07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - MEI

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Rushida Abdul Gani

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Azizm

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : Mei / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-323-5

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Selamat Tinggal Makkah ..... 07

02 Penggembala yang

Kagum ..... 9

03 Pancuran Air Susu ..... 11

04 Cerita Tentang Suraka ..... 13

05 Sahabat yang Ditemui dalam

Perjalanan ke Madinah ..... 15

06 Bendera Dikibarkan ..... 16

07 Kemenangan Pertama Kepada

Pengembara yang Mulia ..... 18

08 Salman Mencari Nabi

Muhammad SAW ..... 21

09 Saat yang Dinanti-nantikan oleh

Salman ..... 24

10 Ali bertemu dengan Nabi

Muhammad SAW ..... 26

11 Kisah Suhaib ..... 28

12 Siapakah Tuanmu? ..... 31

13 Masjid Pertama

di Perkampungan Quba ..... 33

14 Kegembiraan yang

Berganda-ganda ..... 35

15 Tempat Tinggal Nabi

Muhammad SAW ..... 37

16 Adik-Beradik yang Bernama

Sahl dan Suhail ..... 39

17 Kegembiraan Abu Ayyub ..... 40

18 Keajaiban di Rumah

Abu Ayyub ..... 42

19 Keseronokan Ibn Salam ..... 44

20 Lelaki-Lelaki yang

Bermuka-muka ..... 46

21 Sifat Terpuji Nabi

Muhammad SAW ..... 48

22 Salman Mendapat

Kemerdekaannya ..... 51

23 Persaudaraan yang Erat ..... 54

24 Bandar yang Bercahaya ..... 56

25 Saudara-saudara yang

Rajin ..... 59

26 Jalinan Persaudaraan

yang Indah ..... 61

27 Warkah Dari Makkah ..... 63

28 Kegembiraan Sahl

dan Suhail ..... 65

29 Pohon Kurma yang

Menangis ..... 67

30 Azan dan Bilal yang

Pertama ..... 69

31 Keluarga Nabi Muhammad SAW

Berhijrah ke Madinah ..... 72

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Selamat Tinggal Makkah

Suasana yang mendamaikan dapat dirasakan pada hari Isnin

yang tenang. Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya, Abu Bakar

meninggalkan gua tersebut dengan segera. Baginda berdoa kepada

Allah SWT agar memberkati perjalanan mereka. Abu Bakar pula

menyediakan unta. Penggembala kambing milik Abu Bakar yang

bernama Amir juga turut berada di situ. Amir akan bertindak sebagai

penunjuk jalan untuk perjalanan mereka ke Madinah.

Abu Bakar memberikan untanya yang paling disayangi kepada

Nabi Muhammad SAW untuk ditunggang. Beliau berkata, “Ya

Rasulullah, tungganglah untaku ini.”

Nabi Muhammad SAW tidak akan menerima barang yang bukan

miliknya. Oleh itu, baginda berkata, “Aku tidak akan menunggang

unta yang bukan milikku.”

Kemudian, Abu Bakar berkata, “Sekarang,

unta ini adalah milikmu, tungganglah ia.”

Nabi Muhammad SAW mengulangi

kata-katanya, “Selepas aku membayar

harga unta ini, barulah aku akan

menunggangnya.”

Abu Bakar yang kebuntuan terus

memberitahu harga unta itu. Baginda pun

membayarnya dan mereka menunggang unta

masing-masing dan memulakan perjalanan

bersama Amir.

7

Gunung-ganang Makkah sudah jauh

ditinggalkan. Buat kali terakhir,

Nabi Muhammad SAW ingin

melihat tempat di mana

baginda dilahirkan dan

dibesarkan.

Baginda memberhentikan untanya. Dari jauh baginda dapat

melihat Kaabah yang tersergam megah dan gunung-ganang di

Makkah. Baginda pun berkata, “Demi Allah SWT, itu adalah tempat

terbaik dan terindah yang pernah Allah jadikan. Sekiranya aku tidak

terpaksa, tidak akan sekali-kali aku tinggalkan kota itu. Aku tidak

akan berhijrah ke kota lain.”

Baginda seorang yang sangat setia. Berat hatinya untuk

meninggalkan kota kelahirannya itu. Dengan rasa sayu, baginda pun

mengucapkan selamat tinggal.

Pada ketika itu juga, muncul Malaikat Jibrail a.s. membawa

sepotong ayat daripada Allah SWT. Allah SWT mahu menenangkan

hati baginda. Ayat tersebut berbunyi, “Aku yang memerintahkan

engkau untuk membaca al-Quran, menyampaikan kebenaran, dan

mematuhi perintahku, akan mengembalikan engkau ke kota Makkah.”

Apabila mendapat perkhabaran yang

gembira ini, baginda menjadi lebih

bersemangat dan meneruskan perjalanan

ke Madinah. Dengan padang pasir

luas terbentang di hadapannya,

baginda terus bergerak dengan

penuh keyakinan dan rasa cinta

terhadap Allah SWT.

8

Hari

2

Penggembala yang Kagum

Di padang pasir yang luas terbentang, terdapat seorang penggembala

yang sedang menguruskan kambing biri-birinya. Tiba-tiba, dia terlihat

sekumpulan pengembara. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan

pengembara yang berada di tengahtengah

padang pasir itu. Langkah

mereka diperhatikan dengan teliti.

Dalam sekelip mata, dia terus

berkata, “Itulah mereka ”

Apa yang dapat dilihat ialah

kelibat Nabi Muhammad SAW dan

Abu Bakar, orang yang sedang

dicari-cari oleh penduduk Makkah.

Ganjaran sebanyak 100 ekor unta

akan diberikan kepada sesiapa

yang berjaya menemui mereka.

Dengan teruja, dia meninggalkan kambing-kambingnya dan

terus berlari ke arah kota Makkah. Dia ingin segera tiba ke kota

dan mengkhabarkan berita bahawa dia telah berjaya menemui Nabi

Muhammad SAW dan Abu Bakar. Padang pasir dan gunung-ganang

terus diredah dengan pantas. Dia berlari dan terus berlari.

Setibanya penggembala itu di kota Makkah, satu perkara

yang aneh telah terjadi. Penggembala itu terlupa akan tujuan

kedatangannya ke Makkah. Dia cuba mengingatinya, tetapi tidak

berjaya. Kambing-kambing gembalaannya sedang menunggu

ketibaannya. Akhirnya, dia tiada pilihan. Dia terpaksa pulang kepada

kambing-kambingnya.

9

Masa yang berlalu dengan begitu pantas ketika dia bergegas

lari tadi, sekarang dirasai perlahan sekali. Kambing-kambing

gembalaannya masih asyik meragut di mana mereka ditinggalkan

tadi.

Tiba-tiba dia terus teringat akan tujuan pemergiannya ke Makkah

tadi. Pada ketika itu, barulah dia menyedari bahawa sememangnya

Muhammad itu adalah pesuruh Allah SWT. Allah yang Maha agung,

telah membuatnya lupa apa yang dilihatnya.

Pada saat itu Rasulullah dan teman perjalanannya telah

jauh ke hadapan. Penggembala itu terus terdiam membisu sambil

memandang jauh ke arah jejak Rasulullah.

10

Hari

3

Pancuran Air Susu

Ketika dalam perjalanan ke Madinah, Nabi Muhammad SAW dan Abu

Bakar ternampak sebuah khemah di tengah-tengah padang pasir.

Rupa-rupanya, khemah tersebut milik seorang wanita yang menjual

makanan kepada pengembara padang pasir.

Mereka menyapa wanita itu dan berkata, “Adakah lagi makanan

yang tinggal?”

Wanita itu membalas, “Tiada lagi makanan yang tinggal.”

Nabi Muhammad SAW menuding ke arah seekor kambing dan

bertanya pula, “Adakah kambing itu mempunyai susu?”

Wanita itu menjawab, “Darah

pun tiada dalam uratnya,

kasihan kambing ini, bagaimana

boleh dia menghasilkan susu?”

Baginda kemudian tersenyum dan berkata, “Izinkan aku

memerah susunya?” Wanita itu bersetuju walaupun dia tahu bahawa

perkara itu mustahil.

Baginda membelai kambing itu, mengucapkan “Bismillah” dan

mula memerah susunya. Sebuah bekas besar diminta daripada

wanita itu. Dia tidak percaya bahawa kambing itu mempunyai

susu yang banyak. Selepas bekas itu dipenuhi dengan susu,

mereka pun terus minum dengan puas. Kemudian, baginda

mengucapkan terima kasih kepada wanita itu dan berlalu

pergi.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!