16.03.2018 Views

5. Sehari Sebuah Kisah Bersama Para Sahabat R.A - Mei

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Setiap kisah disusun mengikut kronologi kisah hidup

Rasulullah SAW.

Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan harian

untuk sebulan.

Buku ini bertepatan dengan matlamat Program NILAM. Ruang

merekod "Anotasi Buku" disediakan pada bahagian akhir buku.

Anak-anak dapat menanamkan sikap pemurah, setia, jujur,

tenang dan mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur. Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Taha Kilinc

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2017

Ilustrasi oleh Seval Cevizci

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days The Companions of Our Dear Prophet

oleh Taha Kilinc diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2017

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Semiah Said

Pembaca pruf: Alifah Ab. Aziz

Nur Syuhada Maniyamin / Nazatul Faquya Mohamed

Reka bentuk kulit: Sharifah Jannatun Naiem Rosli

Tipografi & reka letak: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Kilinc, Taha

Sehari Sebuah Kisah BERSAMA PARA SAHABAT R.A. : Mei /

Taha Kilinc ; Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-311-2

1. Muhammad, Prophet, -632--Companions.

2. Muhammad, Prophet, -632--Friends and associates.

3. Islamic stories, Malay. I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul.

III. Judul : Translation of: Kilinc, Taha. 365 Days The Companions

of Our Dear Prophet.

297.648

Dicetak oleh:

Power Press & Design (M) Sdn. Bhd

10 Jalan 12/32B TSI Business & Industrial Park

Batu 6 1/2 Off Jalan Kepong 52000 Kuala Lumpur

Isi Kandungan

01 Mimbar Pertama ..... 07

02 Di Bawah Pokok ..... 09

03 Syarat yang Berat ..... 12

04 Berhijrah Secara Rahsia

ke Madinah ..... 14

05 Apakah yang Akan

Berlaku Sekarang? ..... 16

06 Kisah Abu Jandal ..... 18

07 Tiga Hari di Makkah ..... 20

08 Utusan Kepada

Pesuruh Allah ..... 23

09 Dua Kegembiraan Dalam

Satu masa ..... 25

10 Hari yang

Menggembirakan ..... 27

11 Bapa Kucing ..... 29

12 Ganjaran yang Besar ..... 32

13 Solat yang Sah ..... 34

14 Di Dunia dan di Akhirat ..... 36

15 Memeluk Islam

Beramai-ramai ..... 38

16 Keimananku Menggembirakan

Rasulullah ..... 40

18 Kehadiran Maharaja

Heraclitus ..... 45

19 Islam Kini di Bahrain ..... 46

20 Penduduk yang Disebut

Dalam Taurat ..... 49

21 Islam Sudah Cukup

Bagiku ..... 51

22 Pertandingan Syair ..... 53

23 Demi Allah, Beritahuku ..... 55

24 Berdagang dengan Untung

yang Besar ..... 57

25 Mencari Kebenaran ..... 59

26 Permintaan yang

Tidak Adil ..... 61

27 Malam Pertama Sebagai Islam

di Madinah ..... 63

28 Tetamu Ansar ..... 66

29 Doa yang Diterima ..... 68

30 Apa yang Boleh Kamu Bawa ke

Syurga? ..... 70

31 Rasulullah Tidak Pernah

Mengungkit ..... 72

Program Nilam .... 74

17 Surat Kepada Maharaja

Heraclitus ..... 43

Prakata

Buku ini ditulis di bawah bimbingan Profesor Dr. Mehmet Emin

Ay, pakar dalam bidang pendidikan agama Islam Negara Turki.

Ia bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak supaya mereka

menjadikan para sahabat Nabi sebagai contoh, selain menjadikan

kanak-kanak itu berasa rapat dengan mereka.

Peristiwa-peristiwa yang disusun dalam buku ini telah dipilih dengan

teliti daripada sumber-sumber yang sahih. Setiap peristiwa bertujuan

memberikan pengetahuan tentang pelbagai pengembaraan

bersejarah yang telah dilalui.

Setiap cerita merupakan kisah teladan kehidupan manusia-manusia

hebat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk agama yang

serba indah ini. Semoga kita dapat mengikuti jejak langkah mereka

untuk menjalani kehidupan yang indah dan mulia.

Peringatan...

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para sahabat baginda

dan pemimpin agama yang dihormati, sebagai tanda menghormati

mereka, mari kita mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita hendaklah

menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW) (semoga Allah memberkati

dan memberi kesejahteraan ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi keredhaan

kepadanya), digunakan selepas nama para sahabat Rasulullah SAW

atau sesiapa yang selalu berdampingan dengan baginda.

Bakum Al-Rumi r.a. berkata...

Hari

1

MIMBAR PERTAMA

Aku dilahirkan di Mesir yang pada ketika itu berada di bawah

pemerintahan Empayar Byzantine. Oleh sebab keluargaku miskin,

untuk menyara hidup aku pergi bekerja di negara Arab. Makkah

adalah kota penting di negara Arab. Ia merupakan laluan pedagang.

Aku tinggal di situ dan dalam masa yang singkat aku dikenali ramai

sebagai tukang kayu yang mahir.

Lima tahun sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu pertama,

puak musyrikin Makkah bercadang untuk membaiki Kaabah. Pada

masa yang sama, sebuah kapal yang sarat dengan bahan-bahan

binaan telah ditimpa bencana tidak jauh dari Jeddah. Kapal itu

mendarat di pinggir pantai. Penduduk Makkah bergegas ke sana

dan membeli bahan-bahan binaan itu. Untuk tugas-tugas membaik

pulih, semua ketua petugas dikumpulkan. Kerja-kerja diagihkan.

Kerja membaiki bahagian kayu Kaabah adalah tugasku.

Aku seorang Nasrani. Apabila Rasulullah mula menyebarkan

Islam, aku beriman dengannya lalu memeluk Islam. Kemudian

bersama-sama saudara Islam yang lain, aku berhijrah ke Madinah.

Aku meneruskan kerjaku sebagai tukang kayu di sana.

Masa berlalu dan jumlah penganut Islam bertambah. Masjid

Nabi sudah tidak dapat memuatkan jumlah jemaah yang bertambah.

7

Jemaah terpaksa bersolat di luar masjid. Rasulullah juga terpaksa

menguatkan suara supaya semua jemaah dapat mendengarnya.

Akhirnya, baginda membuat keputusan untuk membina sebuah

mimbar yang tinggi supaya semua orang dapat melihat baginda

ketika menyampaikan khutbah. Sudah tentu tugas membuat mimbar

itu diberikan kepadaku.

Aku menggunakan bahan yang terbaik dan membina mimbar

dengan tiga anak tangga. Aku bersyukur kepada Allah kerana

telah memberi peluang kepadaku membina mimbar pertama dalam

sejarah Islam.

8

Salamah Bin Aqwa r.a. berkata...

Hari

2

DI BAWAH POKOK

Aku belum pun berusia enam tahun apabila Rasulullah SAW

berhijrah ke Madinah. Aku dibesarkan dalam keluarga Muslim dan

apabila dewasa, aku mempunyai banyak kenangan indah bersama

Rasulullah.

Terdapat tiga peperangan besar yang berlaku antara kami

dengan puak Musyrikin Makkah. Saudara Muslim yang datang

dari Makkah sangat merindui kampung halaman

mereka. Mereka telah dihalau secara paksa.

Peperangan yang berlaku menyebabkan

mereka tidak dapat kembali ke Makkah.

Akhirnya pada suatu hari, satu

keputusan telah dibuat untuk kembali

ke Makkah. Persiapan mula dibuat.

Peristiwa ini berlaku selepas peperangan

Khandaq. Kami semua berasa gembira.

Kami tinggalkan Madinah dengan

berpakaian serba putih. Beribu-ribu kaum

Muslimin bersiap-sedia untuk berarak ke

Makkah. Kami mahu melepaskan rindu

kami kepada Kaabah dan kemudian

akan kembali semula ke Madinah. Oleh

9

sebab hanya ini tujuan kami, maka kami tidak membawa apa-apa

kelengkapan perang.

Kami telah ditahan oleh Musyrikin Makkah di satu tempat

bernama Hudaibiyah yang tidak jauh dari Makkah. Musyrikin

Makkah telah mengugut kami dengan berkata, "Kamu semua tidak

dibenarkan memasuki Kota Makkah. Jika kalian memaksa kami,

akan berlaku peperangan antara kita."

Rasulullah cuba menjelaskan tujuan kedatangan kami, bukan

untuk berperang tetapi untuk menziarahi Kaabah. Akan tetapi

mereka tidak mahu mendengar.

Akhirnya Rasulullah menghantar Uthman bin Affan sebagai

utusan ke Makkah. Uthman amat dihormati dalam kalangan

penduduk Makkah. Kami yakin sekurang-kurangnya mereka mahu

mendengar kata-katanya.

Masa berlalu. Uthman masih belum kembali. Khabar angin

tersebar. "Uthman dibunuh di Makkah!" Adakah ini benar? Bolehkah

perkara ini berlaku? Tidak mustahil kerana Musyrikin Makkah boleh

melakukan apa sahaja. Mereka pernah berlaku zalim sebelum ini.

Jadi dalam hal ini, perkara yang sama boleh berulang lagi.

10

Rasulullah sedih. Sekiranya berita ini benar-benar berlaku,

baginda tidak mahu membiarkannya begitu saja. Lalu Rasulullah

mengumpulkan kaum Muslimin di bawah sebatang pokok. Rasulullah

meminta setiap orang berjabat tangan dengan baginda sambil

berjanji bahawa dalam keadaan apa sekalipun, mereka hendaklah

bersabar apabila berhadapan dengan musuh.

Pada hari itu aku telah berjanji sebanyak empat kali. Ini

adalah "Jaminan taat setia atau pengakuan taat setia". Ini adalah

perjanjian taat setia kepada Rasulullah sehingga ke akhir hayat.

Setiap kali aku membuat perjanjian itu, Rasulullah membalasnya

dengan senyuman.

Bersyukur kepada Allah. Berita yang kami dengar itu tidak betul.

Uthman kembali semula selepas tiga hari. Ketika kami menantikan

kepulangan Uthman dengan perasaan bimbang, sesuatu yang

menarik telah berlaku. Dengan pengakuan taat setia, kami telah

meningkatkan keimanan kami kepada Allah dan juga meningkatkan

kepercayaan kami kepada Rasulullah. Melihat kepercayaan dan

keimanan kami yang begitu tinggi terhadap Allah dan Rasul-Nya,

Musyrikin Makkah menjadi takjub. Kami tidak semakin lemah

sebaliknya kami semakin kuat. Mereka tidak senang hati

dengan ukhuwah yang wujud

antara kami.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!