13.08.2018 Views

kerja tangan O

litzin kerja tangan isu O buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu O
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Saya tidak mahu memberi panduan. Mana ada

panduan untuk hal-hal subjektif seperti ini. Namun,

penjualan nilai kamu itu haruslah berbunyi bijak dan tidak

jengkel tentunya. Saluran-saluran dari konflik cerita, dialog

watak-watak atau gambaran situasi boleh membawa

bersama nilai-nilai tersebut untuk mewakili rasa tidak puas

hati kamu (tidak dilakukan secara terang-terangan sebagai

kenyataan dari penulis).

“Buku ini tidak bermoral. Terlalu banyak adegan yang

ganas dan seksual,” kata pembaca yang sudah teracu lama

dengan naskhah-naskhah tradisi yang selamat selama ini.

Kenyataan ini tidak akan membantutkan kamu untuk

menjadi tukang cerita yang baik. Kamu manusia kreatif

yang mampu menangani apa sahaja. Pemilihan kata dan

terma kamu bagaimana? Cara sisipan kamu pada

penceritaan harus dilakukan dengan penuh hati-hati dan

kreatif. Begitu juga apabila kamu mahu masuk ke dalam

ruang Gender, Identiti Jantina, Ekspresi manusia yang

berlapis-lapis dan Seksualiti, ia harus dilakukan dengan

penuh tanggungjawab. A. Samad Ismail, Pak Sako,

Shahnon Ahmad sudah memasuki daerah ini dalam

penceritaan dengan penuh tanggungjawab. Ada waktunya

dilakukan dalam bentuk yang disalurkan dari watak-watak

sampingan yang berbunyi lucu.

Kegemaran masa kini adalah melibatkan watak

PONDAN dalam penceritaan. Kamu harus tahu secara luas

bagaimana agaknya susunatur terma-terma baharu

mereka? Rasa hati mereka? Gerak langkah mereka. Silap

besar kalau meneliti dan mendapat informasi dari

cisgender untuk watak-watak sebegini. Ramai terutamanya

sejak tahun 2000 menyelitkan watak-watak lesbian, gay dan

mak nyah dalam penceritaan sebagai pewarna cerita.

Sayangnya banyak yang sipi-sipi, berkeinginan bersyurga

neraka, menginsofkan watak cepat-cepat dan akhirnya

berbunyi pelik. Apatah lagi kalau pembaca kamu adalah

para LGBT.

Begitu juga watak-watak yang mengalami sakit-sakit

kronik seperti OCD, Bi-polar, ADD atau Depressi. Harus

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!