13.08.2018 Views

kerja tangan O

litzin kerja tangan isu O buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu O
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

masih berpegang pada doktrin asal perlu ada performer,

penonton dan dijalankan secara langsung.

RIDHWAN

Boleh cerita lanjut pengalaman anda bertemu Tim Etchells?

Ia kedengaran menarik.

WALID

Forced Entertainment antara kumpulan teater yang benarbenar

saya ingin tengok dan jumpa. Saya menghadiri satu

kem di Brighton dan waktu itu mentor saya ialah Karen

Christopher. Karen sebelum ini ialah ahli Goat Island 2 dan

dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang

membuat persembahan. Dia kata dalam beberapa minggu

lagi akan ada persembahan dari Forced Entertainment di

Sussex University. REAL MAGIC (2017) tajuknya. Saya

sempat berjumpa Tim selepas habis persembahan dan

berbincang sedikit tentang teater. Dia mempunyai vision

yang sangat baik dan terbuka. Pada dia, teater adalah

tentang kemungkinan dan permainan minda. Boleh jadi

idea itu tidak difahami. Tetapi yang utama ialah minda boleh

bergerak atau dijana. Dalam erti kata lain, pengalaman

menonton teater yang bagus tidak hanya menonton

persembahan yang boleh difahami tetapi juga kepada

keseronokan minda bergerak. Salah seoang daripada ahli

Forced Entertainment iaitu Jerry Killick ada bercakap

dengan saya tentang Malaysia. Katanya dia tahu pemuzik

bernama Pete Teo. Saya kata saya suka lagu dalam

TALENTIME (2009). Perbualan antara saya dan Jerry lebih

kepada bagaimana Jerry menyukai Malaysia. Pernah juga

dia tinggal di Malaysia. Perbualan saya dengan Tim pula

lebih kepada harapan Tim kepada kumpulan teater di dunia.

Dia mahu semakin banyak idea menarik dan di luar

jangkaan dibuat. Richard Lowdon pula mengatakan bahawa

keinginan dia untuk menyertai Forced Entertainment ialah

selepas dia melihat satu persembahan yang lain daripada

2 Goat Island ialah sebuah kumpulan performans kolaboratif di Chicago,

Illinois, U.S., dan ditubuhkan pada tahun 1987.

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!