13.03.2018 Views

CERITA MALAM PERTAMA

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Cerita Malam

Pertama

16 Cerita Manusia Biasa di dalam

Dunia Luar Biasa

Cerita Malam

Pertama

Lutfi Ishak

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameenbooks@alameenserve.com AJL931362

Teks © Lutfi Ishak 2011

Grafik & Ilustrasi © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2011

Pertama kali diterbit: Jun 2011

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Editor: Muhammad Syukri Rosli

Pembaca Pruf: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Reka Bentuk Kulit & Jurugambar: Komeil Hassan Beygi

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Lufti Ishak, 1980-

Cerita malam pertama / Lufti Ishak.

ISBN 978-967-362-123-1

1. Short stories, Malay I. Judul.

899.233010803

Dicetak oleh:

Percetakan Majujaya Sdn. Bhd.

No 68, Jalan 14-E, Ampang New Village, 68000 Ampang, Selangor

LUTFI ISHAK

Cerita Malam Pertama

Kandungan

Bersama Sengsara Kami Cencang Mereka ..........................................

Cerita Sebuah Lembah ........................................................................

Cerita Seorang Lelaki Muda ...............................................................

Cerita Malam Pertama .........................................................................

E-mel Seorang Lelaki kepada Seorang Lelaki .....................................

Janggut dan Segugus Anggur Kenangan ..............................................

Kala Hujan Darah ................................................................................

Kedai ....................................................................................................

Mewawancara Lembu ..........................................................................

Mimpi ..................................................................................................

Musang ................................................................................................

Rahsia ..................................................................................................

Ngaco Robinhood ................................................................................

Roda Pembunuhan ..............................................................................

Senapang ..............................................................................................

Sungai ..................................................................................................

1

8

15

27

37

45

53

60

66

74

82

89

98

106

113

120

DEDIKASI

Untuk matahariku, Mak dan Abah juga bulanku, Na.

Dan untuk bintang-bintangku; Izzah, Najjah dan

Wajihah.

Bagaimana mulanya...

Keinginan untuk menulis cerpen sebenarnya datang dengan tiba-tiba.

Pada suatu malam, awal tahun 2000, ketika sedang berbaring untuk

tidur, tiba-tiba keinginan untuk menulis cerpen tersebut timbul. Saya

bingkas bangun, menuju ke komputer dan menyiapkan satu cerpen.

Cerpen tersebut beberapa bulan kemudian disiarkan oleh Berita

Harian. Tentunya perkara seperti ini sukar untuk dijelaskan, tetapi,

‘tenaga’ dan ‘keghairahan’ yang tiba-tiba itu sangat penting pada awal

penulisan saya.

Saya sentiasa percaya, sastera boleh memainkan peranannya. Hal

ini telah dibuktikan oleh ramai penulis dunia. Memang, sebuah cerpen

tidak akan menyelesaikan isu kemiskinan dan peperangan. Tetapi, kita

jangan lupa, tulisan Lu Xun tidak pernah dapat menghapuskan rasuah di

Cina, tetapi tulisan Lu Xun jugalah yang dapat memberikan kesedaran

tentang kemanusiaan di republik itu. Tulisan Orwell misalnya, tidak

dapat pun meruntuhkan kerajaan komunis Rusia ketika diterbitkan,

tetapi hari ini, tulisan Orwell-lah yang terus menimbulkan kejijikan

kita terhadap nafsu besar penguasa. Memang, orang boleh terus hidup

tanpa membaca cerpen, novel dan puisi. Tetapi, dengan membaca

cerpen, puisi dan novel, kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan

berwarna-warni.

Sebab itu, harapan dan tenaga saya berikan kepada penulisan

kreatif. Ada yang boleh dimanfaatkan di sana. Lebih-lebih lagi oleh

kita, insan Melayu, yang di dalam tubuhnya mengalir tradisi besar dan

kaya. Cuma kini kita hidup dalam satu masyarakat majmuk, sudah

tentu kita dituntut untuk melaksanakannya dengan lebih berhikmah.

Tugas kreatif harus dilaksanakan seperti kata perumpamaan Melayu,

bagai menarik rambut dari tepung. Segala-galanya harus dilakukan

dengan penuh tumpuan, berhati-hati, dan dengan penuh kesedaran.

Apapun, sepahit mana realiti yang ada di hadapan mata, seorang

penulis seharusnya tidak menjadi perintih. Rintihan tidak akan

membawa ke mana-mana apa lagi jika yang mahu kita runtuhkan

ialah sebuah gunung. Saya tidak fikir, sepanjang hidupnya, Ali Syariati

hanya merintih. Beliau menulis dan memberikan satu tenaga dan

tenaga dalam karya—karyanya itu tidak sahaja menggerakkan para

pembaca untuk mendalami kebenaran tetapi juga mendepani realiti

dan meruntuhkan kebatilan. Ya, setiap penulisan yang bermula dengan

kemurnian dan keikhlasan, ada penghujung yang menarik dan indah.

Rata-ratanya cerpen yang terkumpul dalam antologi ini ditulis

sekitar awal 2000 sehingga tahun 2008. Ketika menatap cerpencerpen

ini kembali, ghairah saya untuk menerbitkan semuanya dalam

satu kumpulan cerpen, sentiasa padam. Seelok-eloknya, cerpen-cerpen

yang ditulis, jangan diperam terlalu lama. Cukup sahaja kuantiti yang

sesuai, terbitkan terus dalam bentuk buku kepada mana-mana pihak

yang berminat. Jika dibiarkan lama-lama, sang penulis sendiri akhirnya

akan berasa kurang berselera terhadap cerpennya sendiri.

Apapun, inilah perjalanan saya. Cerpen-cerpen tersebut tentunya

pengalaman yang saya tempuh sepanjang tempoh saya terlibat

dalam pengembaraan itu. Temanya bermacam-macam. Itulah wajah

saya, sama ada hodoh atau cantik – kini saya tidak ada kuasa untuk

memadamkannya. Satu sejarah, memang satu peristiwa yang telah

lalu, namun, sejarah juga ialah ‘guru abadi’. Historia vitae magistra, kata

orang Yunani – sejarah guru kehidupan.

Seikhlasnya, saya mempunyai harapan yang besar dalam dunia

sastera. Saya mahu mati setelah meninggalkan sederet karya yang akan

terus menjana keberkatan dan pahala yang berterusan. Kerana itu, saya

memohon sokongan daripada anda, para pembaca. Tanpa kritikan yang

membina, tanpa bimbingan dan tanpa sokongan, tentunya, perjalanan

masa depan saya menjadi begitu sukar dan menyusahkan.

Saya tidak tahu bagaimana harus menamatkan mukaddimah

ini. Namun, saya kira, penamat yang paling elok tentulah ucapan

terima kasih kepada semua yang banyak menolong saya. Terima kasih

saya ucapkan khusus buat ibu bapa saya yang terus mengambil tahu

tentang anak mereka yang sudah besar panjang ini. Terima kasih juga

kepada isteri dan anak-anak saya, yang sabar melayari kehidupan

dengan seorang penulis kreatif yang sentiasa meminta banyak masa

daripada mereka. Juga kepada abang, kakak dan adik saya, yang terus

mengeratkan silaturrahim. Kepada para muallim penulisan saya,

terutamanya penyair Nawawee Mohamad. Kepada editor, Saudara

Muhammad Teja dan Puan Nusaibah terima kasih atas kesabaran

menangani kerenah manuskrip. Kepada penerbit Al-Ameen Serve

Holdings Sdn. Bhd., terima kasih atas kesudian menerbitkan buku ini.

Kepada sahabat sastera di PENA, persahabatan dengan kalian banyak

membakar semangat saya untuk berkarya. Dan kepada pembaca,

terima kasih kerana menerima buku ini seadanya. Jasa baik kalian

semoga dibalas Allah hendaknya.

www.muhammadlutfi.blogspot.com

Shah Alam

Bersama Sengsara Kami

Cencang Mereka

TIKA mulut senapang penjajah meludah timah sulungnya dan

membenam dada sasa Panglima Hitam, kami orang-orang kampung

yang melihat kejadian itu punya dua pilihan: Lari selamatkan diri atau

uji antara runcing keris dan raung senapang, manakah paling magis.

Dan kami pilih untuk lawan, atau dalam bahasa lebih tepat, pilih

syahid; jika syahid itu milik kami.

Dengan laungan yang terbersit dari mulut kami serentak;

Allahuakbar kami menerkam tanpa secebis takut dengan keris

tergenggam kukuh di tangan. Kami benamkan bisa keris ke tubuhtubuh

soldadu, dan buat pertama kali kami melihat bagaimana badanbadan

soldadu yang lebih besar dan agam daripada kami menjerit

sakit dengan darah muncerat yang bukan sahaja di tempat luka, malah

mulut dan hidung mereka. Beberapa tika kemudian, desing peluru

berhenti, dan kami mendapati sepuluh saudara kami syahid, dan lima

belas penjajah laknat itu menemui neraka.

Sore itu, kami satukan sahabat kami yang syahid di dalam kubur

gergasi. Petang itu juga, kami tahu dua perkara – walau perjuangan baru

bermula pasti penjajah mahu tamatkan episod ini secepat mungkin

dan kini yang menunggu di depan kami hanyalah darah dan peluru.

1

PAGI itu kami tidak akan lupakan walau sesaat daripada ingatan

gerimis membasahi tanah kampung. Dingin jadi gebar gergasi

membalut jagat. Tika nur manja mentari menyentuh tanah tercinta ini,

seperti yang kami jangka soldadu penjajah datang dalam angka yang

lebih gergasi dan dengan angkuh meroboh kubu yang kami bangunkan

dengan semangat dan keringat. Das-das tembakan yang bertalu-talu

itu tak mampu kami hilangkan gemanya hingga bila-bila, lebih-lebih

lagi saat berselang-seli dengan jeritan sengsara.

Panglima Putih, pengganti Panglima Hitam, gugur mencium

harum tanah beberapa jam kemudian. Disusuli anak sulungnya, Semail.

Dan akhir sekali, bila Piin dihinggapi dua butir peluru di jidatnya lalu

tersungkur kelabakan, kami seolah-olah hilang dahan bergayut kerana

dialah satu-satunya paling layak menggantikan Panglima Putih.

Jeritan Allahuakbar, yang bergema sejak mula, beransur perlahan

dan akhirnya hilang. Ketika itu, kami tidak punya kelebihan lagi

untuk melawan. Dan kami mengambil langkah berundur, yang kami

fikir bukan kalah, tetapi mengumpul kekuatan sekali gus merencana

strategi ideal.

Saat kami tinggalkan medan pertempuran, kami tekad akan

kembali. Kami akan cincang seluruh laknat itu hingga hancur, seperti

membajak bendang sebelum musim menuai dengan keris dan lembing

lambang kekuatan pejuang Melayu.

Bersama sengsara, dendam dan semangat, kami meredah belukar

dan mendaki bukit, lalu jadikan rimba pusat merancang serangan

kedua. Rimba jugalah yang menjadi tempat untuk kami cari penawar

bagi ubati luka, juga memburu rusa untuk isi kelompangan perut kami.

KUMPULAN tanpa ketua untuk memimpin dan membuat keputusan

bak belayar tanpa tuju silap-silap bahtera ditipu muslihat laut dan

akhiri pelayaran dengan satu rumus; karam. Sedar hal itu, masuk hari

yang kedua puluh lima kami berpakat lantik seorang ketua yang dapat

hilangkan dendam dan raung kematian yang terbit dari mulut sahabatsahabat

kami. Salah seorang daripada kami pun usulkan, nanti saat

2

malam jadi kanopi gergasi dan membungkus jasad hutan, kami mesti

berkumpul dan pilih siapa paling layak berada di depan menggempak

semangat petualang.

Malam pun tiba diiring dingin dan sepi, cengkerik tidak hentihenti

melontar irama di celah-celah pohonan. Seseorang daripada

kami bangun dan memulakan majlis dengan ucapan-ucapan api:

Kalian tentu ingat jeritan terakhir Panglima Hitam bukan? Kalian

juga tentu belum lupa warna darah Panglima Putih dan Semail? Kalian

tahu, Izrail datang menjemput roh mereka dengan kunci syurga!

Ingin kami laungkan Allahuakbar kuat-kuat bila ucap itu menusuk

fikir, tetapi kami matikan. Jeritan keramat itu akan jadi petunjuk

musuh kenal pasti kedudukan kami. Namun, beberapa orang daripada

kami terlepas juga lalu bertukarlah halus malam yang mengusap kulit

menjadi panas dan meremangkan bulu tengkuk tiba-tiba.

Khabarnya, penjajah juga bawa salib untuk kita.

Celaka, terdengar beberapa orang daripada kami mendengus

kasar. Bangsa laknat, kafir, sambung beberapa yang lain.

Sudah lama kita terperuk dalam rimba. Tentu kalian tak sabar lagi

halau mereka. Justeru, kita mesti punya ketua. Sahabat kami yang sejak

tadi bangun mengucapkan kata-kata sarat semangat itu, duduk bersila

memberi ruang kepada sesiapa yang lain untuk bangun bercakap dan

sekali gus usul ketua baru.

Aku cadangkan Bali. Seseorang yang berada di rusuk kiri bulatan

bangun membuat cadangan.

Semua mata memanah Bali. Siapa tidak kenal Bali, pemuda tiga

puluhan yang gagah dan murid paling berbakat Panglima Hitam.

Namun, satu perkara yang harus kami fikir betul-betul – Bali miliki

panas baran yang tidak ada tolok bandingnya.

Pernah suatu ketika, dia patahkan kaki rakan silatnya hanya

kerana jatuhkan destarnya. Memang kami faham, jatuhkan destar

lawan samalah seperti memalit tahi di janggut seorang petapa. Kami

juga bukan setakat tahu, tetapi arif. Rakan yang jatuhkan destarnya itu

3

ukan sengaja dan tentu tidak berniat langsung mencabar Bali.

Bagi kami malah dalam Islam pun memaafkan perbuatan tidak

sengaja. Jika tidak dimaafkan, kami punya satu tafsiran tunggal

memaknakan perbuatannya: Bali bukanlah pendekar sejati, atau dalam

bahasa senang, persis pendekar yang tahu menyerang tetapi bodoh

baca tindak lawan.

Suasana yang hangat sejak tadi kembali dingin. Api yang

meratah batang-batang kayu kering tiba-tiba menjulang. Bali, yang

masih menunggu jawapan, dan kami yang enggan memberi jawapan

menjadikan majlis sedikit terganggu. Kami cepat sedar, baru satu

nama diusulkan. Masih ada beberapa nama yang boleh diusulkan

termasuklah dia, Khadijah.

Aku cadangkan puteri sulung Panglima Hitam, Khadijah, ada

satu suara menambah nama, dan tentunya sedikit tenangkan hati kami,

yang sudah menangkap rasa jika situasi begini berterusan, sesuatu di

luar jangkaan boleh berlaku.

Ya, ya, Khadijah, suara lain turut menyokong. Terdengar juga

suara mulus dan lembut memadukan sokongan.

Bali, yang mula rasa wibawanya tercabar tiba-tiba bangun,

menarik keris dari sarungnya lalu ghairah menggegar – kalian telah

pun putuskan siapa ketua kalian. Keris yang dikucupnya tadi dilempar

lalu terpacak di tanah. Jika nanti, yang jadi ketuaku seorang perempuan,

aku rela seorang diri menentang petualang.

Kami tersentak dengan kata-kata itu. Apa kurangnya Khadijah.

Dia juga kuasai semua pencak silat seperti Bali, dan tentunya sebagai

anak Panglima Hitam, yang setiap masa bersama-sama ayahnya, bukan

mustahil ilmu yang diperturunkan kepada Bali, ada padanya.

Tiada siapa berani menentang sinar mata Bali yang memancar

bak mata singa terkena cahaya bulan tika malam, kecuali seorang gadis

bernama Khadijah. Beberapa detik kemudian, bila terdengar langkah

perkasa Bali diikuti beberapa daripada kami menjauh, kami mula sedar

barisan yang sedang disusun sudah ada retaknya.

4

HARI ini penentu terhadap apa yang dimulakan Panglima Hitam.

Kami, yang sediakan semua keperluan untuk turun ke kampung dan

tamatkan perjuangan, tidak sabar untuk merodok perut penjajah

dengan lembing buluh runcing. Kami tidak gentar rasa ketajaman

peluru penjajah. Kemarahan dan api perjuangan yang dinyalakan

Panglima Hitam, takkan terpadam.

Sementara itu Bali yang telah tinggalkan barisan, telah pun

dilupakan. Mengingati sesuatu yang sudah ditakdirkan, tidak mampu

mengubah apa-apa. Lebih-lebih lagi bila kami yakin Khadijah bukan

pilihan yang silap. Seminggu di bawah pimpinannya, kami mula sedar

bahawa Khadijah tidak sahaja miliki ilmu silat sehebat Bali malah sifat

sabar dan bijak mengatur strategi yang dimiliki Panglima Hitam, juga

mengalir dalam urat sarafnya.

Kita singa bangsa. Raungan kita hari ini akan bergema selamalamanya,

Khadijah berhenti mengatur nafas dan menyeluruhi kami

yang berada dalam barisan di depannya. Kita punya sepasang tangan,

dan kalian lihat, daripada sepasang tangan tiba-tiba cukup gah apabila

berada dalam satu barisan.

Kata-kata yang terhambur dari mulut Khadijah tidak saja koyak

dingin yang menjala, malah membakar semangat kami. Lembing yang

terpacak mendongak langit, digenggam makin erat.

Kata arwah ayahanda, serigala boleh dicontohi kerana sentiasa

dalam kumpulan. Dan hari ini, kalian semua telah buktikan, betapa

benarnya kata-kata ayahandaku, sekali lagi Khadijah menyeluruhi

kami dengan pandangannya. Beberapa ketika, dia menarik keris yang

beradu di dalam sarungnya lalu mencium lok-lok penuh khusyuk,

seolah-olah sedang mencium hanyir darah penjajah.

Hari ini penentu perjuangan. Dan, perjuangan itu kini berada

di hujung keris dan lembing kita. Berjuanglah, sehingga tercium bau

syurga!

Allahuakbar! Laungan keramat yang entah tercetus dari mulut

siapa disambut kami dengan suara lebih lantang berkali-kali lalu

menyendat ruang sekeliling.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!