13.03.2018 Views

SATU BUMI

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NOVEL

Satu Bumi

ISA KAMARI

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

1

Novel-novel Isa Kamari:

Menara

Kiswah

Tawassul

Atas Nama Cinta

Memeluk Gerhana

Rawa

Buku-buku Puisi Isa Kamari:

Sumur Usia

Munajat Sukma

Lorong Wahyu

Cinta Arafah

Ka’bah

2

NOVEL

ISA KAMARI

Satu Bumi

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

3

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

Emel: alameen@tm.net.my AJL931362

Teks © Isa Kamari 1998, 2009

Grafik & Ilustrasi © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2008

Edisi Asal: Pertama kali diterbit: 1998

Edisi Kedua: Pertama kali diterbit: Mei 2009

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Reka Bentuk Kulit: Nuriman Amri Bin Abdul Manap

Tipografi & Reka Bentuk: Norfadilah Zakaria

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings Sdn.

Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Isa Kamari, 1960-

Satu bumi / Isa Kamari.

ISBN 978-983-3991-84-6

1. Malay fiction. I. Judul.

899.2333

Dicetak oleh:

Percetakan Majujaya Indah Sdn. Bhd.

No. 68, Jalan 14-E, Ampang New Village, 68000 Ampang, Selangor

4

Untuk

Sukma, Dhuha & Iman

5

MILIK SIAPA A BUMI YANG SATU INI

Bagaimana mulanya…

PADA

suatu petang, anak perempuan saya yang

berumur lapan tahun, pulang dari sekolah lalu menangis

dengan tiba-tiba. Esakannya menghiris jantung kerana

saya dapat merasakan bahawa dia betul-betul

mengalami semacam pergulatan batin. Bila saya

mengajaknya berbicara, dia memeluk saya dengan erat.

Saya membiarkannya mengalirkan air mata seketika.

Tanpa dipelawa dia tiba-tiba berkata: “Adakah saya

benar-benar orang Melayu, ayah? Kawan-kawan

memanggil saya Cina di sekolah.”

Saya tersentak sebentar dan memandang wajahnya

yang kuning langsat seperti ibunya, sambil mengesat

air mata yang membasahi pipinya. “Adakah saya Cina,

ayah?” Saya tersenyum lantas menjawab, “Tidak

sayang, kau keturunan Melayu.” Jawapan itu spontan

tetapi jelas belum beres.

Memang saya mendaftarkan keturunannya sebagai

Melayu di sijil kelahirannya. Tetapi saya juga akur,

isteri saya bukan Melayu tulen. Ibu isteri saya

keturunan Cina. Khabarnya, ibu mentua saya itu telah

diserahkan kepada keluarga Melayu ketika

pemerintahan Jepun dahulu. Bapa mentua saya itu pula

berdarah campuran Melayu dan Jepun. Saya sendiri

keturunan Jawa dan Melayu. Maka anak saya keturunan

apa, ya?

6

Persoalan itu menguasai benak saya lalu merebak

dan bercabang. Adakah darah yang menentukan

keturunan? Atau budaya yang mencorakkannya?

Adakah ia penting untuk kesejahteraan hidup manusia?

Adakah keturunan menentukan jati diri dan kemanusiaan

seseorang? Saya jadi bingung. Mengapakah

persoalan demikian menjadi bertambah berat apabila

ia melibatkan darah daging sendiri?

Saya mengutarakan persoalan itu kepada isteri saya

dengan harapan jawapannya dapat menyelesaikan

dilema anak tersayang. Saya bertambah khuatir jika

persoalan ini tidak ditemukan jawapannya, akan

menjejaskan pembentukan jiwa dan masa hadapan

anak saya itu. Isteri saya tersenyum sambil

menghulurkan draf tesis Phdnya yang berjudul “Tren

Kepimpinan Politik Melayu” kepada saya lantas

menyuruh saya menyemaknya. Saya agak tersinggung

kerana permintaannya seolah-olah memaksa saya

melupakan persoalan dasar yang mengganggu benak

saya ketika itu. Apakah fungsi kepimpinan politik

dalam menentukan keturunan, jati diri, budaya,

perkembangan jiwa dan masa hadapan seseorang? Saya

tergerak berfikir isteri saya itu kurang peka terhadap

kerunsingan yang saya alami.

Tetapi kegusaran itu perlahan-lahan bertukar

menjadi kesyukuran kerana sebahagian daripada

pertanyaan yang berserabut dalam benak saya itu tibatiba

terlerai, setelah saya menyelongkar lembar demi

7

lembar tesis akademiknya itu. Itulah hikmah seorang

isteri. Dia lebih memahami.

Saya petik sedikit buah fikir yang menjadi asas

tesisnya: “Kebudayaan politik merangkumi sikap,

kepercayaan dan perasaan bersangkutan dengan politik

yang dialami sesebuah masyarakat pada masa tertentu.

Kebudayaan politik ini telah dibentuk oleh sejarah

masa silam masyarakat tersebut yang melibatkan

kegiatan sosial, ekonomi dan politik. Ia boleh

menentukan perlaksanaan kehidupan dan masa

hadapan masyarakat tersebut. Gagasan kebudayaan ini

tercipta, dihayati dan dipadankan dengan kehidupan

sehari-hari setiap ahli masyarakat tersebut.”

(Sukmawati Sirat; Tren Kepimpinan Politik Melayu;

Universiti South Carolina, halaman 7-8)

Saya justeru enak berbincang dan berdebat

dengannya. Tesis isteri saya itu memberi perspektif

baharu bahawa kebudayaan dan jati diri sesebuah

masyarakat itu amat bergantung pada kepimpinan

politik. Selama ini saya hanya melihatnya dari perpektif

perkembangan seni, budaya, mitos, adat istiadat dan

tatasusila.

Saya juga teringat dan mengemas kembali

pembacaan tentang rangka-rangka pencerakinan

sejarah, sosiologi dan psikologi daripada karya-karya

Ibn Khaldun, Karl Marx, Erich Fromm, Karl

Mannheim, Albert Schweitzer, Ortega Y Gasset, Al

Ghazali, Iqbal, Sigmund Freud dan Karl Jung. Karya-

8

karya ini melengkapkan pemahaman saya terhadap asas

dan ciri-ciri utama dalam pembentukan kebudayaan

dan jati diri seseorang.

Persoalan yang dihadapi anak saya telah menjadi

persoalan saya sendiri, malah tidak keberatan saya

menyatakan, persoalan masyarakat yang saya wakili.

Siapakah kita sebenarnya?

Tesis Phd isteri saya itu menyentuh pergolakan

siasah pulau selatan, dari kemerdekaan hingga ke tahun

sembilan puluhan. Ia juga mengimbas kesan

pemerintahan Jepun ke atas politik Melayu setempat.

Tesis itu cuba mengesan trend kepimpinan politik yang

menyambut tuntutan masyarakat dalam menghadapi

kehidupan sosial dan ekonomi yang berubah-ubah.

Terdapat seorang tokoh yang disorot dalam tesis

tersebut, yang begitu ketara dalam perkembangan

politik di pulau ini. Penglibatannya bermula sebelum

pemerintahan Jepun hingga ke akhir tahun lapan

puluhan. Tokoh politik itu baru juga meninggal dunia

beberapa tahun sebelumnya dan riwayat hidupnya

telahpun dirakamkan dalam sebuah buku, hasil

gandingan tulisan seorang penyair dan seorang bekas

wartawan.

Saya kembali dikuasai persoalan demi persoalan

setelah habis membaca kembali riwayat hidup tokoh

itu. Kisah hidupnya juga mengandungi adegan-adegan

yang menarik dan subur untuk dijadikan semaian cerita.

Terdapat kelucuan, kesedihan, perjuangan, kesan-

9

kesan tragis dan belaian takdir yang menaburkan benihbenih

cerita yang menimbulkan kesan pathos.

Pada masa yang sama, seorang teman pensyarah di

universiti di pulau ini ada meminjamkan buku yang

mengisahkan penglibatan orang Melayu dalam

perjuangan politik golongan kiri di Tanah Melayu. Saya

agak terperanjat akan pendedahan bahawa ramai juga

orang Melayu daripada pelbagai lapisan masyarakat

yang berganding bahu dengan orang Cina dalam

pergerakan kiri itu. Timbul persoalan, apakah yang

mendorong mereka mengenepikan keturunan demi

perjuangan ideologi?

Teman itu pernah juga membincangkan esei

akademiknya yang menyorot nasib orang Seletar yang

memaut kehidupan di pinggir selat yang memisahkan

pulau ini dengan Tanah Semenanjung. Khabarnya,

sehingga tahun-tahun lapan puluhan, orang Seletar itu

belum diberi status kerakyatan biarpun mereka adalah

peribumi rantau ini. Justeru itu, apakah yang menjadi

kriteria pemilihan kerakyatan dan pembahagian hak?

Bumi ini sebenarnya milik siapa?

Saya juga teringatkan lawatan saya ke Pulau

Penyengat beberapa ketika dahulu yang menggegarkan

tanggapan dan pemahaman saya terhadap sejarah dan

asal-usul kerajaan Melayu di pulau selatan ini. Timbul

rasa kecewa terhadap tindak-tanduk mementingkan

diri sendiri yang telah mengakibatkan penukaran

haluan sejarah sesebuah masyarakat. Terasa juga

10

sakitnya hati akibat tercucuknya jarum siasah pada dada

masyarakat serumpun. Ke manakah terlontarnya

kebijaksanaan dan kedaulatan kepimpinan yang

menjadi kebanggaan sejarah? Adakah penjajah yang

berperanan dan meraih keuntungan itu daripada bangsa

beradab atau biadab?

Kisah-kisah rusuhan terbit daripada adegan gadis

di biara, mogok pekerja bas dan perarakan maulud yang

mewarnai sejarah pulau ini juga meninggalkan parut

yang hodoh pada susuk keperibadian masyarakat. Telah

lenyapkah ketenangan jiwa dan minda sehingga

dinding ketahanan masyarakat menjadi rapuh?

Secara kebetulan, kempen penyedaran terhadap

sejarah pulau ini juga dilancarkan oleh sebuah

kementerian di sini. Inti serta perutusan yang terserlah

daripada kempen itu ada kalanya bercanggah dengan

pembacaan dan tanggapan saya sendiri terhadap sejarah

yang termaktub dan sedang ditulis kembali. Maka

terjadilah dialog yang bukan sahaja menarik, tetapi

menggugat kesedaran tentang erti kejujuran dan

kebenaran.

Justeru itu, bertambah luas dan berat jaringan

persoalan yang bertebar di kepala saya. Gagasan dan

pertanyaan berlompat-lompatan dan kadang-kadang

berjuntai-juntai di tangkai akal dan hati seolah-olah

memujuk saya agar memetiknya. Ia telahpun

menyangkut persoalan kebudayaan, agama, keturunan,

tanah air, hak, kuasa, pembelotan, kerakusan,

11

kekejaman serta keadilan. Ia minta dilayani, dikupas

dan dipersembahkan dalam perspektif yang segar. Dan

ia begitu relevan dengan pertanyaan peribadi anak saya

itu. Tanpa disedari anak saya itu telah menjadi guru

saya.

Terasa kedalaman dan keluasan kemanusiaan

daripada persoalan-persoalan berat yang telah terbenam

di dasar sumur jiwa. Kerana telah lama terpendam, ia

membuak dan melimpah ke dalam bejana cerita.

Pengalirannya tidak dapat dibendung lagi.

Daripada urutan sejarah peribadi dan pergolakan

hidup masyarakat sebelum perang Jepun hingga ke

zaman kemerdekaan, saya menatang imaginasi

sehingga terdorong menghasilkan Satu Bumi dalam

tempoh satu setengah tahun. Saya menenun hamparan

sejarah yang ternyata berat dan menggugat itu dengan

seutas kisah cinta yang tidak kesampaian agar novel

itu dapat mengapung dalam khayalan dan memaut hati

pelbagai lapisan masyarakat.

Kehidupan saya di kampung semasa kecil menjadi

latar belakang cerita. Kisah-kisah sedih dan lucu yang

saya alami menjadi rencah peristiwa. Penglibatan

peribadi atau secara sampingan, membuat cerita ini

lebih berakar selain dihiasi bunga-bunga imaginasi.

Dari segi ketukangan, saya dipengaruhi disiplin

senibina yang telah menjadi kerjaya selama lebih

kurang sepuluh tahun. Saya memulakannya dengan

berpandukan tema, seperti saya berkemudikan konsep

12

dalam lakaran bangunan. Tema itu saya biarkan

mendak di sanubari agar ia terserap sepenuhnya dalam

dasar kreativiti. Daripada gagasan utama itu, saya

membina plot cerita berurutan dengan perjalanan

sejarah dan cabangan idea, serupa seperti saya

melakarkan bangunan mengikut teknologi pertukangan

dan bahan-bahan bangunan yang sesuai.

Saya pacakkan asas cerita seperti saya tegakkan

tiang seri rumah. Saya letakkan pintu masuk dan

jendela cerita agar pembaca dapat memilih untuk

masuk secara rasmi atau menjenguk keluar pada bilabila

masa. Saya tentukan adegan klimaks dan unsur

kejutan di balik jalan cerita yang bersahaja, seperti saya

pastikan di balik pengaliran udara yang segar, ada

rembasan angin dingin melalui rekahan dinding yang

tidak terjangka.

Saya tebarkan kesan misteri dan suspens seperti

saya menjemput kabus dan bayang pada lorong-lorong

kelam yang memerlukan keberanian dan penerokaan

jiwa. Saya adakan ruang untuk tanggapan umum dan

sudut renungan peribadi. Saya pastikan ada jubin

falsafah untuk bertapak dan dinding ilmu untuk

sandaran. Dan saya utamakan kejelasan arah agar

pengunjung tidak akan sesat dalam kamar-kamar cerita.

Saya tebarkan bumbung perutusan agar pembaca

diteduhi kesedaran. Saya adakan ruang untuk

menambah dan menyambung cerita agar ia hidup

dalam imaginasi dan kesedaran pembaca seperti saya

13

tentukan ada tapak untuk perluasan bangunan.

Secara artistik, saya mengibaratkan Satu Bumi

seperti sebuah lukisan impresionistik, dengan calitan

kilas dan tegas berus yang lebar dan lembut. Ada warna

merah yang garang, warna api dan amarah; warna hitam

yang penuh rahsia dan kadang-kadang kelihatan hodoh;

dan carik-carik putih serta kuning yang menyambut

cahaya kebenaran dan keagungan kemanusiaan. Latar

belakangnya adalah warna perang dan hijau muda,

warna tanah dan kehidupan.

Kesan yang saya utamakan adalah tanggapan dan

kerasaan serta-merta terhadap intisari cerita. Mudahmudahan

kesan serta-merta itu dapat menyentak,

mencuit lalu menjemput pembaca menyeduk

pengalaman sendiri, mencari makna yang berkaitan dan

mempertalikannya dengan penghayatan terhadap

gagasan-gagasan kemanusiaan yang murni dan agung.

Terdapat selitan butir-butir maklumat yang janggal

dari segi urutan waktu dan keserasian fakta. Tetapi saya

pastikan ‘kesilapan’ itu tidak melonggarkan jalan cerita

atau meleburkan keampuhan makna dan perutusan.

Sebenarnya, ia disengajakan untuk mengingatkan

pembaca bahawa buku ini adalah cereka dan bukannya

kronikal sejarah.

Setakat ini, sambutan yang saya terima daripada

pembaca agak menggalakkan. Nampaknya, Satu Bumi

telah menyentuh hati mereka yang pernah mengalami

14

sebahagian daripada kisah-kisah yang terjalin

dalamnya. Malah ada yang tergerak menyambung cerita

daripada pelbagai untaian dan aliran yang terdedah

dalamnya.

Walaupun jawapan yang saya cari belum ditemui

secara muktamad dan sepenuhnya, saya lebih mengerti

bahawa hidup adalah pencarian yang tidak akan

berakhir. ‘Kenikmatan adalah keupayaan menghayati

sedetik kedamaian dalam hingar-bingar kehidupan’.

(Satu Bumi; halaman 236)

Oleh kerana itu, saya terhutang budi kepada anakanak

serta isteri dan amat bersyukur terhadap Tuhan.

Isa Kamari

1999

15

ISA KAMARI

Satu Bumi

Kandungan

Pusara ................................................... 19

Ubi ........................................................ 37

Surau ..................................................... 60

Keris ...................................................... 74

Suara ..................................................... 87

Bumi ..................................................... 95

Parut.................................................... 107

Sungai ................................................. 118

Kamar ................................................. 127

Kubu ................................................... 137

Belantara ............................................ 144

Hadiah ................................................ 150

Fajar .................................................... 157

Air Mata.............................................. 169

Selendang ........................................... 174

Gunting .............................................. 183

Igau ..................................................... 200

Surat .................................................... 208

Arak ..................................................... 210

Kaca .................................................... 226

Jendela ................................................ 233

Terowong ........................................... 235

Melentur Stereotaip .......................... 238

16

NOVEL

ISA KAMARI

Satu Bumi

“Jagalah dirimu baik-baik,

usahakanlah kemuliaannya,

kerana engkau dipandang manusia

bukan kerana rupa,

tetapi kesempurnaan budi dan adab.”

Nabi Muhammad SAW

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

17

18

Pusara

AKU menghampiri pusara nenek tidak jauh dari masjid

di Perkuburan Bidadari. Di bawah pohon durian, tiga

saf dari perkarangan masjid, pusara nenek yang

diselimuti daun-daun kering kelihatan usang. Nisannya

condong dan diselaputi lumut hijau. Dapur-dapurnya

yang diperbuat daripada kayu telah dimakan anai-anai

pada sudut-sudutnya. Beberapa putik cendawan putih

bercambah liar atas tanah di celah daun-daun kering.

Waktu itu senja. Langit merah jingga yang menyela

pohon-pohon bacang, menambahkan kesayuan yang

menyelubungi jiwaku. Keredupan pohon durian dan

jati yang memayungi pusara nenek tidak dapat

meredakan kepiluanku. Hanya keseganan yang

mengekang air mata daripada menitis dari kelopak

19

mataku. Kepiluan yang dibauri rasa bersalah dan tidak

berdaya.

Pusara nenek, aku bersihkan. Aku gantikan kain

lusuh di hujung nisan dengan kain putih bersih. Aku

sirami air mawar atas tanah pusara. Aku pohonkan

kesejahteraan ke atas roh nenek dalam doa yang diiringi

kesayupan bunyi cengkerik dan desiran angin. Biar

nenek tenang dalam pusara. Biarpun untuk satu malam

sahaja lagi.

Aku terdengar kersik rumput. Aku menoleh ke

belakang. Ada seorang tua, sekitar lewat lima puluhan

jangkaku, sedang berjalan ke arah masjid. Dia

membalas pandanganku dengan senyuman.

“Assalamualaikum,” sapanya.

“Waalaikumussalam.”Aku membalas singkat.

Rupanya orang tua itu sedar akan kesedihanku. Dia

memalingkan mukanya yang masih tersenyum lalu

menuju ke tempat wuduk. Mungkin dia mahu

membiarkan aku bersendirian.

Mataku mengekorinya. Aku baru sedar orang tua

itu sedang memikul sebilah cangkul dan mengepit

sebuah kampit. Tanah liat kuning masih terlekat pada

mata cangkulnya. Begitu juga pada kakinya. Sampai

di tempat berwuduk, dia meletakkan cangkul di atas

tunggul kayu yang berdekatan. Dia menceduk ke

dalam kampit yang dibawanya lalu mengeluarkan pasir

dalam genggamannya. Setelah melumuri tangannya

20

dengan pasir, dia lalu mencuci kaki dan tangannya.

Kemudian dia mencuci cangkulnya pula. Agak aneh,

fikirku. Seharusnya dia mencuci cangkulnya dahulu,

baru kaki dan tangannya.

Sambil berdiri dia merenjis-renjiskan air ke atas

bajunya yang telah lusuh, di bahagian-bahagian yang

terkena tanah liat. Kemudian dia mencangkung lagi

lalu berwuduk. Wajahnya tenang. Menghadap ke arah

kiblat, dia berdiri lalu berdoa.

Sejurus kemudian dia lenyap ke dalam dakapan

masjid yang tenang.

Masjid di Perkuburan Bidadari itu masih tegap

walaupun telah tua usianya. Ia dibina dalam tahun 1906,

kalau tidak silapku. Temboknya diperbuat daripada

batu-bata yang disalut simen yang bercat putih.

Gerbang dan jendelanya berbentuk kubah yang tidak

ubah seperti seulas bawang dan dicat hijau muda.

Bumbungnya daripada genting tanah liat yang telah

dilumuti warna hijau tua pada bahagian atasnya.

Terdapat dua pembesar suara yang berbentuk seperti

buah jambu mawar di puncak bumbung. Yang satu

mengarah ke kiblat. Yang lagi satu menghadapi

perkuburan.

Aku rasa masjid ini adalah satu-satunya yang masih

menggunakan pembesar suara seperti ini. Masjidmasjid

yang lain telah menggunakan sistem pembesar

suara yang lebih canggih dan ditumpukan hanya pada

ruang dalam masjid.

21

Aku masih ingat tengkarah yang berakibat daripada

pembesar suara berbentuk seperti buah jambu mawar

itu. Ia terjadi sekitar pertengahan tahun tujuh puluhan,

kalau tidak silapku.

Segolongan penduduk berpegang keras pada

pendirian bahawa azan harus dilaungkan seluas

mungkin. Agar seruan beribadat itu boleh didengar

semua, seperti keadaannya di kampung-kampung.

Tetapi ada yang menganjurkan sikap peka terhadap

orang lain yang bukan seagama yang mendapati seruan

azan itu sebagai suatu gangguan. Lebih-lebih lagi di

estet-estet perumahan yang serba moden.

Tengkarah itu berpanjangan sehingga melibatkan

pemimpin politik, majlis ugama dan pensyarah

universiti. Tiga golongan yang aku rasa akan terus

mempengaruhi nilai hidup manusia kota yang dalam

peralihan.

Yang menjadi taruhan maruah dan kematangan

tindakan ialah pembesar suara seperti buah jambu

mawar itu. Dan kini, aku menatap secebis sejarah yang

turut membentuk susuk peribadi masyarakatku.

Nampaknya masih ada sisa tradisi yang hidup di

tengah-tengah peralihan pembangunan. Anehnya, ia

hidup di tanah perkuburan.

Pembesar suara seperti buah jambu mawar itu juga

menukik kisah peribadi keluargaku. Peranannya akan

terlerai nanti seperti terlerainya daun-daun kering dari

ranting apabila ditiup angin.

22

Aku tersedar daripada lamunan. Bunyi kenderaan

di Upper Serangoon Road yang menyempadani

Perkuburan Bidadari mengganggu ketenanganku.

Pagar kanvas hijau yang direntang untuk menghadang

pemandangan dari jalan raya ke arah perkuburan, tidak

berupaya meredakan bunyi bising kenderaan.

Pada jam enam setengah petang seperti ini, Upper

Serangoon Road sering sesak dengan kenderaan yang

menuju ke arah estet-estet perumahan Sengkang dan

Toa Payoh. Ramai pekerja yang pulang dari pejabat.

Kesesakan itulah yang mengheret kunjunganku ke

perkuburan ini. Kunjungan yang dibebani pertarungan

dalaman antara tuntutan tugas dan kepentingan

peribadi. Pagar kanvas itu adalah lambang kehadiranku

yang tidak direstui di perkuburan ini.

Pagar kanvas itu didirikan sebagai langkah

menghormati tatasusila antara yang masih hidup

dengan yang sudah mati. Tetapi bagi diriku ia lebih

merupakan pencerobohan terhadap alam dan kesucian

suasana perkuburan.

Aku cuba kembali bertafakur. Suasana kubur yang

tenang, sedikit sebanyak dapat menumpukan niat

asalku mengunjungi pusara nenek. Aku merenung

nisan tua nenekku lalu membetulkan condongnya.

Itulah sahaja yang dapat aku lakukan. Cukupkah ia

untuk menebus dosaku, walaupun dosa itu belum aku

laksanakan?

Aku masih teringatkan cerita ayah apabila nenekku,

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!