07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - NOVEMBER

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Wan Noor Zurita Wan Hassan

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Yang Nurul Ain bte Mior Rasdi

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : November / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-329-7

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Peperangan

Hunain ..... 07

02 Pengakuan

Ikrimah ..... 11

03 Kebahagiaan Saudara

Susuan ..... 13

04 Kegembiraan Tawanan

Perang ..... 16

05 Unta Suraka ..... 19

06 Sinar Kasih Sayang yang

Mencairkan Kebencian ..... 21

07 Unta di Lembah ..... 24

08 Kekaguman Penduduk

Makkah ..... 25

09 Kegembiraan Penduduk

Madinah ..... 26

10 Ramai yang Datang Bertemu

Rasulullah SAW ..... 28

11 Kebahagiaan Saffanah ..... 30

12 Kesederhanaan Nabi ..... 34

13 Adab ..... 36

14 Perlumbaan Mengejar

Kebaikan ..... 38

15 Tentera Byzantine yang

Penakut ..... 40

16 Unta Nabi Hilang ..... 43

17 Kurma yang

Melimpah-Ruah ..... 44

18 Berkat Kesabaran Si Kecil

Abdullah ..... 46

19 Cahaya Masjid Nabi ..... 48

20 Si Kecil Ibrahim Meninggal

Dunia ..... 50

21 Rasulullah SAW Gemar

Bertukar-Tukar Hadiah ..... 53

22 Rasulullah Bersifat

Pemurah ..... 55

23 Lelaki yang Ingin

Memeluk Nabi ..... 57

24 Lelaki yang Berpakaian

Selekeh ..... 59

25 Rahsia Pemakanan

Rasulullah ..... 61

26 Kisah Nu’man Menikmati

Buah Anggur ..... 64

27 Penghargaan Nabi Terhadap

Kurniaan ALLAH ..... 66

28 Cara Nabi Minum Air ..... 67

29 Baginda Sahabat Kepada

Semua ..... 70

30 Nabi Tidak Mengecewakan

Sesiapa ..... 72

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Peperangan Hunain

Penaklukan dan pembukaan Kota Makkah oleh orang Islam telah

mengundang perasaan tidak senang kebanyakan kaum Musyrikin

di sekitar Makkah. Orang kafir Quraisy di Makkah

telah kembali ke jalan yang benar. Namun bagi puak

Hawazin, mereka masih lagi terkejut dan bingung

atas kejayaan umat Islam. Mereka tidak dapat

berbuat apa-apa, tetapi pada masa yang sama

mereka tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Oleh itu, puak Hawazin telah merancang untuk melakukan

serangan ke atas umat Islam. Kaum Musyrikin telah berpakat untuk

membawa segala kelengkapan perang termasuklah satu angkatan

tentera yang kuat, harta dan ahli keluarga. Mereka yang diketuai

oleh Malik bin Auf mahu membuatkan umat Islam berasa gerun

terhadap mereka dengan membawa wanita-wanita, kanak-kanak

dan binatang-binatang bersama-sama tentera mereka.

Malik bin Auf berkata, "Ini akan menjadi

peperangan terakhir Muhammad. Sehingga

kini, tiada pesaing yang benar-benar

hebat untuk melawannya. Sebab itulah

kemenangan sentiasa menjadi miliknya."

Berita tentang rancangan puak

Hawazin mahu menyerang Makkah akhirnya

sampai ke pengetahuan orang Islam. Walaupun

Rasulullah SAW tidak menyukai peperangan, baginda terpaksa

melindungi penduduk yang tidak bersalah daripada serangan puak

yang tidak bertanggungjawab itu.

7

8

Dengan bantuan kaum Muslimin yang baharu di Makkah,

persiapan untuk mempertahankan diri segera dibuat. Mereka yang

sebelum ini menentang Rasulullah SAW, kini berjuang bersamasama

baginda. Akhirnya persiapan selesai dilakukan. Tentera Islam

seramai 12000 orang mula bergerak meninggalkan kota Makkah dan

menuju ke Lembah Hunain.

Hari menjelang siang. Tentera kedua-dua

belah pihak akhirnya bersemuka di Lembah

Hunain. Demi memastikan perangkap

mereka tidak dihidu oleh tentera Islam,

puak Hawazin terlebih dahulu memulakan

serangan sebelum subuh, ketika hari masih

gelap. Dalam kegelapan tersebut, dengan

tidak disangka-sangka, beribu-ribu orang

daripada puak tersebut telah menyerang

orang Islam. Disebabkan serangan hendap

tersebut, tentera Islam kebingungan lalu berpecah

menjadi dua kumpulan.

Segala-galanya musnah dalam sekelip mata. Ramai tentera

Islam yang melarikan diri menjadi tidak tentu hala kerana bingung.

Begitu juga dengan unta-unta dalam pasukan itu. Bunyi kuda

bercampur dengan bunyi teriakan tentera. Diselang-seli pula dengan

bunyi pedang menandakan peperangan antara kedua-dua belah

pihak telah menjadi semakin sengit.

Rasulullah SAW duduk di atas kuda

tunggangannya. Apabila melihat keadaan

tentera Islam yang semakin berpecah dan

ramai yang melarikan diri, baginda tampil

ke barisan hadapan dan melaungkan,

"Wahai kaum Ansar, di manakah kalian

yang membantu? Di manakah kalian yang

telah berjanji untuk setia kepadaku?"

9

Laungan Rasulullah SAW telah memulihkan semula semangat

mereka dan mendapat sahutan daripada tentera Islam. Mereka

berkumpul di sekeliling baginda. "Perintahkanlah kami. Kami sedia

taat kepada suruhanmu!" kata mereka.

Keberanian dan kepimpinan Rasulullah SAW telah mencabar

tentera musuh. Pada masa yang sama, baginda telah memberikan

kekuatan kepada tentera Islam. Tentera Islam mula berjuang dengan

berani. Akhirnya, puak Hawazin tidak dapat bertahan lagi dengan

kemaraan dan tentangan yang ditunjukkan oleh tentera Islam.

Pagi pun tiba. Kekuatan sebenar tentera tersebut akhirnya

terserlah. Tentera yang hanya diramaikan oleh wanita, kanak-kanak

dan haiwan mula lari bertempiaran. Kuda tunggangan Rasulullah

SAW yang bernama Duldul berlari sekuat hati di belakang tentera

musuh.

Puak Hawazin meninggalkan Lembah Hunain dalam ketakutan.

Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ketegasan Rasulullah

SAW pada waktu darurat itu telah membuka mata setiap insan.

10

Hari

2

Pengakuan Ikrimah

Sama seperti bapanya, Ikrimah, anak lelaki Abu Jahal suatu

ketika dahulu pernah menentang Rasulullah SAW. Namun, selepas

pembukaan semula Kota Makkah, dia telah memeluk Islam dan

mengakui kenabian baginda. Ikrimah telah turut serta dalam

pertempuran menentang puak Hawazin dalam Perang Hunain.

Begitu juga dengan sahabatnya, Suhail. Walaupun dia bukan seorang

Muslim, tetapi kerana ingin mempertahankan Makkah, dia turut

serta dalam peperangan itu.

Semasa dia melihat tentera Islam berpecah-belah, Suhail

menghampiri Ikrimah dan berkata, "Muhammad dan orang-orangnya

tidak akan dapat bertahan." Ikrimah menjawab, "Semuanya

merupakan ketentuan Allah. Sekiranya hari ini mereka ditakdirkan

berperang, maka esok akan berpihak kepada Rasulullah SAW dan

orang-orang beriman. Ya, sekali lagi mereka semua akan bersatu

semula." Suhail bertanya, "Apakah yang telah terjadi?

Engkau tidak pernah berkata begini sebelum

ini." Ikrimah membalas dengan kata-kata

yang sungguh berhikmah, "Demi Allah, kita

telah berada dalam kerugian dengan perkara

yang sia-sia. Kita tidak menggunakan akal

untuk berfikir. Dahulu, kita telah menyembah

sekeping kayu yang tidak membawa apa-apa

kebaikan kepada kita."

Suhail berasa kagum mendengar kata-kata

Ikrimah. Orang yang telah mengubah pendirian

sahabatnya itu pasti seorang yang lebih

hebat.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!