12.03.2018 Views

MATEMATIK PRASEKOLAH - SIRI 2

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MATEMATIK

PRASEKOLAH

Siri 2

BOB WILLIAMS, DEBRA CUNNINGHAM,

JOY LUBAWY

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: alameen@tm.net.my AJL931362

Versi Asal © 2005 Bob Williams, Debra Cunningham dan Joy Lubawy

Terjemahan bahasa Melayu © 2010 Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Ilustrasi Asal oleh Kathy Dobbs

Buku Matematik Prasekolah ini ialah terjemahan yang sah

daripada Preschool Math oleh Robert Williams,

Debra Cunningham dan Joy Lubawy,

diterbitkan oleh Gryphon House, Inc.

10770 Columbia Pike, Suite Zol, Silver Spring MDZ090

Pertama kali diedarkan di Malaysia: 2010

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Panel Penterjemah: Mohamad Syafiq Yashak

Asma Khairuddin

Semiah Said

Zairani A. Hamid

Ketua Editor: Che Mazlan Saad

Reka Bentuk Kulit: Nuriman Amri Abdul Manap

Tipografi & Reka Bentuk: Nusaibah Din

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-

Penerbitan

Williams, Bob, 1962-

Matematik prasekolah. Siri 2 / Bob Williams, Debra Cunningham, Joy

Lubawy.

ISBN 978-967-362-024-1

1. Arithmetic--Study and teaching (Preschool). I. Arithmetic--Study and

teaching (Preschool). II. Lubawy, Joy. III. Judul.

513.07

Dicetak oleh:

Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

Lot 7, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor

Penghargaan

Kami menghargai kesudian para ibu bapa dan kanakkanak

dari Titusville Montessori, Titusville, Florida dan

Kampus Prasekolah Kingfisher di Wagga Wagga, New

South Wales, Australia kerana telah menguji cuba aktivitiaktiviti

kami sebelum dimuatkan ke dalam penerbitan ini.

Kami pasti, kanak-kanak di sana telah menjadi ahli-ahli

matematik kecil yang pintar.

Di Florida, Jackie dan Shawn Quinn telah banyak

membantu kami. Shawn mengambil gambar-gambar,

manakala Jackie memasukkan maklumat-maklumat

penting semasa proses penulisan. Sebenarnya, hasil

pujukan Jackielah yang membawa Bob dan Debbi untuk

menyertai pasukan penulisan ini.

Di Australia, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Rodney Kenner di Pademelon Press kerana memberi

galakan kepada penulisan ini.

Daripada Debbie Cunningham

Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga tercinta di

atas sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan,

dan teristimewa buat anak saudara saya, Casey Diane,

yang telah bersengkang mata demi membantu saya untuk

mewujudkan aktiviti-aktiviti matematik yang mempesonakan

untuk dilaksanakan oleh kanak-kanak.

Daripada Joy Lubawy

Terima kasih kepada pasangan saya, Peter Law, atas

sokongannya. Terima kasih juga kepada sokongan IT, serta

pihak penyunting dan para pembaca pruf yang memberi

analisa kritikal dengan soalan-soalan yang mencabar.

Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada rakan-rakan

sekerja saya dahulu dan kini, Barbara Lawler, Sue Brady,

Monique Saddler, serta Tricia Hilton kerana sokongan dan

kesabaran mereka, dan kepada mentor-mentor saya,

Sandy Tester dan Yvonne Winer dengan idea-idea yang

telah memperkayakan pemahaman saya mengenai apa

yang mungkin. Terima kasih tidak terhingga juga kepada

semua kanak-kanak yang sudi untuk berkongsi kefahaman

dan idea menarik mereka bersama saya selama ini. Dan

akhirnya, terima kasih juga kepada Jack, burung kakak tua

saya yang berwarna kelabu dan merah hati, kerana sabar

menemani saya selama ini.

Dedikasi

Saya ingin mendedikasi buku ini buat cucu-cucu

saya, Jeffrey, Julianna, dan Katerina, yang akan terus

membesar di dalam dunia ini, mempelajari dan meneroka

pelbagai perkara. Saya berharap alam semula jadi akan

memberikan keceriaan kepada hidup mereka.

- Robert Williams

Buat cucu-cucuku, Hannah, Grace, Olivia, Max dan

Theodore. Kamu semua selalu di hati nenek.

- Joy Lubawy

Buat anak kesayangan saya, Michael – semoga kamu akan

selalu gembira untuk belajar.

Buat anak-anak saudara saya, – Jonathan, Sierra, Blaine,

Jenae, dan cucu saya, Jeffrey – satu generasi baru pencinta

matematik yang direstui.

Buat pelajar-pelajar saya selama ini – semoga anda semua

gembira mempelajari matematik, selama-lamanya.

- Debbie Cunningham

MATEMATIK

PRASEKOLAH

Siri 2

BOB WILLIAMS, DEBRA CUNNINGHAM,

JOY LUBAWY

Isi kandungan

Pengenalan .................................................................. 9

Nombor Tubuh Badan Kita ......................................... 34

Muat Tak? ................................................................. 37

Kiraan Angka Harian ................................................. 38

Mana Pasangan Saya? ............................................... 40

Set Nombor Papan Geo ............................................. 42

Lupa-Lupa Ingat Nombor ........................................... 44

Saya Masih Ingat ....................................................... 46

Kepala Atau Ekor ....................................................... 48

Yang Ganjil Sahaja .................................................... 50

Anggarkan ................................................................ 52

Permainan Kayu Aiskrim ............................................. 54

Dadu Yang Bergolek .................................................. 56

Teng-teng .................................................................. 59

Kumpul Dan Kira ....................................................... 61

Lompat-Lompat ......................................................... 63

Asingkan Daunan Ini ................................................. 65

Tangkaplah Dedaun Yang Luruh ................................. 67

Panasnya Hari Ini ....................................................... 71

Kedai Biskut ............................................................... 74

Simon Kata... ............................................................. 76

Bawa Pergi ................................................................. 78

“The Muffin Man” ....................................................... 80

Ayunan Pemberat ....................................................... 82

Rima Rama-Rama ...................................................... 85

Doh Dan Lagu ............................................................ 87

Jika Kamu Mempunyai... ............................................. 90

Genap Dan Ganjil ....................................................... 92

Perlu Dua ................................................................... 94

Jom Buat Bot! ............................................................. 96

Kongsikan Ia .............................................................. 98

Empat Untuk Setiap Sudut .......................................... 100

Penuhkan Baldi Kamu ................................................ 103

Hadiah Matematik Di Hari Jadi .................................. 105

Perjalanan Bulan ........................................................ 107

Topi Bernombor .......................................................... 111

Jom Buat Rantai ......................................................... 114

Wajah Di Dalam Ruang .............................................. 116

Permainan Trajektori ................................................... 119

Bentuk-Bentuk Benang ................................................ 121

Reben Oh Reben! Siapa Yang Ada Reben .................... 123

Tetaskan Ia! ............................................................... 125

Bolehkah Ia Seimbang? .............................................. 128

Ada Semut Di Atas Saderi ........................................... 130

Membuat Snek Kacang ............................................... 132

Mari Mengundi! ......................................................... 134

Neraca Manusia ........................................................ 136

Mengira Objek Dengan Tepat ..................................... 138

Jejari Matematik ......................................................... 141

Menghitung Penyepit Pakaian ...................................... 143

Waktunya Untuk Jeli! .................................................. 145

Kolaj Matematik ......................................................... 147

Apa Yang Akan Anda Lakukan? ................................... 150

Carta Blok ................................................................. 152

Indeks ....................................................................... 155

Pengenalan

Penulisan buku ini sentiasa didorong oleh rasa cinta dan

minat yang mendalam. Bukan mudah menggabungkan

idea-idea daripada tiga peribadi yang berlainan. Bob,

saintis dari Illinois, Debra pula guru Montessori dari

Florida, manakala Joy, guru prasekolah dari Australia yang

menggunakan Kurikulum Pemunculan serta terinspirasi

dengan pendekatan Reggio Emilia. Masing-masing telah

mengambil manfaat daripada pengalaman yang tersendiri

dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk menyusun

peluang-peluang dalam pelbagai persekitaran. Satu

hal yang menyatukan kami dalam buku ini adalah rasa

hormat di antara kami bertiga sebagai penulis, dengan

cara masing-masing mempersembahkan idea serta aktiviti

dalam buku ini; orang dewasa yang bekerja bersama

kanak-kanak tanpa mengira masa, di mana jua mereka

berada; dan yang paling penting ialah kanak-kanak dalam

usaha mereka menimba ilmu pengetahuan.

Buku Ini Mengenai Apa?

Siri Matematik Prasekolah merupakan matematik yang

dilihat dari sudut pandang kanak-kanak yang baru

sahaja bermula untuk berfikir secara logik, iaitu intipati

ilmu matematik. Buku ini menggalakkan corak berfikir

secara berpola, sentiasa mencari persamaan klasifikasi,

mengukur dengan bahan yang piawai dan tidak piawai,

dan pendekatan yang menggembirakan serta serasi

dengan kanak-kanak. Pada masa yang sama, buku ini

turut mengajar kanak-kanak menggunakan deria-deria

dan tubuh badan mereka untuk mengeksplorasi idea;

untuk mengetahui apakah ‘rasa’ dan ‘rupa’ matematik; dan

untuk merekodkan dan membincangkan konsep-konsep

matematik.

Pendekatan terbaru telah disusun untuk bermain, menerokai

serta mempelajari matematik dalam situasi sehari-hari di

pusat-pusat penjagaan kanak-kanak, di rumah, di kelas

prasekolah, serta di tadika. Pendekatan kami menggunakan

idea-idea saintifik mengenai penerokaan, pembuatan

eksperimen, penekaan, membina sesebuah hipotesis,

pengujian, penyelesaian masalah, serta penilaian. Pada

masa yang sama, pendekatan ini juga turut dibentuk

berlandaskan penggunaan secara bijak bahan-bahan yang

biasa didapati di persekitaran kita, sambil menggalakkan

pembelajaran secara bermain yang turut dianjurkan

menerusi pendekatan Montessori. Selain itu, buku ini juga

menggalakkan orang dewasa untuk mendengar, memerhati

dan berbincang bersama kanak-kanak, sambil memikirkan

arah pembentukan minat mereka (Rinaldi, 1998) serta

menyediakan bahan-bahan dan persekitaran yang akan

memberikan ruang buat mereka untuk bertukar-tukar

pengalaman, pandangan, serta refleksi (Dahlberg, 1999).

Buku ini turut menyediakan cadangan-cadangan mengenai

kaedah terbaik bagi merekod dan mendokumentasikan

pembelajaran kanak-kanak.

Sifat spontan, gemar meneroka, serta imaginatif adalah

‘ramuan’ terpenting dalam kehidupan awal kanak-kanak.

Untuk tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun, para

pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

telah berdebat mengenai kepentingan bermain. Pada

tahun-tahun kebelakangan ini, bermain telah dijenamakan

semula sebagai (peluang pembelajaran secara sosial).

Walau bagaimanapun, fakta tidak pernah berubah (setakat

yang kami tahu) bahawa kanak-kanak pasti bermain.

Bermain adalah cara semula jadi buat kanak-kanak

menerokai dunia mereka, membina ilmu pengetahuan,

membina kemahiran dan imaginasi, serta mempelajari

cara untuk hidup di dunia ini. Pendekatan yang digunakan

dalam ‘Matematik Prasekolah’ adalah pendekatan secara

bermain. Dengan memahami aktiviti yang semula jadi

menarik minat kanak-kanak, beberapa panduan diberi

untuk orang dewasa memberi galakan kepada kanakkanak

untuk terus meneroka dan belajar.

Memberi Kanak-Kanak Masa dan Peluang untuk

Membuat Latihan

Bayangkan, semasa belajar memandu kereta, kita

dipaksa untuk memandu jenis kenderaan yang berlainan

pada setiap kali sesi pembelajaran. Sudah pastilah kita

memerlukan banyak masa untuk membina apa yang

dinamakan oleh Eisner (1985) sebagai ‘keautomatikan’.

Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak memerlukan

pendedahan serta peluang pembelajaran dalam satu

tempoh masa tertentu bagi bahan, peralatan dan

persekitaran yang sama supaya mereka boleh membina

kesedaran dan pengawalan, dan seterusnya membentuk

kreativiti mereka. Masa dan latihan akan membolehkan

10

kanak-kanak membina pengetahuan yang lebih kuat dan

mendalam berkenaan prinsip-prinsip matematik.

Kami tidak percaya bahawa pembaharuan adalah

satu-satunya cara untuk menggalakkan pembelajaran.

Sebaliknya, anda perlu memberikan lebih masa kepada

kanak-kanak untuk meneroka bahan-bahan serta

persekitaran mereka, meneroka idea, menguji logik dan

penyelesaian, merekodkan idea, serta mengubah elemenelemen

tertentu untuk melihat kesannya.

Menggunakan Detik-Detik Terbaik

Gunakanlah idea-idea dalam buku ini untuk menyokong

kebangkitan imaginasi di dalam diri kanak-kanak. Buka

mata dan pasang telinga semasa memerhati kanak-kanak

yang sedang bermain dengan biasa ataupun spontan. Hal

ini mungkin melibatkan penyediaan persekitaran matematik

yang lebih kompleks dengan bahan-bahan yang akan

menggalakkan bermain dalam cara-cara yang tertentu,

atau pembentukan kumpulan-kumpulan kecil kanak-kanak

yang akan mengikuti penerokaan berpandu bersama orang

dewasa. Peri pentingnya penglibatan orang dewasa tidak

boleh dipandang sebelah mata. Interaksi yang sensitif,

menggalakkan, dan kritikal akan membantu kanak-kanak

untuk banyak berfikir dan berfikir secara mendalam serta

membuat telahan. Dengan membuat telahan, mereka

akan lebih bermotivasi untuk menyelesaikan sesuatu

permasalahan, yang seterusnya membina keyakinan diri

kanak-kanak. Proses ini meningkatkan lagi kemahiran

kanak-kanak untuk memahami prinsip-prinsip matematik.

Pendekatan yang digunakan dalam ‘Matematik Prasekolah’

bukanlah semudah mendapatkan jawapan ‘Ya’ atau

‘Tidak’ daripada kanak-kanak. Sebaliknya pendekatan

kami adalah bertujuan untuk menggalakkan pemikiran

kritikal, perkembangan teori dan penerokaan berbentuk

logikal di kalangan kanak-kanak. Apabila bercakap

mengenai menghargai pembelajaran dan pengajaran,

Loris Malaguzzi (1998) telah mencadangkan bahawa

pembelajaran adalah elemen yang patut lebih diutamakan

berbanding pengajaran, dengan berkata:

Biarkan kanak-kanak buat seketika dan berikan

mereka ruang untuk belajar. Perhatikan apa yang

mereka lakukan, dan kemudian, jika anda

11

telah benar-benar memahami mereka, mungkin

kaedah pengajaran anda akan berbeza daripada

sebelumnya.

Menggunakan Unsur-Unsur Grafik

Galakkanlah kanak-kanak untuk merekod pemikiran,

idea, teori, dan penerokaan mereka dalam bentuk grafik

(Malaguzzi, 1998), dengan menggunakan kertas, dan

pen/ papan berklip, mengambil gambar-gambar, dan

menggunakan blok-blok kayu, tanah liat / plastisin, kolaj,

dan alat-alat lukisan. Mereka juga boleh menggunakan

tubuh badan mereka sendiri untuk berkomunikasi dalam

bentuk pergerakan, drama, dan tarian. Hargailah

kebolehan kanak-kanak untuk menyampaikan idea-idea

matematik mereka dalam pelbagai bentuk grafik, selain

menggunakan kaedah-kaedah konvensional. ‘Matematik

Prasekolah’ adalah cerminan menyeluruh mengenai

matematik, dengan ruang, masa, pola, suhu, nombor,

jisim, pengklasifikasian, serta pengukuran berputar dalam

kehidupan semasa kanak-kanak.

Belajar daripada Maria Montessori

Aktiviti-aktiviti dalam ‘Matematik Prasekolah’ direka untuk

pelbagai peringkat usia, dan kebolehan, serta pelbagai

persekitaran pembelajaran. Persekitaran Montessori

khususnya akan memperoleh banyak kebaikan daripada

buku ini kerana ianya mengandungi banyak idea dan

aktiviti yang diambil dari situ, serta dengan mudah dapat

diadaptasikan ke dalam bilik aktiviti Montessori. Buku

ini adalah satu sumber rujukan yang cepat dan sangat

berharga – bukan sahaja aktiviti-aktiviti di dalamnya

berorientasikan kanak-kanak dan mengundang keceriaan,

ia juga hanya menumpukan kepada satu-satu kemahiran

tertentu pada satu-satu masa. Aktiviti pembelajaran telah

ditulis dengan menyeluruh dan hampir menyerupai kaedah

penyampaian pembelajaran Montessori. Kebanyakan

aktiviti di sini turut mengandungi bahagian yang akan

memberikan anda idea-idea untuk mengubah suai,

mengembangkan, serta menyesuaikan aktiviti tersebut

untuk kanak-kanak anda. Bahagian ini adalah penting bagi

seseorang guru Montessori kerana ia bakal memberikan

kelangsungan terhadap aktiviti tersebut menerusi

pengulangan. Menerusi pengulangan, penguasaan akan

dapat dicapai.

12

Aktiviti-aktiviti dalam buku ini boleh diubah suai

berdasarkan keperluan setiap kanak-kanak.

Pengadaptasian seperti ini dapat memastikan bahawa

aktiviti tersebut akan kekal relevan kepada pelbagai

kumpulan kanak-kanak, dan bukan hanya untuk peringkat

umur tertentu. Aktiviti-aktiviti ini akan ‘membesar’ bersama

kanak-kanak dan masih boleh digunakan berulang kali

dengan hanya sedikit modifikasi untuk membantu setiap

kanak-kanak memantapkan kemahiran-kemahiran yang

dipelajari.

Kebanyakan aktiviti dalam buku ini merupakan batu

loncatan bagi kerja-kerja secara individu di dalam kelas

anda.

Bagaimana untuk Menggunakan Buku Ini?

‘Matematik Prasekolah’ diolah agar ianya mesra pengguna.

Perhatikan aktiviti kanak-kanak dan berfikirlah mengenai

apa yang telah anda lihat dan dengar. Seterusnya fikirkan

konsep matematik yang boleh diperkenalkan dalam aktiviti

permainan kanak-kanak tersebut yang sesuai pada ketika

itu.

Kami akan mencadangkan penggunaan bahan-bahan

dan aktiviti-aktiviti, berserta dengan penjelasan yang boleh

diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan

penerokaan berterusan di kalangan mereka. Para pembaca

digalakkan agar meneliti isi kandungan buku ini untuk

mendapatkan aktiviti-aktiviti terbaik yang sesuai dengan

apa yang sedang kanak-kanak lakukan. Juga idea-idea

dalam aktiviti tersebut boleh dimanfaat untuk sebuah

persekitaran bagi menggalakkan kanak-kanak untuk

meneroka idea-idea baru. Orang dewasa memang telah

diketahui sebagai ‘teman’ penting dalam pembelajaran

kanak-kanak. Namun, kanak-kanak itu sendirilah yang

akan mengawal pembelajaran mereka melalui penglibatan

yang aktif.

Detik Boleh-Ajar

Detik Boleh-Ajar ialah penentuan masa yang paling sesuai

untuk memperkenalkan sesebuah idea baru, aktiviti,

ataupun pengalaman untuk menggalakkan kanak-kanak

meneroka sesuatu minat atau idea. Kita akan mendapat

kepuasan apabila melihat kanak-kanak terlibat

13

dalam sesuatu perkara baru dengan penuh keterujaan,

semangat serta rasa ingin tahu yang pastinya menarik

dan menceriakan. Kanak-kanak pula akan merasai

manfaatnya apabila mereka mula menyedari bahawa kita

telah mendengar dan mengagak soalan-soalan mereka.

Ini dapat dilihat oleh kanak-kanak apabila kita sanggup

bersusah-payah mencari dan menyediakan bahan-bahan

untuk membolehkan penerokaan mereka berjalan lancar.

Kanak-kanak akan berasa dihargai dan disokong dalam

pembelajaran mereka dan orang dewasa pula tahu yang

mereka telah memberikan yang terbaik. Inilah yang

dikatakan keadaan ‘menang-menang’.

Di kebanyakan negara di serata dunia, telah muncul satu

pergerakan yang mendukung penggunaan pendekatan

Kurikulum Pemunculan, ataupun sejenis pendekatan yang

berasaskan provokasi yang telah dicadangkan oleh Reggio

Emilia dari Itali. Biarpun pendekatan ini kelihatan menarik,

namun, ia juga dikatakan mampu menimbulkan perasaan

kurang senang di kalangan mereka yang tidak biasa

dengan idea tersebut, khususnya buat mereka yang telah

mempunyai pengalaman mengajar dan menggunakan

teknik pengajaran yang dikawal dan dimulai oleh orang

dewasa. Oleh hal yang demikian, detik-detik pengajaran

dalam buku ini mungkin boleh menjadi sebuah jambatan

untuk anda; kami mempelawa anda untuk melintasi

jambatan ini dan merasakan sendiri perbezaannya.

Harapan kami, apabila anda melihat keterujaan kanakkanak

buat pertama kali semasa mereka membina soalan

dan meneroka penyelesaiannya, anda akan berpuas hati

dan seterusnya menggunakan pendekatan ini di dalam

kelas anda.

Bagi mereka yang telah mengetahui mengenai Kurikulum

Pemunculan atau Reggio Emilia, detik-detik pengajaran

dalam buku ini bolehlah digunakan untuk menguatkan dan

menggalakkan eksplorasi anda sendiri.

Dalam satu temubual, Howard Gardner telah menyatakan

bahawa,

Kebanyakan sekolah telah terperangkap dalam

kerangka memberi kanak-kanak sebanyak mungkin

soalan dan latih tubi, yang seolah-olah menghasilkan

jawapan-jawapan peperiksaan yang mencerminkan

kefahaman… Tetapi, dapatan daripada kajian-

14

kajian kognitif yang telah dilakukan semenjak 20

hingga 30 tahun yang lampau telah menunjukkan

sesuatu yang mengejutkan: para pelajar tidak faham

dengan erti kefahaman yang sepatutnya… Saya pun

telah cuba mencari pendekatan pembelajaran untuk

meminimumkan pembelajaran awang-awangan ini…

sambil memaksimumkan pemahaman mereka mengenai

sebab-sebab mereka melakukan sesuatu perkara

– dengan memberikan mereka peluang untuk mencuba

perkara-perkara tersebut menerusi pelbagai cara baru.

Pendekatan detik boleh-ajar menyediakan konteks

pengajaran sambil menggalakkan kanak-kanak untuk

mencuba perkara yang baru melalui pelbagai cara.

Merangsang, mencabar, menggalak, menelaah dan

menerokalah bersama kanak-kanak; anda dan mereka

pasti akan mendapat manfaatnya!

Walau bagaimanapun, kami harus mengaku bahawa

kadangkala, bukan mudah untuk mencari detik yang

terbaik, terutamanya apabila anda masih belum terbiasa

untuk mengikuti pendekatan ini ataupun anda masih lagi

baru dalam bekerja bersama kanak-kanak. Oleh itu, kami

telah mengumpulkan sejumlah idea untuk membantu anda

meneroka detik-detik boleh-ajar ini. Kami berharap anda

akan dapat menjadi lebih berpengetahuan dan teruja

(seperti kami) dalam mencari detik-detik terbaik ini iaitu

detik boleh-ajar untuk memperkenalkan idea-idea baru.

Beberapa Detik Boleh-Ajar

Perhatikan seorang kanak-kanak yang sedang melihat

bagaimana cahaya matahari masuk melalui tingkap atau

kemunculan pelangi, sama ada di langit ataupun seperti

yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu. Cadangkan

cara-cara bagaimana kanak-kanak dapat bereksperimen

dengan warna untuk menghasilkan pelangi di tingkap

kelas mereka.

Anda mungkin memerhatikan kanak-kanak yang sedang

memeriksa pola tekstur kulit kayu di taman, pola-pola

jubin di dalam bilik air, atau contoh-contoh lain yang

berkaitan dengan tekstur dan pola. Ataupun, mereka

boleh bersandar ke depan dan meninggalkan pola

butang baju mereka di atas plastisin atau doh permainan

atau menekan tangan mereka ke dalam tanah liat untuk

15

membuat sebuah cetakan tangan.

Apabila anda ternampak kanak-kanak sedang bermain

dengan manik-manik yang mereka beli sendiri, tanyakan

sama ada mereka mahu membuat manik-manik sendiri.

Minta mereka memerhati dengan teliti manik-manik tadi

dan bincangkan tentang pola-pola yang telah mereka

buat dengannya.

Perhatikan kanak-kanak yang sedang melukis atau

mewarnakan gambar diri sendiri, ahli keluarga, rakan,

serta haiwan peliharaan mereka. Mulakan perbincangan

mengenai apa yang boleh mereka nampak apabila

orang ataupun haiwan itu dilihat dari depan, tepi sebelah

kiri dan kanan, atau sedikit ke kiri ataupun ke kanan,

serta dari belakang. Ini merupakan pengalaman yang

menarik untuk dikongsi bersama satu kumpulan besar

kanak-kanak, mahupun kumpulan kecil ataupun hanya

untuk seorang kanak-kanak.

Kebanyakan guru sudah biasa dengan sejenis teknik

seni yang dikenali sebagai “Lukisan Rama-rama”

atau “Tompokan Bersimetri”. Bayangkan keadaan di

mana kanak-kanak mengeluarkan sendiri idea ini dan

bukannya guru atau ibu bapa yang menunjukkan cara

untuk melakukannya. Cabarannya ialah menyedari

ciptaan kanak-kanak dan kemudian menggunakannya

untuk menarik minat dan penyertaan daripada lebih

ramai kanak-kanak yang lain.

Selalunya, orang dewasa akan membuat jangkaan

hasil sesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman mereka.

Seterusnya sesuatu aktiviti itu akan diolah agar terbentuk

hasil seperti yang dikehendaki. Kemungkinan hasil

akhir berbeza yang boleh diterokai dan dicadangkan

kanak-kanak terkadangkala terabai. Oleh itu, daripada

eksperimen yang dijalankan serta perbincangan

mengenai keputusannya, keluarkan beberapa konsep

dan idea matematik. Jika boleh, tunggu sehingga

anda telah memerhatikan mereka melipat kertas bagi

menghasilkan satu teknik cetakan yag baru, ataupun

apabila mereka membuat cetakan daripada cetakan

yang lain dengan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu. Hal ini akan menyuntik sedikit unsur misteri dan

imaginasi, selain menggalakkan lebih banyak penyertaan

di kalangan kanak-kanak.

Apabila mereka mula bercakap mengenai bagaimana

hendak ke tadika atau pulang ke rumah, ataupun

16

mengenai pengalaman yang baru mereka lalui,

sebenarnya mereka sedang mula membina peta

dalaman di dalam minda mereka. Kita boleh

membantu mereka membina peta luaran pula dengan

menggunakan pelbagai jenis bahan untuk meneroka

idea-idea mereka. Terdapat buku-buku di pasaran

yang menunjukkan imej bumi yang diambil dengan

menggunakan satelit, kemudian imej-imej ini akan

semakin mendekat dengan muka bumi. Selain itu,

peta-peta yang terdapat dalam majalah-majalah

penerbangan juga dapat menarik minat kanak-kanak.

Perhatikan cara mereka membuat pola-pola dengan

menggunakan blok, jubin, atau bahan-bahan lain.

Kongsikan bersama mereka idea mengenai cara untuk

menjahit pola-pola di atas sekeping kain. Anda mungkin

boleh menggunakan pola-pola pada pakaian kanakkanak

atau fabrik-fabrik lain yang terdapat di sekitar

anda. Bawalah kanak-kanak untuk ‘memburu pola’

di dalam kelas anda ataupun di kawasan bertaman;

lihatlah jubin-jubin di dalam bilik air, ataupun polapola

yang terdapat pada langsir, tingkap, atau bungabungaan.

Fikirkan bersama kanak-kanak apa yang

menjadikan sesuatu itu sebuah ‘pola’.

Perhatikan kanak-kanak membentuk pola-pola dengan

menyusun blok-blok permainan. Tambahkan beberapa

bahan yang berlainan dan lihatlah bagaimana mereka

menggunakannya untuk membentuk pola.

Lihatlah cara mereka menggunakan blok-blok mozek

atau alatan pembinaan yang lain. Anda mungkin melihat

ada yang berminat untuk mengetahui bagaimana

bentuk-bentuk yang berbeza dapat disusun atur. Ini

adalah satu kesempatan yang sangat ideal untuk

menambah aktiviti jenis ini ke dalam persekitaran

mereka.

Sediakan sebanyak mungkin bahan-bahan kolaj

supaya kanak-kanak dapat mengambilnya buat

tempoh beberapa minggu atau bulan. Kenal pasti

kanak-kanak yang berminat membentuk pelbagai

jenis pola yang berlainan dan lihatlah juga mereka

yang berminat dengan pengiraan. Bersedialah untuk

memulakan perbincangan untuk berkongsi cadangan

dan pemerhatian anda. Anda juga mungkin mahu

membuat kolaj anda sendiri, sambil menerangkan proses

pemikiran anda secara langsung.

17

Apabila anda melihat mereka menggunakan blok-blok

permainan, perkenalkanlah aktiviti ini. Sekiranya kanakkanak

itu menggunakan jumlah blok yang hampir sama,

bawa perhatian mereka tentang keadaan tersebut dan

gunakan blok-blok ini untuk membentuk carta. Minta

salah seorang daripada mereka untuk menyurih di sekitar

bentuk sebuah blok (sambil anda memegangnya dengan

kejap) di atas sebuah kertas yang besar dan keras. Minta

mereka memotong bentuk itu tadi dengan berhati-hati

dan tampalkanlah ia ke atas sebuah carta yang telah

disediakan untuk aktiviti ini (mengikut jumlah blok atau

bentuk blok).

Perhatikanlah mereka yang berminat dengan strukturstruktur

bangunan, dengarkan perbincangan mereka,

supaya anda boleh menggalakkan mereka untuk

mencipta bangunan dan struktur baru.

Perhatikan mereka yang sedang membina sesuatu

dengan blok-blok permainan. Pada tahap-tahap tertentu,

sebilangan mereka akan mencipta struktur pembinaan

yang bersimetri ataupun menunjukkan kesedaran

terhadap bentuk, keseimbangan, rekaan, dan pola.

Sediakanlah persekitaran pembelajaran yang akan

menggalakkan penerokaan.

Perhatikan mereka yang menggunakan pelbagai bahan

bagi membina struktur-struktur tertentu. Dengarkan

pula perbincangan mereka atau apa-apa pernyataan

yang menunjukkan mereka berminat dalam membuat

perbandingan.

Dengarkan komen kanak-kanak apabila mereka

berbincang mengenai warna anak mata. Pastikan

bahawa komen yang diberi tidak berunsur rasis, tetapi

terarah untuk menghargai perbezaan antara manusia.

Apabila anda yakin yang aktiviti ini akan diterima

dengan baik dan mereka terpanggil untuk turut serta,

galakkan mereka untuk melihat cermin keadaan anak

mata mereka. Gunakanlah kaca pembesar, mereka pasti

akan bergembira dengannya. Galakkan mereka untuk

melihat ke dalam anak mata satu sama lain. Minta dua

orang kanak-kanak melihat cermin pada satu-satu masa

dan minta mereka membuat perbandingan. Adalah

penting bagi mereka menyedari perbezaan warna anak

mata menerusi pengalaman sendiri, sebelum beranjak

kepada cara-cara pembuatan graf yang lebih formal

lagi.

18

Perhatikan mereka yang sedang meneroka idea

mengenai pola. Tunjukkan pola-pola yang terdapat di

persekitaran mereka. Sediakan ruang dan juga bahanbahan

supaya mereka dapat membentuk pola ini dengan

lebih teliti.

Anda mungkin ternampak kanak-kanak yang sedang

membina rumah permainan. Tambahkan lagi beberapa

‘bahan bebas’ yang lain untuk menggalakkan

penglibatan aktif dalam permainan.

Dengarkan perbincangan mereka mengenai hujan atau

kekurangan hujan. Perkembangkan perbincangan itu,

dengan bertanya, “Apabila hujan, adakah kita akan

selalu mendengarnya?” “Bagaimana kita nak tahu kalau

malam tadi hujan telah turun?” Kumpulkan bahan-bahan

terlebih dahulu, dan apabila mereka telah bersedia,

perkenalkanlah aktiviti ini. Minta idea mereka mengenai

bagaimana mereka boleh mengesan sama ada

hujan telah turun atau tidak malam tadi, atau berapa

banyakkah hujan yang telah turun sepanjang hujung

minggu yang lalu. Sebilangan mereka mungkin tahu apa

itu tolok hujan, tetapi sebahagian lagi mungkin tidak

pernah mendengar pun mengenai alat ini.

Perhatikan mereka yang sedang menggunakan plastisin

ataupun doh permainan, dan apabila mereka mula

membuat ‘biskut’ dengan menggunakan penerap, inilah

peluang terbaik untuk melakukan aktiviti ini. Kalau hal

ini tidak berlaku, cadangkan kepada mereka untuk

membuka ‘Kedai Biskut’ dan galakkanlah mereka untuk

bermain ke arah itu.

Memadankan nama-nama nombor kepada bahanbahan

yang terdapat di persekitaran mereka mungkin

akan menimbulkan kesusahan kepada mereka yang

baru belajar untuk membilang. Selalunya, mereka

akan membuat apa yang dianggap oleh orang

dewasa sebagai ‘kesalahan’. Tugas anda adalah

untuk menggalakkan percubaan, dan dengan lembut

mencadangkan kepada mereka untuk membilang semula

bagi memastikannya. (Kali ini, bantulah mereka untuk

membilang secara perlahan-lahan sambil menyentuh

setiap bahan atau anda bolehlah menebar bahan-bahan

tersebut untuk memudahkan mereka melihatnya.) Belajar

untuk membilang dengan tepat pastinya mengambil

masa, jadi, bersabarlah.

19

Perhatikan mereka yang berminat membina istana

pasir, juga yang mengisi acuan dengan pasir dan

menterbalikkan acuan itu secara berhati-hati untuk

memastikan bentuk-bentuk yang mereka kehendaki akan

terhasil dengan baik. Atau, perhatikanlah mereka yang

berminat dengan pembuatan bangunan menggunakan

blok-blok kayu. Galakkan perbincangan mengenai

pembinaan rumah, pembuatan batu-bata, pembinaan

dinding, sambil turut memberi tumpuan kepada polapola

yang terdapat pada bangunan-bangunan, sama

ada yang sebenar atau di dalam gambar.

Menggunakan Objektif-Objektif Majlis

Kebangsaan Guru Matematik (NCTM), Amerika

Syarikat

“Kita merupakan penghuni dunia matematik. Apabila

membeli barang, memilih plan insurans dan kesihatan,

serta menggunakan aplikasi ‘spreadsheet’, kita sebenarnya

bergantung kepada pemahaman matematik kita. Laman

sesawang, CD-Rom, dan media-media lain menyalurkan

banyak maklumat yang berbentuk kuantitatif. Tahap

pemikiran matematik dan cara penyelesaian masalah

yang diperlukan di tempat kerja akan terus meningkat.

Anak-anak anda perlu belajar untuk membentuk pemikiran

matematik dan ini memerlukan banyak usaha. Di dunia

sebegini, sesiapa yang memahami konsep matematik serta

boleh mengaplikasikannya akan mempunyai peluang

yang lebih berbanding orang lain. Keupayaan matematik

membuka pintu ke arah masa depan yang produktif.

Ketidakupayaan matematik akan menutup pintu tersebut.”

(NCTM, 2000)

Prinsip-prinsip dan Objektif-objektif bagi Pembelajaran

Matematik di Sekolah, NCTM, April 2000.

Rangka Kerja bagi Penulisan Matematik untuk

Prasekolah

Pada tahun 90-an, sekumpulan pakar matematik

telah bersetuju untuk membangunkan satu set yang

mengandungi 10 Piawai Kebangsaan bagi murid-murid di

gred K – 12 (umur 5 hingga 17 tahun) di Amerika. Objektifobjektif

ini telah disenarai serta dihuraikan secara panjang

lebar di laman sesawang NTCM di: http://www.nctm.org.

Objektif-objektif pembelajaran matematik bagi kelas Pra

20

K–2 adalah seperti berikut:

Di kelas-kelas prasekolah sehingga ke gred 2 (umur 4

hingga 7 tahun), semua kanak-kanak sepatutnya dapat:

Membilang dengan penuh kefahaman dan mengenal

pasti bilangan yang terdapat di dalam satu-satu

kumpulan;

Menggunakan pelbagai model bagi membentuk

pemahaman awal mengenai konsep nilai tempat dan

sistem nombor gandaan sepuluh;

Membentuk kefahaman mengenai kedudukan dan saiz

kesemua nombor. Juga mengenai nombor-nombor

ordinal dan kardinal serta hubungan antara keduanya;

Membina kesedaran mengenai nombor bulat dan

mewakilkan serta menggunakannya secara fleksibel,

termasuklah menghubung, mencipta, menggabungkan,

dan mencerakinkannya;

Menghubungkan nama-nama angka dan lambangnya

kepada kuantiti yang diwakilinya, dengan menggunakan

pelbagai model fizikal dan perwakilan; dan

memahami dan mewakilkan pecahan-pecahan yang

selalu digunakan, seperti ¼, ¾ , dan ½.

Setiap negeri dan kebanyakan daerah di Amerika

mempunyai kumpulan piawai mereka sendiri. Namun

kesemuanya akan tetap selaras dengan piawai kebangsaan

seperti yang telah dinyatakan di atas.

Penyusunan aktiviti dalam buku ini dilandaskan kepada

piawai-piawai NCTM. Ini membentuk struktur pembelajaran

yang membolehkan guru dan kanak-kanak berinteraksi.

Sekarang, kebanyakan negara di dunia ini, pengujian dan

piawai-piawai pembelajaranlah yang memandu kurikulum.

Oleh hal yang demikian, kami telah memutuskan bahawa

buku ini akan dibentuk mengikut acuan NCTM. Walaupun

kesemua aktiviti dalam buku ini akan menghadirkan

keceriaan kepada kanak-kanak dan guru semasa

mempelajari matematik, namun, kami tetap memastikan

yang objektif NCTM dapat dicapai menerusi aktiviti-aktiviti

ini.

Kami faham peri pentingnya membina asas kefahaman

matematik yang kukuh di dalam diri kanak-kanak. Pada

tahun-tahun awal, mereka sedang membina sistem

21

kepercayaan mengenai apa itu matematik, apakah

ertinya mereka mengetahui dan berbuat sesuatu yang

melibatkan matematik, serta mengenai diri mereka sendiri

sebagai orang yang mempelajari matematik. Apa yang

mereka pelajari daripada pengalaman sehari-hari akan

mempengaruhi pemikiran mereka mengenai pencapaian

dalam, dan sikap mereka terhadap matematik, serta

keputusan-keputusan yang bakal dibuat mengenai

pembelajaran matematik pada tahun-tahun seterusnya.

Guru-guru prasekolah dan ibu bapa yang mengajar di

rumahlah yang akan membentuk asas dalam pembelajaran

matematik mereka, sekarang dan pada masa hadapan.

Semasa anda sedang membina kurikulum serta merancang

aktiviti pembelajaran, berikan tumpuan khusus kepada

perkara-perkara yang telah ditekankan dalam Piawai-

Piawai Pembelajaran Matematik NCTM seperti berikut:

Kanak-kanak akan membina banyak konsep matematik,

sekurang-kurangnya pada kerangka intuitif yang asas,

sebelum mereka mencecah usia persekolahan.

Kanak-kanak kecil akan mengenali dan membezakan

secara spontan objek-objek dalam kumpulan yang

kecil, dan ramai kanak-kanak prasekolah memiliki

pengetahuan matematik yang banyak sungguhpun

dalam bentuk yang tidak formal.

Orang dewasa boleh menambah baik pemahaman

matematik kanak-kanak dengan menyediakan

persekitaran yang kaya dengan bahasa, di mana berfikir

adalah digalakkan, keunikan dihargai, dan penerokaan

disokong sepenuhnya.

Kanak-kanak berkemungkinan besar akan memasuki

sekolah dengan tahap pemahaman matematik

yang berlainan. Hal ini sangat bergantung kepada

pengalaman serta peluang mereka mempelajari

matematik.

Beberapa orang kanak-kanak akan memerlukan

sokongan tambahan supaya mereka tidak ketinggalan di

kelas tadika mereka.

Ujian pengesanan awal patut dilakukan untuk

memperoleh maklumat untuk proses pengajaran serta

merancang langkah-langkah pembaikan awal, bukan

untuk mengasingkan kanak-kanak mengikut tahap

kemahiran mereka.

22

Setiap kanak-kanak berhak menerima program

matematik yang berkualiti tinggi yang meliputi

pembelajaran matematik yang disampaikan menerusi

kaedah yang menghormati intipati ilmu matematik itu

dan sifat semulajadi kanak-kanak kecil.

Program-program ini mestilah dirancang untuk

mengembangkan kefahaman intuitif serta pengetahuan

matematik tidak formal kanak-kanak.

Program-program matematik perlulah serasi dengan

ilmu mengenai perkembangan awal kanak-kanak

serta menyediakan persekitaran yang menggalakkan

pembelajaran yang aktif dan kanak-kanak yang bersedia

untuk menerima cabaran baru.

Menggunakan bahan-bahan konkrit dan mesin pengira

dengan cara yang sesuai akan membantu kanak-kanak

untuk mempelajari konsep-konsep ini.

Aktiviti-aktiviti program matematik peringkat awal ini kami

reka dengan tumpuan khusus kepada Operasi Nombor,

Algebra, Geometri, Pengukuran, Analisis Data dan

Kebarangkalian, serta Penyelesaian Masalah. Aktiviti-aktiviti

dua topik yang terakhir merupakan penerokaan berpandu.

Guru akan membantu kanak-kanak dengan kemahiran

yang mereka ada. Komunikasi merupakan piawai akhir

yang perlu dalam setiap aktiviti dan menjadi penting

dalam banyak aktiviti, kerana kanak-kanak pastinya akan

digalakkan untuk berkongsi perasaan mereka.

Aktiviti-aktiviti dalam buku ini menepati Garis Panduan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia (panel

penterjemah).

Menilai Kanak-kanak

Dalam buku ini, kami mahu menyuburkan kecintaan

kanak-kanak terhadap penyiasatan dan eksperimen yang

berkaitan dengan matematik. Oleh itu, kami mempunyai

beberapa idea bagi menjadikan penilaian untuk kanakkanak

lebih positif dan mesra kanak-kanak. Seyogia

diingatkan, kebanyakan konsep matematik memerlukan

masa yang panjang untuk ditajamkan. Ianya adalah

sebuah proses, dan kanak-kanak, seperti juga anda,

sedang berada dalam sebuah kembara pembelajaran.

23

Aktiviti dan penilaian sepatutnya saling berhubungan.

Kembali semula kepada sesebuah aktiviti pada hari

yang lain akan memberikan anda peluang terbaik untuk

menilai kanak-kanak menerusi respons mereka. Bolehkah

mereka mengulang aktiviti tersebut? Mampukah mereka

menceritakan kembali apa yang telah mereka lakukan

sambil menggunakan sebahagian atau kesemua istilah

yang sepatutnya?

Tip-Tip bagi Membuat Penilaian

Pemerhatian guru adalah sangat penting. Pemerhatian

merupakan gabungan mendengar dan memerhati

– sentiasalah membuka mata dan memasang telinga

begitu juga hati anda.

Penilaian boleh diselitkan ke dalam sesebuah aktiviti.

Kanak-kanak boleh mengekspresikan apa yang

mereka tahu dengan menggunakan ‘bahasa’ mereka

sendiri (muzik, drama, binaan blok, lukisan/catan, dan

membentuk daripada tanah liat). Penilaian sepatutnya

didasarkan kepada konteks sesuatu aktiviti atau

kemahiran.

Pemerhatian mestilah berdasarkan kepada kelakuan

setiap kanak-kanak, bukannya kelakuan mereka sebagai

sebuah kumpulan.

Adakah kanak-kanak telah menggunakan kemahiran

atau istilah yang telah dipelajari di persekitaran yang

lain? Sekali lagi, bersabarlah. Sangat mudah bagi

mereka untuk memberikan kita jawapan yang mereka

tahu kita ingin dengar. Kita sebenarnya mencari

pemahaman sebenar, dan ini pastinya mengambil masa.

Pemahaman sebenar bermaksud kanak-kanak akan

mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka ke

dalam satu situasi yang baru dan berlainan.

Penilaian perlu dilakukan sepanjang masa.

Produk-produk yang dihasilkan oleh kanak-kanak boleh

direkodkan bagi menyokong pemerhatian anda.

Ambillah sampel-sampel atau gambar-gambar yang

menunjukkan proses yang dilalui kanak-kanak untuk

memahami sesuatu perkara.

Penilaian merupakan komponen penting bagi setiap

aktiviti. Semasa kanak-kanak sedang menyelesaikan

sesuatu aktiviti, anda bolehlah membuat dan

24

merekodkan pemerhatian. Setelah aktiviti itu selesai,

minta kanak-kanak untuk membuat kembali bahagianbahagian

tertentu, ataupun menceritakan kembali

bagaimana atau apa yang telah berlaku semasa aktiviti

tadi.

Satu senarai semak yang mudah boleh dibuat, ataupun

pemerhatian-pemerhatian yang dijalankan bolehlah

direkodkan di dalam sebuah buku nota. Jangan lupa

meletakkan tarikhnya!

Setelah sesuatu aktiviti itu selesai, ajak kanak-kanak

untuk duduk dalam bulatan dan tinjaulah kembali aktiviti

yang berlaku tadi. Isi kandungan sesi perbincangan

ini akan memberitahu sama ada mereka telah mahir

dalam sesuatu konsep atau tidak. Pastikan mereka

yang pendiam mendapat galakan untuk berkongsi

idea mereka. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai

kemahiran berbahasa dan mampu berkongsi idea

mereka secara verbal, manakala yang lain pula

harus menunjukkan pemahaman mereka dengan

menggunakan bahan-bahan daripada aktiviti yang telah

dilakukan tadi.

Jika sesuatu kemahiran itu tidak dapat dikuasai oleh

kanak-kanak, jangan ragu untuk mengulang semula

aktiviti tersebut. Sebagai alternatif, sediakanlah aktiviti

yang hampir sama dengan aktiviti tadi, menggunakan

konsep yang sama. Satu aktiviti sahaja mungkin tidak

mencukupi untuk membentuk sesuatu kemahiran,

dan aktiviti ini mungkin berfungsi hanya sebagai satu

pengenalan. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak

secara berterusan mungkin satu-satunya cara bagi anda

untuk mengetahui sama ada sesuatu kemahiran itu

sudah dikuasai atau belum.

Pasangkan kanak-kanak yang sudah menguasai

sesuatu kemahiran dengan mereka yang belum mahir.

Penyiasatan dalam kumpulan yang kecil adalah satu cara

yang sangat berguna.

Kesesuaian Umur

Kami telah membuat keputusan bahawa cara terbaik

bagi menentukan aktiviti dengan kesesuaian umur adalah

dengan menyusun aktiviti dalam buku ini mengikut turutan,

yang paling mudah sehingga yang paling sukar, pada

setiap bab. Memilih julat umur yang sesuai bagi setiap

25

aktiviti adalah agak sukar untuk dilakukan. Biasanya dalam

satu kumpulan kanak-kanak, terdapat pelbagai kemahiran

dengan tahap yang berbeza-beza di kalangan ahlinya.

Walaupun aktiviti ini disusun berdasarkan pengalaman

kami melaksanakan aktiviti ini, atau yang serupa, bersama

kanak-kanak, ingatlah bahawa setiap kanak-kanak

mempunyai pengalaman tersendiri yang akan memandu

respons mereka terhadap aktiviti itu. Penilaian anda

terhadap penglibatan setiap kanak-kanak dengan bahanbahan

yang disediakan, kemudiannya akan menjadi satu

panduan buat anda, sama ada mahu meneruskan atau

menukar arah dalam mana-mana aktiviti. Kami juga tahu

beberapa aktiviti yang mudah boleh digunakan sebagai

sebuah pengenalan untuk aktiviti yang lebih mencabar

kemudiannya. Namun, anda boleh meneruskan aktiviti

yang lebih sukar dengan cepat bersama kanak-kanak yang

lebih matang dan berusia.

Bercakap dengan Kanak-Kanak Menggunakan

Istilah-Istilah Matematik

Setiap kali kanak-kanak diperkenalkan atau menggunakan

sesuatu konsep matematik, mereka sebenarnya sedang

membentuk proses-proses konseptual mereka sendiri

dan memahami tentang perhubungan matematik. Kita

tidak boleh membina konsep dan perhubungan tersebut

bagi pihak mereka. Juga, kita tidak mungkin dapat

memikirkan satu strategi untuk berjaya memahami dan

mempelajari konsep dan istilah matematik untuk setiap

kanak-kanak. Mereka perlulah membentuk konsep-konsep

dan perhubungan-perhubungan ini dalam minda mereka

sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Berilah

mereka sebanyak mungkin pengalaman yang berlainan

dan pelbagai, sambil turut menekankan penggunaan istilah

yang betul untuk menerangkan sesuatu proses. Untuk

kanak-kanak kecil, matematik perlulah dipelajari menerusi

pemanipulasian objek-objek sebenar dalam persekitaran

eksperimen.

Jika mereka perlu mengetahui sesuatu bahasa matematik,

guru atau ibu bapa mestilah menggunakan bahasa tersebut

semasa aktiviti bersama kanak-kanak itu. Dengan berbuat

demikian, anda telah memberikan kanak-kanak satu cara

untuk mengekspresikan apa yang telah mereka pelajari.

Boleh dikatakan, perkataan atau ungkapan yang baru

26

dipelajari ini memberikan kanak-kanak itu ‘satu kelebihan’?

Semasa proses penulisan dan pengujian setiap aktiviti,

kami telah membina satu senarai perkataan yang kami fikir

sesuai bagi setiap aktiviti. Anda mungkin mahu menambah

perkataan itu. Cubalah untuk menggunakan perkataan

di dalam senarai sekerap mungkin semasa proses

pembelajaran bersama kanak-kanak. Untuk kanak-kanak

yang lebih berusia, anda mungkin mahu menunjukkan atau

menulis sesuatu perkataan sambil ia diperkenalkan semasa

proses pembelajaran. Dengan menulis perkataan itu,

proses membuat perhubungan antara komunikasi verbal

dan tulisan di kalangan kanak-kanak akan semakin mudah.

Tip-Tip Pengajaran Istilah

Cara terbaik untuk memperkenalkan istilah-istilah baru

adalah semasa aktiviti sedang dijalankan.

Ulangilah istilah-istilah tadi dalam konteksnya sekerap

yang mungkin sepanjang tempoh pembelajaran.

Dengarkan kanak-kanak menggunakan istilah-istilah

tadi untuk menerangkan mengenai perbuatan-perbuatan

mereka semasa aktiviti berlangsung.

Dengarkan mereka menggunakan istilah-istilah tersebut

semasa aktiviti-aktiviti yang lain.

Beberapa hari kemudian, tinjaulah kembali istilah-istilah

tersebut dalam konteks yang sama atau lebih kurang

sama.

Kemudian, ulangi atau kembangkan aktiviti tadi, dengan

menggunakan istilah-istilah yang telah dipelajari

sebelumnya dalam konteks yang sama sekali lagi.

Sudut-Sudut di dalam Kelas

Aktiviti-aktiviti dalam ‘Matematik Prasekolah’ boleh

digunakan di sudut-sudut tradisional di sekolah anda.

Dengan memilih untuk menggunakan buku ini, anda

akan menjadikan pengajaran anda lebih fokus, sambil

menambah unsur matematik ke dalam kurikulum anda.

Semasa menulis, kami telah cuba untuk memasukkan

kesemua sudut yang terdapat di dalam kelas anda ke

dalam aktiviti-aktiviti matematik kami. Jika anda fikir kami

telah melupakan bilik air, anda ternyata salah. Bukalah bab

27

‘Basah Lagi Bersepah’ dan gunakanlah aktiviti-aktiviti yang

terdapat di situ.

Sudut Matematik di dalam kelas anda adalah satu kawasan

yang memerlukan perhatian yang khusus. Sudut ini sangat

penting kepada kurikulum matematik. Di sinilah tempatnya

alatan baru akan diperkenalkan. Ia juga akan menjadi

tempat aktiviti bagi kumpulan yang kecil ataupun manamana

aktiviti yang begitu disukai oleh kanak-kanak akan

diulangi.

Sudut Matematik boleh berdiri secara sendiri ataupun

digabungkan dengan Sudut Sains kerana kebanyakan

bahan yang digunakan semasa aktiviti matematik boleh

dipakai kembali bagi kajian-kajian sains. Seperti yang anda

tahu, kanak-kanak yang mahu menjadi saintis tetap perlu

mempunyai asas kefahaman matematik yang kukuh.

Sambil anda menyediakan Sudut Matematik dan/atau

Sudut Sains di dalam kelas anda, anda mungkin mahu

menimbangkan perkara-perkara berikut:

Permukaan yang bebas sepah untuk tujuan kerja dan

penyimpanan.

Rak-rak pada almari dan lantai bagi tujuan penyimpanan

bahan bagi satu tempoh yang lama.

Kemudahan penyimpanan yang membenarkan kanakkanak

akses yang mudah ke dalamnya khususnya bagi

mendapatkan bahan-bahan yang selalu digunakan.

Fikirkan mengenai idea-idea berikut apabila anda sedang

menyedia, mengguna dan menyelenggara sudut-sudut ini:

Apa-apa bahan istimewa yang akan digunakan dalam

aktiviti-aktiviti matematik pada masa terdekat perlulah

diletakkan di Sudut Matematik agar mudah diperoleh.

Apakah, arahan awal yang sesuai untuk bahan-bahan

atau alatan yang baru?

Tinjau ulang Sudut Matematik anda mengikut tempohtempoh

tertentu secara tetap dan alihkan bahan-bahan

yang tidak digunakan.

Fikirkan satu kaedah bagi menyusun bahan-bahan

supaya ia senang dilihat. Contohnya, anda boleh

meletakkan pensel di dalam satu bekas, krayon di dalam

bekas yang lain, pembaris di dalam sebuah kotak, kertas

graf di dalam sebuah fail, dan penentu masa di belebas

28

tingkap. Mesin penimbang sepatutnya berada di luar

sepanjang masa, begitu juga dengan cawan pengukur.

Termometer bolehlah diletakkan di kawasan “Tanya

Cikgu”.

Wujudkan peraturan-peraturan keselamatan.

Wujudkan peraturan untuk pemulangan bahan dan

proses pembersihan.

Wujudkan peraturan mengenai bilangan orang yang

boleh berada di satu-satu sudut pada satu-satu masa,

bagi mengelakkan kesesakan.

Adakah anda perlukan buku-buku berkaitan matematik

di sudut matematik atau di sudut bacaan?

Adakah anda telah melabelkan bahan-bahan yang perlu

dilabelkan?

Kami berharap buku ini akan memperkayakan kehidupan

kanak-kanak. Ia juga diharap dapat memperkenalkan

konsep-konsep yang membina asas-asas untuk

pembelajaran seumur hidup, sambil menggalakkan

proses berfikir penelahan dan penerokaan. Juga dapat

menggalakkan orang dewasa untuk menjadikan pendidikan

matematik awal kanak-kanak sebuah taman permainan

Matematik yang sebenar!

Dahlberg, G. 1999. Early childhood pedagogy in a

changing world. A practice-oriented

research project troubling dominant

discourses within a field of early childhood

education. Keynote address: Unpacking

Observation and Documentation

Conference, Macquarie University, Sydney,

Australia. 24-25 Sept.

Eisner, E. September 1985. Curriculum ideals for

children under eight. 17th National

Triennial Conference, Brisbane, Australia (p. 17

– 21) Australian Early Childhood

Association.

Gardner, Howard. 1993. On teaching for

understanding: A conversation with Howard

Gardner. Educational Leadership. 50:7 April.

29

Malaguzzi, L. 1998. History, Ideas, and Basic

Philosophy. An Interview with Lella

Gandini. Cited in Edwards, C., L. Gandini,

and G. Forman. The hundred languages

of children (2nd Edition) p. 82, 91-93.

Westport, CT: Ablex Publishing.

Rinaldi, C. 1998. Projected Curriculum Constructed

Through Documentation-

Progettazione. An Interview with Lella

Gandini. Cited in Edwards, C., L.

Gandini, and G. Forman. The hundred

languages of children (2nd Edition)

Westport, CT: Ablex Publishing.

Senarai Bahan-Bahan untuk Pengajaran Matematik

Kebanyakan bahan yang digunakan dalam buku ini adalah

senang untuk dikumpulkan. Anda mungkin perlu membeli

beberapa bahan daripada pembekal yang dilantik oleh

sekolah, tetapi kebanyakannya boleh didapati di kedaikedai.

Satu senarai bahan-bahan yang selalu digunakan

dapat dilihat di halaman berikutnya. Buatlah salinan senarai

ini. Hantar ia ke rumah para pelajar bersama sekeping

surat, meminta sumbangan ibu bapa untuk mengumpul

sebahagian daripada bahan-bahan yang tersenarai.

30

Senarai Bahan-bahan

Bakul

Balang makanan bayi

Baldi

Berus

Blok-Blok Permainan

Botol

Bulu-bulu

Butang-butang

Cawan

Cat (tempera, warna air,

untuk catan jari)

Cawan penyukat

Cermin

Dadu

Daun

Gam

Gambar bulan

Glob

Guli

Jam

Jarum

Kad-kad indeks

Kain

Kapur

Krayon

Kertas berwarna

Kertas pembalut

aluminium

Koleksi objek-objek

yang menarik seperti;

cengkerang, kekacang,

daun, kayu-kayu kecil,

batu kerikil, kain-kain

yang mempunyai tekstur

yang istimewa, jubin

seramik bersaiz kecil,

butang, tali, serta bahanbahan

lain yang

difikirkan sesuai

Kepingan-kepingan felt

Manik

Majalah (yang boleh

digunting)

Papan berklip

Pembaris

Penimbang

Pen Marker Hitam

Penyepit pakaian

Pewarna makanan

Pita pelekat

Pinggan kertas

Set kad

Sudu

Tanah liat

Wang syiling

31

32

Permainan

Aktiviti

33

34

Nombor Tubuh

Badan Kita

Mempelajari nama-nama bahagian

tubuh badan adalah sebahagian

daripada pendidikan awal setiap

kanak-kanak. Memahami yang setiap

orang mempunyai jumlah anggota

badan tertentu juga amat penting,

sepertimana anda memadankan

angka-angka dengan bentuk serta

ejaannya. Aktiviti ini menggalakkan

kanak-kanak untuk meneroka ideaidea

mengenai ciri-ciri bersimetri yang

dimiliki oleh mereka sambil membuat

pemerhatian mengenai makhlukmakhluk

lain dan benda-benda di

sekitar mereka.

Konsep-konsep Matematik

Mengira

Mengenal nombor

Mengklasifikasi

Mengenal pasti pola

Bahan-bahan

Gambar tangan, hidung, telinga,

mata, kaki, serta anggota

badan yang lain (balut dengan

pembalut plastik berlamina

bagi melindunginya)

Kad-kad indeks

Pen Marker

Sebelum Aktiviti Dimulakan

Tulis angka 1, 2, 5, dan 10 di atas

kad-kad indeks.

Apa yang Perlu Dilakukan

1.

2.

3.

4.

5.

Berbincanglah bersama kanak-kanak

mengenai tubuh badan mereka.

Dengarkan pemerhatian mereka

mengenai pasangan-pasangan

anggota badan.

Main permainan ini: Kanak-kanak akan

menari mengikut alunan muzik, dan

apabila muzik telah berhenti, ketua

permainan akan menyebut ‘satu’,

dan mereka perlu mengimbangkan

badan mereka dengan menggunakan

hanya satu bahagian tubuh badan

mereka. Atau ‘dua’, dan mereka

perlu mengimbangkan tubuh mereka

dengan dua bahagian tubuh sahaja

(tidak semestinya dua kaki – jadikan

ia lebih kreatif, seperti sebelah tangan

dan sebelah kaki). Sebut pula ‘sepuluh

dan ‘dua puluh’, dan lihat apa yang

berlaku. Gunakan idea mereka untuk

menjalankan aktiviti seterusnya.

Letakkan kad-kad indeks yang bertulis

1, 2, 5, dan 10 (jika bersesuaian,

tulislah nama-nama nombor ini, satu,

dua, lima dan sepuluh) di kawasan di

mana aktiviti ini akan dijalankan.

Minta setiap kanak-kanak

mengasingkan gambar-gambar

anggota badan dan meletakkannya

bersama kad angka yang bersesuaian.

Contohnya, gambar sepasang mata

diletakkan bersama kad angka 2.

Teruslah mengasingkan gambargambar

sehingga selesai.

Letakkan bahan-bahan yang

digunakan tadi mengikut kumpulannya

(gambar dan kad indeks) di Sudut

Matematik untuk kegunaan secara

individu.

Istilah

Bahagian-bahagian tubuh badan,

pengiraan, pengasingan

Penilaian Kemahiran Matematik

Bolehkah mereka membincangkan

pola-pola 1, 2, 5, dan 10 yang

terdapat di tubuh mereka?

Bolehkah mereka mengenal pasti

bahagian-bahagian lain tubuh

badan mereka yang berpasangan,

dalam kumpulan berlima ataupun

sepuluh, untuk disesuaikan dengan

kategori nombor yang sedang anda

bincangkan.

Aktiviti Tambahan

Tampalkan gambar anggota badan

mengikut jumlahnya di atas kad-kad

bernombor (contohnya, sepasang

telinga dilekatkan pada kad angka ‘2’)

untuk bertindak sebagai kad imbasan

untuk rujukan.

Gunakan haiwan sebagai alternatif

kepada tubuh badan dan asingkan

gambar-gambarnya mengikut bilangan

kakinya. Tukar kad bernombor kepada

2 dan 4.

Tukarkan gambar kepada perkataan

apabila tahap kemahiran kanak-kanak

bertambah.

Sediakan cermin-cermin kecil yang

panjang untuk diletakkan pada garis

tengah gambar-gambar wajah, atau

orang, kereta, trak, dan haiwan supaya

kanak-kanak boleh melihat apa yang

berlaku apabila mereka melihat ke

dalam cermin. Mereka mungkin

menyedari bahawa terdapat bendabenda

yang bersimetri dan tubuh kita

juga mempunyai sejenis simetri yang

tidak tepat.

Lipat sekeping kertas kepada dua

bahagian dan minta mereka melukis

di bahagian yang berlipat separuh

daripada bentuk hati ataupun bentuk

35

36

lain. Minta mereka guntingkan bentuk tadi, sambil

meninggalkan bahagian lipatan itu, dan lihatlah apa

yang terjadi apabila lipatan itu dibuka.

Muat Tak?

Menganggarkan bilangan objek-objek

bersaiz tertentu yang boleh dimuatkan

ke dalam sebuah bekas bergantung

bukan sahaja kepada pengalaman lalu

kanak-kanak ataupun pengetahuan

mereka mengenai ruang, tetapi

bergantung juga kepada pengetahuan

nombor-nombor mereka. Aktiviti

ini memberikan mereka peluang

untuk meneroka konsep-konsep

penganggaran, penggabungan,

pengiraan, dan kesedaran ruang.

Konsep-konsep Matematik

Mengira

Menganggar

Mengenal pasti hubungan antara

ruang

Bahan-bahan

Bekas pelbagai saiz

Blok kecil ataupun kiub

Papan berklip

Kertas

Pen

Istilah

Sepadan, muat, kurang, lebih,

nama nombor, ruangan, sama,

ruang

Apa yang Perlu Dilakukan

1. Pamerkan bahan-bahan di atas sebuah

meja dan minta kanak-kanak untuk

meneroka kawasan ini.

2.

3.

Tunjukkan kepada mereka sebuah

bekas. Tanyakan kepada mereka,

“Berapa banyak bahan ini yang boleh

dimuatkan ke dalam bekas ini?”

Dengarkan jawapan mereka.

Galakkan mereka untuk membilang

sehingga bekas itu penuh.

Katakan kepada mereka, “Banyak tu.

Jika kita menggunakan blok-blok ini

(pilih sebuah blok yang berlainan saiz),

adakah kita akan memerlukan lebih

banyak ataupun lebih sedikit blok untuk

memenuhkan bekas ini? Jom kita cari

jawapannya. Adakah masih terdapat

sebarang ruang untuk memasukkan

sebuah blok lagi? Okay, sekarang kita

cari pula sebuah bekas yang lebih kecil.

Ini sesuai. Apa pendapat kamu? Berapa

banyak blok yang boleh dimuatkan ke

sini? Macam mana kita nak tuliskan

perkara ini agar diketahui oleh semua

orang?”

Penilaian Kemahiran Matematik

Adakah mereka mampu menganggar

dan membilang blok-blok kecil yang

boleh dimuatkan ke dalam sesuatu

ruang?

Bolehkah mereka menyemak semula

anggaran mereka mengikut perubahan

saiz blok-blok ataupun bekas?

Aktiviti Tambahan

Gunakan sebuah bekas yang rata dan

minta mereka menyusun blok-blok

supaya mereka menggunakan hampir

kesemua ruang yang diberikan.

37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!