02.06.2018 Views

kerja tangan H

litzin kerja tangan isu H buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu H
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kerja tangan

H

Rorschach Ink

Kerja Tangan adalah ruang katalis di mana penulis-penulis

dapat menerbitkan penulisan mereka hasil editorial rakus

dalam format ringkas tidak melebihi 600 patah perkataan

meski ada juga yang melebihi had tersebut tetapi dengan

syarat utama iaitu ia mesti bagus atau paling kurang:

luarbiasa. Rata-rata teks di dalam litzin ini samada ia

diterbitkan penuh dengan suntingan atau bagi sebilangan

teks yang belum cukup bagus, saya akan pilih bahagian

terbaik (boleh jadi dalam bentuk perenggan, stanza atau

baris ayat) dan cuba bikin teks tersebut agar ia boleh werk

bersendirian tanpa bantuan klise lain.

Kontributor dialu-alukan (esei, cerpen, puisi etsetera) dan

litzin ini selain diterbitkan secara berkala dan gratis via

laman sosial digital, ia juga diterbit dan dijual dalam bentuk

cetakan fizikal dalam usaha untuk menampung kerja-kerja

editorial dan kelangsungan litzin ini.

– Ridhwan Saidi

Maklum balas dan karya boleh diemel ke:

litzin.kerjatangan@gmail.com

kandungan

Interviu Fazleena Hishamuddin

oleh Ridhwan Saidi

Marina Sari

oleh Azlan Shah Fadzil

Pada Malam Jim Melemaskan Kereta dan

Kumira Kelemasan Dalam Tubuh Budak Perempuan

oleh Nik Aidil Mehamad

2 Sajak

oleh Farahrina Ali

Penulisan Tinja

oleh Ali Aiman

2 Sajak

oleh Fasyali Fadzly

Melayan Lengkap Semula

oleh Ku Syafiq

I n t e r v i u

Fazleena

Hishamuddin

Ridhwan Saidi

Pertama kali saya bertemu Fazleena semasa

mengambilnya untuk berlakon di dalam filpen

saya berjudul Mautopia. Saya hilang ingat

mengapa atau bagaimana pertemuan ini berlaku,

tetapi sesuatu tentang suara Fazleena yang

menarik saya untuk ambilnya berlakon. Waktu itu

saya rasa suaranya klasik dan sesuai dengan

bunyi kata-kata bahasa Melayu. Barangkali

hingga sekarang pun perasaan ini masih belum

berubah. Berikut merupakan siri interviu yang

kami lakukan via Facebook. Fazleena ketika ini

baru pulang dari Ubud.

RIDHWAN

Waktu kecil Faz sudah ke ada kecenderungan seni, menulis,

teater, berlakon? ada ingatan masa lalu yang terlintas?

7

FAZLEENA

Soalan ni nostalgik Wan. Faz waktu kecil sangat insecure

dan introvert. Sejenis suka menyendiri, malu dan pendiam.

Kalau orang datang rumah, saya menyorok dalam bilik tak

keluar-keluar sampai tetamu tu balik. Kat sekolah pun sama.

Tak ramai kawan. Belajar pun lemah. Cuma dari kecil

memang ada diary. Tulis keluh-kesah dalam tu. Haha. Saya

rasa abah menjadi faktor terbesar dalam minat suka

menulis. Tiap-tiap bulan abah buat pertandingan menulis

karangan untuk kami adik-beradik. Tulis apa saja—

pengalaman kat sekolah, pasal kawan-kawan, minat, hobi,

persekitaran, perasaan dan apa saja. Abah akan beri reward

untuk tulisan paling baik menurut dia. Biasanya hadiah

yang abah belikan, seperti pencil case, beg sekolah baru,

buku, raket badminton, kasut, walkman dan lain-lain.

Selalunya saya yang dapat karangan terbaik. Selain beri

hadiah, tulisan tu abah akan tampalkan di dinding rumah

selama sebulan. Comelkan abah? haha.

Bila masuk sekolah menengah, perasaan insecure

masih ada. Cuma kalau tak silap waktu form 4, saya

berkawan dengan seorang ni yang bawa saya join group

famous kat sekolah. Geng ‘hot stuff’ la orang kata. Geng

makwe ni semua cantik-cantik, tapi nakal. Selalu buat onar

kat sekolah. Nama diorang je yang penuh dalam buku

disiplin. Bila dah rapat dengan geng-geng ni, rasa insecure

perlahan-lahan hilang. Saya jadi confident, aktif, rajin dan

bersemangat. Walaupun ada juga benda nakal yang saya

ikut buat, haha, tapi sesungguhnya peer relationship

memang beri effect dalam hidup saya. Setiap ahli

kumpulan kami ini minat menyanyi, berlakon dan menari.

Dengan kumpulan ini sebelum tamat tingkatan 4, kami

menubuhkan kelab budaya dan sastera di sekolah. Saya

mula menulis drama pendek dan arahkan pementasan

ketika ada acara tertentu anjuran sekolah. Minat menulis,

berteater diteruskan ke Universiti dan sehingga hari ini.

RIDHWAN

Faz ada belajar psikologi kan waktu di Universiti? Dari mana

pula datang yang ini?

8

FAZLEENA

Oh ye. Masa degree saya ambil kursus Sains Sosial &

Kemasyarakatan dalam major Kesusasteraan Melayu. Jadi

Abah minta sambung belajar terus buat masters. Penyelia

dan lecturer yang mengajar saya cadang supaya sambung

sastera juga. Fokus pada bidang sastera tradisional. Masa

tu saya rapat dengan Dr. Siti Zainon, dia mengajar saya

sastera tradisional. Dia nak saya jadi tutor di bawah dia. Tapi

saya rasa macam nak belajar benda lain. Satu hari saya

tunggu bas nak balik kolej. Ada seorang pelajar perempuan

ni menangis sebelah saya. Saya rasa curious. Dan kami

akhirnya berbual. Saya mendengar dengan tekun. Kalau tak

silap saya, dia ada masalah dengan famili di kampung. Mak

atau bapanya sakit, sedang waktu tu kami semua dalam

minggu peperiksaan. Di akhir perbualan, dia peluk saya dan

beritahu yang saya dah selesaikan masalah dia. Saya

terpinga-pinga. Sebab saya tak buat apa pun. Saya cuma

mendengar. Selepas peristiwa tu, saya call Abah dan

bagitau yang saya nak sambung belajar psikologi. Saya

fikir, kalaulah saya boleh bantu orang lain dengan hanya

mendengar dan belajar memahami tingkahlaku manusia,

kenapa tidak? Jadi saya sambung belajar sarjana psikologi,

major kaunseling. Sepanjang hidup saya, inilah keputusan

yang paling saya tak ralat lakukan. Psikologi banyak

menyelamatkan hidup saya.

*Sedikit dramatik, tapi itulah realitinya. Hihi.

RIDHWAN

Faz melibatkan diri dengan teater, filem pendek dan

penulisan, dalam ketiga-tiga ni boleh kongsi sedikit

pengalaman tentang proses? Ada pengalaman tertentu

yang Faz ingat atau enjoy atau tak suka bila melakukannya?

FAZLEENA

Soalan tentang proses ni ambil masa panjang sikit nak

jawab Wan. Tapi akan cuba ringkaskan. Kita mulakan

dengan teater. Buat teater ambil banyak masa, duit dan

tenaga. Disiplin dan komitmen kena tinggi. Latihan untuk

pementasan teater ambil masa 3 bulan, jika mahu solid. Ia

9

ergantung juga pada besar mana skala persembahan tu.

Kalau monolog, pelakonnya seorang jadi latihannya

mungkin lebih ringkas dan sekejap. Tapi kalau skalanya

besar, pelakonnya ramai, ia memerlukan latihan yang lama.

Bikin teater adalah soal kerjasama kumpulan. Semua orang

ada peranan masing-masing. Pelakon di atas pentas bukan

saja berlakon sendiri, mereka juga perlu dibantu oleh

mereka di belakang tabir. Dan geng belakang tabir ini pula

harus selalu fokus dan bersiap-sedia menangani kesilapan

yang mungkin terjadi tanpa sedar. Kejayaan teater banyak

bergantung pada persefahaman dalam kumpulan. Kita

sebagai audience, boleh nampak kalau teamwork sesebuah

produksi itu baik. Teater yang baik selalunya berkait dengan

‘kelancaran’. Sebab segala-galanya live. Pernah ada

pengalaman bergaduh sesama ahli produksi. Tidak sebulu

dengan pendapat masing-masing. Teater tu end product-nya

sangat teruk dan hubungan persahabatan itu pun jadi

keruh, walaupun produksi sudah berakhir. Itu pengalaman

paling pahit berteater.

Filem Pendek—Faz sebenarnya bermula dengan

menulis dan mengarah filem pendek sendiri. Tahun 2006

ada sebuah pertandingan anjuran RTM–FINAS, namanya

Anugerah Filem Pendek 2006. Entah macam mana rasa nak

cuba masuk. Dengan kamera compact Sony yang berharga

RM499, Faz dengan dua orang kawan, bikin filem pertama

kami. Nostalgia betul. Faz tulis skripnya dan berlakon

sendiri, kawan seorang tu arahkan dan sorang lagi edit. Edit

pun cuma susun saja footages yang ada dari memory card

kamera. Shoot black & white. Sebab tak nak nampak sangat

gambar pecah. Haha. Tajuknya ‘Aku Tak Mampu’. Cheesy

gilakan tajuk. Haha. Dengan tak ada lighting, dengan audio

pun hancur, tapi kami berjaya dapat top 5. Punyalah happy.

Kebetulan malam anugerah, Faz ada job hosting di Sabah.

Tapi rancangan tu dibuat secara live kat tv. Faz dalam bilik

hotel di Sabah depan tv, sedangkan semua kawan-kawan

yang bikin shortfilm semua ada dalam auditorium RTM.

Kami akhirnya diumumkan pemenang kategori skrip terbaik

kategori Eksperimental. Faz pegang tv sambil menangis bila

diumumkan tu. Syahdu betul. Tak sangka sangat. Dapat trofi

10

dan duit RM5000. Selepas tu semangat nak buat filem

datang berkobar-kobar. Adalah dalam 6-7 filem pendek

yang Faz dah buat. Dan beberapa darinya menang

anugerah. Alhamdulillah. Waktu zaman tu, memang

fenomena bikin filem pendek ni sedang hangat. Jadi

sambil-sambil bikin filem sendiri, Faz juga dipanggil

berlakon dalam filem-filem pendek orang lain.

Kebanyakkannya dari pelajar universiti dan kelompok/

komuniti seni. Banyak sangat filem pendek Faz terlibat

sebagai pelakon Wan, tak ingat dah totalnya berapa.

Berpuluh-puluh juga jumlahnya. Sebab ada yang tak bagi

copy cd/dvd kat Faz, so memang tak ingat dah banyak

mana. Haha. Ada juga yang dihantar ke festival. Pernah

menang pelakon terbaik untuk Visual Award 2012 dengan

filem pendek PSP arahan Ande Muhammad. Bikin filem

pendek dan terlibat sebagai sebahagian darinya, memang

perkara yang menggembirakan. Rasa bebas.

Dari segi penulisan pula, buku pertama Seksi Ovari

sebenarnya adalah kutipan dan kata-kata yang saya tulis

dari sebuah blog dengan tajuk yang sama. Satu hari Aloy

tanya kalau nak buat buku. Bila baca blog itu, dia buat

keputusan untuk bukukan. Saya selalu rasa yang Seksi

Ovari bukanlah sebuah buku puisi. Ia hanyalah kutipan

kata-kata dan peluahan emosi. Dan bila ia keluar dan

mendapat feedback dari ramai orang, tentunya ada negatif

dan positif. Melaluinya saya belajar banyak benda.

Antaranya ialah jangan tergesa-gesa untuk menerbitkan

buku. Bibir Ceri Melati, buku kedua yang mengandungi

cerpen dan puisi diterima dengan pandangan berbeza dari

pembaca. Mereka masih mahu saya menulis seperti dalam

Seksi Ovari. Ia juga tak selaris Seksi Ovari. Tapi saya ok.

Menulis yang sama seperti khalayak mahu, itu tak mungkin

berlaku. Secara jujurnya, saya mahu belajar menulis

dengan lebih baik. Ingin melihat penulisan saya

berkembang. Sekarang saya banyak menghadiri kelas

penulisan dan menghantar karya ke media cetak untuk

mendapat feedback dari khalayak yang lebih besar. Selama

ini saya tak betul-betul serius menulis. Kerja menulis

11

sesungguhnya sebuah pekerjaan yang memerlukan

ketekunan.

Kesemua bidang seni yang saya terokai, secara

jujurnya saya mahu pastikan ia berjaya. Berjaya dalam erti

kata saya puas melakukannya dan sedikit-sebanyak

khalayak mendapat manfaat darinya. Saya tak mahu buat

perkara yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya

harap dapat terus bikin teater, filem pendek dan menulis

dengan lebih baik lagi.

RIDHWAN

Benda-benda lepas memang nostalgia, jadi kita ke masa

depan pula. Faz sekarang ada kelola space baru nama

Markas, jadi boleh kongsi visi atau apa pelan di masa-masa

mendatang?

FAZLEENA

Yeah, Markas datang dari pemasalahan kurangnya ruang

untuk membuat persembahan di sekitar Lembah Klang. Kita

ramai graduan seni persembahan, tapi ruangnya terhad

sekali. Terutamanya untuk teater. Ada ruang seni di

beberapa panggung komersil, tapi kosnya terlalu mahal.

Sewaan satu malam mencecah seribu ringgit dan lebih.

Dulu kita ada Stor Teater DBP yang beri ruang percuma

kepada penggiat seni, tapi masih dalam renovation. Sudah

3 tahun kita menunggu ia dibuka semula. Namun sampai

sekarang masih belum. Ini menggelisahkan saya.

Markas ingin saya jadikan sebagai hab seni yang

menjadi ruang alternatif kepada penggiat seni yang mahu

bikin karya. Bukan terhad kepada teater semata-mata, ia

juga ruang untuk diskusi, mini library, pemutaran filem,

bengkel, persembahan akustik, pameran lukisan, baca puisi

dan lain-lain. Saya juga mengharapkan rakan-rakan

karyawan sama-sama boleh memberikan pendapat dan

pandangan bagaimana kita boleh memaksimakan ruang ini

nanti. Markas disewakan dengan kadar yang berpatutan.

Masih dalam pembikinan, saya harap ia menjadi ruang

yang boleh diguna-pakai sebaiknya dan memberi manfaat

kepada masyarakat. InshaAllah.

12

RIDHWAN

Faz juga sebelum ni ada bikin teater Kota Kelip-Kelip yang

disertai anak-anak yatim. Di sini ia seakan ada pertemuan

antara hal-hal kemasyarakatan dan psikologi. Ada ke

konsep ‘psikologi masyarakat’? atau psikologi terletak di

dalam diri individu, dan individu pula ialah unit

masyarakat. Boleh Faz kupas sedikit tentang hal ini?

FAZLEENA

Kota Kelip-Kelip merupakan teater panjang pertama yang

Faz arahkan. Dan ia dilakonkan oleh 10 orang anak yatim di

bawah seliaan badan NGO iaitu Teach For The Needs

(TFTN). Ia sebuah pengalaman yang tak mungkin saya

lupakan. Dalam skop psikologi yang maha luas, ada istilah

‘Psikologi Sosial’ yang mana ia merupakan pengetahuan

tentang sikap/tingkahlaku hubungan antara manusia dan

kelompok, serta pengaruh sosial terhadap perilaku

manusia. Secara ringkas, psikologi sosial membantu

melihat perkembangan individu dari ruang lingkup

sosialnya.

Anak-anak ini latarbelakang mereka berbeza. Ada

yang ibu bapa meninggal sejak mereka kecil, ada yang

cuma ada ayah atau ibu, ada juga yang dihantar ke rumah

anak yatim kerana ibu bapa tak mampu (miskin), dan ada

juga sebab-sebab lain. Setiap dari mereka punya sikap dan

tingkahlaku berbeza. Mereka tak sama seperti anak-anak

yang dihantar ibu bapa belajar teater, mereka sendiri yang

menunjukkan kecenderungan, sehingga terpilih menyertai

produksi ini. Justeru, walaupun dua minggu saja latihan

tanpa pengalaman berpentas, mereka telah berjaya

membuktikan bakat dan kemampuan mereka. Saya percaya

setiap individu itu berpotensi untuk menjadi lebih baik, dan

tugas komuniti atau masyarakat ialah untuk memberikan

sokongan atau panduan.

Individu merupakan unit paling kecil dalam

masyarakat. Masyarakat adalah kumpulan manusia yang

hidup bersama dan saling membantu satu sama lain dalam

hubungannya atau saling berinteraksi. Setiap individu

mempunyai tingkahlaku berbeza mengikut persekitaran,

13

pergaulan, didikan, pemikiran dan lain-lain. Dengan

bantuan psikologi, ia membantu melihat kecenderungan,

minat, personaliti, mental dan tingkahlaku untuk

memudahkan individu dan masyarakat itu mencapai

kesepakatan.

Ah! Susah juga soalan Wan ni. Haha. Tapi lebih

kurang begitulah. Psikologi bukan saja disiplin ilmu untuk

membantu orang lain, tapi paling besar untuk kita

mengenal diri kita sendiri.

RIDHWAN

Baik, mungkin ini soalan terakhir: apa pendapat Faz tentang

Malaysia?

FAZLEENA

Malaysia banyak sangat benda tak boleh, macam mana nak

Malaysia boleh? Hihi.

14

Marina Sari

Azlan Shah Fadzil

Seorang budak lelaki berusia 7 tahun setiap

malam bermimpi jumpa seorang perempuan

bernama Marina Sari. Perempuan ini rambutnya

kerinting warna karat pakai seragam jururawat.

Wajahnya persis Anita Sarawak. Dia jatuh cinta

dengan perempuan dalam mimpinya.

Ketika dia berusia 27 tahun Facebook dicipta.

Dia search profil Marina Sari. Ada empat profil.

Profil pertama gambar kucing siam. Profil kedua

gambar seorang wanita bertudung mendukung

anak. Profil ketiga gambar gadis seksi dan profil

keempat gambar poster motivasi tentang cinta

yang tidak kesampaian.

Dia add keempat-empat Marina Sari sebagai

kawan Facebook dan jemput mereka masuk

public group ‘Mencari Marina Sari’. Keempatempat

Marina Sari menjadi kawan dan mereka

kerap bersembang sesama mereka tentang

fesyen, shopping, lelaki, gosip selebriti, teori

konspirasi dan sebagainya.

15

Sebagai admin group dia rasa sedih dan

cemburu kerana posting-nya langsung tidak

dihiraukan. Dia rasa matlamat group sudah

tersasar lalu meninggalkan group. Dia melantik

Marina Sari ‘kucing siam’ sebagai admin gantian.

Dia deactivate Facebook dan hilang tanpa berita.

Sebulan selepas itu, seorang jururawat

berambut kerinting warna karat telah join group

‘Mencari Marina Sari’. Wajahnya persis Anita

Sarawak.

16

Pada Malam Jim

Melemaskan Kereta

Dan Kumira

Kelemasan Dalam

Tubuh Budak

Perempuan

Nik Aidil Mehamad

1

Kumira tergelincir di bibir basah dan

lemas ke dalam tubuh budak

perempuan.

2

Perempuan tua ditenggelami pohonpohon

beri yang tumbuh meliar di

vagina. Kewujudan Kumira

mengembalikan ingatannya yang

telah lama hilang. Dia merayu agar

17

Kumira percaya bahawa dirinya

seorang Ibu.

3

Jim memandu tanpa henti. Nissan

Bluebird kehabisan petrol. Usia Jim

bertambah 70 hari. Kunci kereta

dicampak dan tong-tong kosong

petrol dihanyutkan ke dalam tasik.

4

Cahaya kunang-kunang terpadam

dalam kepala Jim seperti lampu tidur

yang dipadam Kumira di bilik lelaki

tua.

5

Memori dikuburkan di celahan jarijari

kaki budak perempuan.

6

Kereta tidak lagi digunakan untuk

mencari memori. Nissan Bluebird

dilemaskan ke dalam tasik.

18

7

Jari-jari kaki bercahaya. Pesta

meraikan kematian memori sedang

diraikan.

8

Not-not azan yang dilaungkan pak

bilal terjatuh di lidah budak

perempuan lalu dikutip Kumira dan

menyimpannya dalam saku blouse.

9

Jim adalah korupsi yang disapu

Kumira di halaman rumah lelaki tua.

10

Kali pertama Kumira melihat budak

perempuan; bintik-bintik merah di

muka, berkaca mata dan berambut

hitam paras bahu. Budak perempuan

bertentangan mata dengan Kumira

dalam kereta api yang dipandu

perempuan tua.

19

11

Kereta api bergerak perlahan di atas

landasan sfera seperti jarum minit

melengkapkan satu putaran jam.

12

Mereka berada dalam kereta api

dalam jam dinding yang tergantung

dalam jantung lelaki tua.

13

Kereta api bergerak laju apabila

degupan jantung lelaki tua

bertambah.

14

Jim menjadi abu yang digenggam

tangan kiri Kumira.

20

Satu Hari

Farahrina Ali

Terbit fajar

Kembali aku ke kamar

Dingin semalam berlalu

Dan realiti menipu

Bila fantasi lebih sempurna

Pandangannya fiksyen semata

Jiwa luntur

Masa depan kita?

Tidak aku peduli

Siapa untuk kita maki

Dan puji

Nyatanya hipokrit meracun diri

Kita hanya mampu berkata hello

Sementara di sini

21

Penulisan Tinja

Ali Aiman

Membaca seperti makan. Kita hadam bacaan macam kita

cerna makanan. Ada bacaan yang sihat, tak sihat, berat, dan

ringan, seperti juga makanan. Makanan yang dicerna pula

akan bertukar kepada dua jenis output: nutrien kepada

badan, dan tinja yang perlu disingkir dari badan. Bacaan

yang dihadam pula tentu perlu ada outputnya, paling

mudah, dalam bentuk penulisan. Makanan yang bagus

semestinya banyak menyumbang nutrien untuk organ dan

anggota badan. Bacaan yang bagus pula tentu akan

hasilkan ilham yang juga bagus untuk minda sendiri dan

anggota masyarakat.

Tapi yang pasti, semua makanan akan menghasilkan

tinja yang perlu disingkir dari sistem pencernaan. Begitu

juga dengan bacaan. Untuk memastikan yang bacaan

benar-benar telah dicerna sistem pemikiran, perlu ada hasil

tulisan yang ‘disingkirkan’. Tulisan ini tidak semestinya perlu

bagus, malah boleh jadi buruk. Ia boleh jadi panjang,

pendek, cair, atau padat. Ia bagai tinja yang tak perlu

dikongsi dengan sesiapa, tapi sesuatu yang peribadi yang

perlu dihasilkan agar bacaan terbukti benar-benar dihadam.

Penulisan diari atau jurnal boleh dianggap sebagai

22

penulisan tinja yang sebegini. Ini berbeza dengan proses

pembacaan, di mana seperti makanan yang bagus, bacaan

yang bagus perlulah dikongsi. Yang pasti, pembaca/penulis

itu haruslah belajar untuk membezakan penulisannya yang

mana nutrien, yang mana tinja, yang mana perlu dikongsi,

yang mana untuk peribadi. Proses pembelajaran ini

mungkin sama seperti proses menentukan citarasa

p e m b a c a a n , y a n g m a n a l a z a t , b e r k h a s i a t , d a n

mengenyangkan.

Namun kenapa perlu kita menulis jika sekadar untuk

diri sendiri? Tinja yang disimpan dalam usus boleh

menyebabkan kita sakit, membuat perut kita memulas.

Tulisan yang disimpan dalam minda pula hanya akan

lenyap begitu saja. Kita mungkin belajar beberapa perkara

dari bacaan kita, tapi selama mana ia akan terkesan dan

seyakin mana kita dengan kefahaman kita daripada bacaan

tersebut? Kita menyahtinja agar kita lega dari rasa tidak

selesa atau sakit di perut kita selepas santapan yang lazat.

Kita menulis agar kita lega dari rasa tidak selesa di minda

kita selepas pembacaan yang enak. Rasa tidak selesa di

perut itu terbit kerana sisa-sisa nutrien. Rasa tidak selesa di

minda itu muncul kerana sisa-sisa kefahaman dari

pembacaan. Dan sisa-sisa kefahaman itu akan lenyap

sekiranya tidak disintesis, disusun atur, dibentuk dan

dipadatkan ke dalam bentuk fizikal seperti tulisan. Maka,

pembacaan itu akan jadi hampir sia-sia, sekadar kentut

yang larut dalam udara.

Tapi adakah kita perlu menulis selepas setiap satu

pembacaan, tak kira sekecil-kecil artikel internet?

Bergantung. Ini sama seperti proses makan juga. Kita tidak

membuang selepas setiap satu santapan. Kita paling

mungkin akan menyahtinja selepas satu hidangan yang

sangat berat. Atau mungkin selepas menjamah makanan

yang pedas. Begitu juga dengan menulis. Kita mungkin

hanya akan terasa untuk menulis hanya selepas

menghadam satu bacaan berat yang dirasakan sangat

berbaloi. Atau mungkin selepas satu siri bacaan-bacaan

yang mungkin pendek tapi padat dan bagus. Ini bergantung

atas pembacaan anda. Ada yang membuang dua kali sehari

23

setiap pagi, ada yang membuang setiap malam sebelum

tidur, ada juga sembelit tanpa diduga, serta ada juga

sekadar angin dari perut kosong. Tiada siapa yang dapat

menentukan jadual menyahtinja atau menulis anda serta

jenis tinja atau tulisan anda, selain anda sendiri. Dan

semestinya ini bergantung pada corak pemakanan atau

pembacaan anda.

Benar, proses penyahtinjaan boleh menyakitkan dan

proses penulisan bukanlah sesuatu yang mudah untuk

semua orang. Mujurlah, kita boleh memilih sama ada untuk

menulis atau tidak, bukan seperti proses penyahtinjaan

yang memang tidak dapat dielak. Namun, jika kita mahu

satu-satu pembacaan itu benar-benar bermakna dan

terhadam, maka kita perlu menulis: tak kiralah hasilnya

nutrien atau tinja. Semestinya realiti tak semudah itu. Hasil

penulisan tidak mudah untuk dibezakan sebagaimana

nutrien dan tinja yang memang jelas bezanya. Selain itu,

ada juga kenyataan bahawa nutrien yang berlebihan boleh

memudaratkan, manakala tinja juga boleh bertukar menjadi

baja. Mesejnya di sini, bacaan yang benar-benar telah

dihadam akan punya hasil tulisan, tak kira nutrien atau

tinja. Bacaan tanpa output tulisan sekadar sedap di lidah

jiwa. Semoga warkah tinja ini menjadi baja bagi anda.

24

Kopi Putih

Fasyali Fadzly

Mata kita saling mencuri

Kisah lara yang tersembunyi

Suara kita jadi lagu

Pada rahsia sepanjang tak bertemu

Shah Alam

21 Oktober 2013

25

Kopi

Farahrina Ali

Lari perlahan lalu terhenti

Berjalan kembali, lenyap destinasi

Mendongak ke mentari liar

Tertutup mata, merungkai arus

Revolusi digital

Media pencetus propaganda

Berpaling ke sebelah

Bukuan akhbar manipulasi agenda

Bibir yang menghirup, lidah yang merasa

Secawan air panas

Mengubah persepsi

Pagi ini kopi nikmat sekali

26

Tiada Lagi Urusan

Yang Tertangguh

Fasyali Fadzly

Ayah,

Jika tiba waktu Ayah untuk pergi,

Pergilah dengan tenang dan senang

Tiada lagi urusan yang tertangguh

Selain menepati janji Tuhan

Ayah,

Keluarga kita menang dengan Ayah sebagai

nakhoda

Ayah akan sentiasa dijulang dengan ingatan

Cerita tentang ayah yang gagah

Mencengkam susah membunuh payah

Menikam keluh melempar kesah.

Tak sekali kami dengar rungut

Tentang ayah yang berkerat tiga tenaga

I

Ayah,

Besarnya keluarga kita kerana cinta

Mewahnya kita kerana kasih sayang

Yang jarang sekali kami dengar ayah ucap

Kerana ayah berkata dengan bahasa usaha.

Sekalipun bergunung kata-kata kami himpun

Tak terbanding kasih ayah yang lebih besar

27

II

Ayah,

Tiada lagi urusan yang tertangguh

Hari ini ayah pergi menunaikan janji Tuhan

Keberangkatanmu menghadap Ilahi sungguh

tenang dan senang

Kerana tiada lagi urusan yang tertangguh

Ayah,

Cintamu akan kami bawa hingga akhir usia

Ceritamu akan kami karang dengan ayah sebagai

perwira

Bahasa usahamu akan kami warisi

Supaya tak sekali kami berputus asa

Ayah,

Tiada lagi urusan yang tertangguh

Semoga tenang dan gembira ayah di sana

Seperti mana ayah menghabiskan sisa hidup

Gembira bersama isteri dan anak-anak

Adik-beradik dan sanak saudara,

Sahabat handai dari kecil hingga dewasa

Ayah,

Tiada lagi urusan yang tertangguh

Jangan bimbang kami di sini

Kerana cinta dan rindu kami pada ayah takkan

berlabuh

Al-Fatihah.

15 Oktober 2016 / 14 Muharram 1438

3:15pm

28

Melayan Lengkap

Semula

Ku Syafiq

Aku kosongkan meja. Ketul-ketul kotorannya aku tolak jatuh

ke lantai. Habuk-habuk halus aku hembus hingga hilang di

udara. Torso aku tegakkan. Postur aku betulkan. Aku katup

pelupuk mata. Bibirku menguntum senyum.

Akan kubina sebuah jambatan emas

demi menghubungkan aku dengannya

akan kureka mesin merentas masa

supaya dapat bersamanya setiap masa dan

ketika

Perempuan Arab ramping masuk ke balairung.

Persalinan hijau yang dipakai begitu mudah menangkap

mata. Dengan niqab menutup separuh bawah wajah,

menambah seri sebenarnya. Entah untuk apa ditutup mulut

dan hidung sedangkan kecantikan wanita itu pusatnya pada

mata. Mana mampu menolak kasih dari seorang wanita

yang mempunyai sepasang mata yang memukau.

29

Perempuan itu memulakan tarian. Rentak tarinya

agresif. Aku mengharapkan gelekan pinggul tetapi melodi

ini tidak bersesuaian. Terlalu pantas temponya. Aku tetap

menikmati persembahan itu sambil duduk mengangkat

lutut kiri. Ketul-ketul anggur aku elus, menyingkir pergi lilin

sintetik yang menyaluti. Rasa sejuk anggur yang diletak

bersama kiub ais itu membuat saraf-saraf pada hujung

jariku teruja. Mataku yang melekat pada tubuh perempuan

itu seolah tidak sedar dengan pergerakan tangan kananku

yang mengusung masuk anggur tadi ke dalam mulut.

Qalam.

Akan kurakamkan semua saat indah

bersamanya ke dalam sebuah pita video

akan kulakarkan sebuah lukisan

untuk menggambarkan keagungannya

Dia berlari-lari anak. Kononnya ingin pergi dari aku

yang mengejar. Aku juga berlari-lari anak. Mataku bagai

dilapis warna oren, biru dan hijau. Wajahnya bagai

bercahaya. Cantik sungguh imej yang terpancar dari mata

aku ketika itu. Padang berbukit itu sungguh luas. Sesuai

sekali tempat ini dibuat tempat berkejar-kejaran sesama

kekasih.

Dia sudah terduduk. Memanggil-manggil aku untuk

duduk bersamanya. Senyuman supermanis dihadiahkan

kepadaku. Will you love me, katanya. I’m already in love

with you, balasku. Tomorrow, tanyanya. Forever, jawabku.

Zikir.

Diri ini lengkap kembali

bila bersama dengannya

dengannya rasa cukup selesa

tak mungkin ada selainnya

Dia rangkul tubuhku erat. Empat hari tak bersua rasa

bagai selamanya. Dia tak peduli pada comot tanah pada

30

pipiku, tengik peluh pada ketiakku, atau masam kain pada

pakaianku. Pipiku dikucup berkali-kali. Rangkulannya makin

lama makin erat, tiada tanda akan dilepaskan. Sedu-sedan

dia menarik nafas begitu jelas pada telingaku. Tenagaku

yang semakin kering diperah usaha mencari jalan keluar

dari belantara tebal sepanjang empat hari ini hanya mampu

membiarkan tubuhku dirangkul erat. Air mataku juga tidak

terkeluar. Aku cuma menangis kegembiraan dalam hati.

Tubuhku terlalu lemah untuk menzahirkan apa-apa rasa

dalam jiwa. Rangkulannya mula melonggar. Dia

memandang wajah pucatku. Bahuku dipegang dan tubuhku

diarah untuk duduk di ruang belakang trak polis.

“Awak rehatlah. Kami bawa awak ke hospital kejap

lagi, ya?”

Aku memandang tepat ke matanya. Takungan air

jernih masih bergenang di matanya. Aku masih ingat, inilah

wajah yang memandu tubuhku untuk keluar dari hutan

tebal itu. Setiap kali aku terasa bagai kehabisan tenaga,

wajah inilah yang meniupkan semangat untuk aku terus

berusaha mencari jalan keluar. Senyumnya buat jiwa aku

segar walau badan berlengas dengan lapisan-lapisan peluh

kering yang terkumpul berhari-hari. Kadang-kadang dia

merajuk kerana kasihku terbahagi antara dia dan buku.

Rajuknya itu begitu manja, buat aku bertambah sayang

padanya. Hari ini, permainan emosi kami lebih mendalam.

Dia meraikan pertemuan ini setelah empat hari berpisah

dengan tangisan kegembiraan serta rangkulan kesyukuran.

Insaf.

Akan kuciptakan sebuah kapal angkasa

Untuk kupergi ke sana bersama-samanya

Akan kubina istana semegah Taj Mahal

sebagai tanda kasih sayangku yang kekal

abadi

Kami terbang k e udara. Dalam k esuk aran

mengangkat pelupuk mata akibat angin yang begitu kuat

menderu melawan arah penerbangan kami, aku dapat

31

melihat wajah teruja Koy. Dia bagaikan tidak percaya yang

dia mampu menikmati pengalaman sebegitu. Aku masih

ingat kali pertama aku terbang. Aku menjerit tanpa henti

sepanjang penerbangan itu. Rasanya sungguh mengujakan.

Kelajuan penerbanganku ketika itu membuat aku kegelian

seluruh badan. Pasti itu yang dirasa Koy sekarang.

Aku berhenti seketika di atas udara. Aku ingin

membiarkan Koy menikmati pemandangan kawasan

perumahan kami dari ketinggian lima kilometer. Koy masih

teruja. Mulutnya ternganga dari tadi. Dia tidak mampu

berkata-kata.

“Dah, Koy. Jom turun,” aku mengajak. Koy hanya

mampu mengangguk.

Sedekah.

Bridge

Gitar lagi.

Aku meneguk nescafe yang sudah mula sejuk. Aku

tersenyum. Puas. Telunjuk dan jari tengah kiri dan kanan

aku bergilir-gilir mengetuk meja. Tapak kaki kanan turut

sama menyumbang bunyi. Aku lelap lagi.

Berpusar-pusar. Aku makin jauh masuk ke dalam.

Berpusar-pusar. Hitam, ungu dan hijau melingkar-lingkar.

Diri ini lengkap kembali

bila bersama dengannya

dengannya rasa cukup selesa

tak mungkin ada selainnya

Gerigi-gerigi gelombang beralunan di sisiku.

Bayangan speaker berhentak-hentak di atas kepalaku. Aku

ikut mengangguk-angguk. Headbanging yang sederhana.

32

Sebarang maklumbalas boleh hubungi:

litzin.kerjatangan@gmail.com

Teks & foto setiap karya © kontributor/penulis

Sub-editor: Nurul Aizam

Desain, susunan & ilustrasi oleh

Ridhwan Saidi © 2018

Dicetak dan dijilid di Malaysia

oleh Rorschach Ink.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!