16.03.2018 Views

AWAL SAINS - BUKU TEKS 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Awal

Sains

Prasekolah

Tajuk-tajuk dalam Siri ini:

Awal Sains 5-6 Tahun

Awal Matematik 4-5 Tahun

Awal Matematik 5-6 Tahun

Awal

Sains

Prasekolah

Buku Teks

Umur 4-5 tahun

Muhammad Syukri Rosli

Fadhlatullah Zakaryya Adam

iii

Pengarang

Muhammad Syukri Rosli BSc Petroleum Geoscience (University of Adelaide, Australia)

Berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen sebagai Editor Penyelidikan dalam bidang Sains.

Merupakan graduan Petroleum Geoscience daripada University of Adelaide. Berpengalaman

menulis dalam bidang sains dan kreatif.

Fadhlatullah Zakaryya Adam B.A (Hons) Business Administration (UUM), Professional Diploma in

Early Childhood Education, UM (UMCCed)

Berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen sebagai Editor Penyelidikan untuk menghasilkan bahanbahan

pendidikan awal kanak-kanak. Perunding utama untuk Cepat Matematik Prasekolah.

www.ameeneducare.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: alameen@tm.net.my AJL931362

Teks © 2011 Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Grafik & Ilustrasi © 2011 Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Edisi Asal: Pertama kali dicetak Mac 2011

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Reka Bentuk Kulit: Nuriman Amri Abdul Manap

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Grafik & Ilustrasi: Mohd Razali Bin Mat Rashad

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain,

sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Had Liabiliti. Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan

para pembaca. Panduan dan nasihat yang terkandung dalam buku ini bertujuan baik dan bersifat

umum. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk

sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penerbit serta wakilwakil

mereka tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan buku ini dan tidak boleh

dipertanggungjawabkan dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang

terbit daripada keputusan yang anda buat.

Perpustakaan Negara Malaysia

iv

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Muhammad Syukri Rosli, 1988-

Awal sains prasekolah. 4-5 tahun / Muhammad Syukri Rosli.

ISBN 978-967-362-081-4

1. Science--Study and teaching (Preschool). 2. Education, Preschool. I. Judul.

372.35044

Dicetak oleh:

BS Print (M) Sdn. Bhd.

No. 10, Jalan Indrahana 1 Off Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur.

Isi Kandungan

Bagaimana Menggunakan

Buku Ini? ............................................. iv

Isi Kandungan ...................................... v

Senarai Bahan ..................................... ix

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Warna

Eksperimen 1

Teropong Berwarna ......................... 3

Eksperimen 2

Warna yang Bergerak ...................... 5

Bentuk

Eksperimen 1

Kertas Bentuk .................................. 7

Eksperimen 2

Kad Bentuk ..................................... 9

Saiz

Eksperimen 1

Saiz Bulatan .................................. 11

Eksperimen 2

Saiz Daun ..................................... 13

Cuaca

Eksperimen 1

Meramal Cuaca ............................ 15

Perubahan Suhu

Eksperimen 1

Minuman Panas 1 ......................... 17

Eksperimen 2

Minuman Panas 2 ......................... 19

MENYIASAT ALAM HIDUPAN

Tubuh Badan

Eksperimen 1

Tubuh Badan Manusia ................... 23

Eksperimen 2

Mengukur Anggota Badan ............. 25

Penglihatan

Eksperimen 1

Teropong ...................................... 27

Pendengaran

Eksperimen 1

Telefon Tali ................................... 29

Penyentuhan

Eksperimen 1

Kasar atau Sejuk ........................... 31

Eksperimen 2

Panas atau Sejuk ........................... 33

Penghiduan

Eksperimen 1

Hidung untuk Menghidu ................ 35

Eksperimen 2

Berapa Jauh Bau Objek? ............... 37

Deria Rasa

Eksperimen 1

Rasa ............................................. 39

Tumbuhan

Eksperimen 1

Bentuk Daun ................................. 41

Eksperimen 2

Potpuri .......................................... 43

Eksperimen 3

Menanam Tauge ........................... 45

Haiwan

Eksperimen 1

Mengenali Haiwan ........................ 47

Eksperimen 2

Membela Semut ............................ 49

MENYIASAT ALAM BAHAN

Tenggelam Atau Timbul

Eksperimen 1

Tenggelam atau Timbul ................. 53

MENYIASAT ALAM FIZIKAL

Menghasilkan Bayang-Bayang

Eksperimen 1

Menghasilkan

Bayang-bayang ............................. 57

Glosari ............................................... 59

Kurikulum Prasekolah ......................... 65

Bibliografi ............................................ 58

Indeks ................................................. 75

v

Bagaimana Menggunakan Buku Ini?

Perubahan Suhu

1

3

Istilah yang boleh digunakan:

Panas

Sejuk

Air

Ais

2

ST 2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

ST 2.5

Menyelesaikan masalah kehidupan harian secara

hands-on.

ST 2.5.1

Menjalankan aktiviti untuk menyelesaikan

masalah harian mudah seperti:

Menyejukkan minuman yang panas.

4

Eksperimen 1

Minuman Panas 1

Menyejukkan minuman panas dengan ais

5 Bahan-bahan:

6 Langkah:

Air panas, (tidak terlalu panas

1. Tuangkan air panas ke dalam dua biji

sehingga boleh melecurkan kulit) gelas.

Ketulan ais

2. Bincangkan dengan kanak-kanak,

Dua biji gelas lutsinar

bagaimana untuk menyejukkan minuman

Piring

panas?

Mangkuk

Cawan

3. Bahagikan kanak-kanak kepada tiga orang

untuk setiap kumpulan.

4. Tambahkan ais ke dalam salah satu gelas.

5. Setelah sepuluh minit, minta kanak-kanak

untuk mencelupkan jari ke dalam setiap

gelas itu.

6. Bandingkan gelas manakah yang masih

panas dan gelas manakah yang sudah

sejuk.

7

Apa yang perlu dibincangkan?

1. Minta kanak-kanak untuk meramalkan gelas manakah yang akan sejuk terlebih

dahulu semasa mereka menunggu.

17

18

Kami telah menyediakan buku ini supaya pembelajaran dan kajian sains boleh dilakukan

bersama kanak-kanak dengan jayanya.

Berikut adalah huraian untuk setiap komponen yang terdapat dalam buku ini:

1. Tajuk bab

a. Nama konsep sains yang ingin difokuskan dalam aktiviti.

2. Sukatan mata pelajaran sains prasekolah

a. Rujukan berkenaan aspek mana yang ingin disentuh dan dicapai melalui sesuatu

aktiviti dalam buku ini.

3. Istilah yang boleh digunakan

a. Istilah yang bersesuaian untuk digunakan semasa anda menerangkan aktiviti yang

sedang berjalan. Ingatlah, perkataan yang ditulis di sini bukannya untuk dihafal

oleh kanak-kanak. Akan tetapi, ia berfungsi sebagai pengayaan kosa kata

buat kanak-kanak. Dedahkan istilah-istilah penting ini supaya kanak-kanak

biasa mendengarnya.

4. Tajuk eksperimen atau aktiviti

a. Nama eksperimen atau aktiviti yang akan dilakukan.

5. Bahan-bahan

a. Bahan-bahan merupakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menjayakan

aktiviti ini. Kebanyakan bahan yang kami senaraikan boleh didapati di dalam kelas

dan mempunyai harga yang murah. Sekiranya anda tidak dapat menyediakan bahan

tersebut, cuba fikirkan bahan lain yang bersesuaian. Membaca keseluruhan langkah

aktiviti akan membantu anda menjadi lebih kreatif dalam pemilihan bahan.

6. Langkah

a. Sebelum memulakan aktiviti, adalah lebih baik untuk anda membaca keseluruhan

langkah yang disediakan. Cuba fikirkan beberapa perkara berikut semasa anda

merancang aktiviti yang bakal anda jalankan:

i. Adakah kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk melakukan aktiviti ini?

ii. Di manakah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini.

vi

iii. Berapakah bilangan kanak-kanak yang sesuai dalam satu kumpulan untuk

aktiviti ini?

iv. Adakah aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada kanak-kanak?

7. Apa yang perlu dibincangkan?

a. Apa yang perlu dibincangkan adalah interaksi anda dengan kanak-kanak semasa

aktiviti ini sedang berjalan.

b. Anda boleh memanfaatkan ruang perbincangan ini untuk memerhati dan menilai

pemahaman kanak-kanak semasa atau selepas mereka melakukan sesuatu aktiviti.

Aktiviti dan Eksperimen dalam Awal Sains

Dalam buku ini, kami menyediakan aktiviti dan eksperimen berdasarkan Kurikulum Sains

Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti dan

eksperimen ini menawarkan pengalaman saintifik untuk kanak-kanak dengan kaedah yang

menarik dan interaktif.

Setiap bab dalam buku ini menyentuh pelbagai kemahiran saintifik yang perlu diterapkan lebih

awal kepada kanak-kanak. Misalnya, kemahiran mengenal pasti, kemahiran menceritakan

dan merekodkan pemerhatian, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat

perbandingan, kemahiran mengelaskan objek dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah

dalam kehidupan dengan konsep sains yang telah dipelajari.

Sikap, Kaedah dan Pengalaman Saintifik

Untuk kanak-kanak prasekolah, sikap saintifik bermaksud tabiat bertanya dengan betul,

keinginan yang mendalam untuk mendapatkan jawapan, serta berkebolehan melakukan

penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang berlaku.

Kaedah saintifik pula bermaksud memusatkan perhatian kanak-kanak kepada apa yang

mereka fikir akan berlaku. Ia dilakukan dengan menggalakkan mereka membuat ramalan

(walaupun bagi mereka, hal ini lebih kepada membuat tekaan).

Pengalaman saintifik kanak-kanak bermula apabila mereka mula membuat ramalan.

Mereka perlu diberi peluang untuk memperkatakan apa yang mereka fikir bakal berlaku

sebelum sesebuah aktiviti dimulakan, dan tentunya, sebelum anda mula bercakap. Angkat

persoalan-persoalan berikut semasa kanak-kanak melalui pengalaman saintifik mereka:

Tujuan

Ramalan

Langkah

Bahan-bahan

Persoalan

Kenapakah anda melakukan

eksperimen atau aktiviti ini?

Apakah yang kamu fikir bakal

berlaku?

Bagaimanakah kita boleh

menguji ramalan kita ini?

Apakah yang akan kita gunakan

bagi menjalankan eksperimen

atau aktiviti ini?

Siapa yang patut menjawabnya

Guru, ibu bapa

Kanak-kanak

Guru, ibu bapa dan kanak-kanak

Kanak-kanak

Tugas guru dan ibu bapa adalah

menyediakan bahan-bahan

vii

Persoalan

Siapa yang patut menjawabnya

Keputusan Apakah yang berlaku? Kanak-kanak

Kanak-kanak mencatatkan

pemerhatian mereka di dalam buku

makmal

Kesimpulan Kenapa kamu fikir ia berlaku? Kanak-kanak

Anda akan membuat penilaian

ini bersama dengan kanak-kanak

selepas aktiviti dan eksperimen itu

tamat

Menjadi Pembimbing yang Baik

Beri peluang kepada kanak-kanak untuk membuat ramalan mengenai apa yang mereka

fikir akan berlaku. Tugas anda adalah menunggu mereka mengumpulkan idea-idea

mereka. Ini pasti menjadi satu sikap yang baik dan penguasaannya adalah melalui latihan

yang berterusan.

BUKU MAKMAL adalah untuk kanak-kanak mencatatkan pemerhatian dan pemahaman

mereka terhadap sesuatu aktiviti yang telah dijalankan. Galakkan kanak-kanak untuk

membawa bersama BUKU MAKMAL ini dan mencatatkan pemerhatian mereka semasa

aktiviti sedang berjalan.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi kesukaran untuk memahami konsep sains yang ingin

diketengahkan, bantulah mereka berfikir bagaimana untuk mendapatkan jawapannya.

Elakkan daripada terus memberikan jawapan kerana ia akan membantutkan sikap dan

pengalaman saintifik yang ingin anda terapkan.

Eksperimen dan aktiviti adalah untuk dijayakan secara berkumpulan. Manfaatkan ruang

dan bilangan kanak-kanak di dalam kelas untuk membina kumpulan yang berkesan.

Tiga orang kanak-kanak untuk setiap aktiviti merupakan bilangan yang sesuai untuk

menjayakan aktiviti dan eksperimen ini. Namun, anda boleh mengubahnya, bergantung

kepada bilangan dan kesesuaian kelas.

Sekiranya kanak-kanak tidak mahir melakukan sesuatu langkah dalam aktiviti, ulanginya

semula. Jangan terburu-buru untuk beralih ke pengajaran yang baharu. Anda juga boleh

menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan memikirkan modifikasi terhadap aktiviti ini.

Anda seharusnya bersikap lebih terbuka dan berani mengubah suai arahan atau

langkah dalam buku ini supaya bersesuaian dengan situasi kanak-kanak. Kadangkala,

anda berhadapan dengan kanak-kanak yang lebih matang. Fikirkan aktiviti yang lebih

mencabar dan sediakan pengalaman baharu untuk mereka. Kanak-kanak mempunyai

kreativiti dan kemahiran yang tersendiri dalam melakukan sesuatu aktiviti.

viii

Senarai Bahan

2 biji cawan kertas

2 meter benang

Air

Air panas (tidak terlalu panas sehingga

melecurkan kulit)

Ais

Tiub tisu gulung

Batu

Bekas makanan berbentuk silinder (seperti

bekas kerepek kentang), atau

Bekas plastik

Belacan

Benang

Besen

Bilik yang gelap

Bola pingpong

Botol plastik

Buku Makmal

Buku yang berat, seperti kamus

Bunga

Cawan

Cip kentang

Daun yang berbeza saiz

Duit Syiling

Gabus

Gam

Gula-gula

Gunting

Kacang hijau

Kad keras

Kad manila pelbagai warna

Kain atau tisu

Kain buruk

Kain penutup mata

Kapas

Kertas

Kertas lukisan

Kertas mahjong

Kertas pasir

Kertas warna (putih, merah, kuning, hijau,

biru)

Kerusi

Klip kertas

Kompas bulatan

Krayon

Lampu suluh

Limau nipis

Madu

Majalah lama

Mangkuk

Minyak wangi

Panas

Pasir

Pelbagai jenis objek (yang tidak rosak

apabila dimasukkan ke dalam air)

Pen penanda

Pensel

Pensel warna

Penutup mata

Pewarna makanan, dua warna (merah dan

biru)

Pinggan

Piring

Pisang

Pita pelekat

Plastik

Plastik hitam

Plastik warna lutsinar, yang digunakan

untuk membalut hamper (pelbagai warna)

Putik kapas

Ranting

Sabun basuh pinggan

Sabun dan sedikit air

Sejuk

Semut

Surat khabar lama

Susu segar

Tali raffia

Tanah

ix

Kemahiran

Saintifik

2

Warna

Istilah yang boleh digunakan:

Nama warna utama seperti merah,

biru, hijau, kuning, hitam dan putih.

ST 2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

ST 2.1

Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena

alam di persekitaran.

ST 2.1.1

Memerhati dan mengenal warna-warna di persekitaran.

Eksperimen 1

Teropong Berwarna

Melihat warna yang berlainan melalui teropong warna

Bahan-bahan:

Bekas makanan berbentuk silinder

(seperti bekas kerepek kentang), atau

bahagian tiub tisu gulung

Plastik warna lutsinar, yang digunakan

untuk membalut hamper (pelbagai

warna)

Pita pelekat

Gunting

Langkah:

1. Guntingkan plastik berwarna besar sedikit

daripada saiz bulatan pada hujung silinder.

2. Lekatkan plastik berwarna tersebut

pada salah satu hujung silinder dengan

menggunakan pita pelekat.

3. Edarkan teropong berwarna ini kepada

kanak-kanak.

4. Sebelum itu, minta kanak-kanak

untuk melihat alam sekitarnya tanpa

menggunakan teropong. Ajak mereka

untuk menerangkan warna yang mereka

lihat.

5. Kemudian, minta mereka untuk melihat

menggunakan teropong berwarna. Ajak

kanak-kanak untuk menceritakan apa

yang mereka lihat. Galakkan mereka

untuk membandingkan apa yang mereka

perhatikan melalui teropong itu.

3

Apa yang perlu dibincangkan?

1. Tanyakan kanak-kanak, nama warna yang dilihat tanpa menggunakan teropong

dan ketika menggunakan teropong warna.

4

Warna

Istilah yang boleh digunakan:

Nama warna utama seperti merah,

biru, hijau, kuning, hitam dan putih.

ST 2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

ST 2.1

Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena

alam di persekitaran.

ST 2.1.1

Memerhati dan mengenal warna-warna di persekitaran.

Eksperimen 2

Warna yang Bergerak

Warna yang bergerak dan bercampur kerana tindak balas kimia

Bahan-bahan:

Susu segar

Pewarna makanan, dua warna (merah

dan biru)

Pinggan

Sabun basuh pinggan

Putik kapas

Langkah:

1. Bahagikan kanak-kanak kepada beberapa

kumpulan yang terdiri daripada empat

orang.

2. Tuangkan sedikit susu segar pada pinggan,

sehingga ia rata pada keseluruhan

permukaan pinggan.

3. Titiskan dua pewarna makanan pada setiap

penjuru pinggan yang berisi susu. Pastikan

ia tidak bercampur.

4. Calitkan putik kapas pada sabun. Letakkan

putik kapas itu di tengah-tengah pinggan

berisi susu.

5. Perhatikan apa yang terjadi.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!