07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - SEPTEMBER

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Azizm

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : September / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-327-3

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Nabi Hidup

Sederhana ..... 07

02 Kegembiraan

Gadis Kecil ..... 10

03 Perjalanan Sarah Yang

Tergendala ..... 13

04 Kebun Kurma Paling

Indah ..... 15

05 Kasih Sayang Ayah ..... 18

06 Perang Khandak ..... 20

07 Penggalian Parit ..... 23

08 Roti Dan Daging Untuk

Ribuan Penduduk ..... 25

09 Rasulullah SAW

Berjaga ..... 28

10 Ali Dan Zulfikar ..... 30

11 Tentera Angin ..... 31

12 Wajahmu Yang

Terindah ..... 34

13 Hanya Satu Doa ..... 36

14 Lembu Liar Akhirnya

Jinak ..... 37

15 Rindu Kepada

Kaabah ..... 39

16 Kaswa Enggan Memasuki

Makkah ..... 42

17 Pancutan Air Dari

Perigi Buta ..... 44

18 Kekaguman Urwa

Dari Sakif ..... 45

19 Baiah Ridwan ..... 47

20 Perjanjian Perdamaian ..... 50

21 Raja Habsyah

Memeluk Islam ..... 52

22 Kisah Anak Ketua

Musuh Islam ..... 54

23 Perutusan Raja Rom,

Hercules ..... 56

24 Hercules Dan

Dagatir ..... 59

25 Muqawqis, Raja

Mesir ..... 62

26 Singa Petunjuk

Arah ..... 64

27 Barang Kepunyaan

Nabi Menjadi Rebutan ..... 66

28 Sebentuk Cincin Untuk

Umamah ..... 68

29 Hadiah Terbaik ..... 69

30 Haiwan Juga Perlu

Dilayan Baik ..... 72

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Nabi Hidup Sederhana

Pada suatu hari, Malaikat Jibrail datang bersama satu malaikat

lain bertemu Rasulullah SAW. Malaikat itu berkata sambil tunduk

hormat, “Ya Rasulullah, sejahtera ke atasmu. Allah juga

menyampaikan salam ke atasmu dan bertanya

kepadamu, ‘Adakah dia mahu kehidupan sebagai

hamba biasa ataupun raja?’”

Rasulullah SAW memandang ke arah Malaikat

Jibrail. Malaikat Jibrail mengkhabarkan kepada

baginda bahawa kehidupan seperti hamba adalah

lebih baik. Maka, baginda menjawab pertanyaan malaikat itu, “Aku

inginkan kehidupan yang sederhana sebagai hamba biasa.” Selepas

pertemuan tersebut, Rasulullah SAW sentiasa berusaha untuk hidup

dalam kesederhanaan.

Pada suatu hari, Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW

tentang kemahuan baginda untuk hidup bersederhana. Baginda

menjawab, “Aku ingin makan seperti orang biasa

dan duduk seperti orang biasa.” Baginda lebih

suka menjadi hamba. Seluruh kehidupannya

hanya untuk Allah.

Baginya, mengabdikan diri kepada Allah

bermakna mendapat kedudukan yang lebih tinggi

daripada semua raja. Baginda sering menegaskan

agar umat Islam sentiasa menjalani kehidupan yang

sederhana dan tidak bermegah-megah. Baginda

pernah bersabda, “Allah SWT telah memberitahuku,

jika aku mahu, Dia boleh menukarkan seluruh lembah

7

8

Makkah menjadi emas, tetapi aku berkata, ‘Tidak, ya Allah. Aku suka

makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya

aku dapat mengingati-Mu apabila lapar dan mensyukuri-Mu apabila

kenyang.’”

Baginda merupakan nabi yang paling dikasihi Allah SWT. Baginda

mampu untuk hidup mewah sekiranya baginda menginginkannya.

Baginda juga boleh memiliki lembah yang penuh dengan emas

atau mentadbir kerajaan di seluruh dunia. Namun, bukan itu yang

dikejarnya dalam kehidupan ini. Baginda memilih untuk hidup

seperti orang lain, kehidupan yang sederhana. Atas sebab itulah

baginda menjadi contoh bagi setiap Muslim. Baginda disayangi oleh

semua, baik yang kaya mahupun yang miskin, yang lemah mahupun

yang berkuasa. Akhlaknya yang terpuji mendapat tempat di hati

masyarakat.

9

Hari

2

Kegembiraan Gadis Kecil

Pada suatu hari, Rasulullah SAW pergi ke pasar dengan membawa

10 dinar. Baginda membeli sehelai baju yang berharga empat dinar.

Apabila pulang ke rumah, baginda memakai baju tersebut dan keluar

semula.

Ketika dalam perjalanan, baginda bertemu seorang lelaki miskin.

Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, berilah aku sehelai pakaian. Insya-

Allah, Allah akan memberimu pakaian di syurga kelak.”

Lantas Rasulullah SAW menanggalkan baju yang dipakai dan

memberikannya kepada lelaki miskin itu,

kemudian baginda pulang. Baginda pergi

semula ke kedai yang sama, dan

membeli sehelai baju yang berharga

empat dinar. Kini baginda hanya

mempunyai dua dinar.

Ketika dalam perjalanan pulang

ke rumah, Rasulullah SAW bertemu

seorang kanak-kanak perempuan

yang sedang menangis. Baginda mendekatinya

dan bertanya, “Mengapa engkau menangis, anakku?”

Kanak-kanak itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku seorang hamba.

Tuanku telah memberiku sebanyak dua dinar untuk membeli bunga.

Tetapi, wang tersebut telah hilang.”

Lantas Rasulullah SAW memberikan baki dua dinar miliknya

kepada kanak-kanak perempuan itu. Akan tetapi, dia masih

10

menangis. Rasulullah SAW bertanya, “Oh

anakku, bukankah ini yang engkau mahu?

Engkau mahu wang, bukan? Kenapa engkau

masih menangis?”

Kanak-kanak perempuan itu menjawab,

“Aku takut kerana lewat pulang ke rumah.

Tuanku pasti akan marah kepadaku.”

Baginda memujuknya, “Jangan takut.” Lantas baginda memimpin

tangan kanak-kanak perempuan itu dan menemaninya pulang ke

rumah tuannya.

Setibanya di hadapan pintu, baginda memberi salam,

“Assalamualaikum.” Baginda menanti seketika. Apabila tiada jawapan

yang didengar dari dalam, baginda memberi salam beberapa kali

lagi.

Mereka yang berada di dalam rumah tidak mahu membiarkan

Rasulullah SAW menunggu lama, akhirnya menjawab salam baginda,

“Waalaikumussalam. Oh, Rasulullah Jemputlah masuk ke dalam.”

Baginda bertanya, “Tidakkah kamu mendengar seruan salamku

yang pertama?”

Mereka menjawab, “Ya, kami mendengarnya.

Tetapi, kami mahu menerima salam yang lebih

daripadamu. Kami berasa sungguh diberkati

kerana menerima kunjunganmu. Bolehkah

kami bertanya, apakah yang telah membawamu

ke mari, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menceritakan kepada mereka

apa yang telah terjadi kepada kanak-kanak perempuan

itu. Baginda menambah, “Kerana memikirkan dia

akan dimarahi, maka aku datang untuk

menjelaskan perkara itu kepada kalian. Aku

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!