07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - OKTOBER

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Azizm

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : Oktober / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-328-0

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Tujuh Istana di Bandar

Khaibar ..... 07

02 Penggembala yang

Memilih Syurga ..... 10

03 Penaklukan Khaibar ..... 13

04 Perangkap Wanita

Yahudi ..... 15

05 Kebuluran di Makkah ..... 17

06 Setahun Berlalu dengan

Pelbagai Pencapaian ..... 19

07 Budi Bicara

Rasulullah ..... 21

08 Kegembiraan

Umamah ..... 23

09 Panglima Gagah

Memeluk Islam ..... 25

10 Kebaikan dan Kasih Sayang

Rasulullah Saw ..... 28

11 Pemimpin Tentera Islam

Tidak Gentar ..... 30

12 Seratus Ribu Tentera

Melarikan Diri ..... 33

13 Kegembiraan Anak

Yatim ..... 35

14 Persediaan Hebat ..... 37

15 Sepuluh Ribu Tentera

Mara Ke Hadapan ..... 40

16 Sepuluh Ribu Cahaya

Harapan ..... 41

17 Kekaguman Abu Sufian ..... 44

18 Hari yang Paling

Menggembirakan ..... 47

19 Kesetiaan Nabi Kita ..... 49

20 Kaum Kafir Berang dengan

Penaklukan Makkah. ..... 51

21 Membaca Fikiran

dan Minda ..... 53

22 Sinaran Berlian Hitam ..... 54

23 Bilal Melaungkan Azan ..... 56

24 Siapakah Pemegang

Kunci Kaabah? ..... 58

25 Nabi Tidak Berdendam ..... 59

26 Ikrimah Melarikan Diri ..... 61

27 Kedamaian Di Makkah ..... 64

28 Syiar Islam Berkembang ..... 67

29 Bukan Raja, Tetapi

Nabi Muhammad ..... 69

30 Kegembiraan

Abu Bakar ..... 70

31 “ Walaupun Anakku

Sendiri, Fatimah… ” ..... 72

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Tujuh Istana di Bandar Khaibar

Khaibar merupakan sebuah bandar menarik yang dikelilingi tujuh

buah istana indah. Khaibar terletak di utara Madinah. Di sini juga

tinggalnya kaum Yahudi daripada Bani Quraizah. Mereka telah

melanggar perjanjian dengan umat Islam dan membantu kaum kafir

Quraisy semasa Perang Khandak. Bagi menghancurkan umat Islam,

sekali lagi mereka membuat rancangan yang lebih hebat.

Rasulullah SAW sudah mengetahui

bahawa kaum Yahudi Bani Quraizah

sedang merancang sesuatu. Lantas,

baginda berkumpul bersama-sama

para sahabat untuk berbincang

tentang perkara yang perlu dilakukan

untuk menghalang Bani Quraizah

daripada terus membahayakan umat

Islam.

Akhirnya, mereka berjaya mencapai

kata sepakat. Mereka akan mengelilingi dan mengepung bandar

Khaibar. Mereka segera membuat persiapan dan menuju ke Khaibar.

Rasulullah SAW telah mengetuai peperangan itu.

Di sepanjang perjalanan, Rasulullah SAW mengalunkan

doa-doa indah, “Ya Allah, aku berlindung kepada-

Mu daripada rasa duka dan kesusahan, daripada

kelemahan dan kemalasan, daripada kebakhilan dan

kebodohan, dan daripada tekanan hutang dan paksaan

orang lain.” Doa baginda telah diaminkan oleh para sahabat

dan pasukan tentera.

7

Mereka terus mara dengan penuh keberanian

untuk mengepung Khaibar. Apabila malam tiba,

mereka mendirikan khemah di hadapan Khaibar.

Sekali lagi, Rasulullah SAW menadah tangannya

dan berdoa, “Ya Allah, Tuhan sekalian alam yang

memiliki segala yang ada di langit dan di bumi! Kami

memohon kepada-Mu agar dikurniakan segala kebaikan untuk

bandar ini dan lindungilah kami daripada segala kejahatan yang

dibawa oleh bandar ini.”

Sungguh tulus dan mulia niat yang ditunjukkan oleh Rasulullah

SAW. Baginda tetap mendoakan kebaikan orang yang telah melakukan

kejahatan kepadanya. Baginda hanya mahukan kebaikan.

Kaum Yahudi Khaibar berasa terkejut apabila mereka bangun

daripada tidur keesokan paginya kerana mereka mendapati umat

Islam telah mengepung seluruh bandar. Mereka menjadi panik dan

mula lari lintang-pukang untuk ke istana. Setibanya mereka di istana,

mereka mula menghujani Rasulullah dan tentera Islam dengan anak

panah.

Semua orang sedang mengalami waktu yang sukar. Bandar

dan istana indah mereka telah menjadi hodoh disebabkan tingkah

laku dan sifat keji mereka. Pada masa yang sama, Rasulullah SAW

dan umat Islam sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan

daripada Allah SWT.

8

9

Hari

2

Penggembala yang Memilih Syurga

Di tengah-tengah kehingaran dan kekecohan di bandar Khaibar, ada

seorang penggembala berkulit gelap yang baru pulang dari sebuah

pergunungan bersama-sama kambing biri-birinya. Penggembala

tersebut bernama Yasar. Dia tidak tahu tentang apa yang sedang

berlaku.

Yasar menuju ke arah orang ramai dan mula bertanya, “Apakah

yang sedang berlaku?”

Mereka berkata, “Tidakkah engkau dapat melihat apa yang

berlaku? Kami sedang bertempur.”

Yasar bertanya lagi, “Dengan siapa kalian bertempur?”

Mereka menjawab, “Dengan lelaki yang mengaku dirinya

seorang nabi.” Sebaik sahaja Yasar mendengar mereka menyebut

'nabi', dia terpana seolah-olah ada api yang sedang membara dalam

sanubarinya. Dia ingin sekali bertemu dengan Rasulullah SAW.

Yasar memanjat menara pemerhati di salah sebuah istana dan

memantau tentera yang mengepung bandar itu. Namun, dia tidak

dapat mengenal pasti siapakah di antara mereka yang bergelar

“Rasulullah SAW”. Semangat ingin tahunya

semakin membuak-buak. Lantas, dia pun

membawa semua kambing biri-birinya

dan meninggalkan istana itu. Dia ingin

mencari Rasulullah SAW di pinggir bandar

Khaibar. Sesiapa sahaja yang ditemuinya

pasti akan disoal.

10

Akhirnya, dia bertemu Rasulullah SAW. Baginda yang sedang

dihujani anak panah menyambut kedatangan Yasar dengan

senyuman manis. Itulah pertama kali dalam hidup Yasar bertemu

dengan seorang lelaki yang tampan lagi penuh kasih sayang.

Dia melihat Rasulullah SAW dengan rasa kagum, lalu bertanya,

“Aku mendapat khabar engkau ialah seorang nabi. Jika benar,

terangkanlah kepadaku tentang agama yang engkau ajarkan.”

Lalu, Rasulullah SAW menjelaskan kepada Yasar tentang agama

Islam. Baginda menjawab segala persoalan Yasar dan mengajarnya

mengucap dua kalimah syahadah.

Yasar berkata, “Aku seorang penggembala yang miskin lagi

hodoh, dan berkulit gelap. Apakah ganjaran yang bakal aku peroleh

sekiranya aku menjadi seorang Muslim?”

Sambil tersenyum manis, baginda menjawab, “Seandainya

kelak engkau mati sebagai seorang Islam dan percaya kepada Allah,

sesungguhnya syurga adalah tempatmu.”

Lalu, Yasar berkata, “Aku bersaksi bahawa engkaulah Nabi

yang diutuskan oleh Allah SWT. Kini, aku menjadi seorang Muslim.”

Dia mengucap dua kalimah syahadah, “Ash hadu an la ilaha illallah

wa ash hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh.”

Akan tetapi, dia mempunyai satu lagi kebimbangan. “Semua

kambing biri-biri ini bukan kepunyaanku. Apakah yang patut aku

lakukan?” tanya Yasar.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!