07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - OGOS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Rushida Abdul Gani

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Azizm

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : Ogos / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-326-6

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Nabi Muhammad Sumber

Harapan ..... 07

02 Khabar Gembira Buat

Bujair ..... 09

03 Kisah Mentega yang

Tidak Habis-Habis ..... 11

04 Berkat Kurma

Doa Nabi ..... 12

05 Zainab Si Rupawan ..... 15

06 Mempersenda Azan ..... 16

07 Gigi Nabigha,

Seorang Penyajak ..... 18

08 Haiwan Juga

Menghormati Baginda ..... 20

09 Kegembiraan Kanak-kanak

yang Sakit ..... 21

10 Luahan Hati Si Unta ..... 24

11 Khabar Melalui Malaikat ..... 27

12 Benarlah Dia Nabi ..... 31

13 Kasih Sayang Seekor

Ibu Burung ..... 34

14 Jalanan yang Dibanjiri Arak ..... 36

15 Belia yang Gemar

Berpakaian Indah ..... 38

16 Doa Syurga untuk

Bonda Kedua ..... 40

17 Baginda Tidak Membebankan

Sesiapa Pun ..... 43

18 Mulakan Makan Dengan

Bismillah ..... 46

19 Berbaik Sesama Saudara ..... 48

20 Tiada Penipuan Walaupun

Dalam Gurauan ..... 49

21 Mantel Sebagai Hadiah ..... 50

22 Kekuatan Sebenar Ialah

Mengalahkan Kemarahan ..... 52

23 Janji Seekor Rusa

Kepada Nabi ..... 55

24 Syukur Kami Bersamamu ..... 57

25 Ucapkanlah Kamu

Sayang kepadanya ..... 59

26 Sifat Keanak-Anakan

Rasulullah ..... 61

27 Mampu Bersuara

Kembali ..... 62

28 Jubah Berbutang Emas ..... 63

29 Kekaguman Orang Yahudi ..... 65

30 Harga Sebatang

Cemeti ..... 68

31 Kebijaksanaan Seorang

Penyajak ..... 71

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Nabi Muhammad Sumber Harapan

Ramai orang Islam telah mati syahid semasa Perang Uhud. Setelah

tentera kafir Quraisy meninggalkan medan perang, Nabi SAW pulang

ke kota Madinah bersama-sama tentera Islam. Kanak-kanak dan

wanita menyambut kepulangan mereka di sepanjang jalan. Mereka

resah memikirkan nasib suami, bapa dan adik beradik lelaki masingmasing

yang menggadaikan nyawa dalam peperangan suci itu.

Sebaik sahaja terlihat kelibat Nabi SAW yang selamat dan sihat

sempurna, mereka berasa sangat gembira dan bersyukur. Nabi SAW

sedang menunggang kudanya. Salah seorang wanita yang dilanda

kebimbangan berlari menuju ke arah Nabi SAW. Dia memegang

tali kekang kuda baginda. Anak lelakinya, Saad, telah mati syahid.

Namun, wanita itu berkata, “Semoga bapa dan ibuku dijadikan

korban untukmu, ya Rasulullah!

Tidak aku peduli akan apa jua

bencana yang menimpaku

selagi aku dapat melihatmu

selamat. Aku gembira selagi

dapat melihatmu sihat.”

Nabi SAW amat terharu

mendengar kata-kata wanita

itu. Baginda berkata, “Wahai

ibu kepada Saad! Bergembiralah

kamu dan ahli-ahli keluargamu

dengan khabar gembira ini! Mereka yang syahid akan dimasukkan

ke syurga. Mereka semua akan berkawan sesama mereka di sana

dan memohon kepada Allah agar ibu-ibu mereka juga dimasukkan

ke dalam syurga.”

7

Tidak kira betapa gembiranya wanita itu atas keselamatan

Nabi SAW, jauh di sudut hatinya masih ada perasaan sebak atas

kehilangan anak lelakinya. Dia mahu

mengharungi perasaan itu dengan sabar

lantas dia meminta agar Nabi SAW berdoa

untuknya. Baginda menadah tangan dan

berdoa, “Ya Allah! Engkau redakanlah

kesakitan di dalam sanubari wanita ini dan

ahli-ahli keluarganya. Engkau masukkanlah

mereka-mereka yang telah syahid di dalam

golongan orang yang beriman.”

Orang-orang Islam yang menyertai Perang

Uhud pulang ke rumah dengan perasaan hiba.

Nabi SAW turut bersedih namun pada masa yang sama baginda

mempunyai harapan yang tinggi untuk masa depan yang cerah.

Baginda yakin dengan kebenaran dan mereka yang berjuang di

jalan kebenaran akan sentiasa memperolehi kejayaan.

Akhirnya, baginda sampai di rumah. Baginda melihat Fatimah

sedang menangis atas pemergian bapa saudaranya dan orang-orang

Islam yang telah syahid. Baginda memeluknya dengan penuh kasih

sayang dan menenangkannya. Baginda juga mengkhabarkannya

berita gembira. Sehingga pembukaan Mekah,

orang-orang Islam tidak akan lagi mengalami

perkara yang sama seperti yang dilalui

mereka semasa Perang Uhud. Mereka

setia menanti ketibaan hari itu dengan doa

dan kesabaran.

8

Hari

2

Khabar Gembira Buat Bujair

Selepas Perang Uhud, ramai wanita di kota

Madinah telah menjadi balu dan ramai

kanak-kanak menjadi anak yatim.

Rasulullah SAW dijadikan tempat

untuk mendamaikan hati mereka

yang sedih. Setiap kali melihat

dan mendengar kata-kata Nabi

SAW yang penuh kelembutan,

kesakitan dan kesedihan hati

mereka serta-merta akan hilang.

Setiap kanak-kanak itu mendapat

perhatian yang khusus daripada

Nabi SAW.

Pada suatu hari, Nabi SAW sedang berjalan-jalan di kota

Madinah, baginda terlihat seorang kanak-kanak kecil sedang

menangis seorang diri. Bapanya telah mati syahid di dalam Perang

Uhud. Nabi SAW menghampirinya dan bertanya, “Wahai anakku,

kenapa engkau menangis?”

Baginda cuba menenangkannya dan berkata lagi, “Duhai sayang,

usahlah menangis lagi. Adakah kamu akan gembira sekiranya aku

menjadi ayahmu dan Aishah ibumu?”

“Ya!” teriak kanak-kanak kecil itu, “Sudah tentu aku amat

gembira!”

Nabi SAW membelai rambut kanak-kanak itu dengan perlahan

dan penuh kelembutan dan bertanya lagi, “Siapa nama kamu?”

9

“Bujair” balasnya.

“Mulai sekarang, kamu akan dikenali

dengan nama ‘Bashir’,” ujar baginda.

‘Bashir’ membawa maksud ‘khabar

gembira’. Kanak-kanak itu telah mendapat

berita yang amat menggembirakan pada hari itu. Tiada khabar

gembira lagi sebaik itu iaitu dapat menjadi anak lelaki kepada Nabi

SAW dan dapat mendampingi baginda setiap masa. Di saat itu,

kanak-kanak itu hampir terlupa akan kesedihannya yang kehilangan

ayah. Dia bangun dan berlari ke arah rakan-rakannya yang sedang

seronok bermain dan terus bermain bersama-sama mereka.

10

Hari

3

Kisah Mentega yang Tidak Habis-habis

Di kota Madinah, tinggallah seorang wanita yang baik hati bernama

Ummu Malik bersama anak-anaknya yang ramai. Walaupun miskin,

dia seorang yang kaya dengan budi bahasa. Dia seorang yang

pemurah dan gemar bersedekah. Dia ingin menunjukkan rasa

kasihnya terhadap Nabi SAW dengan menghadiahkan sesuatu

kepada baginda. Dia tidak mempunyai apa-apa selain mentega di

rumahnya. Maka, dia mengambil baki mentega yang ada di dalam

kantung kulit dan menghadiahkannya kepada Nabi SAW.

Nabi SAW menyedari bahawa mentega itu sahajalah yang

mampu wanita itu berikan. Baginda menerima pemberian tersebut

demi menjaga hati wanita itu. Tidak lama selepas wanita itu pulang ke

rumahnya, Nabi SAW menghadiahkan kembali kepadanya mentega

itu dan berkata, “Pastikan engkau tidak memicit kantung mentega

ini.” Wanita itu mengambilnya dan terkejut melihat apa isi kandungan

kantung tersebut. Sebentar tadi hanya separuh daripada

kantung itu berisi mentega. Sekarang, kantung itu

sudah dipenuhi dengan mentega.

Sejak hari itu, wanita pemurah itu tidak

pernah kekurangan mentega lagi. Mentega

pemberian Nabi SAW tersebut tidak pernah

habis. Setiap kali anak-anaknya kelaparan,

Ummu Malik akan menyapukan mentega itu di

atas roti dan memberi mereka makan sehingga

kenyang. Rezeki yang melimpah-ruah adalah satu

tanda keberkatan yang dibawa oleh Nabi SAW.

Begitulah cara baginda membalas hati budi seorang

yang pemurah.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!