk kepada ibu saya kerana di kalangan orang-orang sekeliling saya, tidak

ada yang memanggil emak mereka ibu. Dek kerana kelainan panggilan tersebut, saya

terus menganggap bahawa ‘ibu’ hanya untuk ibu saya. Naif kan saya waktu itu?

Bercerita tentang ibu saya, dia seorang yang tegas mendidik anak, terutama jika

melibatkan pelajaran. Saya pernah dipukul kerana tidak pandai menulis jawi. Pada

masa itu umur saya lima tahun, iaitu semasa saya bersekolah tadika. Tidak perlulah

saya nyatakan jenis pukulan yang saya dapat kerana mungkin nanti dianggap sebagai

mendera. Tapi, jujur saya katakan disebabkan hasil didikan sebegitulah saya menjadi

seperti sekarang, di mana sehingga kini saya masih dapat menulis dalam bahasa jawi

dengan cepat. Itu antara cara didikan yang diterapkan oleh ibu saya (selaku orang

lama). Tentunya, amat berbeza sekali dengan cara didikan moden kini. Biar apapun

cara didikan yang anda terapkan untuk anak-anak anda, sebagai ibu bapa tentu anda

mahu memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Saya sendiri belum tahu lagi

cara didikan mana yang perlu saya praktikkan pada anak-anak; mungkin

cara lama bercampur dengan cara

moden. Siapa tahu?

Selamat Hari Ibu!

Nazrah

PENA PENGARANG

Ralat:

Sampel ujian kehamilan Clearblue percuma untuk 50 penyertaan terawal sebelum

31 Mei 2017 (seperti yang diterbitkan dalam MamaPapa April 2017 halaman kulit belakang)

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh rujuk pada iklan Clearblue dalam

MamaPapa Mei 2017 (m/s 05)

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Dr Fahisham Taib

Dr Natasha Ain Mohd Nor

Fairul Desa

Noraini Ismail

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia

Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk juga

tidak bermakna pihak penerbitan menyokong atau

menolak penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Boleh didapati di

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2017. AcePremier.com Sdn Bhd.

Isi Kandungan

PAKAR KAMI

Mei 2017

PENGHIAS KULIT:

Cassia Nur Iman & Rayyan Nur Iman

TETAP

9 Gaya Si Manja

Kongsikan Gambar Menarik Si Comel

10 Tanya Pakar

Ajukan Masalah Anda

11Untuk MamaPapa &

Si Manja

Apa Produk Terbaru

12Aktiviti Si Kecil

Kongsi Gambar Anak

MAMAPAPA

13

Istimewa Hari Ibu

Cara Didikan Ibu Bapa:

Dahulu & Sekarang

17 Fertiliti & Konsepsi:

Dinding Rahim Nipis

Dr Natasha Ain Berkongsi tentang

Punca & Rawatan Dinding Rahim

Nipis

22 Alam Berpantang:

Minggu Awal Selepas Bersalin

Apa Perlu Buat pada Enam Minggu

Pertama Selepas Bersalin

24 Pemakanan: Panduan

Pemakanan Sihat untuk

Kanak-kanak

Makanan yang Perlu diberikan

kepada Anak Anda

Panduan Keluarga:

27 Pedofilia

Selamatkah Anak Kita?

28 Tips

Tips Mengemas Rumah

MANJA

31 Perkembangan

Si Manja

0-24 Bulan~ Bonding Time

Mama & Bayi

2-4 tahun~ Kesihatan Sistem

Penghadaman

33 Penjagaan Si

Manja: Memilih Katil Bayi

Tips sebelum Membeli Katil Bayi

34 Bacakan!: Si Itik

yang Hodoh

Apa Kesudahan Cerita Anak Itik

Hodoh?

36 Resipi Pilihan: Hidangan

Khas untuk Ibu

Hadiah Masakan Sempena Hari Ibu

38 Bersama Pakar:

Penggunaan Antibiotik

Ubat Antibiotik dari Kaca Mata

Doktor

GAYA HIDUP

41Buku Bulan Ini

Tambah Ilmu tentang

Alam Keibubapaan

SITU! SANA! SINI!

42Klik-klik

Ketahui Perkembangan Terkini

20 9 Bulan: Manjakan

Tubuh Semasa Hamil

Bolehkah Pergi ke Spa Semasa

Hamil?

Advertorial

Bagi Pasangan yang Sedang

Merancang untuk Hamil

Tahukah anda bahawa salah satu penyebab

wanita lambat hamil adalah kerana ‘bersama’

pasangan pada hari yang salah? Dan, tahukah

anda bahawa suhu badan asas anda hanya

meningkat selepas ovulasi? Ini bermakna

persetubuhan selepas ovulasi tidak banyak

membantu konsepsi dalam kitaran tersebut.

Justeru itu, penting bagi setiap wanita yang sedang

merancang untuk hamil mengetahui akan hari ovulasi

mereka bagi meningkatkan peluang kehamilan. Cara

yang tepat untuk mengetahui hari ovulasi adalah dengan

menggunakan kit ujian kesuburan. Berikut merupakan

soalan-soalan yang selalunya ditanya oleh pasangan yang

sedang cuba untuk mendapatkan anak.

Bila saya boleh mula melakukan ujian?

Sebelum melakukan ujian, perkara penting yang anda

perlu lakukan adalah mengira tempoh kitaran haid anda

kerana kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza.

Terdapat hanya beberapa hari dalam setiap kitaran yang

membolehkan anda hamil, iaitu sebelum hari ovulasi,

semasa hari ovulasi dan sehari selepas hari ovulasi. Ujian

boleh dilakukan beberapa hari sebelum ovulasi. Bagi

memastikan lonjakan LH (Luteinising Hormone) dalam air

kencing anda boleh dikesan pada ujian tersebut, anda

haruslah menahan daripada membuang air kecil sekurangkurangnya

4 jam sebelum menjalankan ujian ovulasi.

Bagaimana ujian kesuburan

boleh memaksimakan peluang

saya untuk hamil?

Ujian kesuburan akan mengesan lonjakan LH yang tinggi

pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi. Ketika inilah

tubuh anda berada dalam keadaan paling subur. Peluang

anda untuk hamil tinggi jika anda melakukan hubungan

intim pada hari tersebut. Clearblue Digital Ovulation

Test adalah jenama kit kesuburan yang boleh dipercayai

untuk mengesan lonjakan LH, sekali gus memaksimakan

peluang anda untuk hamil.

Bagaimana Clearblue Digital Ovulation

Test berfungsi?

Clearblue Digital Ovulation Test membantu anda

mengenal pasti dua hari paling subur dalam kitaran haid

anda dengan mengesan kehadiran lonjakan LH dalam

ujian air kencing. LH ialah hormon yang tercetus apabila

telur keluar dari ovari anda. Jika hormon ini dikesan,

bermakna ovulasi anda akan berlaku 24 hingga 36 jam

selepas lonjakan hormon. Manfaatkan tempoh ini untuk

meningkatkan peluang kehamilan anda.

Bagaimana menggunakan Clearblue

Digital Ovulation Test?

Kit kesuburan ini amat mudah digunakan. Ia memberi

jawapan yang jelas dalam bentuk digital, dengan ketepatan

sehingga 99%. Dalam masa tiga minit sahaja, anda boleh

mengetahui keputusannya, iaitu (◦) untuk ‘tiada lonjakan

LH’ atau () untuk ‘lonjakan LH yang positif’.

Bagaimana pula untuk mengetahui jika

saya berjaya hamil?

Selain ujian kesuburan, Clearblue turut mengeluarkan

Clearblue Digital Pregnancy Test Kit with

Conception Indicator. Untuk mengetahui sama

ada anda berjaya hamil, gunakan kit kehamilan ini bagi

mengetahui keputusan yang jelas dan tepat tentang

kehamilan anda. Anda juga boleh melakukan ujian ini lebih

awal, iaitu seawal empat hari sebelum kedatangan haid

anda. Clearblue Digital Pregnancy Test Kit with

Conception Indicator adalah cukup sensitif untuk

mengesan hormon kehamilan, hCG dalam air kencing

anda. Malah, anda juga boleh mengetahui usia kehamilan

dengan menggunakan kit ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di info@germax.com.my atau 03-6151 6629

Advertorial

Tiada Lagi

Kebocoran

Lampin

RM19 untuk satu pek & RM29 untuk dua pek

Semakin meningkat usia si manja anda, dia akan menjadi semakin lasak. Ketika ini, ramai

ibu bapa yang mula mencari lampin baru yang sesuai mengikut usia dan keaktifan anak

mereka. Seiring dengan keaktifan bayi, ibu bapa perlu memilih lampin yang sesuai yang dapat

memberikan keselesaan kepada si manja.

Ramai ibu bapa yang mengalami masalah untuk memilih

lampin pakai buang yang sesuai buat si manja. Selain faktor

harga, keselesaan juga menjadi kriteria utama dalam memilih

lampin pakai buang terbaik untuk anak anda. Bagi si manja

yang sedang membesar, mereka memerlukan lampin yang

selesa dan memudahkan pergerakan mereka.

TOLLYJOY DIAPER PULL UP PANTS –

MUDAH UNTUK ANDA, SELESA UNTUK BAYI

Bayi yang sedang membesar pasti akan lebih aktif, dan

semestinya mereka mahukan lebih kebebasan serta

keselesaan semasa belajar merangkak, bertatih, berjalan

dan menari. Justeru itu, lampin pakai buang yang bagus

memainkan peranan yang penting. Tollyjoy memperkenalkan

lampin seluar pakai buang (Diaper Pull Up Pants) yang

direka khusus bagi memberikan kesenangan untuk anda

dan si manja.

Setiap lampin seluar pakai buang Tollyjoy dilengkapi dengan

lapisan acquisition distribution layer (ADL) bagi kesan

penyerapan yang lebih pantas dan efisien yang bukan sahaja

mengelakkan lembapan malah memastikan si manja anda

sentiasa kering. Ia juga didatangkan dengan penahan tepi

kebocoran bagi mengawal kebocoran – bagus untuk si

manja yang aktif dan pemakaian yang lebih lama.

Kebanyakan ibu bapa pasti setuju bahawa masa penukaran

lampin amat mencabar, terutamanya jika si manja anda

sangat aktif! Tollyjoy Diaper Pull Up Pants amat mudah untuk

dipakai, dengan bahagian pinggang berkontur fleksibel serta

sisi elastik lembut yang sesuai dengan padanan selesa di

pinggang bayi anda – selamat tinggal kepada masa sukar

dengan perekat lampin pakai buang. Anda juga tidak perlu

risau jika ianya terlalu ketat dan menghalang pergerakan si

manja anda ketika bermain.

Ciri-ciri lain yang ada pada Tollyjoy Diaper Pull Up Pants:

• Nipis, ringan dan mempunyai pernafasan dengan lapisan

seperti kapas, membolehkan pengudaraan bagi melindungi

kulit sensitif bayi

• Didatangkan dengan jalur indikasi yang akan berubah

warna jika lampin basah dan perlu ditukar

• Didatangkan dengan pita pembuangan bagi memudahkan

proses pelupusan lampin kotor

Tollyjoy Diaper Pull Up Pants terdapat dalam saiz M (7-

10kg), L (9-13kg) dan XL (13-17kg). Alami pengalaman masa

penukaran lampin baru dengan Tollyjoy Diaper Pull Up Pants.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.tollyjoy.com.sg atau www.facebook.com/tollyjoymalaysia

GAYA SI MANJA

PERMATA HATI

Adakah anak anda berusia antara 1 bulan hingga 35 bulan? Jika ya, hantarkan gambar terkini si manja anda kepada

majalahmamapapa@gmail.com atau facebook: MajalahMamaPapa berserta nama, umur dan tempat tinggal.

Rayhan Maleeq

7 Bulan (Kuala Lumpur)

Nura Cheryl

5 Bulan (Kuala Lumpur)

Muhammad Ammar Daniel

Mohd Hakimi

7 Bulan (Bedong, Kedah)

Nor Qhaireen Sofeeya

Mohd Norulddin Ezral

11 Bulan (Kuala Lumpur)

Snap &

Menang

Hadiah

istimewa dari

Hadiah Utama:

Hamper Tollyjoy bernilai

RM150

5x Hadiah Saguhati:

Hamper Tollyjoy bernilai

RM100 setiap satu

Ayra Medina Muhamad Hafizal

7 Bulan (Setia Alam, Selangor)

Wan Mohamed Asfa Mikail

Wan Mohd Azwan

9 Bulan (Kota Bharu, Kelantan)

MamaPapa | Mei 2017

9

TANYA PAKAR

Kesan ubat Clomid

S: Hai doktor. Saya Ina dari Perak. Saya dan suami

sedang cuba untuk mendapatkan anak. Saya ingin

tahu, apakah kesan yang akan saya terima jika

mengambil ubat kesuburan seperti Clomid?

Sawan tarik

S: Boleh terangkan tentang sawan tarik?

Apakah punca-puncanya dan bagaimana untuk

mengubatinya? Jika kanak-kanak itu pernah

mengalami sawan tarik, adakah kemungkinan

untuk dia mengalami semula penyakit ini? Terima

kasih atas penjelasan doktor.

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

Konsultan Pediatrik

Deman sawan atau sawan tarik

adalah disebabkan oleh suhu

badan yang meningkat secara

mendadak di kalangan kanakkanak

berusia 6 bulan sehingga 6 tahun. Sawan tarik

biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua

selepas demam bermula. Apabila sawan berlaku,

ibu bapa dinasihatkan untuk meletakkan anak pada

posisi mengiring ke kiri dan tidak memasukkan

sudu atau bahan-bahan keras ke dalam mulut.

Jikalau sawan melebihi 5 minit, anak perlu dibawa

ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan.

30% kanak-kanak yang pernah mengalami sawan

tarik akan mengalami sawan tarik berulang. Namun

demikian, risiko golongan kanak-kanak ini untuk

mengalami Epilepsi tidak lebih tinggi daripada

golongan kanak-kanak biasa.

Dr. Agilan Arjunan

Pakar Kesuburan/ Pakar Perunding

Obstetrik & Ginekologi

Hai Ina. Clomid adalah ubat untuk

meningkatkan kadar dan mungkin

jumlah telur yang membesar

semasa kitaran haid wanita. Biasanya tiada sebarang

kesan sampingan jika mengambil ubat berkenaan.

Walau bagaimanapun, kadangkala wanita juga

mengalami kesan sampingan Clomid bergantung

kepada dos ubat Clomid yang diambil. Kesan

sampingan yang paling utama adalah penglihatan

yang kabur. Jika perkara ini berlaku, berhenti makan

ubat berkenaan dan terus berjumpa doktor untuk

pemeriksaan lanjut. Kesan sampingan lain adalah

seperti loya atau muntah, rasa panas badan (hot

flushes) dan sakit payudara. Nasihat saya adalah

untuk mengambil Clomid jika ia diberi oleh pakar

fertiliti selepas mengetahui kesesuaian ubat itu

untuk kes Ina. Jangan mengambil ubat Clomid tanpa

dipantau oleh doktor. Semoga nasihat ini dapat

membantu Ina.

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

10 MamaPapa | Mei 2017

untuk mamapapa & si manja

Nankid® Optipro® Ha 3 dengan protein

Protein merupakan komponen asas bagi struktur sel yang

amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan badan

kanak-kanak yang sedang membesar. Sedar akan keperluan

protein untuk tubuh kanak-kanak, Nestle memperkenalkan

Nankid® Optipro® Ha 3 yang mengandungi protein termaju

daripada Nestle. Gabungan tiga protein; Optiprogressor,

Optiprotector dan Optiprofessor dalam susu Nankid®

Optipro® Ha 3 menggunakan teknologi hidrolisis, di mana

protein susu dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil bagi

membolehkannya mudah dihadam dan diserap tubuh.

Bugaboo perkenal koleksi Niark1

Jenama stroller terkemuka, Bugaboo memperkenalkan

koleksi edisi terhad terbarunya, Bugaboo by Niark1.

Koleksi ini merupakan kolaborasi bersama pereka grafik

Perancis, Sebastien Feraut aka Niark1. Terkenal dengan

ilustrasi berwarna-warni, Niark1 menampilkan koleksi

raksasa terkenalnya iaitu ‘Monsters on the Move’.

Koleksi ini boleh digunakan bersama dengan stroller

Bugaboo baru atau sedia ada untuk memberi nafas

baru kepada stroller si manja anda. Koleksi ini terdapat

dalam dua cetakan- Breezy Sun Canopy berwarna biru

yang dijual dengan harga RM600 dan Tailored Fabric

Set dengan warna hitam, berharga RM850. Koleksi

ini mula dijual bermula April 2017 pada tempoh yang

terhad di Bebehaus, First Few Years dan Mothercare.

Bebas gigitan serangga,

tiada lagi kerisauan!

Ramai ibu bapa yang takut untuk menggunakan produk

pencegah serangga kerana dikhuatiri akan membahayakan

keluarga mereka terutama bayi dan kanak-kanak. Ya, persepsi

ini sukar ditolak kerana kebanyakan produk pencegah serangga

mengandungi sejenis bahan aktif iaitu DEET. DEET boleh

menyebabkan kesan neurotoksik yang serius dan iritasi pada

kulit anak kecil. Berbeza dengan Mosi-guard Natural® , produk

pencegah serangga ini adalah selamat untuk digunakan oleh

seisi keluarga termasuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Mosiguard

Natural® adalah bebas DEET dan diperbuat daripada

ekstrak bahan semula jadi, Citriodiol®- iaitu bahan berasaskan

tumbuhan yang dikenali sebagai Minyak Lemon Eucalyptus.

Produk ini memberikan perlindungan melebihi 8 jam, tanpa

toksik dan telah diuji secara saintifik. Ia dijual dalam jenis

semburan, batang dan roll-on.

KINI

DENGAN

PEK BARU!

MamaPapa | Mei 2017

11

AKTIVITI SI KECIL

Syoknya

Kongsikan bersama kami aktiviti anak anda di

waktu senggang. Hantarkan gambar si kecil

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook: MajalahMamaPapa / instagram: Majalah

MamaPapa berserta kapsyen menarik.

Kerlas tak spek

mata I? #ootd

#cassianakjalan

Cassia Nur Iman

Muhammad Fazil

Best juga layan

lagu dangdut ni.

Comel tak saya

pakai tudung?

Sedapnya aiskrim ni.

Nak beli lagi la nanti.

Uzair

Mohd Hafizul Fazly

Nuraisya Saffiyyah

Noorazrin

Asiya Adeena

Abdul Rahman

Siapa nak ikut saya

pergi shopping?

Mama! Qawy dah

pandai bawa kereta.

Jom jalan-jalan!

1, 2, 3

Posing

Hadiah istimewa

bernilai RM100

Zara Mikhayla Delisya

Muhamad Adam Qawy

Muhamud Saktri Julung

12 MamaPapa | Mei 2017

ISTIMEWA HARI IBU

Cara Didikan

Ibu Bapa:

Dahulu &

Sekarang

pengalaman berbeza

tiga wanita

“Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan

keadaan kamu sekarang, kerana mereka telah

dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman

kamu.” –Saidina Umar al-Khattab

MamaPapa | Mei 2017

13

ISTIMEWA HARI IBU

Siapa tak sayang anak? Semua ibu

bapa inginkan yang terbaik buat

anak mereka. Namun dalam tidak

sedar, yang dirasakan cara didikan

yang betul itu sebenarnya boleh

merosakkan kanak-kanak.

Zaman sekarang ini, ramai ibu-ibu

yang ‘bermasam muka’ dengan anak

atau menantu kerana percanggahan

pendapat dalam membesarkan

anak-anak. Ada ibu bapa yang tidak

setuju dengan cara merotan anakanak

sekarang biarpun bagi tujuan

mendidik, dan rata-rata ibu bapa

moden kini mengambil pendekatan

psikologi dalam mendidik anak.

Perbezaan cara didikan beginilah

yang sering mengundang perbalahan

antara ibu bapa dulu dan sekarang.

Memetik kata-kata Saidina Umar

al-Khattab, seperti yang disebutkan

di halaman sebelum ini, dapat

disimpulkan bahawa konsep dan cara

didikan anak perlu seiring dengan

keadaan dan perubahan semasa,

atau dalam erti kata lain ialah cara

didikan anak perlu mengikut zaman.

Justeru, ibu bapa perlu memahami

konsep ini dalam melaksanakan cara

didikan untuk anak-anak. Walau

bagaimanapun, kita tidak boleh

nafikan bahawa ada sesetengah

cara didikan orang lama yang masih

perlu dikekalkan dan diamalkan pada

zaman ini.

Jadi, sempena Hari Ibu tahun ini, kami

kongsikan dengan anda pengalaman

tiga ibu bersama ibu masing-masing

tentang topik Cara Didikan: Orang

Dulu & Sekarang.

Cara moden membantu - NUR

ANIRA ASYIKIN HASHIM, 27,

PELAJAR PHD

Terpaksa membesarkan anak di

luar negara demi tuntutan belajar

sedikitpun tidak mematahkan

semangat Nur Anira Asyikin Hashim,

untuk memberikan didikan yang

terbaik buat bayi lelakinya. Meskipun

terpaksa berjauhan dengan keluarga,

namun, ibu yang mesra disapa sebagai

Anira ini masih akan menghubungi ibu

atau ibu mertuanya bagi mendapatkan

bimbingan mengenai cara didikan

anak. Baginya, ilmu didikan anak amat

luas dan tidak hanya tertumpu kepada

cara didikan moden sahaja.

“Saya sedar bahawa ilmu keibubapaan

sangat luas dan tiada silibus tertentu

yang boleh diikuti. Jadi, saya

mengambil pendekatan belajar

daripada pengalaman ibu dan mertua.

“Walau bagaimanapun, saya juga

mengamalkan kaedah didikan moden

kini. Perubahan zaman memudahkan

saya untuk merujuk cara didikan

terkini melalui majalah dan internet

sebagai alternatif untuk mendapatkan

informasi,” katanya yang kini sedang

melanjutkan pengajian ijazah doktor

falsafah di salah sebuah universiti di

United Kingdom.

Tambahnya lagi, persediaan

menimang cahaya mata sulung turut

dilakukan bersama suami dengan

memuat turun aplikasi-aplikasi

kehamilan, perkembangan bayi dan

keibubapaan yang terdapat dalam

telefon pintar. Ibu kepada Muhammad

Haryz Nadzim ini juga mengakui

bahawa banyak informasi dan idea

tentang alam keibubapaan boleh

didapati di hujung jari sahaja.

14 MamaPapa | Mei 2017

Bertuah dikurniakan ibu yang

faham akan perbezaan cara didikan

moden, Anira mengekalkan elemen

ketegasan dalam mendidik anak,

sama sebagaimana yang diterapkan

oleh ibunya dahulu sewaktu

membesarkannya.

“Mama seorang yang tegas dalam

mendidik anak-anaknya namun saya

tahu ia adalah untuk kebaikan saya.

Pernah suatu ketika saya berasa

tertekan dengan caranya yang

terlalu tegas terutama berkenaan

pelajaran dan disiplin. Tetapi, setelah

usia mencecah dewasa, saya sedar

semua itu adalah untuk membentuk

kualiti dalam diri saya,” katanya

sambil memberitahu gelaran ibu

mengajarnya untuk menjadi lebih

sabar dan berdisiplin.

Sementara itu, bagi Noraini Aisyah Lim

Abdullah, 53, yang merupakan Mama

Anira berkata, pendekatan psikologi

dan interaksi yang diamalkan oleh

anaknya adalah bersesuaian dengan

cara didikan terkini.

“Ya, cara didikan dahulu adalah baik.

Namun, ibu bapa sekarang perlu

ISTIMEWA HARI IBU

mendidik anak mengikut cara terkini

seiring dengan kemajuan teknologi

sekarang.

“Contohnya, kanak-kanak kini sebelum

berusia 3 tahun lagi sudah didedahkan

dengan lagu-lagu nursery rhythm

dan mengenal huruf, nombor dan

sebagainya. Sebaliknya, zaman dulu,

kanak-kanak yang berusia tiga tahun

masih sibuk bermain parit, memanjat

pokok, bahkan perjalanan mengenal

abjad paling tidak pun adalah ketika

anak itu berusia 6 tahun,” ujarnya yang

gemar menanam pokok bunga pada

waktu senggang.

Memegang kata pepatah, ‘melentur

buluh biarlah dari rebungnya’, Noraini

berkongsi pendapat bersama anaknya

bahawa perangai dan sahsiah anakanak

perlu dibentuk sejak kecil lagi.

Rujuk internet demi

mengajar anak bahasa Cina-

NURAFZAN MOHD NEZAR,

37, SURI RUMAH SEPENUH

MASA

Bergelar suri rumah sepenuh masa

tidak bermakna Nurafzan Mohd Nezar

‘goyang kaki’ dalam mendidik anaknya.

Sanggup belajar bahasa Cina melalui

internet demi untuk membantu anakanaknya

dalam pelajaran, wanita

ini mengganggap momen tersebut

adalah salah satu pengalaman

mencabarnya sepanjang membesarkan

dua putera dan dua puteri.

“Saya perlu belajar bahasa

Cina memandangkan anak-anak

saya bersekolah di sekolah jenis

kebangsaan cina. Tambahan pula,

saya tiada asas bahasa tersebut.

“Jadi, dengan bantuan internet,

saya belajar bahasa Cina bagi

membantu anak menyiapkan kerja

sekolahnya. Dalam setahun juga

saya menggunakan cara ini untuk

mengajar anak,” katanya yang turut

menyediakan cikgu tuisyen bagi

membantu anaknya memahirkan

bahasa tersebut.

Dalam soal penjagaan anak pula,

Nurafzan tidak mempunyai masalah

besar kerana sudah berpengalaman

menjaga adik bongsunya

sejak dari lahir lagi. Dengan

tunjuk ajar daripada emaknya

sendiri, Nurafzan sudah terbiasa

menggunakan cara didikan

‘orang lama’ dalam menjaga dan

mendidik anak. Perkara ini turut

diakui oleh ibunya, Jamaliah Ali.

Menurut Jamaliah, anak-anaknya

telah dinasihatkan untuk mengikut

cara orang lama dalam mendidik

anak.

“Tiada yang berbeza tentang cara

didikan saya dan anak saya. Kami

masih mengikut cara orang lama.

Cuma, Afzan lebih garang dan tegas

dalam mendidik anak-anak,” kata suri

rumah berusia 60 tahun ini.

MamaPapa | Mei 2017

15

ISTIMEWA HARI IBU

Jadi teman rapat kepada

anak-anak- HASNIZA

IBRAHIM, 32, GURU

“My Ma is my bestfriend,” kata ibu

kepada sepasang cahaya mata.

Hasniza Ibrahim memilih ibunya

sendiri sebagai idola terdekat yang

banyak memberi sokongan dan

dorongan kepada wanita ini dalam

menjadi ibu yang terbaik buat Sophea,

4, dan Riphaie, 6 bulan.

Menurutnya, sifat tekun dan sabar

yang dimiliki oleh ibunya itu telah

mengajarnya tentang erti sebenar

alam keibuan.

“Ma banyak menyuntik semangat

kami adik-beradik, bukan sahaja

dalam pelajaran bahkan juga dalam

kehidupan. Ma menjadi tempat saya

berkongsi cerita tentang semua

perkara pahit dan manis. Tiada

rahsia antara kami. Dialah bestfriend

saya!” ujar Hasniza tentang wanita

kesayangannya itu.

Malah, melihat kejayaan ibunya

dalam membesarkan mereka adikberadik

menyebabkan dia juga ingin

menerapkan cara didikan yang sama

pada anak-anaknya.

“Saya seorang yang suka observe

tentang cara didikan orang di

sekeliling saya. Yang mana saya rasa

bagus, saya akan ikut dan yang mana

kaedah yang tidak berkesan, saya

tidak akan menerapkan pada anakanak

saya.

“Saya selesa dengan cara Ma

mendidik kami. Jadi, saya ingin

teruskan cara didikan sebegitu

(menjadi teman rapat) kepada anakanak

saya,” kata wanita kelahiran

Pahang ini.

Sementara itu, ibunya, Suraiyah Noor

Mohamad berkata, sehingga kini, dia

masih akan menegur anaknya jika

dirasakan terdapat kesalahan dalam

cara mendidik anak.

“Saya sebagai ibu akan menegur

anak saya jika ada cara didikan yang

tidak sesuai diterapkan pada kanakkanak.

Contohnya, tentang pemberian

barang kepada anak-anak. Bagi saya,

jika kanak-kanak dimewahkan dengan

barang-barang, mereka akan rasa

kurang menghargai barang tersebut.

“Mujurlah anak saya jenis yang

mendengar kata. Dia akan mengubah

konsep cara didikan setelah melihat

kesannya kepada anak-anak,” ujar

wanita berusia 62 tahun ini.

Dalam pada itu, Suraiyah sempat

berkongsi tips untuk mengeratkan

hubungan mesra antara keluarga.

“Semasa anak kecil inilah masa terbaik

untuk mengeratkan kasih sayang.

Inilah rahsia untuk hubungan ibu

bapa dan anak kekal mesra walaupun

umur semakin meningkat,” katanya

menutup perbualan.

16 MamaPapa | Mei 2017

FERTILITI & KONSEPSI

Dinding Rahim Nipis

Punca & Rawatan

Benarkah dinding rahim yang nipis menjadi salah satu penyebab ketidaksuburan?

Bersama Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Pakar Obstetrik & Ginekologi (Infertiliti) dari

KL Fertility membincangkan tentang masalah dinding rahim nipis.

MamaPapa | Mei 2017

17

FERTILITI & KONSEPSI

Dinding rahim sebenarnya terdiri

daripada 3 lapisan iaitu perimetrium,

myometrium dan endometrium.

Lapisan di mana telur yang telah

dipersenyawakan akan menempel

untuk proses implantasi dikenali

sebagai lapisan endometrium iaitu

lapisan rahim yang paling dalam.

Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh

dinding rahim sebenarnya adalah

lapisan endometrium. Dalam bahasa

Inggeris, ianya disebut sebagai

endometrial lining.

Lapisan dinding rahim

Lapisan endometrium pula terdiri

daripada dua lapisan iaitu functional

dan basal. Lapisan basal adalah

lapisan paling bawah berdekatan

dengan otot rahim ie myometrium.

Manakala, lapisan functional di atas

lapisan basal berdekatan dengan kaviti

rahim. Lapisan functional inilah yang

akan menebal dan terlerai semasa

waktu haid.

Ketebalan lapisan endometrium

dipengaruhi oleh hormon estrogen

dan progesteron. Kehadiran

hormon estrogen yang tinggi akan

menyebabkan lapisan endometrium

menebal.

Ketebalan dinding rahim

seseorang wanita bergantung

kepada fasa kitaran haidnya:

Fasa menstrual: Ketebalan rahim

adalah 1-4mm. Ini lazimnya berlaku

pada hari 1-4 haid.

Fasa proliferative: Ketebalan

rahim adalah 4-8mm. Ini lazimnya

berlaku pada hari 5-13 haid.

Fasa secretary: Ketebalan rahim

adalah 7-14mm. Ini selalunya berlaku

pada hari 14-28 haid.

Apakah dinding rahim

yang nipis?

Dari kajian yang telah dijalankan,

kebanyakan konsensus menyatakan

yang ketebalan dinding rahim

sekurang-kurangnya 7mm diperlukan

untuk implantasi embrio bagi

mendapatkan peratus kejayaan

kehamilan yang baik selepas

menjalani rawatan kesuburan

terutamanya IVF. Manakala,

sesetengah pihak menyatakan lapisan

endometrium perlulah setebal 9mm

ke atas. Bagi Dr Tasha pula, ketebalan

lapisan endometrium mestilah

sekurang-kurangnya 8mm ke atas.

Namun begitu, terdapat kajian yang

menunjukkan bahawa kehamilan

masih juga boleh berlaku walaupun

dinding rahim adalah 6mm ke bawah

tetapi peratus kejayaan kehamilan

hanyalah 5.7% 1 .

Lapisan dinding rahim

yang nipis sebenarnya

disebabkan oleh lapisan

endometrium basal yang

nipis. Imbasan scan untuk

mengukur ketebalan

rahim seelok-eloknya

dilakukan melalui faraj

dan pada masa ‘subur’

seseorang wanita.

Lapisan dinding rahim nipis

Lapisan dinding rahim tebal

Mengapa dinding rahim

nipis mengurangkan

kebarangkalian kehamilan?

Terdapat beberapa teori yang

menerangkan punca dinding rahim

nipis menyebabkan penempelan

embrio lebih rendah, salah satu

teori tersebut ialah ‘Oxygen Tension

Theory’.

Mengikut penjelasan dari Dr Robert

Casper dari Universiti Toronto

Canada 2 , lapisan endometrium basal

mempunyai saluran darah yang besar

dinamakan spiral arteries manakala

lapisan functional mempunyai saluran

darah yang lebih kecil iaitu kapilari

darah. Implantasi embrio lazimnya

berlaku pada lapisan functional layer.

Apabila ovulasi berlaku, ianya akan

menyebabkan pengecutan saluran

darah besar spiral arteries di dalam

lapisan basal endometrium. Ini

seterusnya akan mengakibatkan

tekanan oksigen yang lebih rendah di

dalam lapisan functional yang penting

untuk membenarkan implantasi baik

oleh embrio. Apabila lapisan dinding

adalah nipis, ini bermakna lapisan

endometrium functional adalah nipis.

Jadi penempelan embrio akan berlaku

lebih berdekatan dengan lapisan

endometrium basal yang mempunyai

saluran darah besar iaitu spiral arteries

yang mengandungi kandungan

dan tekanan oksigen tinggi yang

memudaratkan penempelan embrio.

Punca dinding rahim nipis

Antara faktor-faktor yang menjadi

punca dinding rahim nipis adalah:

• Penggunaan pil perancang pada

tempoh yang sangat lama

• Infeksi

• Kesan sampingan pencucian rahim

D&C iaitu Asherman Syndrome

di mana terdapat lapisan parut

terbentuk di dalam lapisan dalam

rahim.

• Penggunaan ubat pil subur Clomid

pada dos yang tinggi.

Namun, dalam kebanyakan pesakit

puncanya tidak ketahui.

18 MamaPapa | Mei 2017

Rawatan untuk dinding rahim

yang nipis

Terdapat pelbagai rawatan untuk

lapisan dinding rahim yang nipis.

Masalah dinding rahim yang nipis ini

sebenarnya agak sukar untuk dirawat.

Mengikut kajian-kajian yang dijalankan

kebanyakan rawatan di bawah

terdapat percanggahan kesimpulan

mengenai keberkesanan rawatan

tersebut.

Hormon Estrogen

Ini boleh diberikan dalam bentuk;

dimakan, dimasukkan ke dalam

faraj ataupun ditampal ke atas kulit.

Estrogen diperlukan untuk membantu

penebalan lapisan endometrium dan

juga menyebabkan pengecutan arteri

spiral serta mengurangkan tekanan

oksigen dalam lapisan functional agar

penempelan embrio dapat berlaku

dengan baik. Dos yang tinggi boleh

digunakan 6-8mg sehingga 16-20mg

sehari.

Aspirin

Ia berfungsi dengan menghalang

penghasilan thromboxane and boleh

mengurangkan rintangan di dalam

arteri rahim serta menambahbaik

pengaliran darah kepada rahim.

Lazimnya, dos rendah (75-150mg/

sehari) akan digunakan.

Akan tetapi, terdapat percanggahan

di dalam kajian yang telah dijalankan

untuk melihat keberkesanan aspirin

untuk dinding rahim yang nipis.

Cochrane Review 3 tidak menunjukkan

sebarang penambahbaik dari

segi ketebalan dinding rahim dan

juga kadar kehamilan. Manakala,

kajian lain mengatakan terdapat

peningkatan ketebalan rahim pula.

Namun, sesetengah doktor masih

menggunakan aspirin yang pada

umumnya mempunyai kesan negatif

yang minimal tetapi berpotensi

memberikan outcome yang lebih baik

bagi pesakit yang mempunyai masalah

dinding rahim nipis.

Pentoxifylline and Tocopherol

(Vitamin E)

Kombinasi kedua-dua ubat di atas

dikatakan boleh menambahbaik

pembentukan lapisan endometrium

dan ketebalan dinding rahim.

Sildenafil citrate (Viagra)

Fungsi viagra adalah melalui

peningkatan rembesan nitric oxide

yang menyebabkan pengenduran

otot-otot yang mengelilingi saluran

darah agar membolehkan lebih

banyak aliran darah melalui rahim.

Ianya akan digunakan melalui faraj

untuk mendapatkan kesan yang lebih

tinggi. Lebih kurang ⅓ wanita yang

mempunyai masalah dinding rahim ini

tidak akan menunjukkan penebalan

dinding rahim seperti yang diinginkan.

Hysteroscopy

Prosedur Hysteroscopy di mana

kamera dimasukkan di dalam rahim

bagi memastikan tiada terdapat parut

(adhesion) atau septa yang boleh

menyebabkan dinding rahim nipis.

GM-CSF (Granulocyte

Macrophage Colony

Stimulating Factor)

Granulocyte Macrophage adalah

sejenis protein yang mengandungi

sejenis sel darah putih yang

berfungsi untuk ‘memakan’ sebarang

benda asing di dalam badan untuk

pertahanan badan. Manakala, Colony

Stimulating Factor ialah sejenis protein

yang berfungsi sebagai perantaraan

komunikasi antara sel-sel di dalam

badan. GM-CSF lazimnya dirembeskan

ke dalam saluran peranakan dan

rahim beberapa selepas ovulasi.

Ianya dikatakan penting dalam

membantu implantasi embrio dengan

mengurangkan tekanan yang mungkin

dihadapi oleh embrio.

Cecair yang mengandungi GM-

CSF akan dimasukkan ke dalam

rahim beberapa hari sebelum

embrio diletakkan bagi wanita yang

FERTILITI & KONSEPSI

mempunyai dinding rahim nipis. Rawatan

ini adalah pada tahap baru dan masih

memerlukan lebih banyak kajian bagi

memastikan keberkesanannya.

Stem cell

Stem cell adalah sel-sel tidak matang

yang merupakan sel induk di mana ianya

boleh mematang, membiak untuk menjadi

pelbagai jenis sel di dalam badan kita.

Embrio terdiri daripada stem cell. Di

dalam rawatan ini, stem cell dari sumsum

tulang wanita tersebut dikeluarkan

dan kemudiannya diletakkan di dalam

rahimnya. Akan tetapi, seperti rawatan

GM-CSF adalah masih baru dan perlu dikaji

seterusnya 5 .

Akupuntur

Akupuntur dikatakan dapat meningkatkan

aliran darah di dalam rahim agar dapat

meningkatkan penempelan embrio.

Kajian-kajian yang dijalankan untuk melihat

keberkesanan rawatan ini juga mempunyai

kesimpulan yang bercanggah.

Rujukan:

1. Dix E, Check, JH. Successful pregnancies

following embryo transfer despite very

thin late proliferative endometrium. Clin

Exp Obstet Gynecol. 2010; 37(1):15-6

2. Casper, RF. Its time to pay attention to

the endometrium. Fertil Steril. 2011;

96(3):519-521.

3. Glujovsky D, Pesce R, et al. Endometrial

prepartion for women undergoing

embryo transfer with frozen embryos or

embryos derived from donor oocytes.

(2010) Cochrane Datebase Syst Rev 1,

CD006359

4. Gleicher N, Kim A, et al. A pilot cohort

study of granulocyte colony-stimulating

factor in the treatment of unresponsive

thin endometrium resistant to standard

therapies. Hum Reprod 2013; 28(1):172-

5. Chaitanya B Nagori, Sonal Y Panchal,

et al. Endometrial Regeneration using

autologous adult stem cells followed

by conception by in vitro fertilitization

in a patient with severe Asherman’s

syndrome. J Human Reprod Sci. 2011;

4(1):43-48

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility) dari KL Fertility Centre.

Dr. Natasha juga mengelolakan program IVFku bagi membantu pasangan yang ingin menjalani rawatan

IVF pada harga yang berpatutan. Beliau aktif menulis dan berkongsi informasi di blognya,

www.drnatashanorfertility.com

MamaPapa | Mei 2017

19

9 bulan

Manjakan Tubuh

Semasa Berbadan Dua

Rasa pening, pitam, lesu dan sakit-sakit badan adalah simptom dan gejala kehamilan yang dihadapi oleh

bakal ibu. Tubuh anda tentunya ingin dimanja dan dibelai. Dapatkan urutan semasa hamil di spa, namun

pastikan ianya selamat!

20 MamaPapa | Mei 2017

Sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan,

sudah tentu sesekali anda ingin

merehatkan tubuh anda. Rawatan

spa dan urutan adalah salah satu cara

terbaik untuk melegakan tekanan

dan segala simptom yang berkaitan

dengan kehamilan.

Ramai ibu hamil yang takut untuk

melakukan urutan atau rawatan spa

kerana khuatir akan memberi kesan

kepada bayi mereka. Sebenarnya,

urutan atau rawatan spa semasa

hamil tidaklah membahayakan jika

dilakukan oleh orang yang pakar dan

berpengalaman dalam melakukan

urutan pranatal. Malahan, rawatan

spa dan urutan semasa hamil dapat

membantu bakal ibu merehatkan

badan, di samping melegakan sakitsakit

yang dialami sepanjang hamil.

Urutan yang baik dapat membantu

bakal ibu mengurangkan sakit

belakang serta melegakan sakit bahu

dan pinggul, selain mengembalikan

semangat dan memulihkan emosi

bakal ibu.

Menurut kajian, urutan

pranatal dikatakan dapat

memberikan beberapa kesan

positif kepada ibu hamil,

termasuklah:

• Mengurangkan kemurungan

• Melegakan sakit belakang dan

sakit kaki

• Mendapatkan tidur lena

• Menyuntik hormon kegembiraan

• Menurunkan hormon tekanan

• Menurunkan tahap kortisol yang

menjadi penyebab kepada tekanan

Berhati-hati dengan penggunaan

minyak pati dan aromaterapi semasa

hamil kerana anda tidak tahu

kandungan di dalamnya. Dikhuatiri

kandungan minyak tersebut akan

memudaratkan fetus jika disapukan

pada kulit. Beberapa minyak seperti

lemon dan rosewood dipercayai

selamat untuk ibu hamil. Walau

bagaimanapun, anda disarankan

untuk merujuk kepada pakar terapi

spa anda dahulu.

9 bulan

Tahukah anda?

Penting untuk anda

mencari tukang urut

yang berkelayakan dalam

melakukan urutan pranatal

kerana mereka mempunyai

pengetahuan tentang

kehamilan dan anatomi

tubuh badan wanita hamil.

Jadi, mereka akan tahu

urutan dan sentuhan yang

boleh, serta tidak boleh

dilakukan pada tubuh anda.

Selain itu, perkara paling

utama yang perlu dibuat

jika hendak ke spa adalah,

memberitahu pekerja di

spa tentang kehamilan

anda. Kebanyakan spa

ada menyediakan pakej

khas buat wanita hamil

termasuklah urutan istimewa

dan urutan kaki.

Walau bagaimanapun,

elakkan rawatan-rawatan

yang boleh memudaratkan

kandungan anda seperti

sauna, mandi air panas,

rawatan kulit perang, lulur

atau steam. Hal ini kerana,

rawatan yang panas akan

menyebabkan suhu badan

anda meningkat dan boleh

memudaratkan bayi.

Bagi anda yang ingin

melakukan rawatan

muka, pastikan produk

yang digunakan tidak

mengandungi sebarang

bahan kimia. Tanya dulu

jenis produk yang digunakan

oleh pihak spa sebelum

melakukan rawatan muka.

Pastikan hanya bahan

semula jadi yang diletakkan

di wajah anda.

MamaPapa | Mei 2017

21

alam berpantang

Fasa 6 Minggu Pertama

selepas Bersalin

Minggu-minggu terawal selepas bersalin adalah tempoh penting bagi si ibu untuk

menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dengan penat bersalin yang masih belum habis, si

ibu perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi baru. Belum lagi ditambah dengan hal

menguruskan diri sendiri. Disebabkan itulah, fasa berpantang dibuat bagi membolehkan para

ibu baru berehat dan memanjakan diri selepas bersalin. Semua ibu baru perlu mendapatkan

tempoh rehat selepas bersalin bagi mengelakkan gejala meroyan.

22 MamaPapa | Mei 2017

Semasa minggu pertama selepas

melahirkan bayi, badan anda mula

untuk menerima isyarat bahawa

anda sudah tidak hamil dan sedang

dalam proses untuk pulih. Tempoh

ini dinamakan postpartum atau

tempoh selepas melahirkan anak.

Badan anda akan melalui banyak

perubahan sepanjang proses anda

untuk mengembalikan tubuh seperti

sebelum hamil. Walau bagaimanapun,

perubahan-perubahan ini adalah

berbeza untuk setiap wanita.

Minggu pertama selepas bersalin

juga adalah waktu untuk anda

mengeratkan hubungan (bond)

dengan bayi di samping menetapkan

rutin penjagaan si manja. Selain itu,

anda perlu membawa bayi menjalani

pemeriksaan semasa 2 hingga 6

minggu selepas bersalin. Inilah masa

yang terbaik untuk anda bertanyakan

sebarang soalan kepada doktor anda,

termasuklah pertanyaan tentang

merancang keluarga.

Keadaan tubuh

selepas bersalin

Untuk beberapa hari pertama, anda

akan berasa sakit-sakit atau lenguhlenguh

badan dan sangat letih. Ini

akan berlanjutan sehingga beberapa

minggu. Badan anda akan kembali

pulih sekitar 4 hingga 6 minggu

kemudian, dan mungkin akan

berlanjutan terutama jika anda bersalin

secara pembedahan. Sementara itu,

anda juga mungkin akan mengalami

sedikit pendarahan dan kesakitan

kerana rahim anda sedang mengecut.

Penjagaan diri sendiri

Anda akan mudah berasa letih

semasa minggu awal selepas bersalin.

Bawa bertenang, Mama! Jangan

terbawa-bawa dengan emosi selepas

bersalin. Cuba tips-tips di bawah

bagi membantu anda menyesuaikan

diri dengan rutin baru di samping

membantu anda menjalani alam

berpantang dengan lancar.

• Curi masa untuk tidur semasa bayi

sedang lena

• Cari pembantu, bidan atau ahli

keluarga anda untuk membantu

anda semasa minggu-minggu awal

selepas bersalin

• Hanya menerima kunjungan

keluarga atau jiran terdekat semasa

minggu awal berpantang. Ini bagi

membolehkan anda cukup rehat

semasa berpantang

• Rancang penjagaan anak jika anda

ada anak yang lain, seperti meminta

tolong ahli keluarga anda menjaga

anak yang sulung

• Rancang percutian dekat untuk

anda keluar sebentar dari rumah.

Perubahan angin ini dapat

membantu anda berasa kurang

tertekan dan kurang letih

• Minum banyak air terutama jika

anda menyusukan anak

alam berpantang

Jika anda risau tentang

penjagaan tubuh anda semasa

berpantang, mintalah nasihat

daripada doktor. Lazimnya,

doktor akan memberitahu anda

waktu yang sesuai untuk mula

melakukan senaman, hubungan

intim dan penggunaan tampon.

Keadaan emosi

selepas bersalin

Minggu-minggu pertama selepas

bayi lahir adalah tempoh yang

menerujakan anda dan juga

memenatkan. Anda mungkin

ketika itu teruja dengan

kehadiran bayi baru. Akan

tetapi, pada masa yang sama,

anda tidak lari daripada berasa

kepenatan disebabkan tidak

cukup tidur dan masih berusaha

untuk menyesuaikan diri dengan

tanggungjawab baru.

Kebanyakan ibu baru bersalin

akan mengalami baby blues

semasa minggu-minggu pertama

selepas kelahiran bayi. Dan,

gejala ini akan memuncak

sekitar hari ke-4 dan biasanya

akan berkurangan dalam masa

kurang daripada 2 minggu. Walau

bagaimanapun, jika masalah baby

blues anda berlanjutan sehingga

beberapa hari, atau ada ketikanya

anda rasa ingin mencederakan

diri sendiri ataupun bayi, terus

dapatkan nasihat daripada doktor

atau ahli keluarga anda. Anda

mungkin mengalami masalah

postpartum depression atau

meroyan. Gejala meroyan perlu

dirawat segera. Disebabkan

itulah, sokongan suami, ahli

keluarga dan orang terdekat amat

penting kepada ibu baru bersalin.

MamaPapa | Mei 2017

23

pemakanan

Panduan Pemakanan

Sihat untuk Kanak-kanak

Anda inginkan si kecil makan makanan yang sihat. Namun, tahukah anda nutrien yang diperlukan

untuk tubuh si kecil anda? Berapa pula amaun nutrien yang perlu diambil setiap hari?

24 MamaPapa | Mei 2017

pemakanan

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya

adakah anak mereka mendapat

nutrien yang secukupnya untuk

tumbesaran dan perkembangan

anak yang sihat. Sebenarnya, konsep

pemakanan kanak-kanak sama seperti

orang dewasa. Kanak-kanak juga

memerlukan nutrien seperti vitamin,

mineral, karbohidrat, protein dan

lemak untuk tubuh mereka. Walau

bagaimanapun, amaun yang perlu

diambil adalah berbeza mengikut

peringkat usia kanak-kanak.

Panduan pemakanan harian

untuk kanak-kanak:

Peringkat umur 2 - 3 tahun

Amaun pemakanan

Kalori: 1,000-1,400 jumlah kalori,

bergantung kepada tahap

tumbesaran dan aktiviti

Protein: 2-4 auns

Buah-buahan: 1-1.5 cawan

Sayur-sayuran: 1-1.5 cawan

Bijirin: 3-5 auns

Tenusu: 2 cawan

Berikut merupakan

jenis-jenis makanan

yang perlu diambil oleh

setiap kanak-kanak:

Protein - Protein penting untuk

membina dan memperbaiki tisu

badan. Protein boleh didapati

daripada ikan, daging pejal, telur,

kekacang dan kacang pis.

Buah-buahan - Galakkan anakanak

anda amalkan tabiat makan

buah-buahan setiap hari. Jika anda

ingin berikan anak jus buah-buahan,

pastikan bahawa ianya 100% jus buahbuahan

tanpa sebarang gula.

Sayur-sayuran - Satu lagi

makanan penting yang perlu diambil

oleh kanak-kanak. Berikan anak

anda pelbagai jenis sayur-sayuran

termasuklah sayuran-sayuran hijau,

sayuran berwarna merah dan oren,

kekacang dan kanji, setiap minggu.

Bijirin - Pilih bijirin penuh seperti roti

gandum penuh, oatmeal, kuinoa atau

beras perang.

Tenusu - Galakkan anak anda untuk

makan dan minum produk tenusu

rendah atau bebas lemak seperti susu,

yogurt dan keju.

Elak makanan segera

Sedarkah anda, sudah menjadi senario

biasa ibu bapa membawa anak-anak

makan di restoran makanan segera.

Lumrah kanak-kanak apabila melihat

orang dewasa makan terutamanya ibu

bapa mereka, dia akan meminta untuk

merasa makanan tersebut. Jadi, tidak

hairanlah jika anak-anak kecil masa kini

sudah terdedah dan lebih menyukai

makanan segera.

Malah, pendedahan kepada makananmakanan

yang tidak sihat ini akan

menyebabkan kanak-kanak menjadi

cerewet dalam memilih makanan,

ekoran mereka hanya ingin makan

makanan segera ini sahaja. Justeru

itu, adalah amat penting bagi ibu

bapa untuk menitikberatkan pemilihan

makanan buat anak-anak sebagai

langkah awal anak-anak ini tidak

menjadi cerewet makan ketika besar.

Hadkan pengambilan

kalori anak anda!

Hadkan pengambilan gula

tambahan termasuklah gula

perang, pemanis jagung, madu

dan lain-lain. Gula secara semula

jadinya telah terdapat dalam

buah-buahan dan susu.

Hadkan pengambilan lemak tepu

dan lemak trans seperti yang ada

pada daging merah, ayam itik

dan produk tenusu penuh lemak.

Gantikan lemak tepu dengan

sayur-sayuran dan minyak sayur

dan kacang, yang mengandungi

asid lemak penting juga vitamin

E. Lemak yang lebih sihat secara

semula jadinya terdapat dalam

buah zaiton, kekacang, avokado

dan makanan laut.

Peringkat umur 4 - 8 tahun

Amaun pemakanan kanak-kanak

perempuan

Kalori: 1,200-1,800 jumlah kalori,

bergantung kepada tahap

tumbesaran dan aktiviti

Protein: 3-5 auns

Buah-buahan: 1-1.5 cawan

Sayur-sayuran: 1.5-2.5 cawan

Bijirin: 4-6 auns

Tenusu: 2.5 cawan

Amaun pemakanan kanak-kanak

lelaki

Kalori: 1,200-2,000 jumlah kalori,

bergantung kepada tahap

tumbesaran dan aktiviti

Protein: 3-5.5 auns

Buah-buahan: 1-2 cawan

Sayur-sayuran: 1.5-2.5 cawan

Bijirin: 4-6 auns

Tenusu: 2.5 cawan

MamaPapa | Mei 2017

25

pemakanan

Terdapat

pelbagai jenis

makanan tambahan

kesihatan yang dijual

untuk kanak-kanak.

Kesemuanya menawarkan

fungsi yang berbeza

mengikut jenis

vitamin.

Adakah anak anda

mendapat makanan

yang sihat di rumah?

Sama ada kita sedar atau tidak,

gaya hidup pada zaman kini cukup

berbeza dengan zaman dahulu.

Jika dahulu, ibu bapa kita lebih

gemar menghidangkan makanan

yang disediakan dari rumah dengan

mengambil kira khasiat dan zatzat

yang diperlukan oleh tubuh,

tetapi senario pada hari ini adalah

kebanyakan ibu bapa lebih gemar

mendedahkan anak-anak dengan

makanan segera.

Sedarkah anda, walaupun ada ibu

bapa yang memasak di rumah, namun

mereka masih tidak lari daripada

memilih bahan-bahan segera seperti

makanan di dalam tin, pek segera atau

pelbagai lagi makanan yang diawet.

Justeru itu, bagaimanakah caranya

anak-anak kita mendapatkan makanan

yang berkhasiat?

Hal ini menjadikan penyediaan

makanan untuk kanak-kanak pada

hari ini sebagai sesuatu yang

merumitkan dan mencabar. Perkara

ini juga menyebabkan kebanyakan

ibu bapa pada masa kini memilih

untuk mengambil makanan tambahan

kesihatan untuk kanak-kanak dengan

harapan anak mereka mendapatkan

zat dan nutrisi yang penting untuk

perkembangan kanak-kanak.

Perlukah makanan

tambahan?

Makanan tambahan dapat membantu

bagi memastikan kanak-kanak

mendapatkan sokongan nutrisi

yang mereka perlukan untuk

membesar dengan sihat dan kuat.

Dengan cara ini, kanak-kanak dapat

nutrisi yang diperlukan oleh tubuh

mereka. Makanan tambahan seperti

multivitamin juga dapat membantu

anak anda untuk mengurangkan

risiko penyakit dan jangkitan selain

membolehkan mereka cepat sembuh

dari penyakit.

Makanan tambahan

yang baik untuk kanakkanak

mengandungi:

Vitamin A - Baik untuk perkembangan

normal kanak-kanak, selain membaiki

tisu dan tulang, menyihatkan kulit dan

mata serta bertindak balas kepada

imunisasi badan.

Vitamin B - Vitamin B termasuklah

vitamin B2, B3, B6 dan B12- amat

penting untuk menghasilkan tenaga

dan membantu metabolisme badan.

Vitamin C - Amat penting dalam

pembentukan otot dan tulang yang

sihat, menghubungkan tisu dan kulit.

Vitamin D - Baik untuk pembentukan

tulang dan gigi serta membantu

penyerapan kalsium dalam badan.

Kalsium - Penting untuk membina

tulang dan gigi yang kuat.

Zat besi - Membina otot dan penting

dalam menghasilkan sel darah merah

yang sihat. Zat besi adalah amat

penting untuk kanak-kanak khususnya

kanak-kanak perempuan yang akan

mengalami pengeluaran haid.

Minyak ikan - Sumber utama yang ada

dalam minyak ikan ialah Omega-3

yang amat baik untuk otak. Carilah

minyak ikan yang mengandungi

gabungan docosahexaenoic acid

(DHA) dan eicosapentaenoic acid

(EPA).

Probiotik - Probiotik mengandungi

yis dan bakteria baik yang dapat

memperbaiki jumlah mikro-flora

dalam badan kanak-kanak. Probiotik

digalakkan diambil oleh kanakkanak

yang kerap mengalami

masalah cirit-birit atau masalah pada

penghadaman.

26 MamaPapa | Mei 2017

panduan keluarga

PEDOFILIA: Selamatkah Anak Kita?

Episod 1

Tahun 2017 serba mencabar. Kehidupan kita

dibelenggu oleh pelbagai cabaran, baik dari

aspek ekonomi, teknologi, politik dan juga

sosial. Kebejatan masalah sosial yang meruncing

dalam kalangan masyarakat kita hari ini pastinya

menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu berita yang

amat asing bagi kita. Seorang warga Britain disabitkan

kesalahan mencabul dan melakukan penderaan seksual

terhadap kanak-kanak, termasuklah yang pernah

dilakukannya di Malaysia.

PEDOFILIA VS PEDOPHILES

Gangguan psikologi itu tadi dipanggil sebagai pedofilia,

manakala si pelaku kepada gangguan seksual kanak-kanak

digelar pedophiles. Seorang yang mengalami pedofilia,

mungkin juga bukan seorang pedophiles (kerana tidak

melakukan apa-apa tingkah laku seksual terhadap kanakkanak),

tetapi seorang pedophiles ternyata seorang yang

menghidap pedofilia.

JENIS PEDOFILIA

Sebenarnya pedofilia boleh dibahagikan kepada 4 kategori

utama iaitu;

Nephiophilia: Individu yang mengalami gangguan psikologi

jenis ini hanya berminat dan menjurus kepada seksual

terhadap bayi.

Infanthophilia: Individu ini mempunyai ketertarikan seksual

terhadap kanak-kanak berumur di antara 0 hingga 3 tahun.

Hebiphilia: Ketertarikan seksual bagi individu jenis ini

adalah kepada kanak-kanak berumur 11 tahun hingga

remaja berusia 14 tahun.

Richard Huckle diheret ke Old Bailey di London pada

awal Jun lalu dan dihadapkan dengan 91 pertuduhan

melibatkan beberapa jenayah, antaranya mewujudkan

dan menyimpan bahan pornografi kanak-kanak,

merogol kanak-kanak kecil di bawah umur 12 tahun,

mendera kanak-kanak dan membuat manual pedofilia.

Pada mulanya, Huckle mengaku bersalah terhadap

semua pertuduhan ini tetapi kemudian, mengaku salah

secara sukarela kepada 71 pertuduhan sahaja- iaitu

yang melibatkan jenayah seks ke atas 200 kanak-kanak

(termasuk 23 kanak-kanak di Malaysia.

Perkataan Pedofilia berasal dari bahasa Greek: (paîs,

paidós), bererti ‘anak’, dan (philía), ‘cinta yang mesra’

atau ‘persahabatan’. Pedofilia digunakan untuk

individu yang mempunyai minat seks yang utama atau

eksklusif terhadap kanak-kanak belum baligh berusia

13 tahun atau lebih muda; atau secara ringkasnya

pedofilia boleh dimaksudkan sebagai gangguan

psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang

lebih tua tertarik secara seksual kepada kanak-kanak

yang belum baligh (prepubescent).

Pedohebephilia: Pedofilia jenis ini adalah individu yang

mempunyai ketertarikan gabungan atau kepada kesemua

kategori umur ini tadi.

Kes di Malaysia

Selain kes Richard Huckle, telah gempar di media sosial

kes pedofilia yang berlaku di Kota Tinggi, Johor. Keadaan

di mana seorang suri rumah menyaksikan sendiri seorang

kanak-kanak dicabul di belakang rumahnya. Beliau telah

bertindak melaporkan kepada pihak polis. Tindakan

susulan pihak polis dengan membuat siasatan ke sekolah

dan pengecaman telah dibuat. Namun, apa yang berlaku

selepas itu, si bapa kepada mangsa bertindak mengarahkan

laporan itu ditarik semula atas alasan menjaga maruah

keluarga. Di sini timbul pelbagai persoalan. Di mana

pertimbangan si bapa? Adakah maruah keluarga mengatasi

keselamatan anak? Tiadakah satu peruntukan undangundang

bagi melindungi kanak-kanak dan sebagainya?

Adakah orang-orang di sekeliling kita ada di kalangan

seorang pedophiles dan bolehkah pedofilia ini dirawat?

Jangan lupa dapatkan jawapannya di Majalah MamaPapa

pada keluaran akan datang.

Artikel ditulis oleh Fairul Desa, Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak.

MamaPapa | Mei 2017

27

tips

Panduan Cepat

Mengemas Rumah

Orang kata tanggungjawab mengemas rumah bukan hanya terletak pada si isteri.

Ya, betul! Akan tetapi, sebagai isteri dan ibu yang bertanggungjawab, sudah

tentu anda tidak rela apabila melihat rumah anda bersepah dan banyak habuk.

Apatah lagi jika ia boleh membahayakan dan memudaratkan kesihatan anak anda.

28 MamaPapa | Mei 2017

Balik sahaja daripada kerja, sudah

tentu anda ingin berehat. Namun,

jika rumah anda bersepah dan kotor,

dapatkah anda berehat dengan

tenang? Ingin membuat tidak tahu

sahaja pun tidak boleh, dikhuatiri

nanti si kecil anda akan tercedera

kerana kakinya tersadung mainan

yang bersepah. Tambahan pula jika

perabot di rumah anda jenis cepat

menangkap habuk, lagilah anda perlu

mengemas rumah dengan kerap.

Namun, bagaimana caranya untuk

anda membahagikan masa untuk

mengemas satu rumah?

Berikut kami sediakan

beberapa tips berkesan

untuk anda memastikan

rumah sentiasa kemas!

Konsisten

Pertama, lakukan kerja mengemas

secara konsisten. Mulakan tugasan

mengemas anda dari tempat

yang sama setiap kali mengemas.

Contohnya, mulakan mengemas dari

dapur, bilik ke-3 diikuti bilik ke-2 dan

bilik utama serta diakhiri dengan

ruang tamu. Dengan cara ini, anda

sudah tahu apa yang perlu dikemas

pada setiap bilik, dan lama-kelamaan

kerja anda akan menjadi cepat.

Jika produk

pembersihan

seperti cecair pencuci

berada dalam botol besar,

tuangkannya di dalam botol

kecil atau botol semburan

supaya mudah untuk anda

mengangkutnya di

dalam baldi.

Sediakan semuanya di

satu tempat

Letakkan semua peralatan mengemas

di satu tempat di ruang rumah anda

seperti di bahagian depan sekali

dalam stor rumah ataupun di dalam

almari dapur. Sementara bagi tugasan

mengelap pula, anda boleh letakkan

dalam poket apron anda. Barang yang

tidak muat untuk diletakkan di dalam

poket apron boleh diletakkan dalam

satu baldi yang mudah ditarik ke

mana-mana.

Umpama si tukang kayu yang

mempunyai semua peralatannya

di dalam beg perkakas, begitu

juga dengan anda! Dengan cara

meletakkan semua barang di tangan

anda atau berdekatan dengan anda

dapat menjimatkan masa dan tenaga

anda semasa mengemas.

tips

Kemas dari atas ke bawah

Cuba ingat kembali apakah

perkara pertama yang anda

lakukan dalam kerja mengemas?

Lazimnya, para ibu akan

memulakan untuk menyapu

sampah dan kemudian

mengemop lantai. Namun,

tahukah anda bahawa cara begini

salah! Jangan menyapu atau

mengemop dahulu sebelum anda

mula melakukan kerja-kerja di

atas. Yang dimaksudkan dengan

kerja di atas ialah kerja-kerja

mengelap perabot, meja, rak

buku ataupun kipas. Selepas

membersihkan kerja-kerja yang

ada di atas barulah anda boleh

melakukan yang di bawah pula.

Biasakan menyapu dan

mengemop dari kiri ke kanan

untuk mengelakkan anda berulang

melakukan kerja pembersihan di

kawasan yang sama.

MamaPapa | Mei 2017

29

tips

Kerja memvakum

Kerja memvakum yang berkesan

adalah rahsia untuk anda menyiapkan

kerja mengemas anda dengan cepat.

Lakukan kerja memvakum pada

keseluruhan ruang bilik dengan cara

melurus, kemudian lakukan pada

arah yang bertentangan. Letakkan

wayar vakum yang panjang di atas

bahu anda jika anda merasakan ianya

mengganggu dan melambatkan kerja

anda. Anda mungkin perlu menekan

suis membuka dan menutup beberapa

kali, namun percayalah jika anda sudah

biasa dengan cara ini, kerja-kerja

memvakum akan dapat diselesaikan

pada masa yang minima.

Cermin tingkap bersinar

Letakkan beberapa titis

cecair pencuci di dalam botol

semburan yang berisi air.

Kemudian sembur sekitar

cermin dan lapkan cermin

tingkap anda menggunakan

kain bersih atau alat pengelap

dari atas ke bawah.

Bilik air

Satu tips yang boleh

anda lakukan jika hendak

membersihkan bilik air rumah

adalah dengan melakukannya

sekali harung. Sekali harung

bermakna anda semburkan

atau tuangkan keseluruhan

kawasan bilik air anda dengan

pencuci; termasuklah kawasan

tab mandian, kepala dan badan

pancuran, sinki dan jamban.

Kemudian, bersihkan

menggunakan berus jamban,

berus dawai atau lantai lap

cermin tandas. Pam tandas dan

letakkan kembali berus, atau

baldi di tempatnya selepas kerja

pencucian dilakukan. Jangan

lupa untuk membersihkan

sampah yang ada dalam bakul

sampah di bilik air.

Cara lain untuk

mempercepatkan kerja

pembersihan bilik air anda

ialah:

• Setiap kali mandi atau

menggunakan bilik air, letakkan

baju-baju kotor di dalam satu bakul.

Ajar pasangan dan anak-anak anda

untuk melakukan rutin ini juga.

• Kerap periksa barangan dalam

bilik air dan buang terus ubat gigi,

syampu atau sabun yang telah habis

digunakan.

• Letakkan tong sampah di dalam

bilik air untuk membuang tisu basah

atau putik kapas. Namun, bersihkan

sampah yang ada di dalamnya

setiap hari.

• Pastikan mangkuk tandas

dibersihkan setiap kali selepas

penggunaan supaya anda tidak

akan mengambil masa yang lama

semasa kerja-kerja pencucian.

Pastikan dapur bebas minyak

Minyak adalah musuh terbesar bagi

dapur dan agak mencabar juga untuk

anda membersihkannya dengan cepat.

Selain kawasan kabinet dapur, kawasan

yang paling utama berminyak ialah

dapur gas iaitu tempat anda memasak

(termasuklah juga di bahagian atas

dapur gas).

Cara paling berkesan untuk

mengelakkan kawasan dapur

berminyak adalah dengan

membersihkan dapur setiap kali

selepas memasak. Gunakan produk

pencuci dapur untuk membersihkan

kawasan-kawasan berkenaan bagi

menghilangkan minyak, kemudian

lapkan sekali lagi dengan air bersih.

30 MamaPapa | Mei 2017

0-24

BULAN

PERKEMBANGAN SI MANJA

Masa Berkualiti

untuk Ibu & Anak

Bonding merujuk kepada ikatan istimewa yang

terjalin antara ibu atau bapa dengan anak

mereka. Sempena Hari Ibu ini, hiburkan hati

anda dengan meluangkan masa berdua bersama

dengan si manja. Percayalah! Tiada yang lebih

membahagiakan anda berbanding melihat

keluarga anda gembira.

Sebagai ibu bekerjaya, sudah tentu kebanyakan masa anda

banyak diluangkan di tempat kerja. Balik dari kerja pula,

tugasan di rumah sedang menanti. Selain menguruskan

anak, anda juga perlu memastikan keadaan rumah bersih

dan selesa untuk keluarga anda tinggal dan berehat.

Pernahkah anda tertanya-tanya, bilakah waktu berkualiti yang

dapat anda luangkan bersama anak-anak anda? Tahukah

anda bahawa kesejahteraan, keselamatan dan keyakinan diri

anak-anak secara tidak langsung adalah bergantung kepada

masa berkualiti mereka bersama ibu bapa.

Bagaimana meluangkan masa berkualiti

bersama anak

Kebanyakan ibu menganggap dengan menyediakan

anak makan dan menyiapkan anak ke sekolah adalah

mencukupi untuk mereka menjalankan tanggungjawab

mereka sebagai ibu. Ini adalah tidak benar sama sekali!

Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah

penting. Luangkan masa sekejap bersama anak setiap hari

dengan bertanyakan aktiviti mereka pada hari tersebut dan

melayan anak anda bercakap. Kanak-kanak memerlukan

ibu bapa untuk mendengar segala cerita mereka dan

melayan mereka berborak.

Masa berkualiti bukanlah masa yang anda luangkan

bersama anak-anak anda dengan terlalu banyak aktiviti.

Cukup dengan hanya anda meluangkan masa bersamasama

ketika makan, berborak, bermain atau memeluk si

manja. Semasa melakukan perkara ini, elakkan gangguangangguan

luar seperti merendahkan bunyi radio, televisyen

ataupun telefon. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada

anak anda buat seketika. Tinggalkan segala masalah kerja

anda dan dapatkan emosi yang sihat semasa meluangkan

masa berkualiti bersama si manja.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk anda meluangkan

masa berkualiti bersama anak anda.

Berborak: Hanya berbual kosong tentang perkaraperkara

mudah. Mungkin bagi anda ianya remeh tapi amat

bermakna kepada si kecil. Contohnya, “Adik makan apa

tengah hari tadi?” atau “Cikgu cakap apa kat sekolah?”

Hal ini secara tidak langsung membuatkan anak anda rasa

disayangi dan tahu anda mengambil berat tentang dirinya.

Buat kerja bersama: Kebanyakan ibu bapa melarang

anak daripada mengacau mereka semasa menyiapkan kerja

harian di rumah. Jangan begitu, Mama! Kerja di rumah

seperti menyapu, melipat kain baju atau memasak boleh

menjadi masa berkualiti anda bersama si kecil.

Aktiviti seni bersama: Kanak-kanak gemar melakukan

aktiviti seni seperti melukis, menconteng atau mewarna.

Ini juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat bersama

anak dengan meluangkan masa bersama mereka semasa

melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti lain ibu dan anak

Berjalan atau bersiar-siar di taman.

Mengajar anak menunggang basikal

atau papan luncur.

Berenang.

Main badminton.

Menyanyi dan menari bersama.

Membacakan buku cerita sebelum tidur.

MamaPapa | Mei 2017

31

2-4

TAHUN

PERKEMBANGAN SI MANJA

Tingkat

Kesihatan Sistem

Penghadaman

Kanak-kanak

Masalah penghadaman bukan hanya berlaku

kepada orang dewasa sahaja, bahkan kanakkanak

juga turut mengalaminya. Masalah

penghadaman seperti perut kembung atau

perut berangin, cirit-birit, sembelit dan penyakit radang usus boleh berpunca daripada pelbagai faktor,

termasuklah tabiat pemakanan. Sempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia, kami bawakan kepada

anda tips untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak. Semuanya adalah

tentang tabiat pemakanan!

sesuai dalam satu hidangan akan melambatkan proses

penghadaman. Contoh terbaik gabungan makanan yang

sesuai untuk anak anda ialah ikan salmon bersama dengan

sayur-sayuran bukan tenusu seperti brokoli atau kubis

bunga. Sesetengah gabungan makanan seperti ini adalah

kombinasi yang lengkap untuk membantu kanak-kanak

memudahkan penghadaman mereka.

HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERAT

Sesetengah makanan seperti daging adalah jenis

makanan yang sukar dihadam dan memerlukan lebih

tenaga untuk dicernakan. Justeru, makanan ini perlu

diambil secara bersederhana dan tidak berlebihan

bagi membantu sistem pencernaan berehat daripada

melakukan kerja keras. Sebaik-baiknya, ajar anak anda

untuk berehat daripada makan makanan sebegini sehari

atau dua hari dan menggantikannya dengan sayuran

serta makanan protein lain seperti kekacang.

PENGAMBILAN MAKANAN YANG SESUAI

Tahukah anda, sesetengah

makanan tidak sesuai untuk

dimakan bersama? Hal ini

kerana jika beberapa gabungan

makanan diambil sekali gus

akan menyebabkan masalah

penghadaman. Konsep yang

dikenali sebagai gabungan

makanan ini adalah keadaan di

mana tubuh anda memerlukan

medium tertentu untuk menghadam sesetengah

jenis makanan, dan pengambilan makanan yang tidak

ELAK BERSELANG-SELI MINUM

SEMASA MAKAN

Amalan makan berselang-seli dengan minum air bukan

sahaja dilakukan oleh kanak-kanak bahkan juga orang

dewasa. Pengambilan makanan dan minuman sekali

gus boleh memperlahankan penghadaman kerana jus

pencernaan dicairkan oleh minuman yang diambil semasa

makan. Jadi, biasakan anak anda untuk minum 15 minit

sebelum makan atau 30-45 minit selepas habis makan.

ELAK BERI MAKANAN PROSES

Jangan ajar anak anda untuk makan

makanan yang diproses seperti makanan

segera kerana ini adalah salah satu punca

utama dalam masalah penghadaman.

Makanan seperti ini mengandungi

lemak trans dan pengawet yang boleh

mengganggu sistem penghadaman badan.

Dengan mempraktikkan tabiat pemakanan seperti di atas

boleh membantu anak anda mengurangkan masalah atau

penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Walau bagaimanapun, jika masalah ini berlanjutan

meskipun anak anda sudah mengamalkan tips-tips yang

diberikan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor

kanak-kanak untuk tindakan selanjutnya.

32 MamaPapa | Mei 2017

PENJAGAAN SI MANJA

Bagaimana

ingin

memilih

katil bayi

Katil bayi merupakan salah

satu barang keperluan bayi

termahal yang perlu anda

sediakan sebelum si manja lahir.

Dari harga serendah RM280

sehingga mencapai beriburibu

ringgit, tentu anda ingin

menjadikan pelaburan anda

berbaloi. Alang-alang membeli,

biarlah ianya tahan lama.

Anda mungkin tidak kisah untuk

berbelanja lebih bagi menyediakan

keperluan si manja. Namun, sudah

tentu anda tidak mahu membazir

dengan setiap barang keperluan

yang telah dibeli. Katil bayi, meskipun

harganya mahal namun boleh

digunakan sehingga anak anda

bersekolah. Itupun jika anda bijak

memilih katil bayi terbaik untuk si

kecil. Salah satu faktor lain yang perlu

dititikberatkan semasa membeli katil

bayi ialah keselamatan dan keselesaan

bayi. Memilih katil yang salah boleh

mengakibatkan bayi anda mengalami

masalah tidak lena tidur dan mungkin

juga berisiko untuk terjatuh. Jom lihat

kriteria yang perlu anda ambil kira

bagi memilih katil bayi yang terbaik.

5 Faktor Utama Memilih

Katil Bayi:

1 KESELAMATAN

Kriteria paling penting jika hendak

membeli katil bayi! Si manja anda

akan meluangkan kebanyakan

masanya dengan tidur, jadi sudah

tentu katil bayi menjadi pilihan tempat

tidur yang paling selesa dan empuk

untuknya. Tambahan pula, anda

tidak akan sepanjang masa bersama

dengan si manja, terutama ketika dia

sedang tidur.

Jadi, semasa memilih katil bayi,

perhatikan pada bahagian bucu katil.

Jika katil yang anda pilih mempunyai

dinding atau pintu sekitar ruang katil

yang jarang, keluasan bahagian tepi

katil bayi tidak boleh melebihi 2 inci,

bagi mengelakkan kaki, tangan atau

kepala si manja tersepit di antara

pintu katil.

2 KELUASAN KATIL

Adakah ruang bilik anda atau bayi

cukup luas untuk meletakkan katil

tersebut? Semasa membeli katil,

jangan hanya melihat kepada

kecantikan reka bentuknya

sahaja. Bawa pita pengukur untuk

mengetahui sama ada katil bayi

anda cukup luas dan muat untuk

menembusi pintu bilik anda atau bayi.

Kebanyakan ibu bapa terlepas

pandang tentang aspek ukuran katil

bayi. Akibatnya, katil yang dibeli

tidak dapat memuaskan hati mereka.

Meskipun ada katil bayi pasang siap

yang banyak dijual di pasaran, namun

jangan abaikan tentang keluasan katil

tersebut dengan bilik.

3 PINTU TARIK

Terdapat pelbagai rekaan katil bayi

yang ada di pasaran. Antara rekaan

yang menjadi tumpuan ialah katil

yang mempunyai pintu tarik di

dinding katil. Sesetengah ibu bapa

gemar memilih katil yang mempunyai

pintu tarik kerana mudah untuk

mengangkat atau meletakkan bayi ke

dalam katil. Walau bagaimanapun,

terdapat keburukan pada ciri ini.

Semakin bayi anda besar, dikhuatiri

dia akan menarik atau menolak

bahagian pintu katil sehingga terbuka,

sekali gus merisikokan bayi untuk

terjatuh dari katil. Pilihlah pintu katil

yang mempunyai sistem kunci yang

kukuh ataupun carilah katil yang

berpintu statik.

MamaPapa | Mei 2017

33

acakan!

Si Itik yang

Hodoh

Di hujung sebuah ladang, tinggal seekor itik betina. Si itik betina sedang menantikan

lima biji telurnya menetas. Akhirnya, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Satu persatu telur

menetas dan keluarlah anak itik berbulu kuning yang comel.

Tinggal satu lagi

telur yang agak besar belum menetas. Hampir seharian menunggu, akhirnya telur yang

besar itu mengeluarkan anak itik berbulu kelabu.

Ibu itik berasa sangat terkejut melihat anaknya itu lalu berkata, “Hodohnya kamu!

Sudahlah besar, warna pula lain!” Anak itik yang hodoh itu sering mendapat layanan yang

tidak elok daripada ibu itik. Malah, adik-beradiknya juga tidak suka padanya. “Kau bukan

adik kami. Kau tengok badan kau lain daripada kami.”

Bersedihlah anak itik itu dengan layanan daripada keluarganya. “Mengapa aku tidak sama

macam adik-beradikku yang lain. Mereka semua tidak sayangkan aku. Lebih baik aku pergi

dari sini.”

34 MamaPapa | Mei 2017

acakan!

Berjalanlah si itik berhari-hari membawa dirinya yang malang. Akhirnya, si itik tiba

di sebuah kolam. Di dalam air dia melihat sekumpulan burung yang sangat cantik

berterbangan di udara. Terus si itik hodoh berkata, “Alangkah baiknya

jika aku menjadi seperti burung-burung itu. Sudahlah cantik, boleh pula

terbang bebas di awan.”

Kemudian, si itik lihat sekumpulan burung lain datang ke kolam tersebut. Mereka bermain

dan berenang di kolam itu. Si itik takut untuk memunculkan diri di kalangan burungburung

yang cantik itu. Namun, seekor burung cantik perasan akan

kehadiran si itik hodoh dan mengajaknya bermain bersama.

“Wahai si angsa yang tampan, marilah ikut kami berenang bersama.” Si itik terkejut kerana

dipanggil angsa. “Apa? Aku seekor angsa?” “Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air.” Itik

hodoh itu mendekati kolam dan melihat wajahnya di dalam air.

Dia seakan tidak

percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Wah! Aku ada leher yang panjang, buluku berwarna putih. Aku seekor angsa! Aku

memang seekor angsa!” Ia terus mengembang-ngembangkan sayapnya.

Dia

amat gembira melihat wajah barunya. Semenjak hari itu, ia tidak lagi dipanggil hodoh. Si

angsa yang tampan ini telah mendapat ramai kawan dan tidak lagi kesunyian. Malah, ia

amat gembira dapat terbang tinggi bersama sekumpulan burung lain di udara.

MamaPapa | Mei 2017

35

RESIPI PILIHAN

Istimewa untuk

Mama

Pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai diberikan

sempena Hari Ibu? Air tangan anda juga boleh jadi hadiah

untuk si ibu. Si ibu boleh menyiapkan masakan istimewa

untuk ibunya, atau si bapa boleh menyediakan hidangan

Hari Ibu bersama anak-anak khas untuk isteri tersayang.

JAMBANGAN KEK CAWAN

Bahan-bahan

Kek cawan lemon

2 biji telur gred A

125g gula kastor

125g marjerin

125g tepung naik sendiri

Kulit lemon

Aising buttercream

250g mentega

500g gula aising

2-3 sudu besar susu

Pewarna makanan merah jambu

Pewarna makanan ungu

Hiasan

Corong kuih snowflake

Corong kuih bentuk bintang

Tisu

Selofan

Kertas tisu dapur

Piring kertas

36 MamaPapa | Mei 2017

RESIPI PILIHAN

Cara penyediaan

• Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan

bahan untuk membuat kek cawan lemon dahulu.

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul

semua bahan sehingga adunan sebati.

• Letakkan kertas kek dalam bekas kek. Kemudian,

masukkan sedikit adunan dalam setiap kertas kek.

• Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian

atas kek keperangan. Anda juga boleh cucuk lidi

di tengah-tengah kek untuk melihat sama ada kek

sudah masak.

• Untuk membuat buttercream, pukul mentega dan

masukkan gula aising dan susu, adun sehingga

sebati. Kemudian, asingkan adunan dalam tiga

bekas, dan letakkan satu bekas dengan pewarna

merah jambu dan satu bekas lagi dengan warna

ungu. Seterusnya, masukkan sedikit adunan ke

dalam plastik adunan.

• Untuk menghasilkan dua acuan bunga berwarna,

letakkan dua sudu besar aising merah jambu ke

dalam plastik yang disarung dengan corong kuih

snowflake. Lenyek beg plastik, kemudian letak

pula aising berwarna putih dalam plastik tersebut.

Semasa anda membuat corak tersebut, anda akan

lihat dua efek warna membentuk kelopak bunga.

Paip aising dari tengah kek cawan dalam gerakan

membulat sehingga semua aising meliputi atas

kek cawan. Paip setengah kek cawan dengan

aising merah jambu menggunakan corong kuih

snowflake dan paip setengah kek cawan lain

dengan menggunakan aising merah jambu,

tapi menggunakan corong kuih corak bintang.

Hias juga kek tersebut dengan gula-gula mini

kuning. Sementara itu, paipkan kek cawan yang

selebihnya dengan menggunakan aising ungu dan

menggunakan corong kuih bentuk bintang.

• Untuk menghias jambangan kek, masukkan

pemegang kertas tisu dapur ke dalam pasu. Tampal

pinggan kertas menggunakan selofan di atasnya.

Susun kek cawan di atas pinggan dan bungkus

dengan kertas tisu serta masukkan beberapa helai

daun di antara kek cawan tersebut.

Bijirin Sarapan Muesli untuk Mama

Bahan-bahan

1 sudu besar kismis

1 sudu besar kranberi kering

2 sudu besar jus epal

30g rolled oat

100ml susu

1 sudu besar creme fraiche

¼ biji epal (buang kulit)

1 sudu besar kacang pecan (dipotong)

1 sudu teh madu

4 biji kacang pistacio (dipotong)

Cara penyediaan

• Rendam kismis dalam jus epal beberapa jam

sebelumnya.

• Letakkan oat dalam mangkuk yang berisi 4 sudu besar

susu. Kemudian, masukkan oat yang direndam tadi ke

dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.

• Setelah oat siap direndam, kacau oat bersama creme

fraiche.

• Sagat epal dan masukkan ke dalam mangkuk, bersama

dengan kismis dan kacang pecan. Kacau museli sebati

dan tambahkan 2 atau 3 sudu besar susu. Titiskan

madu dan taburkan kacang pistacio di atasnya semasa

hendak dihidang. Selamat Hari Ibu!

MamaPapa | Mei 2017

37

BERSAMA PAKAR

Antibiotik dari

Kacamata Doktor

Ramai ibu bapa yang merungut jika doktor tidak memberikan

ubat antibiotik kepada anak mereka yang demam. Perlukah

antibiotik diberikan kepada bayi atau kanak-kanak dan keadaan

yang bagaimana memerlukan pemberian antibiotik? Bersama

Dr Fahisham Taib, Pensyarah dan Pakar Pediatrik di Hospital

Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menjawab persoalan

umum mengenai pemberian antibiotik kepada kanak-kanak.

38 MamaPapa | Mei 2017

Demam merupakan fenomena biasa yang berlaku di

kalangan kanak-kanak, terjadi akibat jangkitan virus atau

bakteria. Biasanya, doktor akan mencari sebab-musabab

mengapa kanak-kanak menghadapi simptom tersebut.

Secara amnya, demam merupakan tindak balas badan

secara fisiologi menghadapi sesuatu jangkitan kuman.

Penaikan suhu secara mendadak dikaitkan dengan demam

dan biasanya kebimbangan ibu bapa tentang keperluan

antibiotik sebagai rawatan kepada demam tersebut. Ibu

bapa perlu tahu bukan semua keadaan atau masalah

demam memerlukan antibiotik.

Antibiotik atau antimicrobial merupakan ubat yang

digunakan untuk membantutkan atau membunuh

mikroorganisma. Kebolehan antibiotik ini berbeza dari

segi ‘coverage’ serta kebolehan membunuh berbagaibagai

organisma. Antibiotik biasanya spesifik untuk

membunuh sama ada bakteria gram positif atau

spesifik pada gram negatif. Adapun mikroorganisma

ini boleh berasal dari jenis, contohnya, pertussis yang

menyebabkan batuk kokol, maka antibiotiknya mesti

spesifik untuk mengelakkan komplikasi. Antibiotik untuk

batuk kokol adalah berbeza dengan antibiotik yang boleh

menyebabkan masalah pneumonia atau jangkitan kuman

pada paru-paru kanak kanak. Contoh jenis antibiotik yang

ada seperti penicillin, macrolide, aminoglycoside dan

cephalosporin.

Penggunaan

antibiotik juga

agak berbeza dari

segi generik dan

original akibat

persaingan.

Antibiotik original

biasanya dibuat

oleh syarikatsyarikat

farmasi

yang mempunyai

paten dan

persetujuan

tertentu, dan

apabila tamat

tempoh perjanjian

tersebut,

pembuatan

ubat yang lebih murah dan komersial oleh syarikat lain

dibenarkan dan ini menghasilkan ubat-ubat generik.

Biasanya syarikat yang berfungsi menghasilkan ubat

generik datang dari negara dunia ketiga di mana tenaga

kerja dan kos menghasilkannya agak murah.

BERSAMA PAKAR

Kes sebegini tidak memerlukan antibiotik sebagai

penyelesaian. Jika pemeriksaan dibuat pada anak anda

dan doktor mendapati terdapatnya tanda-tanda jangkitan

kuman, baharulah antibiotik akan diberikan. Peri penting

seseorang doktor adalah mencari ‘site’ infeksi contohnya

tonsil, gegendang telinga (otitis) atau jangkitan peparu

yang memerlukan antibiotik. Pemeriksaan seperti

x-ray paru-paru, menguji air kencing atau mengambil

darah untuk melihat tanda-tanda infeksi mungkin agak

penting dalam menentukan rawatan selanjutnya. Ia

juga penting untuk spesifikasi antibiotik, contohnya

penicillin based akan digunakan untuk rawatan kuman di

saluran pernafasan (upper and lower respiratory tract).

Penggunaan antibiotik mesti serasi, spesifik dan ‘narrow

spectrum’ untuk mengelakkan resistant dan super infeksi

kepada kanak-kanak.

“Biasanya kanak-kanak yang terkena

infeksi virus akan mempunyai simptom

seperti berhingus, demam, lenguh badan,

ruam (rash) dan sakit kepala.”

Bilakah antibiotik boleh diberikan?

Antibiotik boleh digunakan apabila kanak-kanak tersebut

menunjukkan indikasi atau tanda-tanda mereka mempunyai

jangkitan bakteria. Adapun kebanyakan kanak-kanak yang

datang berjumpa doktor di klinik kesihatan menghadapi

masalah demam, tetapi kebanyakan masalah tersebut

disebabkan oleh virus.

MamaPapa | Mei 2017

39

BERSAMA PAKAR

Keadaan ini agak sukar bagi doktor

di klinik swasta di mana mereka

mungkin mempunyai masa yang

terhad, kekurangan alatan untuk

penyiasatan menyeluruh seperti

di hospital dan ketiadaan masa

untuk ‘observation’ pesakit tersebut.

Penilaian biasanya bergantung

kepada firasat dan kebarangkalian

masalah tersebut. Mereka biasanya

akan memulakan antibiotik secara

emperikal jika mereka merasakan

ianya adalah disebabkan oleh

bakteria. Ini berdasarkan pengalaman

mereka melihat kes-kes atau untuk

mengelakkan komplikasi akibat

daripada sesuatu penyakit. Tidak

semua kemudahan keputusan

mikrobiologi seperti kultur

mikroorganisma dapat dilakukan

kerana ianya mengambil masa untuk

mendapatkan keputusan.

Bila penyalahan

penggunaan antibiotik?

Arahan doktor wajar dipatuhi.

Biasanya doktor akan memberi

5 hingga 7 hari untuk antibiotik

dimakan. Walau bagaimanapun,

pesakit biasanya akan berasa baik

setelah 3 atau 4 dos diberikan.

Ini menyebabkan antibiotik tidak

dihabiskan. Begitu juga dengan

isu ‘compliance’ di mana jika

kekerapan antibiotik 4 kali sehari

berbanding dengan sekali sehari,

kebarangkalian masalah ini akan

timbul akibat kekerapan. Faktor

lain ialah rasa antibiotik, kerana

kanak-kanak mempunyai toleransi

yang rendah jika antibiotik itu

pahit dan tidak menyenangkan.

Kegagalan mematuhi arahan untuk

menghabiskan antibiotik akan

menyebab pengulangan (partially

treated) atau penyebaran jangkitan

kuman tersebut.

Penyalahgunaan antibiotik yang lebih

membimbangkan adalah kerana ia

boleh menyebabkan kemunculan

organisma yang resistant pada

antibiotik yang ada. Ini adalah akibat

penggunaan antibiotik secara tidak

rasional dan tanpa pengetahuan.

Doktor biasanya berada dalam dilema

sama ada ingin meyakinkan pesakit

dan ibu bapa tentang tidak perlunya

antibiotik dan masalah infeksi

kedua (secondary infection) akibat

virus. Ini menyebabkan kelunturan

keyakinan ibu bapa pada pengamal

perubatan tersebut. Ibu bapa

biasanya mengharapkan sesuatu

bentuk terapi seperti antibiotik

semasa kedatangan mereka ke

klinik. Akibat daripada ini, keperluan

kepada antibiotik mesti disandarkan

pada aspek perawatan dan

diagnosis. Jika pandangan doktor

ianya akibat virus, maka cukup

dengan ‘reassurance’ kerana secara

naturalnya badan kita akan pulih

tanpa antibiotik. Penggunaan ubatan

paracetamol mungkin diperlukan

lebih pada pengawalan simptom

demam dan lenguh-lenguh.

Jika antibiotik diberikan, maka

ianya harus memenuhi keperluan.

Ini sesuai dengan pathogen

atau mikroorganisma ataupun

diagnosis. Ubat perlu dihabiskan

mengikut sukatan, hari dan

kekerapan yang diarahkan.

Contohnya, jika kanak-kanak

mengalami infeksi kulit (impetigo)

akibat daripada staphylococcus,

maka antibiotik yang sesuai

adalah cloxacillin. Respon pada

antibiotik perlu dilihat untuk

escalation jika perlu. Perlu diingatkan

bahawa penggunaan antibiotik

datang dengan risiko. Contoh, kesan

sampingan adalah hypersensitivity,

cirit-birit, gangguan buah pinggang

atau hati. Akan tetapi, kesan ini

boleh dicegah dengan memilih

antibiotik secara teliti, meneliti risiko

dan keperluan serta penggunaan

antibiotik secara betul.

Saya berharap dengan penerangan

sebegini dapat memberi sedikit

sebanyak informasi kepada ibu bapa

tentang keperluan antibiotik. Ibu bapa

perlu celik tentang jenis antibiotik,

untuk apa antibiotik dimulakan,

berapa lama ia diperlukan dan berapa

kekerapannya. Ini untuk mengelakkan

komplikasi atau super infeksi jika

ia tidak dihabiskan. Untuk masalah

biasa seperti virus, antibiotik tidak

akan menyelesaikan masalah demam

kerana demam itu adalah reaksi

badan pada sesuatu organisma.

Artikel diambil daripada laman www.doktorbudak.com dan ditulis oleh Dr Fahisham Taib, Pensyarah dan

Pakar Pediatrik di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

40 MamaPapa | Mei 2017

uku bulan ini

Wonderful Shoes:

Pitter-Patter Treasures

oleh Teoh Choon Ean

Penerbit: MPH Group Publishing

RM19.90

Makcik Ping datang untuk melawat

Ally dan Lanna. Beliau telah

menghadiahkan mereka berdua

sepasang kasut manik yang cantik.

Keesokan harinya, ibu mereka

membawa mereka keluar dan mereka

mempelajari pelbagai jenis kasut yang

dipakai oleh rakyat Malaysia untuk

majlis-majlis yang berbeza.

PHD Mama

oleh Dr. Nik Salida &

Bahruddin Bekri

Penerbit: PTS Publishing House

RM16.00

Dr. Nik Salida, seorang pensyarah

dari Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM) menceritakan pengalamannya

menyambung pengajian peringkat

Ph.D di United Kingdom. Ketahui

pengalaman pahit manisnya

sepanjang bergelar pelajar, termasuk

pengalaman berpuasa dan beraya

di sana, serta perspektifnya tentang

orang Islam yang ada di negara itu.

Buku ini juga amat sesuai untuk anda

yang merancang ke United Kingdom;

tidak kiralah untuk menyambung

pelajaran ataupun menetap di sana.

There’s a Snake in My

School!

oleh David Walliams

Penerbit: MPH Group Publishing

RM69.90

Dari penulis buku terkemuka, David

Walliams kini tampil dengan buku

bergambar kanak-kanak menarik

hasil ilustrasi oleh Tony Ross. Buku

ini menceritakan budak perempuan

bernama Miranda yang membawa

binatang peliharaannya, ular sawa ke

sekolah. Apa lagi! Keadaan di sekolah

terus gamat dengan kemunculan

‘tetamu yang tidak diundang’ itu.

Kahwin, Anda Berani?

oleh Dr. Sakinah Salleh

Penerbit: PTS Publishing House

RM13.00

Perkahwinan memang indah, tetapi

usah ambil mudah hal perkahwinan.

Buku Kahwin, Anda Berani? padat

dengan kisah asam garam yang

berlaku dalam alam rumah tangga.

Buku ini turut mempersembahkan

inspirasi kekeluargaan dan tips yang

boleh dijadikan motivasi, buat bekalan

bakal pengantin mahupun pasangan

yang sudah berkahwin.

Buku ini terdapat di rangkaian

kedai buku utama seluruh negara

atau boleh dibeli secara dalam

talian:

• www.mphonline.com

• www.pts.com.my

• www.bookcafe.com.my

MamaPapa | Mei 2017

41

KLIK-KLIK

Risiko alergi semasa berada dalam rumah

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu tahu dan faham risiko kesihatan yang akan

dialami oleh kanak-kanak yang banyak meluangkan masa di dalam bangunan,

sama ada di rumah ataupun pusat penjagaan kanak-kanak, kata Dr Amir

Hamzah. Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi

Malaysia dan Pakar Imunologi Klinikal berkata, kanak-kanak yang berada dalam

bangunan turut terdedah kepada masalah alergi yang berpunca daripada

dinding, mainan dan juga perabot. Beliau membentangkan perkara ini di majlis

perbincangan meja bulat pakar kempen Wellness for Children yang dianjurkan

oleh Nippon Paint. Turut hadir, Pakar Perunding Pediatrik, Profesor Madya Dr

Jessie Anne De Bruyne dan Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia

Group, Gladys Goh.

Penarafan ‘Thumbs’ baru dari Netflix

Ibu bapa boleh menarik nafas lega dengan sistem penarafan ‘ibu jari’, terbaru

dari Netflix. Kini, anda tidak lagi perlu buang masa untuk mencari program

kegemaran anda. Netflix mencipta sistem penarafan ‘ibu jari’ untuk membantu

anda mengemas semula profil akaun anda yang selama ini dibanjiri dengan

program kartun kegemaran anak-anak anda. Anda perlu menandakan ‘thumbs

up’ pada program yang anda sukai dan ‘thumbs down’ untuk rancangan atau

cerita yang tidak digemari. Program yang bertanda ‘thumbs up’ akan berada

pada senarai teratas. Mudah, kan? Kini, anda boleh menonton filem atau

rancangan kegemaran anda dengan lebih mudah dan pantas!

Sokongan bakal bapa kepada isteri semasa hamil

KUALA LUMPUR - Ramai bakal bapa yang kurang faham akan peranan mereka

dalam menyokong isteri yang sedang hamil. Menyedari akan hal itu, Anmum

Materna menganjurkan kempen bagi membantu bakal bapa untuk menyokong isteri

mereka sepanjang perjalanan kehamilan si isteri. Kempen tersebut bermula dengan

memperlihatkan video dari pasangan selebriti, Shukri Yahya dan isterinya, Tya Adnan

yang ketika itu menunggu kelahiran bayi pertama mereka. Maklumat lanjut tentang

kempen ini boleh didapati di memomrpapa.anmummaterna.com.my

Bekalan bento sihat dan mudah untuk anak-anak

KUALA LUMPUR - Bagi ibu-ibu yang ketandusan idea untuk menyiapkan

bekalan makanan berkhasiat untuk anak mereka, Mission Foods ada

penyelesaiannya. Mission Foods membawakan kepada anda idea bekal

makanan dari Pakar Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam dan dua selebriti

tanah air; Aishah Sinclair dan Sazzy Falak untuk berkongsi idea menghasilkan

bento yang mudah dan berkhasiat. Dalam bengkel yang dianjurkan oleh Mission

Foods ini, mereka menghasilkan tiga resipi mudah dengan menggunakan

produk Mission seperti wrap, pita, naan dan chip.

KLIK-KLIK

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

KUALA LUMPUR - Seramai 70 kakitangan wanita Allianz Malaysia Berhad menjayakan

kejohanan bola jaring sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa pada Mac lalu.

Acara itu merupakan salah satu sambutan daripada lima acara yang dianjurkan khas

untuk Hari Wanita Antarabangsa. Sambutan bermula dengan paparan kata-kata

inspirasi oleh pemimpin wanita di Allianz, diikuti dengan kejutan pemberian bunga

untuk semua staf wanita Allianz di seluruh negara dan kelas ‘How to: Take care of

your skin and do your makeup’. Acara terakhir ialah tontonan filem terkenal 2009,

Confessions of a Shopaholic. Allianz turut menyambut Hari Wanita bersama media

wanita dalam Hari Spa Media Tahunan yang berlangsung pada 9 Mac lalu.

Chewies cipta rekod dalam Malaysia Book of Records

BANDAR SUNWAY - Seramai 2,000 pelajar sekolah dari 30 buah sekolah rendah sekitar

Lembah Klang mencipta rekod menerusi kategori ‘Penyertaan Paling Ramai bagi Sesi

Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti’ dalam Malaysia Book of Records. Majlis yang

berlangsung di Sunway Amphitheatre, Sunway Lagoon ini menyaksikan para pelajar

berusia 5 hingga 12 tahun, ibu-bapa dan guru-guru mengambil lebih daripada 4,500

pastil Chewies Immunolicious secara serentak dalam program berkenaan. Ketua Pegawai

Eksekutif AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn Bhd, Javed Ghulam Muhammad berkata,

program yang diadakan itu merupakan salah satu cara untuk mendidik ibu bapa tentang

cara untuk melindungi anak-anak mereka daripada kuman melalui pembinaan sistem imun

yang kuat. Setiap kanak-kanak diberikan dua pastil dan empat pastil untuk orang dewasa

bagi meningkatkan sistem imun mereka pada hari tersebut. Pastil Chewies Immunolicious

diperkaya dengan Wellmune®, iaitu sejenis gluco polysaccharide yang diperoleh daripada

penapisan yis baik, yang bertindak sebagai penggalak sistem imun semula jadi untuk kanakkanak

dan golongan dewasa.

Berjumpa dengan Mickey Mouse dan rakan-rakan

KUALA LUMPUR - Peminat Mickey Mouse pasti tidak melepaskan peluang

menonton siri animasi terkini, Mickey and the Roadster Racers yang ditayangkan

di saluran Disney Junior pada 24 Mac lalu. Siri ini mengisahkan perjalanan Mickey

dan rakan-rakannya; Minnie, Pluto, Goofy, Daisy dan Donald dalam perlumbaan

kereta. Seiring dengan tayangan perdana siri tersebut, Disney Junior membawakan

karnival Disney Junior Mickey and Roadster Racers yang berlangsung di Mid Valley.

Di sana, ibu bapa berpeluang membawa anak mereka mengikuti pengalaman

interaktif yang menarik dengan pelbagai aktiviti seperti perlumbaan kereta, bermain

untuk mendapatkan lesen Roadster Racer dan berjumpa dengan Mickey Mouse.

Pengalaman interaktif ini bertemakan roving truck berhias dan berlangsung di tiga

lokasi seluruh negara; Kuala Lumpur (15 hingga 26 Mac), Pulau Pinang (29 Mac

hingga 4 April) dan Kota Bharu (6 hingga 8 April).

Sambutan Bulan Kesihatan Mulut 2017

KUALA LUMPUR - Colgate-Palmolive Malaysia bersama Persatuan Doktor Pergigian

Malaysia dan Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan

Bulan Kesihatan Mulut 2017 pada Mac lalu. Bertemakan ‘Live Fearlessly’, kempen ini

merupakan usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia melakukan lawatan pergigian

secara tetap sebagai langkah penjagaan kebersihan mulut mereka. Turut hadir, Presiden

Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Chow Kai Foo dan Pengarah Pemasaran

Colgate-Palmolive (Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei), Adam Pineda.

MamaPapa | Mei 2017

43

PERCUMA hadiah menarik bernilai sehingga RM200.00

dengan langganan minimum RM50.00.

(Untuk 50 Pelanggan Pertama Sahaja!)

BabyTalk menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan & bayi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

MamaPapa menawarkan

info dan panduan

tentang kehamilan,

keibubapaan, bayi &

kanak-kanak

(Melayu - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

Natural Health

menampilkan yang

terkini mengenai

kesihatan, kecantikan,

penawar dan kehidupan

semula jadi

(Inggeris - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM72

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM144

A Healthy Lifestyle

menonjolkan

tips kesihatan &

kecantikan moden

(Cina - 12x setahun)

□ 12 keluaran (setahun)

RM60

□ 24 keluaran (2 tahun)

RM120

Franchise Asia

ialah satu-satunya

penerbitan yang

menampilkan peluang

francais di Malaysia dan

seluruh dunia

(Inggeris - 4x setahun)

□ 4 keluaran (setahun)

RM48

□ 8 keluaran (2 tahun)

RM96

Smart Kids World ialah buku panduan bermanfaat untuk perkembangan

& pembelajaran serta kesihatan kanak-kanak ( 2x setahun)

□ Inggeris □ Melayu □ Cina

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

Baby Guidebook ialah buku panduan berguna tentang kehamilan &

keibubapaan untuk ibu bapa baru ( 2x setahun)

□ Smart Parenting □ Mama SiManja □ 妈 妈 宝 宝 世 界

□ 2 keluaran (setahun) RM39.80

□ 4 keluaran (2 tahun) RM79.60

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!