13.03.2018 Views

KISWAH

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

NOVEL

Kiswah

ISA KAMARI

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

NOVEL

ISA KAMARI

Kiswah

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

iii

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: alameen@tm.net.my AJL931362

Teks © Isa Kamari 2002, 2010

Grafik & Ilustrasi © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2010

Edisi Asal: Pertama kali diterbit 2002 di Singapura

Edisi Kedua: Pertama kali diterbit September 2010

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Ketua Editor: Che Mazlan Saad

Editor: Semiah Said

Pembaca Pruf: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Reka Bentuk Kulit: Khairul Alfie Juraimi

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Isa Kamari, 1960-

Kiswah / Isa Kamari

ISBN 978-967-362-037-1

1. Malay fiction. I. Judul.

899.2333

Dicetak oleh:

Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

Lot 7, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

iv

ISA KAMARI

Kiswah

Kandungan

Mata Hijau ....................................................... 25

Kota Tembok ................................................... 34

Ziarah Jiwa ....................................................... 40

Makam Cinta .................................................... 48

Tasik Pesona .................................................... 54

Titik Merah ...................................................... 60

Debu di Mata .................................................. 72

Panji-Panji Doa ................................................ 77

Puncak Diri ...................................................... 87

Lapisan Kabus .................................................. 94

Wajah Keabadian ............................................. 100

Kelambu Hitam .............................................. 109

Fajar Kelam ..................................................... 123

Lambaian di Balik Kaca ................................ 130

v

Tiga Hari ......................................................... 136

Tangan Kosong .............................................. 141

Fatamorgana ................................................... 147

Renda Merah ................................................. 154

Kunjungan Malam ......................................... 164

Cahaya Berlian ............................................... 171

Cubitan dan Tumbukan ................................. 178

Panggung Wayang .......................................... 186

Jerat ................................................................. 194

Baju Kurung ................................................... 202

Sebutan Sama ................................................ 210

Jaga Malam .................................................... 216

Beban Rahsia ................................................ 220

Bayang Hitam ................................................ 226

Perjalanan Kedua .......................................... 231

Jejak Ketakutan ............................................ 238

Tujuh Lingkaran ........................................... 243

Bau Rambutnya ............................................. 247

Sejarah Berulang ............................................ 250

Kerudung Hitam ............................................ 255

Alam Antara .................................................... 261

vi

NOVEL

ISA KAMARI

Kiswah

“Orang yang berakal itu ialah orang yang

akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat

mazmumah (keji).”

Imam Syafie r.a.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

vii

Untuk

Sukma, Dhuha & Iman

viii

Bagaimana mulanya...

‘Telah menjadi fitrah manusia, kehangatan dalam seks

adalah pengalaman yang begitu peribadi dan berupaya

menghancurkan seseorang, tetapi bila dikuasai cinta

sejati ia akan membungakan keindahan yang sempurna

dan menyerlahkan citra kebenaran spiritual dalam diri

manusia yang berkait dengan cintanya terhadap Zat

Yang Abadi.’ (Rabindranath Tagore, Penyair Agama,

dalam Kesatuan Kreatif, 1922)

Akhbar The Sunday Times keluaran 7 April

2002 memberitakan bahawa kadar kes penderaan

seks di Singapura telah meningkat. Dalam liputannya,

Dr. R Munidisa Winslow, seorang perunding cara

ilmu jiwa di Institut Kesihatan Mental Singapura

menjelaskan, “Daripada jumlah pesakit yang kami

rawat, seolah-olah telah terjadi peningkatan kadar

penagihan seks.”

Laporan itu juga menjelaskan, pada tahun

2001 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan

Sukan Singapura melaporkan bahawa daripada

72 kes dengan bukti penderaan, 17 kes melibatkan

penderaan seks. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak

Kandang Kerbau pula menerima 130 kes penderaan

seks yang melibatkan kanak-kanak berumur 16

tahun ke bawah. Empat daripada lima kes tersebut

melibatkan kanak-kanak perempuan.

Dalam keluaran 21 September 2001,

akhbar The New Paper melaporkan dalam halaman

hadapannya bahawa remaja Singapura lebih banyak

terjebak dalam kancah kelucahan atau pornografi

daripada dadah. Ketagihan terhadap bahan-bahan

lucah telah menjadi persoalan rumit bagi para

kaunselor yang bekerja di kalangan remaja. Remaja

Singapura semakin terperangkap dalam penagihan

bahan-bahan lucah. Ini disebabkan kemudahan

mendapatkan bahan-bahan tersebut daripada internet,

penjualan secara haram ribuan VCD X-rated dengan

harga yang murah, serta peningkatan keupayaan

membeli dan kebebasan berleluasa kalangan remaja.

Dalam laporan itu, Pemangku Pengarah

Youth Guidance Outreach Services menjelaskan bahawa

98% daripada remaja yang dikendalikannya telah

melihat bahan-bahan lucah. Seorang pakar ilmu jiwa,

Dr. Sharon Chan menjelaskan bahawa bahan-bahan

lucah akan memberikan gambaran yang serong

terhadap seks di kalangan remaja. Misalnya, segala

kelencongan seks yang didapati daripada bahanbahan

lucah itu mungkin dianggap sebagai perkara

yang normal atau biasa dan dapat diterima. Budakbudak

lelaki boleh terdorong untuk menganggap

bahawa wanita adalah perkakas, objek atau manusia

tanpa perasaan. Ketagihan terhadap bahan-bahan

lucah jika tidak dikawal akan mengakibatkan masalah

yang lebih besar dan rumit apabila dewasa kelak.

Obsesi mereka boleh menguasai dan mengambil

alih pertimbangan akal sehingga mengakibatkan

10

perlakuan tidak bermoral seperti melanggani pelacur,

perkosaan serta penderaan seks.

Penagihan terhadap bahan-bahan lucah ini

tidak hanya terbatas pada remaja. Para karyawan

melebihi remaja dalam kes-kes penagihan seperti ini.

Setiap satu daripada dua orang yang melayari lelaman

lucah adalah seorang karyawan, eksekutif, pengurus

atau pengusaha. Demikian dilaporkan The New Paper

dalam terbitan 10 Mei 2002.

Akhbar Berita Harian juga tidak terlepas

daripada melaporkan kelencongan perlakuan seks

di kalangan masyarakat Melayu. Kisah-kisah drebar,

pegawai keselamatan, pemandu teksi atau pesara

yang pada mulanya melancong tetapi kemudian

melencong ke Batam atau Tanjung Pinang pernah

disiarkan secara besar-besaran bagi mencelikkan

mata kita semua. Ada antara cerita-cerita itu agak

lucu tetapi banyak yang menyayat hati kerana

melibatkan keruntuhan rumah tangga yang dibina

sekian lama. Ramai daripada mereka yang melencong

itu sudah berumur lima puluhan ke atas tetapi masih

berkeinginan, bertenaga dan berupaya. Mungkin ini

disebabkan ramai di kalangan mereka baru mendapat

durian runtuh melalui agihan wang Tabung Simpanan

Pekerja (CPF).

Jelas kemelut kelencongan perlakuan

seks telah merebak dan menggugat kesejahteraan

masyarakat kita. Persoalannya ialah sama ada

perbincangan mengenainya sudah mencukupi atau

11

kita setakat akur terhadap masalah yang kita hadapi

tanpa memikirkan penyelesaiannya.

Bagaimana pula penerimaan serta tindakan

kita sebagai sasterawan atau pencinta sastera? Sudahkah

kita memainkan peranan dengan berkesan? Atau

kita berpendapat isu ini tidak layak diketengahkan

dan dikupas dalam sastera?

Laporan-laporan berkenaan sebenarnya tersiar

beberapa bulan setelah saya selesai menghasilkan

salinan pertama novel Kiswah. Penerbitan artikelartikel

tersebut seolah-olah membenarkan keresanan

serta tanggapan awal saya terhadap masalah besar

yang dihadapi masyarakat kita.

Saya terfikir bahawa gejala ini pasti mempengaruhi

pertumbuhan jiwa dan perilaku mereka

yang terdedah kepadanya. Persoalannya, sejauh mana

ia merosakkan kesihatan mental serta kemurnian jiwa

seseorang? Apakah akibatnya terhadap kehidupan

bermasyarakat jika ia tidak dikawal?

Lantas saya memberanikan diri melayari

laman web berkenaan bagi berasakan sendiri kesan

dan akibatnya. Begitu juga saya telah membeli

beberapa keping VCD X-rated dan menyaksikan

adegan-adegan yang memberahikan. Pada mulanya

saya hampir termuntah serta terasa pening

menyaksikannya. Kemudian setelah biasa, saya dapat

berasakan kekuatan cengkamannya terhadap perhatian

serta naluri kemanusiaan. Mungkin tindakan saya itu

melanggar hukum dan tatasusila tetapi saya berniat

12

menceduk kejernihan di balik kekeruhan. Seperti

kata Multatuli, kita hanya dapat menghargai mutiara

jika kita berani bermain dengan lumpur. (Nota: Ulama

fiqh sebenarnya berselisih pendapat tentang hukum

melihat bahan-bahan lucah ini. Ada yang berpendapat

ianya tidak haram kerana yang dilihat itu bukan benda

yang sebenar. Kesan daripada melihatnya pula harus

dinilai menurut kaedah hukum yang berbeza. Kesan itu

mungkin buruk, mungkin juga baik, tergantung pada

tujuan dan kematangan orang yang melihatnya.)

Selain itu, isteri saya yang bertugas sebagai

sukarelawan di salah sebuah rumah kebajikan di sini

banyak menceritakan perihal keretakan rumah tangga

serta penglibatan jenayah di kalangan remaja serta

ibu bapa mereka yang melibatkan gejala penderaan

dan kebejatan seks.

Tambahan pula ketika itu pihak Kementerian

Pelajaran sedang melancarkan kempen Pendidikan

Seks di sekolah-sekolah. Pendedahan terhadap

perlakuan seks yang tidak terkawal dan tidak

bertanggungjawab dirasakan perlu bagi mengingatkan

para pelajar tentang kesan buruk dan bahaya

yang bakal menimpa kehidupan mereka. Namun

begitu, pendekatannya lebih bersifat klinikal seperti

memaparkan gejala kehamilan, STD atau penyakit

yang disalurkan melalui kegiatan seks seperti VD

dan AIDS. Langkah-langkah pencegahan seperti

penggunaan kondom juga diketengahkan.

Jelasnya, seks adalah isu yang dianggap

13

penting oleh pemerintah untuk dibincangkan dengan

terbuka. Adakah masyarakat kita pula telah bersedia

berbicara dan sama-sama menanganinya?

Selain itu, ketika itu juga saya sedang meneroka

persoalan cinta yang mewarnai kehidupan masa kini.

Persoalan itu timbul setelah saya menyaksikan drama

Di Bawah Lindungan Kaabah yang dipentaskan di

Panggung Victoria tidak berapa lama sebelumnya.

Drama itu berdasarkan novel karangan Hamka

dengan judul yang sama. Setelah menyaksikan drama

yang agak meleret itu saya bertanya kepada diri

sama ada kemurnian cinta yang agak cengeng itu

masih boleh kita temui pada kehidupan masyarakat

sekarang? Walaupun secara prinsip saya mengagumi

ketinggian nilai dan kehebatan ekspresi Hamka dalam

novelanya itu, saya kurang yakin masyarakat kita

dapat menerimanya sebagai sesuatu yang relevan dan

berkesan kerana lingkungan hidup yang digambarkan

dalam novela itu sudah ditelan zaman. Lagipun saya

rasa susah hendak kita temui jiwa-jiwa yang murni

seperti watak-watak Hamid dan Zainab, terutama

dalam keadaan masyarakat seperti yang telah saya

gambarkan sebelum ini.

Maka timbul pertanyaan di benak saya

tentang pertalian antara cinta dan perlakuan seks. Ya,

saya yakini seks yang indah tentunya timbul daripada

cinta yang indah melalui institusi pernikahan. Tetapi

saya juga yakin kegiatan seks dalam rumah tangga

tanpa cinta juga adalah suatu kelumrahan. Saya juga

14

percaya penguasaan suami terhadap isteri juga adalah

unsur yang diterima secara normal di kalangan

masyarakat kita kerana struktur masyarakat kita

ternyata masih bersifat partriark.

Justeru itu, perlukah struktur masyarakat

kita dinilai kembali tanpa melanggar prinsipprinsip

kekeluargaan dalam Islam? Bukankah sudah

tiba masanya persefahaman antara suami isteri

dipertimbang dan dicorak kembali dalam konteks

sosial dan ekonomi yang ada sekarang?

Maka terjadilah perbauran dalam benak

saya antara isu-isu penderaan serta kebejatan seks,

cinta murni, hubungan suami isteri, tatasusila rumah

tangga dan masyarakat serta pertaliannya dengan

kebenaran agama. Isu-isu ini membuak dalam

jiwa dan merayu ditumpahkan dalam karya. Saya

terpanggil memikirkan dan menulis berkenaannya.

Untuk menjana isu-isu besar ini dalam

bentuk novel, saya perlukan jalan cerita yang

mencengkam, pilu dan memeranjatkan agar pembaca

akan tersentak dan berasa terancam terhadap bahaya,

keruncingan serta kedahsyatannya. Kesan terakhir

yang saya dambakan ialah kesedaran dan keinsafan

yang berkekalan.

Bahan-bahan cerita itu saya dapati daripada

dua kisah benar yang saya dengar sendiri daripada

beberapa orang kawan. Kisah-kisah ini meninggalkan

kesan yang mendalam dalam jiwa saya, hingga ke hari

ini.

15

Kisah pertama ialah mengenai pengalaman

seorang calon haji yang diberitakan mengalami

gangguan jiwa semasa menjalani ibadah suci di

Tanah Suci Makkah. Menurut cerita, pada suatu

ketika calon tersebut telah meracau-racau dalam

bilik hotelnya. Kekadang beliau mengamuk dan

menendang-nendang barang serta sesiapa sahaja yang

mendekatinya. Keadaan ini berlaku selama beberapa

hari sehingga akhirnya ustaz yang memimpin

rombongan haji itu datang mengubatinya. Setelah

dipujuk dan ditanya tentang perkara yang mungkin

telah dilakukannya, calon haji tersebut telah mengaku

bahawa beliau telah menonton filem lucah sebelum

berangkat ke Tanah Suci. Begitulah dengan kehendak

Allah, kemesuman beliau telah dipaparkan di Tanah

Suci. Beliau kemudian insaf dan bertaubat di hadapan

Kaabah. Maka hilanglah gangguan jiwanya sesudah

itu.

Kisah kedua yang juga benar-benar terjadi

ialah perihal beberapa kejadian penculikan wanita di

Makkah juga. Corak penculikannya adalah serupa.

Wanita-wanita itu dilarikan pemandu teksi setelah

ditinggalkan dengan tidak sengaja buat sejenak

dalam teksi oleh suami, saudara lelaki atau bapa

yang lalai. Kesemua wanita malang itu diberitakan

adalah jelita belaka. Kesimpulan yang saya buat ialah

mungkin terdapat sindiket haram di Tanah Suci yang

merancangkan dan melakukan kegiatan itu. Wanitawanita

yang malang itu kemungkinan telah dijadikan

hamba-hamba seks oleh syeikh-syeikh Arab yang

kaya.

16

Pada mulanya saya juga tidak percaya bahawa

kejadian-kejadian serupa itu boleh terjadi di Tanah

Haram. Justeru saya bertanyakan kawan-kawan yang

pernah bermastautin dan belajar di sana. Mereka

secara diam-diam membenarkannya dan mengatakan

segala gejala tersebut terjadi sebaik sahaja kita

melangkah keluar dari perkarangan Masjidil Haram.

Malah kegiatan-kegiatan pelacuran juga berlaku

dalam hotel-hotel yang berdekatan. Perkara yang

sama juga diberitakan sendiri pegawai haji yang

memimpin rombongan yang saya ikuti tahun lalu.

Astaghfirullah! Kiranya syaitan berada di

mana-mana. Mata saya justeru dibuka dan jiwa saya

dikuak luas. Bagaimanakah kesucian Tanah Suci

telah tercemar? Bagaimanakah kekudusan Kaabah

telah ternoda? Kiswah yang menyelubungi Kaabah

ternyata mengandungi rahsia yang dalam dan kelam

bagi jiwa-jiwa yang mengunjungi dan tinggal di sana.

Citra kiswah yang hebat dan mencengkam itu saya

jadikan judul novel.

Bagi mengimbangi persoalan penderaan

dan kebejatan seks yang agak berat, saya bercadang

melayarkan sebuah kisah cinta yang romantis yang

dapat mengapung-apungkan imaginasi dan perasaan

pembaca. Saya mendapatkan bahan kisah cinta ini

setelah saya merenungkan kembali perkembangan

perasaan saya sendiri terhadap isteri selama 13 tahun

berumah tangga. Isteri saya pernah mengatakan

kekadang beliau berasakan bahawa saya lebih

mencintai gagasan cinta itu sendiri daripada dirinya.

17

Jelasnya ketenangan perhubungan antara kami

kekadang terkocak akibat kurangnya kepekaan saya

terhadap perasaannya. Peranan suami atau isteri

dalam konteks masyarakat masa kini juga menjadi

bahan perselisihan dan menuntut penilaian dan

penyelesaian. Saya kira perkara ini adalah suatu

kelumrahan tetapi tidak harus dianggap enteng

atau ringan. Kerap saya mengelus jiwa yang pincang

dengan dendangan lagu Allahyarham P. Ramlee:

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri?’

Bagi latar belakang cerita pula saya telah

menggunakan pengalaman bulan madu kami di

Banjaran Himalaya 13 tahun yang lalu. Selain

menggambarkan keadaan fizikal di sana yang agak

istimewa, saya manfaatkan pengalaman itu sebagai

ziarah jiwa atau penerokaan ke alam perasaan dan

rohani sepasang suami isteri dalam konteks pertalian

yang baru dijalin. Khususnya, untuk menyelongkar

persoalan cinta dan hubungannya dengan perlakuan

seks dan tatasusila antara suami dan isteri.

Bagi mengimbangi kebejatan yang

tergambar, saya tebarkan jalan cerita yang melibatkan

ziarah ke Tanah Suci Makkah sebagai lambang

pencarian puncak pengalaman spiritual. Kiswah yang

melindungi Kaabah adalah lambang bendungan jiwa

yang penuh rahsia. Jiwa yang pada asal kejadiannya

mendambakan kesucian dan kemuliaan, tetapi

pada hakikatnya terdedah pada kemesuman dan

kenodaan.

18

Saya teringatkan jalan cerita Di Bawah

Lindungan Kaabah karya Hamka juga menggunakan

latar belakang Makkah sebagai tempat di mana

puncak cerita disampaikan penulis. Saya bercadang

memadankan serta menandinginya dalam Kiswah

dengan kisah cinta yang agak berbeza.

Novel Kiswah selesai sebelum saya berangkat

menunaikan fardu haji tahun lalu. Gambaran

terhadap keadaan di Tanah Suci pada mulanya saya

cedok daripada pembacaan buku-buku manasik Haji.

Selain memeriksa maklumat yang saya paparkan

dalam draf novel itu, saya mendapatkan ketetapan

menerbitkannya setelah saya selesai menunaikan haji

dan pulang ke tanah air.

Reaksi yang saya terima daripada pembentangan

kertas kerja mengenai draf novel ini di

Pertemuan Sasterawan Nusantara di Brunei sebelum

ia diterbitkan adalah agak sensasi dan di luar dugaan.

Novel ini dianggap porno oleh sebahagian peserta

setelah mereka membaca keratan novel yang saya

lampirkan dalam kertas kerja. Malah sebahagian

daripada delegasi Singapura juga kurang senang

dengan pembentangan dan pendekatan saya ketika

itu. Tetapi Tan Sri Profesor Ismail Hussein yang turut

mendengar pembentangan kertas kerja saya pada hari

itu telah bertemu dengan saya dan memberi galakan

agar saya meneruskan usaha dan jangan berputus asa.

Menurut beliau lingkungan hidup masyarakat Melayu

di Singapura adalah berlainan daripada lingkungan

19

mereka yang mengecam penghasilan novel tersebut.

Ya, mungkin saya tersalah strategi. Mungkin juga

tidak, kerana saya mendapat berita daripada penerbit,

novel Kiswah laris dijual di sana ketika ini.

Di persimpangan ini, izinkanlah saya

berkongsi pengalaman saya di balik penghasilan

Kiswah.

Seorang rakan yang membaca manuskrip

novel ini mengatakan saya telah mengotorkan citra

kiswah yang suci. Seorang lagi berpandangan bahawa

saya telah lari jauh daripada landasan yang selama ini

saya lalui. Beliau lebih senang jika saya tetap bersih

dalam pengucapan. Ada yang tertanya-tanya mengapa

saya mengajukan semacam peralihan paradigma

melalui penghasilan Kiswah jika dibandingkan dengan

karya-karya sebelumnya? Ada juga yang memberi

sokongan moral agar saya tetap jujur dan berani

mengungkap kebenaran dan tidak usah bersikap

hipokrit. Isteri saya sendiri senang dengan novel ini

dan mengatakan saya telah menjelajahi daerah baru

dalam kesusasteraan Melayu Singapura.

Pada masa yang sama saya sendiri berasa

bertanggungjawab menyelongkar fenomena

penderaan dan kebejatan seks yang melanda

sebahagian ahli masyarakat kita. Saya juga didorong

keinginan mendobrak benteng kejumudan serta

meluaskan batas tanggapan masyarakat terhadap isu

seks yang selama ini dianggap tabu dan tidak enak

disentuh.

20

Mungkin timbul pertanyaan sejauh dan

sedalam mana Kiswah merupakan pengalaman

peribadi penulis. Jawapannya terletak pada sejauh

mana dan sedalam mana terkesan kejituan ekspresi

penulis di benak dan di hati pembaca ketika

menikmatinya. Saya telah sedaya-upaya bercerita

secara jujur dan benar.

Kebiasaannya apabila kita meneliti sesebuah

karya, rahsia pengalaman itu harus dicedok daripada

kesan yang tersirat dan bukan yang tersurat.

Imaginasi penulis didorong libido yang terarah oleh

prinsip hidup. Jika pembaca tersentuh, penulis rasa

bebas daripada andaian bahawa seksualiti merupakan

penghayatan yang menjijikkan. Seks yang indah terbit

daripada jiwa yang indah. Seks yang hina melahar

daripada jiwa yang resah dan terseksa.

Ketika menyiapkan Kiswah, saya mengalami

pergelutan antara prinsip hidup yang saya anuti dan

imaginasi yang membakar daya kreatif. Saya berasa

sukar mengungkap keindahan ketika menggambarkan

kejelikan. Saya dibelenggu adab ketika mendedahkan

realiti dan pengalaman peribadi.

Jelasnya imaginasi saya telah ditebar untuk

menjangkau perbatasan susila. Proses kreatif saya

telah dipengaruhi pengalaman watak-watak dalam

karya. Pada mulanya watak-watak itu dikawal tetapi

akhirnya menemukan jalannya sendiri. Kadangkadang

watak-watak itu menuntut agar saya bersifat

berani dan mendedahkan kemesuman secara terbuka,

21

tetapi bendungan kesusilaan menghindari saya

daripada berlaku biadap. Apabila ini terjadi, saya

berasa kehilangan peluang walaupun akhirnya saya

tidak kesal, malah insaf.

Sama ada akhirnya Kiswah dapat diterima

sebagai karya sastera, rujukan atau bacaan murahan

bergantung kepada penerimaan dan penilaian masyarakat

dan pengkaji. Seorang sahabat umpamanya

telah mengatakan bahawa penerbitan Kiswah telah

menyiram minyak ke dalam api. Saya tergerak

menjawab bahawa beliau belum sedia menerima

realiti.

Jika ada kewaspadaan dan dorongan

penyucian, ia terbit daripada naluri kemanusiaan

yang disaluti dan dilembuti prinsip hidup yang saya

pegang. Jika ada kekasaran dan kejelikan, ia terbit

daripada kepincangan saya sebagai manusia yang

amat visual dan sensual. Imaginasi yang saya tatang

bersumber daripada penghayatan saya sendiri sebagai

manusia alamiah yang lemah dan perlukan hidayah.

Mudah-mudahan saya tetap jujur dan terus berani

memaparkan kebenaran, biarpun ia pahit atau tidak

enak dijelaskan atau dibincangkan. Pada setiap saat

pengkaryaan, saya berasakan diri saya berada atas

neraca pengadilan.

Saya sedar penerbitan Kiswah seolaholah

telah melanggar adat Melayu kerana ia ibarat

membuka pekung di dada atau menepuk air di

dulang, terpercik ke muka sendiri. Kiranya keberanian

22

saya telah melenyapkan kesantunan yang selama

ini dikaitkan dengan karya-karya saya sebelumnya.

Itulah risiko yang telah saya pertimbangkan dan saya

ambil.

Tetapi saya ingin menganjurkan agar kita

semua berpegang teguh pada prinsip dalam Islam

bahawa kita harus menilai apa yang dikatakan dan

bukan terpengaruh oleh siapa yang mengatakan.

Kekadang apa yang dikatakan itu agak memeranjatkan

dan tidak enak, tetapi harus dipertimbangkan jika ia

mengandungi nafas kebenaran. Berdasarkan prinsip

itulah saya serahkan Kiswah untuk dinilai dan

dinikmati pembaca.

Isa Kamari

September 2002

23

Mata Hijau

TIADA pengalaman yang dapat mengatasi kemanisan

mengecap bulan madu. Dari Delhi, ke Agra, lalu ke

Srinagar, kemudian ke Kathmandu, dia berasakan

akan menyinggah perbatasan syurga. Lebih-lebih lagi

apabila wanita yang paling diidamkannya sentiasa

berada di sampingnya.

Rancangan mereka tidak berakhir di situ. Bagi

mengakhiri lawatan penuh nikmat dan agak mistikal,

pasangan pengantin itu bercadang menjejaki Kota

Suci Makkah dengan hasrat mengecapi kemanisan

ibadah umrah sebagai tetamu Allah.

Nazreen yang bermata hijau adalah buruannya

sejak mereka bertemu di kampus. Tetapi dia tidak

pernah menunjukkan hasratnya itu hinggalah ke

saat-saat akhir.

25

Sepasang mata hijau yang cerah seperti

zamrud itulah yang telah menggoda ramai lelaki

termasuk dirinya. Bulu matanya yang lebat dan

lentik menyuburkan pandangan. Parasnya bujur

sirih. Bibirnya yang tebal menawarkan keasyikan.

Hidungnya tercatuk dan menirus. Kulit tubuhnya cerah,

sentiasa segar dan merangsang naluri. Langkahnya

menawan. Kegadisannya menonjol penuh di dada dan

meningkatkan keinginan terhadap keranuman anak

gadis itu. Sebutir tahi lalat menggoda di bawah bibir.

Jelas Nazreen dapat menandingi sebarang pelakon

wanita dalam filem Hindustan. Nazreen yang begitu

eksotik adalah lambang kejelitaan dan impian bagi

ramai lelaki.

Tetapi gadis itu tidak pernah berlagak

sombong kerana kelebihannya. Budi pekertinya

murni. Dia sentiasa menjaga kesopanan biarpun

menjadi tumpuan. Dia tidak juga memencilkan diri

malah peramah. Pertuturannya lembut dan teratur.

Pakaiannya juga sederhana dan tidak

menonjol. Dengan bertudung dia sentiasa menundukkan

pandangan apabila bertembung dengan lelaki.

Pada saat-saat dia sempat menjeling, akan menjadi

lemahlah lutut lelaki yang dipandangnya.

Iryadi pernah bertanya dari mana asal

keistimewaan matanya itu. Dengan nakal dia menjawab,

daripada Tuhan. Setelah Iryadi merisik lebih lanjut,

dia mendapat tahu bahawa Nazreen berdarah Melayu

dan Kashmir. “Naz ni heroin Hindustanlah. Kalau

26

Adi nak pikat, mesti pandai nyanyi lagu Hindustan.”

Nazreen pernah menyakatnya suatu ketika dahulu.

Tiga generasi yang lalu, datuknya datang ke

Singapura sebagai saudagar permata dari banjaran

Himalaya, khususnya Kashmir. Beliau kemudian

menikahi wanita Melayu tempatan. Ketika neneknya

mengandungkan bapanya, datuknya yang telah pulang

ke tanah air meninggal dunia di sana. Neneknya tidak

sempat mengunjungi pusara arwah suaminya itu

kerana sejurus setelah dia melahirkan bapa Nazreen,

dia pula telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Bapa Nazreen kemudian dibela keluarga angkat

Melayu sehingga dewasa.

Sebab itulah semasa dalam pertunangan,

Iryadi mencadangkan agar mereka melawat daerah itu

ketika berbulan madu. Nazreen yang belum pernah

menjejaki tanah asal-usul datuknya itu bersetuju tanpa

bertanya lebih lanjut. Pilihan itu dibuatnya biarpun

dia tahu bahawa dia tidak akan dapat menziarahi

pusara datuknya kerana dia sendiri tidak tahu di

mana letaknya pusara tersebut. Nazreen berasa sedih

tetapi bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia akan

dapat bertapak di bumi asal datuknya.

“Betul Adi tak keberatan?”

“Untuk Naz, Adi sanggup ke mana saja.”

Nazreen tersenyum gembira. Hampir dia memegang

tangan Iryadi tetapi menariknya kembali kerana dia

sedar Iryadi belum lagi muhrim.

27

“Sebab itulah Naz sudi menerima Adi. Adi

pandai menjaga hati Naz.”

Entah mengapa Banjaran Himalaya seolaholah

menjanjikan pengalaman yang begitu romantis

dan syahdu. Dalam dadanya timbul pula hasrat

berpulang kepada sesuatu yang belum dapat dikesan

sepenuhnya.

Maka pasangan pengantin baru tersebut

meneruskan rancangan berbulan madu ke India dan

Nepal walaupun keadaan agak membimbangkan.

Pilihan raya 1989 di negara India baru sahaja diadakan

dan khabarnya kekecohan termasuk letupan bom

telah berlaku di banyak tempat.

Kesemua ahli rombongan pelancong

yang pada mulanya akan bersama mereka telah

mengundurkan diri kerana risiko lawatan itu terlalu

tinggi. Hanya tinggal mereka berdua. Walaupun ramai

yang menasihati agar jangan meneruskan perjalanan,

mereka tetap dengan rancangan yang sudah diatur.

Iryadi dan Nazreen cekal menghadapi kemungkinan.

Tiada perkara yang dapat membatalkan niat

asal mereka. Lambaian Banjaran Himalaya telah

menguasai pertimbangan.

“Naz ragu-ragu? Adi faham kalau Naz nak

batalkan rancangan kita.”

“Naz tak rasa takut selama Adi di samping

Naz.”

28

“Kita bertawakal ya, Naz? Ajal dan

perkahwinan di tangan Tuhan, bukan? Seperti kita

sekarang. Siapa sangka Adi akhirnya dapat bernikah

dengan Naz?”

“Maksudnya, Adi tidak merancang

mendapatkan Naz dari dulu lagi?”

“Sebenarnya Naz, dah lama Adi perhatikan

Naz. Cuma Naz saja yang tak ambil peduli.”

“Mana Adi tahu?”

Namun begitu, mereka tidak lupakan keduadua

keluarga yang ditinggalkan. Mereka telah membeli

insurans bagi mengatasi sebarang kemungkinan.

Nazreenlah yang telah mendesak Iryadi supaya

berbuat demikian. Mulanya Iryadi enggan kerana

pada hematnya mereka akan berjauhan selama dua

puluh hari sahaja. Iryadi juga agak terperanjat dengan

desakan Nazreen tetapi menuruti usulan tersebut agar

isterinya tidak merajuk. Lagipun bayaran insurans itu

tidaklah mahal.

“Naz kasihankan keluarga kita. Manalah

tahu. Seperti yang Adi katakan, ajal dan perkahwinan

di tangan Tuhan.”

Tambahan pula Nazreen seolah-olah

berkelakuan aneh sebelum berangkat. Beliau telah

menelefon saudara-mara dan sahabat handai dan

meminta maaf kepada mereka. Malah selepas

mendaftar diri untuk penerbangan, beliau telah

menangis ketika berdakapan dengan orang tuanya.

29

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!