08.03.2018 Views

PAKEJ CEPAT MATEMATIK PRASEKOLAH - TAHAP 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Zairani A. Hamid

Asma Khairuddin

Fadhlatullah Zakaryya Adam

www.ameeneducare.com.my

2-1, Tingkat Satu, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameeneducare@alameenserve.com AJL931362

Pertama kali diedarkan di Malaysia: April 2011

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.

Editor: Norwariza Mohd Hed

Reka Bentuk Kulit: Nuriman Amri Abdul Manap

Ilustrasi: Sabaruddin Ramli

Tipografi & Reka Bentuk: Norfadilah Zakaria

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara

elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin

terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd. (378533T)

Dicetak oleh:

Percetakan Majujaya Sdn Bhd. (452231W)

No.68, Jalan 14-E, Ampang New Village,

68000 Selangor.

Zairani A. Hamid, 1968

Cepat matematik prasekolah 1 : teks. 4-5 tahun / Zairani A. Hamid, Asma Khairuddin, Fadhlatullah Zakaryya Adam.

(Siri cepat matematik prasekolah)

ISBN 978-967-362-088-3 (set)

ISBN 978-967-362-085-2

1. Arithmetic--Study and teaching (Preschool). 2. Mathematic--Study and teaching (Preschool).

1. Asma Khairuddin. 11. Fadhlatullah Zakaryya Adam. 111. Judul. 1V. Siri.

372.7

2

Isi Kandungan

Pendekatan Cepat Matematik Prasekolah .......... 4

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran .......... 5

Senarai Bahan .......... 7

Aktiviti 1 .......... Kasut oh kasut! .......... 8

Aktiviti 2 .......... Baju lain seluar lain! .......... 10

Aktiviti 3 .......... Baju anak patung kertas! .......... 12

Aktiviti 4 .......... Butang, butang, butang! .......... 14

Aktiviti 5 .......... Pensel gergasi! .......... 16

Aktiviti 6 .......... Wah, syurga makanan! .......... 18

Aktiviti 7 .......... Kanak-kanak terpilih! .......... 20

Aktiviti 8 .......... Batu seremban .......... 22

Aktiviti 9 .......... Dari kecil ke besar .......... 24

Aktiviti 10 .......... Di manakah corak? .......... 26

Aktiviti 11 .......... Corak di pintu! .......... 28

Aktiviti 12 .......... Agar-agar doh berlapis! .......... 30

Aktiviti 13 .......... Gerakan bercorak saya! .......... 32

Aktiviti 14 .......... 10 budak hitam .......... 34

Aktiviti 15 .......... Memijak & membilang daun .......... 36

Aktiviti 16 .......... 1,2,3 lekuk! .......... 38

Aktiviti 17 .......... Mangkuk terapung! .......... 40

Aktiviti 18 .......... Kumpulan dadu! .......... 42

Aktiviti 19 .......... Mari menebuk angka! .......... 44

Aktiviti 20 .......... Angka berhias! .......... 46

Aktiviti 21 .......... Model angka .......... 48

Aktiviti 22 .......... Doh angka! .......... 50

Aktiviti 23 .......... Berapa banyak yang boleh muat? .......... 52

Aktiviti 24 .......... Berlian di mahkotaku .......... 54

Aktiviti 25 .......... Resepi sirap bandung! .......... 56

Aktiviti 26 .......... Membaling & membilang .......... 58

Aktiviti 27 .......... Mengumpul objek! .......... 60

Aktiviti 28 .......... Hari-hari menabung! .......... 62

Aktiviti 29 .......... Si penyepit dan si penyangkut .......... 64

Gambar kasut, stoking dan selipar .......... 66

Gambar butang .......... 67

Gambar pakaian.......... 68

Angka 0-10 .......... 69

Bibliografi .......... 70

Glosari .......... 71

Indeks .......... 72

3

Pendekatan Cepat

Matematik Prasekolah

Anak kecil mempunyai keupayaan

dan kehendak yang tinggi untuk

mempelajari matematik. Kemahiran

dan keupayaan untuk berfikir dalam

matematik meningkatkan keupayaan

minda untuk menguasai ilmu baharu.

Juga anak akan lebih mudah untuk

memahami apa yang berlaku di

persekitaran kerana matematik ada

dalam kehidupan sehariannya.

Cepat Matematik Prasekolah

(CMP) menarik dan berkesan

kerana:

1

Menyediakan Pengajaran dan

Pembelajaran Awal Matematik

yang Menyeronokkan dan

Bermakna.

Cepat Matematik Prasekolah

menggunakan pendekatan ‘belajar

melalui pengalaman’. Setiap aktiviti

yang disusun mempelajari matematik

dari kaca mata anak kecil. Anak

akan bermain di samping meneroka

idea dan konsep matematik melalui

perbincangan, penemuan, eksperimen,

pertanyaan, catatan dan penilaian yang

dibuat. Guru atau ibu bapa seharusnya

menyediakan ruang dan peluang untuk

anak memahami satu-satu konsep

matematik. Setiap aktiviti menggunakan

bahan-bahan yang mudah dicari dan

didapati di kawasan sekeliling.

2

Penekanan kepada Konsep

Nombor.

merupakan satu cabang ilmu tentang

hubungan antara nombor, peristiwa,

objek, sistem, pengiraan dan yang

lebih penting ialah kesedaran

bahawa nombor membantu kita untuk

menyusun kehidupan harian kita.

Penguasaan konsep asas matematik

yang kukuh membolehkan anak

untuk meneroka pelbagai cara untuk

menyelesaikan masalah matematik

dalam kehidupan harian.

3

Lengkap dan Sesuai untuk

Peringkat Umur 4 hingga 6 Tahun.

Cepat Matematik Prasekolah menepati

garis panduan dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan

dan garis panduan yang diterima pada

peringkat antarabangsa.

4

Pengajaran dan Pembelajaran

yang Tersusun dan Sistematik.

Setiap pengajaran dan pembelajaran

dijelaskan secara terperinci dan

sistematik. Panduan yang tersusun

berserta soalan yang sepatutnya

ditanya dan arahan yang sepatutnya

diberikan kepada anak di sepanjang

aktiviti disediakan. Ini untuk

memudahkan guru mahupun ibu bapa

untuk mengajar matematik dengan

lebih berkesan, dan mudah pula untuk

anak menerima satu-satu konsep yang

hendak diperkenalkan.

Matematik bukan hanya mengenai

simbol, pengiraan cepat, menghafal

mahupun latih tubi. Matematik

4

Panduan Pengajaran

dan Pembelajaran

Cepat Matematik Prasekolah

dibahagikan kepada beberapa

kelompok pelajaran. Di dalam Cepat

Matematik Prasekolah 1, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran disusun

dalam 2 kelompok pelajaran yang asas

dan penting iaitu pengalaman

pranombor dan konsep nombor.

Manakala di dalam buku 2, pelajaran

dibahagikan pula kepada 8 kelompok;

tambah, tolak, nilai wang, bentuk dan

ruang, pembinaan, ukuran, waktu,

ramalan dan penyelesaian masalah.

Setiap kelompok pelajaran mempunyai

aktiviti pelajaran, aktiviti pengukuhan

dan aktiviti pengayaan. Manakala

kelompok pelajaran yang awal

menyediakan anak untuk mampu

mengikuti kelompok pelajaran yang

seterusnya.

Aktiviti pelajaran bermula dengan

aktiviti di dalam buku teks CMP.

Setiap aktiviti boleh diulangi sehingga

anak dilihat telah agak mahir dalam

satu-satu kemahiran tertentu. Aktiviti

pengukuhan dan pengayaan menyusuli

kemudiannya dengan melakukan aktiviti

tambahan dan latihan di dalam buku

latihan. Sesuatu kemahiran seterusnya

digilap apabila anak melakukan latihan

di dalam buku latih tubi CMP.

Setiap aktiviti di dalam buku teks

CMP dilengkapi dengan kemahiran

yang hendak dikuasai, intipati aktiviti,

istilah, bahan, dan juga penilaian anak.

Senarai rujukan dan gambar-gambar

yang berkaitan juga disediakan untuk

memudahkan pengajaran.

Kelompok Pelajaran 1

Pengalaman Pranombor

Kemahiran ini penting untuk

menyediakan anak untuk memahami

konsep nombor. Pengalaman pra

nombor membina asas konsep nombor

dan pemahaman yang nombor amat

penting dalam kehidupan seharian kita.

Antara kemahiran pra nombor

adalah memadan, mengasing dan

mengelaskan, membuat seriasi,

dan mengecam corak berulang dan

membina pola.

• Pengelasan

Anak mesti mampu mengecam

persamaan dan perbezaan sebelum

dia boleh membuat pengelasan.

Pengelasan yang paling mudah

adalah kemahiran memadankan objek.

Kemahiran memadankan stoking atau

kasut/selipar amat sesuai untuk anakanak

kecil yang baru hendak mengenali

apa itu matematik. Kemahiran paling

sukar adalah kemahiran mengelaskan

objek mengikut ciri-ciri tertentu seperti

saiz, warna dan bentuk. Semakin

banyak ciri yang perlu dilihat, semakin

sukar sesuatu pengelasan itu.

Ada 7 tahap kemahiran yang perlu

anak-anak lalui:

1

Memadankan objek yang sama

pasangannya di dalam kelompok

yang berbeza cirinya. Contohnya,

mencari pasangan kasut di antara

kelompok stoking, selipar dan

sandal.

5

2

3

4

5

6

7

Memadankan objek yang tidak

sama pasangannya di dalam

kelompok yang mempunyai ciri

yang sama.

Mengasingkan objek mengikut

1 ciri yang boleh dilihat, contoh;

warna.

Mengasingkan objek mengikut

2 ciri, contohnya; saiz dan jenis

kasut.

Mengelaskan objek mengikut ciri

yang tidak boleh dilihat, contohnya;

bau, rasa, fungsi.

Mengelaskan objek yang berbeza

ciri.

Mengelaskan objek mengikut lebih

daripada 2 ciri, contohnya; saiz,

warna dan bentuk.

• Corak Berulang/Pola

Mengecam corak merupakan asas

kepada kemahiran berfikir dan

membuat ramalan. Sekiranya anak tidak

boleh mengecam corak, dia tidak boleh

meramalkan apa yang akan terjadi

seterusnya. Contohnya,

menyusun kasut bermula dari

saiz 1, saiz 2, saiz 3 , ______?

saiz 2, saiz 4, saiz 6, ____________?

Corak boleh dibuat menggunakan kod

tertentu. Corak yang paling mudah

ialah corak ABAB dan setelah mahir,

dikembangkan kepada ABC ABC dan

seterusnya.

4 kemahiran yang perlu dilalui oleh

anak:

1

2

Mengecam corak berulang yang

mempunyai ciri yang berbeza

dengan corak ABAB.

Mengecam corak berulang yang

mempunyai ciri yang sama dengan

corak ABAB.

3

4

Meneruskan corak

yang mudah tanpa bimbingan.

Membuat sendiri corak berulang

dengan corak ABAB mengikut ciri

tertentu.

Kelompok Pelajaran 2

Konsep Nombor

Nombor atau angka adalah simbol untuk

satu atau lebih daripada satu unit.

1 dipanggil angka tetapi apabila dieja

satu, ia dipanggil nombor. Nombor dan

angka melambangkan bilangan benda

atau objek yang boleh dibilang.

12 kemahiran yang perlu dilalui oleh

anak:

• Membilang secara menaik 1 - 10

(membilang terus).

• Membilang secara menurun 10 - 1

(membilang terus).

• Membilang objek.

• Membuat padanan satu – satu

(1 lobak merah – 1 ekor arnab).

• Memadankan objek dengan angka

(1 biji epal dengan angka 1).

• Memadankan angka dengan nombor

(angka 1 dengan tulisan satu).

• Mengecam nombor dan angka.

• Mengecam nombor dan angka yang

datang sebelum dan selepas.

• Mengenalpasti bilangan objek yang

dilambangkan oleh sesuatu angka.

• Membilang dan mengenalpasti

angka 10-20.

• Membandingkan bilangan objek;

lebih banyak daripada, kurang

daripada.

• Meletakkan angka dalam susunan

yang betul.

6

A

Agar-agar

Air gula

B

Baju bayi

Baju kertas

Bakul

Beg pasir

Beg kertas

Benang kait

Bekas

Bekas makanan

berbentuk silinder

Bekas minuman

Bola ping pong

Buku

Butang

Blok

C

Carta angka

Cawan

Corak

D

Daun

Dadu

Doh tepung

Dulang

G

Gam

Gelas

Guli

K

Kad

Kad angka

Kad bentuk

Kad gambar

Kasut

Kayu manis

Kertas mahjung

Kertas manila

Kertas warna

Koleksi syiling 1 sen

Kotak tisu

Klip kertas

L

Lego

Senarai Bahan

M

Makanan pedas,

manis dan masam

Manik

Melodi ‘10 budak

hitam’

P

Paku tekan

Pati sirap

Penebuk lubang

Pemadam

Pen ‘marker’

Pensel / pensel warna

Penyepit baju

Pewarna makanan

Piring cawan

Plastisin

Plastik

S

Sandal

Selipar

Seluar bayi

Selotep

Stoking

Sudu

Susu tepung

T

Tin

W

Warna air

7

Kasut

oh

Kemahiran:

• Memadankan objek

berpasangan yang sama.

kasut!

Intipati Aktiviti:

Anak mencari dan memadankan

objek berpasangan yang sama

seperti kasut di antara timbunan

kasut, selipar dan sandal.

Istilah:

• Padankan, bandingkan

• Kumpulkan, sama/serupa,

berbeza

• Bentuk, warna, saiz

Bahan:

• Pelbagai jenis kasut, stoking,

selipar atau kad gambar kasut,

stoking, selipar.

Penilaian:

• Anak boleh mencari pasangan kasut

di antara timbunan pelbagai jenis

kasut, sandal dan selipar.

• Anak boleh mencari pasangan kasut

di antara timbunan pelbagai jenis

kasut.

Sebelum

Aktiviti Bermula

• Dapatkan seberapa banyak

kasut, stoking dan selipar (boleh

juga gunakan kad-kad gambar

untuk menggantikan yang

sebenar).

• Campur gaulkan kasut, stoking

dan selipar tersebut dan

longgokkan di atas beberapa

buah meja.

8

Aktiviti

di dalam Kelas

1 Bahagikan kelas kepada

beberapa kumpulan kecil

(empat hingga lima orang dalam

satu kumpulan).

2 Minta setiap orang dalam

kumpulan mengambil sebelah

kasut daripada timbunan yang

ada di atas meja.

3 Kemudian, minta mereka

mencari kasut masing-masing

daripada timbunan yang sama.

Bantu mereka mencari dengan

mengarahkan mereka untuk

melihat ciri-ciri kasut yang dicari

seperti warna dan saiznya.

Gunakan istilah matematik

sebanyak mungkin seperti

‘Cuba padankan’, ‘Cuba

bandingkan’, ‘Cuba lihat, kasut

ini serupa atau berbeza’.

Aktiviti

Tambahan

• Teruskan aktiviti dengan

meminta anak mencari

pasangan sandal atau selipar

pula; apa yang tinggal di dalam

timbunan.

• Setelah anak sudah agak

mahir, minta mereka mencari

dan memadankan pasangan

kasut antara timbunan kasut

sahaja. Atau mencari dan

memadankan pasangan selipar

antara timbunan pelbagai jenis

selipar. Atau mencari dan

memadankan pasangan sandal

antara timbunan pelbagai jenis

sandal.

• Tentukan masa untuk aktiviti

mencari dan memadankan ini

sebagai cabaran.

4 Arahkan mereka untuk

menyusun dan meletak setiap

pasang yang dijumpai secara

bersebelahan.

5 Teruskan aktiviti sehingga

semua kasut dalam timbunan

habis disusun.

9

Baju lain

seluar lain!

Kemahiran:

• Memadankan objek

berpasangan yang tidak sama.

Intipati Aktiviti:

Anak mencari dan memadankan

objek berpasangan yang tidak

sama seperti baju dan seluar bayi.

Istilah:

• Padankan, bandingkan

• Kumpulkan, sama/serupa,

berbeza

• Bentuk/warna/saiz

Bahan:

• Pelbagai jenis baju dan seluar bayi

atau kad gambar baju dan seluar

bayi berasingan.

Penilaian:

• Anak boleh mencari pasangan baju

dan seluar bayi antara timbunan

pelbagai jenis pakaian.

• Anak boleh mencari pasangan baju

dan seluar bayi antara timbunan baju

dan seluar bayi sahaja.

Sebelum

Aktiviti Bermula

• Dapatkan seberapa banyak

pakaian termasuk baju dan

seluar bayi (boleh juga gunakan

kad-kad gambar).

• Campur gaulkan pakaianpakaian

tersebut dan

longgokkan di atas beberapa

buah meja.

10

Aktiviti

di dalam Kelas

1 Bahagikan kelas kepada

beberapa kumpulan kecil

(empat hingga lima orang dalam

satu kumpulan).

2 Minta setiap orang dalam

kumpulan mengambil baju bayi

sahaja daripada timbunan yang

ada di atas meja.

3 Kemudian, minta mereka

mencari pasangan baju iaitu

seluar masing-masing daripada

timbunan yang sama. Bantu

mereka mencari dengan

mengarahkan mereka untuk

melihat ciri-ciri baju atau seluar

yang dicari seperti warna dan

saiznya.

Gunakan istilah matematik

sebanyak mungkin seperti

‘Cuba padankan’, ‘Cuba

bandingkan’, ‘Cuba lihat,

seluar mana yang serupa?’

4 Arahkan mereka untuk

menyusun dan meletak setiap

pasang baju dan seluar yang

dijumpai secara bersebelahan.

5 Teruskan aktiviti sehingga

semua baju dan seluar bayi di

dalam timbunan habis disusun.

Aktiviti Tambahan

• Ulangi aktiviti dengan menggunakan pelbagai corak/warna cawan

dan piring atau pelbagai corak/warna sudu dan garfu pula. Tetapi

pastikan keselamatan anak-anak apabila menggunakan bahan-bahan

ini. Sebaik-baiknya, gunakan cawan dan piring melamin.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!