09.06.2018 Views

kerja tangan E

litzin kerja tangan isu E buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu E
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kerja tangan

E

Rorschach Ink

Kerja Tangan adalah ruang katalis di mana penulis-penulis

dapat menerbitkan penulisan mereka hasil editorial rakus

dalam format ringkas tidak melebihi 600 patah perkataan

meski ada juga yang melebihi had tersebut tetapi dengan

syarat utama iaitu ia mesti bagus atau paling kurang:

luarbiasa. Rata-rata teks di dalam litzin ini samada ia

diterbitkan penuh dengan suntingan atau bagi sebilangan

teks yang belum cukup bagus, saya akan pilih bahagian

terbaik (boleh jadi dalam bentuk perenggan, stanza atau

baris ayat) dan cuba bikin teks tersebut agar ia boleh werk

bersendirian tanpa bantuan klise lain.

Kontributor dialu-alukan (esei, cerpen, puisi etsetera) dan

litzin ini selain diterbitkan secara berkala dan gratis via

laman sosial digital, ia juga diterbit dan dijual dalam bentuk

cetakan fizikal dalam usaha untuk menampung kerja-kerja

editorial dan kelangsungan litzin ini.

– Ridhwan Saidi

Maklum balas dan karya boleh diemel ke:

litzin.kerjatangan@gmail.com

kandungan

Interviu Bebbra Mailin

oleh Ridhwan Saidi

5 Sajak

oleh Mikael Johani

cerita pendek tentang lipas

yang digelapkan oleh kerajaan

oleh Zhafirin

Ketinggian Malam

oleh Amer Hamzeh

Raja

oleh Hafiz Sahhudi

Menyebabkan Dia Tidak Lagi Marah-Marah

oleh Anas Mohd

BLADI BASTAT!

oleh Azrin Fauzi

I n t e r v i u

Bebbra Mailin

Ridhwan Saidi

Bebbra Mailin merupakan pembikin filem

Malaysia masa kini kegemaran saya. Saya

pertama kali nampak kelibat Bebbra di pejabat

fakulti skrin yang waktu itu masih belum

menghasilkan filpen pertamanya EYE LOVE.

Selain telah menghasilkan beberapa filpen,

Bebbra juga pada ketika ini menjadi kurator

tayangan filem di UiTM Puncak Perdana. Antara

filem yang saya masih ingat dan pertama kali

tonton skrin besar di sini (di bawah kuratorial

Bebbra, kerana sebelum itu Dr. Norman bergerak

selaku kurator dengan lima tayangan seminggu)

antaranya filem KES (1969), ROSETTA (1999) dan

ELIANA, ELIANA (2002).

7

RIDHWAN

Nak interviu sikit untuk litzin Kerja Tangan ok?

BEBBRA

Nak interview saya ka? *emoji gugup*

RIDHWAN

Ya.

BEBBRA

Okay, boleh :)

RIDHWAN

Macam mana boleh mula buat filem?

BEBBRA

Bagaimana mula buat filem? Oh, saya mula bikin filem

secara tidak sengaja dan suka-suka. Mungkin saya mulakan

dulu bagaimana saya mula mengenal filem. Saya belajar

filem secara kebetulan. Kerana ditawarkan program

Diploma Teknologi Skrin selepas tamat Sekolah Menengah.

Dari situ, saya telah belajar dan bikin/ikut beberapa projek

filem yang dibuat oleh kawan-kawan dan juga untuk

assignment. Dan, sewaktu kuliah, saya mula bikin beberapa

projek filem untuk tugasan kuliah saja.

Kemudian, pada tahun 2011, secara suka-suka saya

menyertai pertandingan filem pendek anjuran Kota

Kinabalu International Film Festival (KKIFF). Saya hantar

satu filem pendek eksperimental bertajuk EYE LOVE dan

kebetulan, menang. Dan selepas itu saya terus membuat

beberapa buah filem yang lain.

RIDHWAN

Apa yang buat Bebbra minat pada filem atau sinema

seluruhnya?

BEBBRA

Saya tertarik kepada filem-filemnya yang punya nilai

kemanusian dan realisme. Di awal perkenalan saya dengan

sinema, filem-filem seperti PEREMPUAN, ISTERI DAN…

8

(arahan U Wei Hj Shaari), MAROON IN IRAQ (arahan

Bahman Ghobadi), SALAAM BOMBAY (arahan Mira Nair)

jadikan saya resah dan susah tidur—selepas menonton

filem sebegini. Bagi saya, filem-filem seperti ini punya

kuasa universal kerana luas elemen humanisnya. Saya fikir,

yang menjadikan filem/sinema itu menarik adalah isi filem

itu. Jika saya ingin menyebut senarai pengarah filem yang

banyak mempengaruhi saya kebanyakan adalah dari

pengarah Iran seperti Dariush Mehrjui, Majid Majidi, Abbas

Kiarostami—juga dari pengarah lain seperti Yasujiro Ozu,

Satyajit Ray, Rithy Panh, Brilliante Mendoza, Jean Pierre

and Luc Dardenne, Zhang Yimou dan ramai lagi. Pengarahpengarah

filem ini seperti penyampai utusan yang penuh isi

tentang kehidupan manusia. Ini menarik sekali bagi saya!

RIDHWAN

Bebbra sendiri ada pernah bikin beberapa filpen seperti EYE

LOVE, LANGAT DI ODU, FRAGILE antaranya. Boleh kongsi

proses atau ada apa-apa cerita di sebalik pembikinan?

BEBBRA

Filpen EYE LOVE dibuat pada tahun 2011 ketika saya sedang

bercuti bersama adik dan beberapa rakan saya. Sebelum

bertolak ke lokasi percutian—di Kundasang (sebuah lokasi

percutian popular di Sabah—dekat kaki Gunung Kinabalu)

saya bilang kepada adik saya: “Saya mahu ikut

pertandingan filem, kamu jadi pelakon saya boleh? Tidak

susah, kamu tidak perlu jadi apa-apa. Cuma jadi diri sendiri

saja.” Adik saya setuju, dan dengan hanya sebuah

camcorder, shooting bermula. Prosesnya sangat spontan

dan organik! Tanpa skrip, saya hanya mengambil semangat

quotation dari John Lennon tentang simbolik cinta manusia

dan alam semulajadi, saya cuba menangkap momen

menerusi watak dua orang kekasih dengan keindahan latar/

setting semulajadi di Kundasang. Selepas selesai shooting,

masalah utama saya untuk filpen ini adalah sound. Semua

sound tidak boleh guna—mungkin juga kerana saya tidak

ada peralatan merakam sound yang sesuai. Keadaan ini

membuatkan saya mengubah/menyusun semula naratif/

9

cerita semasa proses penyuntingan. Dalam proses

suntingan ini juga, saya dibantu oleh rakan saya, Abel Felix,

yang juga mengubah skor asal muzik dalam filpen ini.

Filpen LANGAD DI ODU asalnya ditulis dalam bentuk

cerpen untuk dihantar ke syarikat akhbar tempatan Sabah.

Idea asal cerita ini diangkat daripada sebahagian

pengalaman saya sendiri. Kemudian, pada satu ketika, saya

menghadiri satu forum di Rumah Pena yang mana pada

sesi perbincangan, berlingkar topik tentang masalah

bahasa dalam sinema tempatan. Saya turut mengambil

bahagian dalam perbincangan tersebut dan menyatakan:

“Saudara sekalian berbincang mengenai bahasa Melayu,

Cina dan India; tetapi bagaimana pula dengan bahasabahasa

dari negeri Sabah dan Sarawak? Jadi, idea

membikin filpen LANGAD DI ODU juga adalah kegelisahan

saya untuk menghadirkan sebuah filem dalam bahasa

Kadazan dalam sinema tempatan. Proses pembikinan agak

mudah kerana saya menggunakan lokasi seperti: tamu

(Penampang/Ranau/Papar/Tamparuli) penggambaran di

sekitar kawasan/kampung saya sendiri dan juga kerana

konteks cerita ini yang terlalu dekat dengan saya, jadi saya

menggunakan ruang-ruang/latar sosiobudaya yang saya

kenal. Selain itu, gerak kerja produksi juga agak kecil

dengan cuma dua orang sahabat yang membantu, bersama

ayah saya sendiri yang turut serta. Kekurangan daripada

segi teknikal juga tidak ada masalah kerana bagi saya yang

penting adalah bagaimana cerita ini harus disampaikan.

Selepas filem ini siap, saya membuat tayangan premiere

secara terbuka di Muzium Sabah dan memanggil semua

pelakon dan sahabat untuk menonton dan berkongsi

pendapat tentang filpen ini. Proses ini sangat penting bagi

saya.

Filpen FRAGILE pula di bikin sewaktu saya menyertai

Sabah Filem Academy anjuran Kota Kinabalu International

Film Festival 2015 yang turut menjemput beberapa

penggiat filem dari Kuala Lumpur, Amerika dan Jerman

sebagai tenaga pengajar/mentor kami sepanjang akademi

tersebut.

10

Dalam filpen ini saya mengangkat isu imigran dari

Indonesia menerusi perspektif seorang anak perempuan

kecil. Idea ini juga terhasil dari kegelisahan saya sebagai

warga tempatan yang sering melihat anak-anak Indonesia

ini tidak bersekolah dan bekerja dalam usia yang sangat

muda. Dan dalam proses saya membuat kajian, saya

bertemu dengan seorang anak perempuan kecil (Nirwana)

yang telah lahir di Sabah dan bersekolah di Sekolah

Indonesia Kota Kinabalu tetapi bekerja dengan menyanyi di

pesta/majlis untuk membantu ibunya. Saya tertarik dengan

kisah Nirwana dan keluarganya. Oleh kerana projek ini

dibuat secara formal, saya mempunyai beberapa rakan

produksi lain yang turut sama membantu dan tahu akan

tugas masing-masing. Ini banyak memudahkan proses

persiapan filem dokumentari ini. Tentu saja, setiap produksi

ada cabaran tersendiri termasuk projek ini juga tetapi

akhirnya penggambaran selesai dalam masa 4 hari dan

penyuntingan selama 3 hari. Selepas filem dokumentari ini

siap, filem ini ditayangkan pada upacara penutup festival

KKIFF tersebut. Dan, pada Mac 2016, filem dokumentari ini

terpilih antara 5 untuk satu program Visual Documentary

Project anjuran Southeast Asian Studies Kyoto University,

Jepun.

RIDHWAN

Boleh deskripsikan bagaimana kegelisahan yang Bebbra

alami sebelum sesebuah filpen dibikin?

BEBBRA

Kegelisahan itu buat saya asyik berfikir-fikir dan seperti saya

rasa perlu berbuat sesuatu/filpen itu dengan segera.

RIDHWAN

Okay, jadi apa pandangan Bebbra tentang Malaysia?

BEBBRA

Bagi saya, Malaysia itu unik. Unik dari segi keragaman

budaya, identiti, politik, sosial dan juga masalah-masalah di

dalamnya! Malaysia mungkin sudah bebas dan merdeka

11

tapi sebenarnya masih ada antara kita yang berperang

dengan bangsa-bangsa kita sendiri. Kita bertengkar hanya

kerana perbezaan bahasa tetapi pada masa yang sama

perlu melaungkan slogan 1Malaysia. Soalan ini sederhana

tapi susah untuk dijawab. Tetapi, saya optimis untuk melihat

Malaysia bergotong-royong menciptakan kesejahteraan

bersama.

12

green

Mikael Johani

nothing sustains you electric hair

not you black airmax

not you elm park nails

not you skinny fit

night. release

i mind

your magnificent thigh gap

13

safaristi

Mikael Johani

buat Edo

droning, skipping, chk-chk-chk-ing, you

klip-klop dawns and discos,

notwithstanding calamus and pitiful

dragons, brandishing swords and falujas,

quizzing folks on brixton, idm and vaka.

oozing black roses, you catapult pentatonic

notes up to heaven, realizing just how

much quizzing faiths sap your strength,

how much quixotic flair it takes to swallow

the moon.

ah ah ah yeah, anaemic beats aside,

there’s peace in smashing heads, talking

trash, mashing up samples in pitch

darkness. finagle xanadu, jizz

indiscriminately, quit meth. a vice grip

infinitesimally.

14

cerita pendek

tentang lipas yang

digelapkan oleh

kerajaan

Zhafirin

1. Seorang perempuan terjun dari

tingkat 78 sebuah bangunan di

Kuala Lumpur selepas rakan

sekerja menyamakannya dengan

seekor lipas spesies

Macropanesthia rhinoceros.

2. Lipas percaya pada kata-kata: Yang patah

tumbuh, yang hilang akan berganti.

15

Ketinggian Malam

Amer Hamzeh

Kau memandu pulang dari premis dobi layan diri

malam itu sambil kelaparan. Sebenarnya kau dah

makan malam bersama Yudia, Awar, Edza & Yayo

maghrib tadi. Cuma tetiba selera makan kau

seperti menaik tinggi. Hanya kau dan Dia yang

tahu mengapa. Oh mungkin tokan herba

pembekal kepada kau dalam diam juga tahu.

Kau memandu perlahan-lahan, agak terlalu

berhati-hati, mungkin kau seronok melayan

pendingin hawa yang nyaman meniup bayu tepat

ke muka. Tapi nafsu nan kelaparan membuakbuak

minta diambil perhatian dan disumbat

sesuatu.

Tiba di persimpangan dekat stadium yang lama

runtuh tak siap-siap dalam pembaikpulihan,

sepatutnya kau belok ke kanan untuk pulang terus

ke rumah. Tapi kau ambil kiri dan terus menuju ke

food truck kegemaranmu di tepi medan niaga ala

downtown, Stimbot Mawar Merah.

16

Kau ambil empat batang cucuk-cucuk dan

menanti di meja sementara krew di situ

menghangatkan apa yang patut. Pilihan biasa

yang kau ambil cuma pedal ayam, cendawan,

fucuk ayam dan prawn wantan.

Di meja seberang, kau lihat ada dua pemuda

pertengahan 20an kedengaran sedang

bersembang hal band masing-masing. Kau bukan

pasang telinga pun, cuma volume suara salah

sorang pemuda itu agak jelas memecah suasana.

Kau menyangka baik, mungkin budak itu seorang

petugas siaraya untuk band beliau. Maka wajarlah

dia bersembang pasal band yang entah apa

genre dimainkan depa sehingga kedengaran di

sekitar meja-meja tepi jalan.

Kau selesaikan empat batang cucuk-cucuk

berkuah pedas berkacang itu tak sampai 5 minit.

Kau sengaja tak pesan minuman. Bukan sebab

berjimat, tapi kau dah ada air tin 100 Plus di

dalam kereta. Kau bayar enam ringgit dan

menyambung kembara lewat malam pulang ke

rumah.

Dalam perjalanan, kau te nampak ada semacam

lampu-lampu menyala segar bergerak melayang

tinggi menaik terus ke angkasa. Kau meneka

sendiri mungkin tanglung terbang, yang biasa

bebudak Cina duk main masa raya depa. Malam

itu mungkin malam sambutan Chap Goh Mei.

17

Kau berhenti sekejap tepi jalan, kau terhibur

menengok cahaya-cahaya asing yang berlayar

macam kapal-kapal kecil menuju ke langit di

malam yang serba-serbi gelap tanpa cahaya

bulan. Kau menikmati bersungguh-sungguh

sambil terus menghirup asap beraroma herba

lagi manis berperisa mangga sebalot dua.

Kau masuk semula ke kereta dan kembali

memandu menuju ke rumah. Kau terdengar pula

dentuman mercun yang agak memecah suasana

malam gelita. Kau lihat percikan-percikan bunga

api selebar beberapa meter meledak di langit.

Pada penglihatan engkau, bunga-bunga api yang

meletup di sebuah dataran itu semua terbang

naik perlahan-lahan macam montaj intro filemfilem

saifai yang kau suka tonton.

Kau terhibur sekejap dan akhirnya terlelap dalam

rangkulan sebuah pesta mimpi yang berlapislapis.

Kau cuba untuk kembali sebelum pagi

menjelang tiba, sebab besok kau kena kerja. Kau

gayat sebentar melihat ke daratan & dalam diam

kau harap ada tangga telah tersedia, untuk kau

melangkah turun kembali.

18

Cimetière

du du du du

Mikael Johani

du du du

du du

du du

du du

du du

du du

du du

du du

semakin lama semakin susah menemuimu

di antara segala macam hiper-keisengan kota ini

bayangkan beratnya menahan godaan

memesan moja whopper dan curly cries

bayangkan susahnya tidak mencari-cari kelucuan

pada baliho the kingdom dengan jennifer garner yang

kelihatan seperti edward said

mmm-a-l is this too personal?

duluakuseringmelihatmudisepanjangjalancikiniraya

dengan pisau di pinggang dan frank o'hara

—lunch poems, edisi city lights

menyembul di kantong belakang celana khaki

19

gombrongmu

kadang-kadang kau lemparkan pisau ke tengah jalan

dan ujungnya akan mencungkil sebongkah aspal

kadangkadangkadangkadangkadangkadangkal

-a kau coba paksakan membeli hotdog dan coklat malt

bersama hantu maïakovski dan segumpal awan di celana

dalam

-mu

du

du du

du du

du du

du du

du du

du du

du du

du du

this poem could be about you

this p-p-p-

oem

could be about

who

aku hanya bisa bergantung pada sekali-sekali

tersesat di sebuah restoran ye olde

di dalam ruangan famili yang kosong melompong

20

melihat ke pojok, dan:

kursi kayu tua berpunggung rotan

koyak-moyak

(seperti sebuah set film hantu

yang benar-benar dihantui

dan ditinggal (mati) semua kru)

kau meringkuk di atas kursi itu

mengambil ancang-ancang

menerkamku!

mmm-a-l

is this

too

phanta

smal?

21

oasis

Mikael Johani

manusia manusia kebahagiaan macet

overdependency manusia decaffeinated tumblr

mini hyperreality black forest

manusia macet les jahit

revisi kebahagiaan decaffeinated macet

hapus master vermak tumblr

revisi macet kebahagiaan mesin

vermak mesin pengantisipasi pikiran

macet manusia vermak velbak

decaffeinated manusia edit pikiran

pikiran tumblr master revisi

pengantisipasi overdependency black forest

manusia manusia mini macet

edit hyperreality les vermak

hapus decaffeinated tumblr jahit

macet manusia kebahagiaan master

22

Raja

Hafiz Sahhudi

Kuala Lumpur hancur lebur. Perang saudara tamat tanpa

pemenang. Kota urban pusat rezeki kini tinggalan perang:

kosong, sunyi, berdebu. Bangunan tinggi angan-angan

semata. Musik entah apa-apa dari band bukan-bukan hilang

bersama perang ini. Hanya tangisan dan jerit sakit

berkumandang. Usaha seni bandar lupus. Segalanya

kembali sifar.

Skuad 13 telah masuk campur untuk menghentikan

perang saudara ini dengan perbincangan dan kata sepakat

bagi genjatan senjata. Semua perkara ini berjaya usai skuad

13 ini tinggal hanya 4 orang. Mereka berpegang teguh

bahawa sebagai anggota skuad elit Kuala Lumpur mereka

perlu menyelamatkan raja mereka. Azrai merupakan

anggota tunggal yang memantau kesejahteraan raja di

Kuala Lumpur.

Azrai dalam keadaan cedera berjalan pulang dari

Jalan Ampang sehingga ke rumahnya di Jalan Raja Uda.

Ketika menyusuri kota tinggalan perang ini, Azrai melihat

anak pejuang menangis berkeliaran di sekeliling mayat ahli

keluarga mereka. Sebak mula merebak ke setiap inci hati

tanpa rasa ini. Hatinya sudah dibuang ketika latihan Skuad

13. Umurnya 15 tahun ketika ayahnya dan ibunya

meninggal. Selepas itu, dia dilihat sebagai satu bakat dan

diserap ke skuad elit tersebut.

23

Ramai anak-anak berkeliaran, mencari makanan dan

sumber untuk hidup. Azrai masuk ke rumah. Dia duduk di

bangku menghadap pintu utama yang daunnya sudah

senget. Rumah itu tidak berbumbung penuh. Azrai merasa

amat penat dan sakit yang teruk. Beberapa saat, Azrai

hanya fokus pada pagar hadapan rumahnya. Senja mula

menyisir, daun pintu longlai, angin dingin, sepohon pokok

renek setinggi penyendal pagar tumbuh di tengah

penyambung pagar dan beberapa anak kecil mula

mendekati tanaman itu.

“Kamulah raja yang aku lindung. Semoga kamu

melindungi raja kamu.” Monolog Azrai sebelum

menghembuskan nafas terakhir.

AL-FATIHAH.

24

Menyebabkan

Dia Tidak Lagi

Marah-Marah

Anas Mohd

Kerana aku memintanya untuk menempeleng mukaku jika

aku terlihat akan marah-marah dan kerana dia rakan yang

baik, maka ia menuruti sahaja permintaanku.

Lalu menurut kiraanku, ia telah menempeleng

mukaku lebih dari sepuluh kali banyaknya. Jadi kerana itu

jugalah, aku mulai belajar menjadi seorang penyabar

dengan metod menahan amarah yang sedikit ekstrem.

Benar, sekarang aku langsung tidak marah dan

kadang-kadang hal sebegini jadi melucukan apabila pernah

suatu waktu kepalaku telah disekeh seorang pembuli

jalanan, dan aku yang ketika itu sedang berdiri tegak

memikirkan langkahku mendepaninya (mungkin bersedia

memasang kuda-kuda) tiba-tiba sahaja ditempeleng oleh

rakanku tanpa sebarang isyarat, maka aku terhempas ke

belakang dan mengusap pipiku yang sebal dan sudah

tentulah adegan itu membuatkan lelaki pembuli tergamam,

lututnya menggeletar kerana melihat betapa dahsyatnya

tamparan itu, lalu ia tak jadi untuk menyambung argumen

dan sekonyong-konyong menghilangkan diri.

25

Jika dikenangkan semula waktu itu, aku sebenarnya

tiada langsung keinginan untuk melawan atau membalas

perlakuan si pembuli, ia seperti aku sudah tidak lagi punya

perasaan sedemikian dan tanpa tamparan percuma dari

rakanku sekalipun, aku tetap tak akan bisa berhasil untuk

melawan.

Maka pada suatu petang ketika kami merokok selepas

berjoging di hutan botanikal, melepas lelah di tebing bukit,

aku beritahu kepadanya, yang selepas ini kau tak perlu lagi

menampar mukaku dan aku amat berterima kasih

kepadamu untuk itu.

Ia jadi terpempan dan menyedut sedalamnya rokok

hingga terlihat cengkung pipi, rakanku memberitahu

bahawa ia sudah jadi terbiasa dan dari air mukanya ia

seolah ia kecewa kerana baginya, dengan menampar

mukaku, ia sekaligus mengubati fikirannya yang bercelaru.

Aku sarankan kepadanya agar mencari seorang lelaki

atau perempuan pemarah untuk dia tampar dan dampingi,

mungkin lebih mudah jika kau nikahi seorang isteri yang

sedia panas baran. Kata dia, tidak semudah menampar pipi

kau yang gebu seraya dia mengangkat tinggi tangannya

seakan-akan cuba untuk menempeleng muka aku dan aku

pula tanpa berfikir panjang mungkin juga kerana tindakan

refleks, terus menendangnya jatuh dari tebing bukit yang

curam itu dan kedengaran raungannya bersipongang

kemudian hilang.

Hal-hal tidak lagi menjadi pemarah ini sebenarnya

semakin lama semakin parah dan ia jadi kurang

menyenangkan. Apabila rumah keluargaku disimbah cat

merah dan perabot-perabot dalam rumah kami dihancurkan

oleh penyangak-penyangak kota, aku hanya mendiamkan

diri, kaku seperti tugu biarpun ibuku sedang menangis

semahu-mahunya dan menggoncang tubuhku meminta aku

melakukan sesuatu.

Aku mencuba untuk melawan, mencuba untuk

menghamburkan api amarah, seketika aku menjerit

berusaha melempias segala kesumat, tapi ternyata ia tak

pernah berhasil, lalu aku jadi keliru, ke mana perginya

amarah saat aku perlu. Aku menoleh ke kiri dan kanan juga

26

elakang dan perlakuanku mengundang curiga kepada ibu.

Ibu bertanya kepadaku, siapa yang kau cari? Aku kata pada

ibu, mungkin sesuatu atau seseorang.

Ibu kelihatan gusar tetapi dia memberanikan dirinya

untuk memberitahuku bahawa pada suatu petang, ketika

aku sedang terlena selepas asar, ibu melihat seseorang

yang tidak dapat dipastikan jantinanya telah keluar dari

jiwaku dengan sehelai sepinggang, ia berjalan terolengoleng

mengitari rumah. Ibu yang terkejut akan kelibat

makhluk itu, terus sahaja mengambil penyapu di dapur dan

menghambatnya keluar, ia tidak memberikan reaksi

sebaliknya terus melangkah perlahan-lahan seperti ia

sedang merencana destinasi.

Amarah telah lama hilang dari jiwa aku, ia pergi curicuri

saat aku terlena dan jika amarah sedang membaca

cerita ini, aku harap dia tahu yang aku amat merindukannya

dan jika dia masih tidak bertuan, ingin aku titipkan pesan,

bahawa dalam jiwa ini masih tersedia bilik kosong khas

untuk kamu baring dan bermalas-malasan juga bercakap

sendirian sambil menyalakan unggun api.

27

BLADI BASTAT!

(dengan apologi kepada Salleh Ben Joned)

Azrin Fauzi

“KRASNER:

POLLOCK:

You can’t abstract from nothing.

You can only abstract from life.

From nature.

I am nature.”

– Ed Harris, Pollock

Abstrak-abstrak ni apa, wei!

Aku gemar ke Galeri Ilham untuk mengalami sendiri

kelainan pengalaman visual melalui setiap pameran yang

berlangsung. Selain ia percuma (ini penting kerana dalam

keadaan ekonomi negara yang menekan, kita masih lagi

berpeluang untuk menikmati apa yang dipanggil Seni) dan

lokasinya yang dekat dengan stesen LRT (aku tidak

memandu di Kuala Lumpur), galeri ini letaknya di dalam

Menara Ilham. Sebagai seorang yang datang dari lapangan

senibina, siapa yang tidak mahu merasai ruang dengan

sentuhan arkitek Norman Foster?

28

Dan bila melangkah masuk ke galeri di tingkat tiga,

aku berselisih dengan sebuah lukisan Latiff Mohidin Pakis

Menyala (1997). Lukisan cat minyak dengan gaya

ekspresionisme abstrak besar gedabak bercoreng merahkuning-coklat

ini serta-merta mengheret fikiran aku kepada

sebuah cerpen Ridhwan Saidi Good Boy:

“You mana faham seni, Man. Ini dunia

orang-orang berada, orang-orang kaya,” kata bos.

Aku akur dan diam. Di tepi lukisan itu bos

tampal kertas kecil dengan tulisan: Depth of the

Dark Red Sea (1963) oleh Ilham Sani.

“Apa pendapat you tentang lukisan ni?”

Aku dongak dan lihat catan besar gedabak

itu, bahang biasan merah jatuh pada wajah kami.

“Come on, cuba. I nak tahu pendapat orang

miskin macam you.”

“Saya rasa ia macam api, bos.”

Jadi, berbalik kepada lukisan Latiff Mohidin tadi. Apa

kena-mengenanya paku-pakis dengan api?

Mereka sering merasakan diri mereka begitu jauh

dengan seni. Melihat sebuah karya abstraksi seolah-olah

mereka sedang berdepan dengan sekeping sampah dari

masa depan. Sambil berbisik sendiri, “Ah, aku pun boleh

buat macam ni,” mereka sering kata abstrak tak berjejak.

Kerana abstrak setitik, rosak seni sebelanga. Dan mungkin

sebab itulah mereka tidak faham—atau tidak mahu untuk

faham?

Kenapa perlu (buang masa) melihat seni?

“Kita bermula dari realisme, lalu menuju abstraksi.” Ia

semacam suatu tindak radikal untuk lari dari ‘realiti yang

dibuat-buat’. Tetapi bila dilihat semula, sebenarnya daripada

abstraklah kita datang, dan kepada abstrak kita kembali.

29

Lihatlah lukisan-lukisan primitif nenek moyang kita di

dinding gua (boleh rujuk lukisan di Gua Chauvet dan Gua

Lascaux, Perancis). Akan tersedar yang suatu emosi

primordial sedang bergetar di jiwa kita.

Jackson Pollock sendiri sudah membuktikan hal ini.

Pada lukisan Number 1A, 1948 (1948) misalnya, dapat

dilihat beberapa cap tangannya di penjuru kanan atas

kanvas. Imej ini mengingatkan kita pada imej-imej tangan di

dinding gua, Cueva de las Manos di Santa Cruz, Argentina.

Melalui Number 1A, 1948, Pollock seolah-olah mahu

menenggelamkan kita ke suatu pengalaman primitif zaman

lampau. Zaman di mana emosi kita masih jernih.

Dan lagi satu, Pollock (sama ada sedar atau tidak)

sudah pecahkan tradisi melukis selama beratus-ratus tahun.

Berus sudah tidak lagi bertemu kanvas. Idea menitis. Ilham

percik sana-sini—penuh energi. Selama beratus-ratus tahun

juga pelukis melukis secara vertikal, di mana kanvas

disandarkan pada kekuda. Bila sampai kepada Pollock,

segalanya berlaku secara horizontal. Kanvas dihampar di

atas lantai sebelum alunan cat minyak dan enamel yang

datang dari kesemua arah menari-nari di atasnya.

“Kenapa kau menangis?”

“Aku tak menangis. Mataku hanya berpeluh,” kata

seorang lelaki yang sedang menatap sebuah lukisan

ekspresionisme abstrak besar gedabak, Sidang Roh (1970).

Jadi yang dikatakan abstraksi ini untuk apa

sebenarnya? Untuk buat kita fikir? Buat kita rasa? Atau

sekadar menyakitkan mata?

Terpulang.

Sebab jika kita tidak fikir dan tidak rasa pun, dunia

akan terus berputar. Berputar dan berputar dan berputar

sehinggalah suatu hari karya-karya yang telah diranapbinasa

akan bangkit menyerupai Salleh Ben Joned, lantas

kencing ke arah kita semahu-mahunya. Dan mungkin

sampai suatu waktu, bilamana seni di Malaysia menjadi

bloody bastard di tanahnya sendiri dan kita samalah seperti

nenek dalam petikan sajak Salleh Ben Joned “Bladi Bastat!”

30

He Croaks;

“Bladi bastat!”

“Pray, son! Say your prayers!”

My grandmother, kneeling by his side,

didn’t understand the language

of her dying son’s sudden sacrilege,

but she knew they weren’t words

usually uttered by one about to meet

his All-knowing Maker.

31

ye

Mikael Johani

aku ingin sekali dimengerti

namun yang bisa kulakukan

hanya menyalakan lampu teras

melambaikan tangan, kemudian sembunyi

32

Sebarang maklumbalas boleh hubungi:

litzin.kerjatangan@gmail.com

Teks setiap karya © kontributor/penulis

Sub-editor: Nurul Aizam

Desain, susunan & ilustrasi oleh

Ridhwan Saidi © 2018

Dicetak dan dijilid di Malaysia

oleh Rorschach Ink.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!