16.03.2018 Views

6. Sehari Sebuah Kisah Bersama Para Sahabat R.A - Jun

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Setiap kisah disusun mengikut kronologi kisah hidup

Rasulullah SAW.

Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan harian

untuk sebulan.

Buku ini bertepatan dengan matlamat Program NILAM. Ruang

merekod "Anotasi Buku" disediakan pada bahagian akhir buku.

Anak-anak dapat menanamkan sikap pemurah, setia, jujur,

tenang dan mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Taha Kilinc

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2017

Ilustrasi oleh Seval Cevizci

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days The Companions of Our Dear Prophet

oleh Taha Kilinc diterbitkan oleh Timas Publication Trade Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2017

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Semiah Said

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz

Nur Syuhada Maniyamin / Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Sharifah Jannatun Naiem Rosli

Tipografi & reka letak: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Kilinc, Taha

Sehari Sebuah Kisah BERSAMA PARA SAHABAT R.A. : Jun /

Taha Kilinc ; Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-312-9

1. Muhammad, Prophet, -632--Companions.

2. Muhammad, Prophet, -632--Friends and associates.

3. Islamic stories, Malay. I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul.

III. Judul : Translation of: Kilinc, Taha. 365 Days The Companions

of Our Dear Prophet.

297.648

Dicetak oleh:

Power Press & Design (M) Sdn. Bhd

10 Jalan 12/32B TSI Business & Industrial Park

Batu 6 1/2 Off Jalan Kepong 52000 Kuala Lumpur

Isi Kandungan

01 Lewat Memeluk Islam ..... 07

02 Ke Arah Satu Penaklukan ..... 10

03 Usaha Terakhir

Abu Sufian ..... 12

04 Niatku Bukan untuk

Menderhaka ..... 14

05 Rasulullah Masih Ingat

Padaku ..... 16

06 Muslimin di Makkah ..... 19

07 Menjadi Setiausaha

Rasulullah ..... 21

08 Berlindung di Rumah

Abu Sufian ..... 23

09 Suhail Takut Dibunuh ..... 26

10 Takut Dihukum Mati ..... 28

11 Selamat Datang Ikrimah ..... 30

12 Rumah di Dunia Mahligai di

Syurga ..... 32

13 Semalam Bermusuh, Hari

Ini Bersaudara ..... 34

14 Harapanku, Mereka Juga

Memeluk Islam ..... 36

15 Hadiah yang Dipulangkan ..... 38

16 Dosa yang Terhapus ..... 40

17 "Bagaimana Engkau Boleh

Menyertai Mereka?" ..... 42

18 Patung Tidak Ada Kuasa ..... 45

19 Ganjaran Mengagih-agihkan Air

Zam-Zam ..... 47

20 Ayahku Memeluk Islam ..... 49

21 Adakah Kamu Juga? ..... 51

22 Di Manakah Aku Agaknya

Hari Ini? ..... 53

23 Nasihat yang Penting ..... 55

24 Kesedihan Orang

Madinah ..... 58

25 Penjaga Syurga ..... 60

26 Allah Maha Mengetahui Apa

yang Tersirat di Hati ..... 63

27 Datanglah ..... 65

28 Siapa yang Dapat

Menyelamatkan Kamu Daripada

Aku Sekarang? ..... 67

29 Siapa yang Ditutupi Kain

Itu? ..... 69

30 Angkatan Tentera Laut Pertama

Islam ..... 71

Program Nilam .... 74

Prakata

Buku ini ditulis di bawah bimbingan Profesor Dr. Mehmet Emin

Ay, pakar dalam bidang pendidikan agama Islam Negara Turki.

Ia bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak supaya mereka

menjadikan para sahabat Nabi sebagai contoh, selain menjadikan

kanak-kanak itu berasa rapat dengan mereka.

Peristiwa-peristiwa yang disusun dalam buku ini telah dipilih dengan

teliti daripada sumber-sumber yang sahih. Setiap peristiwa bertujuan

memberikan pengetahuan tentang pelbagai pengembaraan

bersejarah yang telah dilalui.

Setiap cerita merupakan kisah teladan kehidupan manusia-manusia

hebat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk agama yang

serba indah ini. Semoga kita dapat mengikuti jejak langkah mereka

untuk menjalani kehidupan yang indah dan mulia.

Peringatan...

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para sahabat baginda

dan pemimpin agama yang dihormati, sebagai tanda menghormati

mereka, mari kita mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita hendaklah

menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW) (semoga Allah memberkati

dan memberi kesejahteraan ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi keredhaan

kepadanya), digunakan selepas nama para sahabat Rasulullah SAW

atau sesiapa yang selalu berdampingan dengan baginda.

Abdullah Bin Amru r.a. berkata...

Hari

1

LEWAT MEMELUK ISLAM

Walaupun aku baru menjangkau umur tujuh tahun, aku ingat tentang

peristiwa Hijrah, iaitu perpindahan kaum Muslimin ke Madinah. Pada

sebelah malam, lebih banyak keluarga yang meninggalkan

kota Makkah. Pada setiap malam, ayahku akan pulang

dalam keadaan marah dan memberitahu betapa dia

berasa kurang senang dengan perpindahan

kaum Muslimin ke Madinah. Akhirnya

Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a.

juga turut berhijrah.

Apabila mengetahui bahawa

mereka juga telah pergi, ayahku dan

kawan-kawannya menghantar orang

untuk mengejar mereka berdua.

Mereka mencari di merata-rata tempat

tetapi tidak menemui Rasulullah dan Abu

Bakar. Akhirnya kami mendapat tahu

bahawa mereka berdua telah selamat tiba di

Madinah.

Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, aku dan

ayahku tinggal di Makkah untuk tujuh tahun lagi. Tujuh tahun ini

bukanlan tahun yang menyenangkan.

7

Pertama, berlakunya peperangan Badar. Perang Badar berlaku

dua tahun selepas Hijrah. Orang-orang yang kuat dan penting telah

mati dalam peperangan itu. Tahun berikut pula diikuti oleh perang

Uhud dan kemudian Khandaq, iaitu Perang Parit. Walaupun dalam

peperangan Uhud tentera Muslimin goyah sedikit, tetapi dalam

peperangan Khandaq, mereka menang dengan cemerlang. Allah

telah membantu mereka.

Semasa kesemua ini berlaku, ayahku belum memeluk Islam.

Aku kini berusia 12 tahun, dan sudah boleh berfikir tentang hal-hal

yang berlaku di sekelilingku. Adalah jelas Islam itu agama yang benar

dan Muhammad itu seorang nabi. Kejayaan mereka membuktikan

segalanya. Aku membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Sekarang aku berasa lega. Dengan bantuan

sahabatku yang membawa berita dari Madinah, aku

memahami agama Islam dengan baik. Ayahku

tahu aku memeluk Islam, tetapi dia tidak

marah. Aku dapat merasakan ayahku

sudah boleh menerima Islam.

Aku tidak silap. Tujuh tahun

selepas Rasulullah berhijrah ke

Madinah, iaitu ketika aku berusia

15 tahun, ayahku bersama-sama

sahabatnya, Khalid al-Walid memeluk

Islam. Aku berasa sangat gembira.

Walaupun agak lewat, aku dan ayahku

kemudian berhijrah ke Madinah.

9

Amr Bin Salim r.a. berkata...

Hari

2

KE ARAH SATU PENAKLUKAN

Mengikut perjanjian Hudaibiyah, tidak akan berlaku peperangan

antara tentera Makkah dan Madinah selama 10 tahun. Rasulullah

dan kaum Muslimin yang lain mematuhi syarat yang dikenakan

ini. Namun Quraisy Makkah masih menyerang sekelompok kecil

penduduk yang tinggal di sekitar Madinah. Salah satu

kaum yang diserang oleh mereka adalah kaumku,

Khuzaa. Ketika serangan ini, kaum Muslimin dari puak

aku sedang mendirikan solat. Ramai yang mati syahid

ketika itu.

Kami bersahabat dengan penduduk Madinah

dan kami berjanji untuk saling memberi perlindungan.

Oleh itu, ia bermakna mereka juga telah menyerang

penduduk Madinah.

Di hadapan Rasullullah SAW, aku mengalunkan syair yang

menerangkan tentang serangan Quraisy Makkah.

"Musyrikin Makkah tidak menepati janji yang mereka meterai

Mereka langgar perjanjian dengan engkau di Hudaibiyah

Mereka serang kami tanpa belas di atas tanah kami sendiri

Mereka fikir aku tidak mampu memanggil seseorang untuk

membantu!"

10

Rasulullah dan sahabat baginda mendengar syair yang aku

bacakan ini. Di dahinya kelihatan ada urat yang timbul, yang hanya

boleh dilihat apabila baginda sedang marah. Kesabaran ada hadnya.

Musyrikin Makkah sudah melampau!

Aku telah diberi jaminan bahawa tindakan akan diambil. Aku

kembali kepada puakku. Pada masa yang sama, aku menunggu apa

yang akan berlaku.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!