07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - JUN

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Rushida Abdul Gani, Semiah Said

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Azizm

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : Jun / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-324-2

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Aishah, Isteri

Nabi Muhammad SAW ..... 07

02 Pelajar-Pelajar di

Suffah ..... 09

03 Beliau Digelar Bapa Kucing ..... 11

04 Pengorbanan Sahabat

yang Miskin ..... 15

05 Hamba yang Mendapat

Kebebasannya ..... 17

06 Hamba-Hamba yang

Gembira ..... 19

07 Zaid Memberikan Kuda yang

Paling Disayanginya ..... 21

08 Hari yang Paling Bahagia

Buat Muaz ..... 22

09 Kegembiraan Lelaki

Miskin ..... 24

10 Rahib dan Salama ..... 27

11 Anas Tinggal di Rumah Nabi

Muhammad SAW ..... 29

12 Khidmat Anas Kepada Nabi

Muhammad SAW ..... 31

13 Anas dan Nabi

Muhammad SAW di Desa ..... 33

14 Anas Menyimpan Rahsia ..... 35

15 Janji Bertemu

di Syurga ..... 37

16 Nughair, Burung Pipit

Kepunyaan Umair ..... 39

17 Doa Nabi Muhammad SAW

untuk Anas ..... 41

18 Ganjaran Syurga Bagi Mereka

yang Sabar ..... 43

19 Tiada Dusta di Wajahnya ..... 45

20 Negara Islam yang

Pertama ..... 47

21 Tibanya Arahan yang

Dinanti-Nantikan ..... 51

22 Kegemilangan Perang

Badar ..... 53

23 Kisah Bala Tentera Muda ..... 55

24 Kepahlawanan Dan

Keberanian Nabi ..... 57

25 Bala Tentera Tiba di Badar ..... 60

26 Nabi Muhammad SAW,

Ketua yang Luar Biasa ..... 62

27 Segenggam Pasir yang Berjaya

Menumpaskan Bala Tentera ..... 65

28 Nabi yang Mengotakan

Janjinya ..... 67

29 Salam dari Badar ..... 69

30 Peperangan yang Disertai

Para Malaikat ..... 71

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Aishah, Isteri

Nabi Muhammad SAW

Aishah merupakan anak Abu Bakar r.a. Aishah sangat bijak.

Setiap perkara yang didengar akan terus diingati. Tiada orang yang

lebih baik daripadanya dalam mempelajari perkara baharu dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dia sangat berilmu

dan sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Nabi Muhammad SAW sering dikerumuni oleh sahabatsahabatnya.

Mereka yang mendampingi baginda mempelajari

pelbagai perkara baharu pada setiap masa. Akan tetapi, mereka

sukar untuk menyampaikan apa yang dipelajari kepada isteri dan

anak-anak. Hanya segelintir daripada mereka yang mengetahui

kehidupan peribadi Nabi Muhammad SAW di rumah.

Bagaimana baginda bangun tidur pada setiap

pagi, solat-solat yang ditunaikan, cara baginda

makan, berpakaian, dan bagaimana baginda

mandi, tiada siapa yang tahu. Oleh kerana

baginda adalah Rasul Allah, maka baginda

merupakah contoh ikutan dalam segala hal.

Segala yang disenangi Allah SWT dimiliki oleh

baginda. Umat Islam mestilah hidup seperti

baginda dan mencontohi segala sifatnya yang

terpuji.

Timbul keperluan untuk mengetahui tentang

perkara-perkara peribadi baginda. Orang Islam yang

menyedari hakikat ini mencadangkan agar baginda

7

erkahwin dengan anak perempuan Abu Bakar iaitu Aishah.

Sebagai isteri, Aishah boleh membantu dan memberi sokongan

kepada baginda. Wanita yang bijak dan berpekerti mulia sepertinya

amat diperlukan. Sekiranya dia menjadi isteri baginda,

dia dapat melakukan pelbagai kebaikan kepada

umat Islam. Dia dapat mempelajari dan mengingati

apa yang diajarkan oleh baginda dengan cepat.

Kemudian, dia boleh menyebarkan segala perkara

yang dipelajari itu kepada semua wanita Islam.

Dengan izin Allah SWT, Nabi Muhammad SAW menerima

pelawaan untuk berkahwin dengan Aishah. Mereka mula melakukan

persiapan untuk majlis perkahwinan itu. Ibu Aishah menyikat

rambutnya yang panjang dan tebal. Dengan bantuan sahabatsahabatnya,

Aishah menghias dirinya. Persalinan berwarna merah

dikenakan dan mahkota diletakkan di atas kepalanya.

Kemudian, Aishah dibawa ke rumah Nabi Muhammad

SAW. Ibunya berkata, “Ya Rasulullah, mulai sekarang,

Aishah adalah isterimu.”

Sejak hari itu, Aishah menjadi isteri Rasulullah

SAW. Dia sering bertanyakan soalan kepada

baginda dan segala persoalan yang terjawab sering

dikongsikan dengan wanita Islam yang lain. Wanita yang mempunyai

soalan sering berjumpa Aishah untuk mendapatkan jawapan.

Kehadiran Aishah yang bijak dan mempunyai memori yang kuat

dalam keluarga baginda membuatkan semua orang gembira.

8

Hari

2

Pelajar-pelajar di Suffah

Di satu sudut bahagian utara Masjid Al-Nabawi, terdapat tempat

berteduh yang dibina menggunakan daun kurma kering. Pada masa

lapang, para sahabat akan berkumpul di sini. Mereka sentiasa

mempelajari perkara-perkara baharu daripada baginda. Tempat

yang teduh ini dipanggil “Suffah” yang bermaksud 'dewan besar'.

Tempat itu digunakan untuk berbual

dan berbincang. Pada masa yang

sama ia menjadi tempat bagi orang

miskin untuk berlindung. Ia juga

digunakan sebagai tempat untuk

solat-solat sunat bersendirian. Ia

adalah tempat pembelajaran dan

pendidikan.

Dalam kalangan penduduk Islam

ini terdapat lelaki-lelaki yang masih

bujang. Mereka mempunyai sifat terpuji ini

sangat miskin. Akan tetapi, mereka sangat bersemangat untuk

belajar. Mereka enggan berpisah daripada Nabi Muhammad SAW

walaupun untuk sesaat. Tempat teduh di sebelah masjid itu ibarat

sekolah buat mereka. Atas sebab ini, mereka digelar pelajar-pelajar

Suffah. Mereka sering menunaikan solat, mendalami al-Quran dan

mengajar mereka yang tidak tahu membaca kitab suci itu.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai rumah sendiri, Suffah

menjadi tempat mereka berteduh. Mereka sentiasa mendampingi

Rasulullah SAW, sentiasa mempelajari perkara-perkara yang baharu.

Hati mereka dipenuhi rasa syukur manakala minda mereka dipenuhi

9

ilmu. Mereka umpama bintang-bintang

Rasulullah SAW. Mereka sungguh

mengasihi baginda dan gembira

kerana dapat menghabiskan masa

bersamanya. Atas bantuan umat

Islam yang kaya, baginda dapat

membantu pelajar-pelajar Suffah ini.

Tanpa menghiraukan keadaan mereka yang miskin, dan kebuluran

yang melanda Madinah, mereka terus beribadah. Ini amat

menyenangkan hati baginda.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW berkata, “Sekiranya

kamu tahu apa yang telah Allah SWT sediakan untuk kamu semua,

tentu sekali kamu mahukan kemiskinan dan kekurangan yang kamu

hadapi ini, berganda.”

Pelajar-pelajar Suffah merupakan pembantu baginda yang

sangat penting. Demi Islam, mereka sanggup mengetepikan

keselesaan. Mereka mahu menyebarkan ajaran Islam di bandarbandar

dan negara-negara yang berbeza. Keadaan mereka ini dipuji

dalam al-Quran.

10

Hari

3

Beliau Digelar Bapa Kucing

Abdur Rahman merupakan pelajar di Suffah. Dia amat menyayangi

kucing. Sekiranya terserempak dengan kucing, dia akan

menghampirinya dan membelai bulu kucing itu. Walaupun lapar,

dia sanggup berkongsi makanannya dengan

haiwan itu. Kucing-kucing di jalanan akan

beratur dan mengikutinya. Nabi Muhammad

SAW gembira melihatnya. Oleh sebab itu,

baginda menggelarnya “Abu Hurairah” yang

bermaksud bapa kepada segala kucing.

Pada suatu hari, Abu Hurairah berasa sangat

lapar hingga perutnya sakit. Ketika dia bertemu

dengan Nabi Muhammad SAW, baginda menyedari

Abu Hurairah telah berlapar selama beberapa hari.

Dengan penuh kasih, baginda berkata, “Wahai Abu

Hurairah, marilah pulang ke rumahku.” Dengan payah,

Abu Hurairah bangun dan mengikuti baginda. Terdapat sebuah

bekas berisi susu di dalam rumah baginda. Baginda berkata kepada

Abu Hurairah, “Panggillah sahabat-sahabatmu yang

lain.”

Abu Hurairah terus ke Suffah dan memanggil

sahabat-sahabatnya. Dalam masa yang sama, dia

berfikir, “Susu tu hanya cukup untuk diriku seorang.

Sahabat-sahabatku di Suffah juga sedang kelaparan.

Cukupkah susu itu untuk kami semua?”

Mereka pergi ke rumah Nabi Muhammad SAW.

Baginda berkata kepada Abu Hurairah, “Wahai Abu

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!