16.03.2018 Views

AWAL SAINS - BUKU TEKS 2

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Awal

Sains

Prasekolah

Tajuk-tajuk dalam Siri ini:

Awal Sains 4-5 Tahun

Awal Matematik 4-5 Tahun

Awal Matematik 5-6 Tahun

ii

Awal

Sains

Prasekolah

Buku Teks

Umur 5-6 Tahun

Muhammad Syukri Rosli

Fadhlatullah Zakaryya Adam

iii

Pengarang

Muhammad Syukri Rosli BSc Petroleum Geoscience (University of Adelaide, Australia)

Berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen sebagai Editor Penyelidikan dalam bidang Sains.

Merupakan graduan Petroleum Geoscience daripada University of Adelaide. Berpengalaman

menulis dalam bidang sains dan kreatif.

Fadhlatullah Zakaryya Adam B.A (Hons) Business Administration (UUM), Professional Diploma in

Early Childhood Education, UM (UMCCed)

Berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen sebagai Editor Penyelidikan untuk menghasilkan bahanbahan

pendidikan awal kanak-kanak. Perunding utama untuk Cepat Matematik Prasekolah.

www.ameeneducare.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameeneducare@alameenserve.com AJL931362

Teks © 2011 Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Grafik & Ilustrasi © 2011 Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Edisi Asal: Pertama kali dicetak Mac 2011

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Reka Bentuk Kulit: Nuriman Amri Abdul Manap

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Grafik & Ilustrasi: Mohd Razali Bin Mat Rashad

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain,

sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Had Liabiliti. Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan

para pembaca. Panduan dan nasihat yang terkandung dalam buku ini bertujuan baik dan bersifat

umum. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk

sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penerbit serta wakilwakil

mereka tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan buku ini dan tidak boleh

dipertanggungjawabkan dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang

terbit daripada keputusan yang anda buat.

Perpustakaan Negara Malaysia

iv

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Muhammad Syukri Rosli, 1988-

Awal sains prasekolah. 5-7 tahun / Muhammad Syukri Rosli.

ISBN 978-967-362-079-1

1. Science--Study and teaching (Preschool). 2. Education, Preschool.

372.35044

Dicetak oleh:

BS Print (M) Sdn. Bhd.

No. 10, Jalan Indrahana 1 Off Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur.

Isi Kandungan

Bagaimana Menggunakan

Buku Ini? ............................................. 2

Senarai Bahan ..................................... 6

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Pengukuran

Eksperimen 1

Pembaris Ibu Jari ............................. 3

Berat

Eksperimen 1

Neraca Penyangkut Baju .................. 5

Eksperimen 2

Bahagian Manakah

Lebih Berat ...................................... 7

MENYIASAT ALAM HIDUPAN

Tubuh Badan

Eksperimen 1

Kalau Anda Gembira ..................... 11

Tumbuhan

Eksperimen 1

Urat Daun ..................................... 13

Eksperimen 2

Jus Buah-Buahan .......................... 15

Eksperimen 3

Mengukur Tinggi dan Bilangan

Daun Pokok .................................. 17

Eksperimen Tambahan

Bunga Berwarna ............................ 19

Haiwan

Eksperimen 1

Tempat Tinggal dan

Makanan Haiwan .......................... 21

Eksperimen 2

Memelihara Ikan ........................... 23

MENYIASAT ALAM BAHAN

Perubahan Air

Eksperimen 1

Ais Menjadi Air .............................. 27

Eksperimen 2

Mengeringkan Kain ....................... 29

Larut Dan Tak Larut

Eksperimen 1

Larut dan Tak Larut ....................... 31

Penyerapan

Eksperimen 1

Bahan yang Menyerap Air dan

Tak Menyerap Air .......................... 33

Eksperimen 2

Penyerapan Span .......................... 35

Eksperimen 2

Penyerapan Kain ........................... 37

Magnet

Eksperimen 1

Mengenali Magnet ........................ 39

Eksperimen 2

Bot Magnet ................................... 41

MENYIASAT ALAM FIZIKAL

Membentuk Pelangi

Eksperimen 1

Membentuk Pelangi dan

Mengenal Pasti Warnanya ............. 45

Bayang-Bayang

Eksperimen 1

Bayang-Bayang Matahari .............. 47

AKTIVITI PENGUKUHAN

Tekstur

Eksperimen 1

Kasar atau Licin ............................. 51

Amali

Eksperimen 1

Bentuk Objek Tenggelam

Bentuk Objek Timbul ..................... 53

Eksperimen Tambahan

Mengasingkan Campuran ............. 55

Kembara Deria

Eksperimen 1

Deria Saya Bekerja ........................ 57

Bunyi

Eksperimen 1

Piano Gelas .................................. 59

Glosari Istilah ....................................... 61

Kurikulum Prasekolah ........................... 67

Bibliografi ............................................ 75

Indeks .................................................. 77

v

Bagaimana Menggunakan Buku Ini?

Tumbuhan

1

3

Istilah yang boleh digunakan:

Daun

Urat daun

Bercabang

Mencapah

Merah

Kuning

Buah

Tembikai

Mangga

Epal

Oren

Jus

2

ST 3.0

MENYIASAT ALAM HIDUPAN

ST 3.3

Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun,

bunga, buah serta pertumbuhan anak benih.

ST 3.3.8

Memerhati dan mengumpulkan buah-buahan yang

biasa dijumpai mengikut ciri warna dan berbiji.

7. Minta kanak-kanak membandingkan ramalan mereka sebentar tadi dengan warna

jus yang terhasil.

Jus Nanas Jus Tembikai Jus Oren Jus Mangga

4

Eksperimen 2

Jus buah-buahan

Melihat warna dan merasai jus buah-buahan

5 Bahan-bahan:

6

Langkah:

Mesin pengisar atau

1. Tanya kepada kanak-kanak mengenai

Mesin membuat jus

warna setiap buah yang akan dikisar.

Tembikai

Asingkan warna buah-buahan mengikut

Oren

warna yang sama.

Epal

2. Minta mereka meramalkan, warna apakah

Mangga

yang terhasil, apabila buah ini bertukar

Nanas

menjadi jus.

Air

Jag

3. Sediakan bahan-bahan untuk membuat

jus dengan mengupas kulit setiap buahbuahan

yang ingin dikisar.

4. Kemudian, kisarkan buah-buah tersebut.

5. Tuangkan buah yang telah dikisar itu ke

dalam jag.

6. Hidangkan kepada kanak-kanak.

7

Apa yang perlu dibincangkan?

1. Sebelum anda mengisar buah-buahan tersebut, tanyakan kanak-kanak, apakah

warna buah-buahan itu.

2. Setelah buah-buahan itu dikisar, tanyakan pula warna apa yang terhasil.

3. Tanyakan, apakah rasa setiap buah-buahan itu.

15

16

Kami telah menyediakan buku ini supaya pembelajaran dan kajian sains boleh dilakukan

bersama kanak-kanak dengan jayanya.

Berikut adalah huraian untuk setiap komponen yang terdapat dalam buku ini:

1. Tajuk bab

a. Nama konsep sains yang ingin difokuskan dalam aktiviti.

2. Sukatan mata pelajaran sains prasekolah

a. Rujukan berkenaan aspek mana yang ingin disentuh dan dicapai melalui sesuatu

aktiviti dalam buku ini. (Sila rujuk jadual kurikulum standard. Sains & Teknologi (ST)

di lampiran. Berdasarkan Kurikulum B. Kebangsaan Malaysia)

3. Istilah yang boleh digunakan

a. Istilah yang bersesuaian untuk digunakan semasa anda menerangkan aktiviti yang

sedang berjalan. Ingatlah, perkataan yang ditulis di sini bukannya untuk dihafal

oleh kanak-kanak. Akan tetapi, ia berfungsi sebagai pengayaan kosa kata

buat kanak-kanak. Dedahkan istilah-istilah penting ini supaya kanak-kanak

biasa mendengarnya.

4. Tajuk eksperimen atau aktiviti

a. Nama eksperimen atau aktiviti yang akan dilakukan.

5. Bahan-bahan

a. Bahan-bahan merupakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menjayakan

aktiviti ini. Kebanyakan bahan yang kami senaraikan boleh didapati di dalam kelas

dan mempunyai harga yang murah. Sekiranya anda tidak dapat menyediakan bahan

tersebut, cuba fikirkan bahan lain yang bersesuaian. Membaca keseluruhan langkah

aktiviti akan membantu anda menjadi lebih kreatif dalam pemilihan bahan.

6. Langkah

a. Sebelum memulakan aktiviti, adalah lebih baik untuk anda membaca keseluruhan

langkah yang disediakan. Cuba fikirkan beberapa perkara berikut semasa anda

merancang aktiviti yang bakal anda jalankan:

i. Adakah kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk melakukan aktiviti ini?

ii. Di manakah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini?

vi

iii. Berapakah bilangan kanak-kanak yang sesuai dalam satu kumpulan untuk

aktiviti ini?

iv. Adakah aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada kanak-kanak?

7. Apa yang perlu dibincangkan?

a. Apa yang perlu dibincangkan adalah interaksi anda dengan kanak-kanak semasa

aktiviti ini sedang berjalan.

b. Anda boleh memanfaatkan ruang perbincangan ini untuk memerhati dan menilai

pemahaman kanak-kanak semasa atau selepas mereka melakukan sesuatu aktiviti.

Aktiviti dan Eksperimen dalam Awal Sains

Dalam buku ini, kami menyediakan aktiviti dan eksperimen berdasarkan Kurikulum Sains

Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti dan

eksperimen ini menawarkan pengalaman saintifik untuk kanak-kanak dengan kaedah yang

menarik dan interaktif.

Setiap bab dalam buku ini menyentuh pelbagai kemahiran saintifik yang perlu diterapkan lebih

awal kepada kanak-kanak. Misalnya, kemahiran mengenal pasti, kemahiran menceritakan

dan merekodkan pemerhatian, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat

perbandingan, kemahiran mengelaskan objek dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah

dalam kehidupan dengan konsep sains yang telah dipelajari.

Sikap, Kaedah dan Pengalaman Saintifik

Untuk kanak-kanak prasekolah, sikap saintifik bermaksud tabiat bertanya dengan betul,

keinginan yang mendalam untuk mendapatkan jawapan, serta berkebolehan melakukan

penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang berlaku.

Kaedah saintifik pula bermaksud memusatkan perhatian kanak-kanak kepada apa yang

mereka fikir akan berlaku. Ia dilakukan dengan menggalakkan mereka membuat ramalan

(walaupun bagi mereka, hal ini lebih kepada membuat tekaan).

Pengalaman saintifik kanak-kanak bermula apabila mereka mula membuat ramalan.

Mereka perlu diberi peluang untuk memperkatakan apa yang mereka fikir bakal berlaku

sebelum sesebuah aktiviti dimulakan, dan tentunya, sebelum anda mula bercakap. Angkat

persoalan-persoalan berikut semasa kanak-kanak melalui pengalaman saintifik mereka:

Tujuan

Ramalan

Langkah

Bahan-bahan

Persoalan

Kenapakah anda melakukan

eksperimen atau aktiviti ini?

Apakah yang kamu fikir bakal

berlaku?

Bagaimanakah kita boleh

menguji ramalan kita ini?

Apakah yang akan kita gunakan

bagi menjalankan eksperimen

atau aktiviti ini?

Siapa yang patut menjawabnya

Guru, ibu bapa

Kanak-kanak

Guru, ibu bapa dan kanak-kanak

Kanak-kanak

Tugas guru dan ibu bapa adalah

menyediakan bahan-bahan

vii

Persoalan

Siapa yang patut menjawabnya

Keputusan Apakah yang berlaku? Kanak-kanak

Kanak-kanak mencatatkan

pemerhatian mereka di dalam buku

makmal

Kesimpulan Kenapakah kamu fikir ia berlaku? Kanak-kanak

Anda akan membuat penilaian

ini bersama dengan kanak-kanak

selepas aktiviti dan eksperimen itu

tamat

Menjadi Pembimbing yang Baik

Beri peluang kepada kanak-kanak untuk membuat ramalan mengenai apa yang mereka

fikir akan berlaku. Tugas anda adalah menunggu mereka mengumpulkan idea-idea

mereka. Ini pasti menjadi satu sikap yang baik dan penguasaannya adalah melalui latihan

yang berterusan.

BUKU MAKMAL adalah untuk kanak-kanak mencatatkan pemerhatian dan pemahaman

mereka terhadap sesuatu aktiviti yang telah dijalankan. Galakkan kanak-kanak untuk

membawa bersama BUKU MAKMAL ini dan mencatatkan pemerhatian mereka semasa

aktiviti sedang berjalan.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi kesukaran untuk memahami konsep sains yang ingin

diketengahkan, bantulah mereka berfikir bagaimana untuk mendapatkan jawapannya.

Elakkan daripada terus memberikan jawapan kerana ia akan membantutkan sikap dan

pengalaman saintifik yang ingin anda terapkan.

Eksperimen dan aktiviti adalah untuk dijayakan secara berkumpulan. Manfaatkan ruang

dan bilangan kanak-kanak di dalam kelas untuk membina kumpulan yang berkesan.

Tiga orang kanak-kanak untuk setiap aktiviti merupakan bilangan yang sesuai untuk

menjayakan aktiviti dan eksperimen ini. Namun, anda boleh mengubahnya, bergantung

kepada bilangan dan kesesuaian kelas.

Sekiranya kanak-kanak tidak mahir melakukan sesuatu langkah dalam aktiviti, ulanginya

semula. Jangan terburu-buru untuk beralih ke pengajaran yang baharu. Anda juga boleh

menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan memikirkan modifikasi terhadap aktiviti ini.

Anda seharusnya bersikap lebih terbuka dan berani mengubah suai arahan atau

langkah dalam buku ini supaya bersesuaian dengan situasi kanak-kanak. Kadangkala,

anda berhadapan dengan kanak-kanak yang lebih matang. Fikirkan aktiviti yang lebih

mencabar dan sediakan pengalaman baharu untuk mereka. Kanak-kanak mempunyai

kreativiti dan kemahiran yang tersendiri dalam melakukan sesuatu aktiviti.

viii

Senarai Bahan

Air

Air panas (tidak terlalu

panas sehingga boleh

melecurkan)

Akuarium

Baldi

Batu

Bekas ais

Bekas lutsinar yang besar

Bekas plastik yang panjang

Benang

Besen

Bikar

Bikar plastik lutsinar

Bilik yang gelap

Botol plastik

Buku makmal

Bunga mawar (berwarna

putih, atau warna cerah)

Cermin

Dua biji gelas yang sama

Dua cawan plastik lutsinar

yang sama jenis

Dua magnet batang

Empat utas benang tebal

dengan ukuran 15cm

setiap satu

Epal

Gambar-gambar habitat

haiwan (contohnya;

rumah, reban, kolam,

padang, sawah, air,

pokok)

Gambar-gambar haiwan

(contohnya; kucing, ayam,

itik, lembu, kerbau, katak,

ikan dan burung)

Gambar-gambar makanan

haiwan (daging, rumput,

daun, ikan)

Garam

Gelas

Gula

Gunting

Hari yang cerah

Ikan laga

Jag

Jarum atau pencungkil gigi

Kacang hijau

Kain buruk

Kain buruk berwarna putih

Kanak-kanak

Kanta tangan

Kapas

Kapur

Kertas

Kertas A4

Kertas keras

Kertas mahjong

Kertas pasir

Lampu suluh

Lantai simen

Lantai simen dan dinding

Lilin

Magnet

Makanan ikan

Mangga

Mesin pengisar atau mesin

membuat jus

Nenas

Neraca

Oren

Pasir

Pasir kasar dan halus

Pelbagai bahan untuk

diukur

Pelbagai jenis daun, dalam

kuantiti yang banyak

Pelbagai jenis objek (seperti

kain, kertas, klip kertas,

pen, plastisin, getah, span

dan sebagainya)

Pelbagai jenis objek untuk

ditimbang, seperti pen,

daun dan blok permainan

Pelbagai jenis objek, yang

berasal dari besi dan tidak

berasal dari besi

Pelekat merah dan kuning

Pemetik api

Pen

Pen penanda

Pensel

Penutup kotak kasut

Penyangkut baju

Penyepit

Permaidani

Perwarna makanan

Peti ais

Piring kecil

Pisau

Pita pelekat

Plastik

Plastisin

Radio

Sabun dan sedikit air

Span

Sudu

Surat khabar lama

Talam

Tanah

Tembikai

Tiga biji gelas lutsinar

Warna

ix

Kemahiran

Saintifik

1

2

Pengukuran

Istilah yang boleh digunakan:

Ukur

Panjang

Tinggi

Pendek

Rendah

ST 2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

ST 2.2

Membuat pengukuran menggunakan unit bukan

piawai.

ST 2.2.3

Membandingkan ketebalan objek (lebih tebal, lebih

nipis).

ST 2.2.4

Mengukur panjang dan tinggi objek menggunakan

unit bukan piawai (contoh unit bukan piawai:

jengkal, tapak kaki, straw, buku).

ST 2.3

Membanding dan mengelaskan objek.

ST 2.3.3

Membanding dan mengumpulkan objek-objek

mengikut satu ciri:

Saiz (panjang dan pendek)

Eksperimen 1

Pembaris Ibu Jari

Mengukur panjang objek dengan pembaris ibu jari

Bahan-bahan:

Beberapa helai kertas A4

Pita pelekat

Gunting

Warna air

Pelbagai bahan untuk diukur

Langkah:

1. Bahagikan kertas A4 menjadi jaluran yang

panjang.

2. Guntingkan kertas itu.

3. Sediakan warna air dan minta kanakkanak

untuk mengecat keseluruhan ibu jari

mereka.

4. Bahagikan kanak-kanak secara

berpasangan.

5. Minta mereka untuk mengecop ibu jari

mereka pada jaluran kertas A4 tadi.

6. Ulangi langkah di atas, dengan mengecap

ibu jari kanak-kanak, sebaris dengan cap

ibu jari sebelumnya.

3

7. Sambungkan dengan jaluran yang lain dengan pita pelekat, supaya pembaris ibu

jari ini menjadi lebih panjang.

8. Minta salah seorang kanak-kanak untuk mengukur pelbagai jenis objek dengan

menggunakan pembaris ini.

9. Minta salah seorang lagi kanak-kanak untuk membilang ibu jari yang terdapat pada

pembaris ibu jari untuk mengukur kepanjangan objek.

10. Minta kanak-kanak mengumpulkan objek yang panjang dan objek yang pendek

(juga tebal atau nipis), berdasarkan ukuran pembaris ibu jari mereka. Misalnya,

objek yang mempunyai kepanjangan kurang dari empat ibu jari adalah pendek,

manakala objek yang mempunyai kepanjangan lebih dari empat ibu jari adalah

panjang.

Apa yang perlu dibincangkan?

1. Bincangkan dengan kanak-kanak, objek manakah yang lebih panjang atau lebih

pendek.

2. Bincangkan juga, objek manakah yang lebih tinggi dan lebih rendah.

3. Bandingkan panjang-pendek dan rendah-tinggi sesuatu objek itu tanpa

menggunakan pengukur.

4. Anda juga boleh menggunakan pen, pemadam atau klip kertas untuk menggantikan

pengukur ibu jari ini.

4

Berat

Istilah yang boleh digunakan:

Lebih berat

Lebih Ringan

ST 2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

ST 2.2

Membuat pengukuran menggunakan unit bukan

piawai.

ST 2.2.2

Membandingkan berat objek (lebih berat, lebih

ringan).

ST 2.3

Membanding dan mengelaskan objek.

ST 2.3.3

Membanding dan mengumpulkan objek-objek

mengikut satu ciri:

Berat (berat dan ringan)

Eksperimen 1

Neraca Penyangkut Baju

Membandingkan berat objek dengan neraca penyangkut baju

Bahan-bahan:

Penyangkut baju

Dua biji cawan plastik lutsinar yang

sama saiz

Empat utas benang tebal dengan

ukuran 15cm setiap satu

Pelbagai jenis objek untuk ditimbang,

seperti pen, daun dan blok

permainan

Pita pelekat

Langkah:

1. Ambil empat utas benang dan lekatkan

pada kiri dan kanan cawan plastik dengan

pita pelekat. Ulangi langkah ini pada

cawan yang satu lagi.

2. Ikatkan salah satu cawan pada salah satu

hujung penyangkut baju. Gantungkan

penyangkut baju ini di salah satu penjuru

meja.

3. Seterusnya, imbang dan ikatkan satu lagi

cawan di salah satu hujung penyangkut

baju. Pastikan kedudukan penyangkut baju

itu seimbang.

4. Agihkan kanak-kanak secara berpasangan.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!