07.03.2018 Views

SEHARI SEBUAH KISAH BERSAMA RASULULLAH - JULAI

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku ini disediakan sebagai bahan bacaan harian untuk

sebulan. Setiap kisah digarap daripada cerita yang disampaikan

oleh para sahabat r.a. Buku ini bertepatan dengan matlamat

Program NILAM. Ruang merekod "Anotasi Buku" disediakan

pada bahagian akhir buku. Anak-anak dapat menanamkan

sikap pemurah, setia, jujur, tenang dan mulia yang ditunjukkan

oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

www.ameenbooks.com.my

Kuala Lumpur

www.ameenbooks.com.my

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-41434343 Faks: 03-41491414

Emel: ameenbooks@alameenserve.com

AJL 931362

Versi Asal © Nurdan Damla

Terjemahan bahasa Melayu © Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2014

Ilustrasi oleh Osman Turhan

Ini ialah terjemahan yang sah daripada 365 Days With Our Dear Prophet

oleh Nurdan Damla diterbitkan oleh Timas Publication Trade and Industry A.S.

Pertama kali diedar di Malaysia: 2014

oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Terjemahan Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris: Bekir Aksoy

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu: Panel Penterjemah Ameen

Editor: Rushida Abdul Gani

Pembaca Pruf: Alifah Ab Aziz, Nur Shuhada Maniyamin, Nazatul Faquyah Mohamed

Reka bentuk kulit: Haizea, Ijal, Delam

Tipografi & reka letak: Yang Nurul Ain bte Mior Rasdi

Hak cipta terpelihara:

Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,

gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Damla, Nurdan

Sehari sebuah kisah BERSAMA RASULULLAH : Julai / Nurdan Damla;

Penterjemah: Panel Penterjemah Ameen.

ISBN 978-967-362-325-9

1. Muhammad, Prophet, -632. 2. Islamic stories, Malay.

I. Panel Penterjemah Ameen. II. Judul. III. Judul : Translation of : Damla,

Nurdan, 365 Days With Our Dear Prophet.

297.63

Dicetak oleh: Times Offset (M) Sdn. Bhd. (194695-W)

Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor.

Isi Kandungan

01 Muslim yang

Tersusun ..... 07

02 Kekaguman Para

Tawanan ..... 10

03 Bapa Saudara Nabi Muhammad

SAW Menjadi Tawanan ..... 13

04 Satu Malam Bersama

Nabi Muhammad SAW ..... 15

05 Kanak-Kanak yang Mendengar

Pesanan Nabi ..... 17

06 Zaid, Setiausaha

Kepada Nabi SAW ..... 19

07 Sifat Nabi SAW yang Bertolak

Ansur ..... 21

08 Tentangan Mereka yang

Melanggar Perjanjian ..... 23

09 Jumaat yang Indah ..... 26

10 Kegembiraan Di Madinah ..... 28

11 Setitis Kurnia

Daripada ALLAH ..... 30

12 Aidilfitri di Madinah ..... 32

13 Gembiranya Hati

Seorang Kanak-Kanak ..... 34

14 Zakat Menyucikan Harta ..... 37

15 Kekayaan Tha’labah ..... 39

16 Kegembiraan

Dua Sahabat ..... 41

17 Fatimah Dan Ali, Dua

Hati Satu Jiwa ..... 43

18 Nabi SAW Mendapat

Cucu ..... 45

19 Bertuahnya Hasan

dan Husin ..... 47

20 Sahabat Belajar Menyayangi

Anak-Anak ..... 48

21 Siapa Cepat,

Dia Dapat ..... 50

22 Hasan dan Husin

Hilang ..... 52

23 Nasihat Berharga ..... 54

24 Usamah Kesayangan

Nabi ..... 56

25 Teguran Berhikmah ..... 58

26 Keputusan di Saat

Genting ..... 60

27 Askar-Askar Cilik ..... 62

28 Menanti Dengan Penuh

Kebimbangan ..... 64

29 Pemuda Berhati

Mulia ..... 67

30 Kekalahan ..... 69

31 Hamzah, Pahlawan

Agung ..... 72

Program Nilam ..... 74

Peringatan…

Apabila menyebut nama Nabi kesayangan kita, para

sahabat baginda dan pemimpin agama yang dihormati,

sebagai tanda menghormati mereka, mari kita

mengingati gelaran yang sepatutnya untuk mereka.

Sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad, kita

hendaklah menyebut Sallallahualaihiwasallam (SAW)

(semoga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan

ke atasnya), selepas nama baginda.

Radiyallahuanhu (r.a.), (Semoga Allah memberi

keredhaan kepadanya), digunakan selepas nama

para sahabat Rasulullah atau sesiapa yang selalu

berdampingan dengan baginda.

Hari

1

Muslim yang Tersusun

Berita gembira tersebar di seluruh Lembah Badar. Kejayaan yang

tidak disangka-sangka telah berjaya dikecapi. Tentera musyrikin

yang ingin menyelamatkan nyawa mereka hanya ada satu jalan

keluar iaitu melarikan diri dari medan perang.

Selepas peperangan itu berakhir, pelbagai

barangan ditinggalkan di situ. Keadaan di Lembah

Badar seperti dilanda puting beliung. Barangan

berharga, cebisan makanan, cebisan kain,

penyodok yang patah, perisai dan anak panah

bertaburan di situ. Kuda-kuda dan unta-unta yang tidak

bertuan pula berkeliaran.

Nabi Muhammad SAW memandang ke arah lembah itu agak

lama. Baginda tidak mahu meninggalkan Lembah Badar dalam

keadaan yang sebegitu rupa. Baginda amat mementingkan kebersihan,

bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk persekitaran. Baginda

mengarahkan mereka yang berada di situ,"Kembalikan lembah ini

seperti keadaan asalnya."

Tentera Islam pun berganding tenaga

membersihkan Medan Badar. Mulamula

sekali mereka menggali kubur

untuk para syuhada. Kemudian,

mereka memungut segala benda

yang ditinggalkan. Selepas itu,

mereka pergi ke bahagian pihak

musuh. Tentera musyrikin yang

7

8

mati juga turut dikebumikan. Kemudian, haiwan-haiwan milik tentera

musyrikin dikumpul dan sampah sarap dipungut.

Mengikut syarat peperangan, mereka juga memungut barangbarang

tentera musuh yang berharga. Harta yang dipanggil ghanimah

itu dikumpulkan di satu tempat. Tindak tanduk Nabi Muhammad

SAW sering berlandaskan kasih sayang. Pertama sekali baginda

menghormati manusia, menyayangi haiwan dan memelihara alam

sekitar.

Nabi Muhammad SAW tidak melupakan perkara yang penting itu.

Tentera Islam tidak akan pulang ke Madinah dengan rasa gembira jika

Badar ditinggalkan dalam keadaan yang huru-hara. Ini merupakan

peraturan yang ada dalam Agama Islam, dan Nabi Muhammad SAW

sebagai rasulnya. Sementara Muslimin di Madinah menanti khabar

gembira daripada tentera Islam, mereka yang berada di Lembah

Badar berusaha mengembalikannya kepada keadaan sedia kala.

Selepas peperangan berakhir, mereka tinggal di Badar selama tiga

hari. Setelah tugas disempurnakan, mereka pun pulang.

9

Hari

2

Kekaguman Para Tawanan

Para tawanan Perang Badar berasa gentar

mengenangkan nasib yang bakal menimpa

mereka. Pada zaman itu, apabila seseorang

menjadi tawanan perang, dia akan dibiarkan

kelaparan dan kehausan. Dia akan dipaksa untuk

bekerja keras dan dilayan seperti hamba sepanjang

hidupnya. Atas sebab itu, nasib tawanan perang

adalah lebih buruk daripada kematian.

Dalam perjalanan ke Madinah, para tawanan

tentera musyrikin berasa sangat takut.

Mereka bergerak dengan begitu perlahan.

Nabi Muhammad SAW, memanjatkan

syukur kepada Allah SWT. Ketibaan tentera islam disambut dengan

meriah dan gembira. Nabi Muhammad

SAW mengambil harta ghanimah dan

dibahagi-bahagikan sama rata di

kalangan para sahabat.

Nabi Muhammad SAW

memandang ke arah tawanan

perang. Walaupun baginda

seorang nabi, baginda tidak

membuat sesuatu tanpa merujuk

kepada para sahabat. Mula-mula

baginda bertanya kepada Sayidina Abu

Bakar r.a. Abu Bakar berkata, "Wahai nabiku, walaupun mereka

musyrikin, namun mereka tetap saudara kita. Pada pendapat saya,

kita patut membebaskan mereka dan mengambil wang tebusan

10

sahaja." Wang tebusan merupakan jumlah

yang dipersetujui oleh kedua-dua belah

pihak dalam satu peperangan. Wang ini akan

dibayar untuk membebaskan tawanan

perang. Nabi Muhammad SAW bertanyakan

para sahabat yang lain. Setiap seorang

daripada mereka memberi pandangan

masing-masing.

Ada sahabat yang mencadangkan supaya tawanan

itu dibunuh sahaja apabila mengenangkan perkara buruk yang

pernah mereka lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat

Islam. Akan tetapi, baginda merupakan seorang yang penyayang

dan tidak mahu berlakunya pertumpahan darah atau menyebabkan

seseorang itu menderita kesakitan. Baginda tidak dapat menerima

cadangan-cadangan yang diberi.

Perlahan-lahan baginda bangun dan berlalu ke khemahnya.

Tidak lama kemudian, baginda kembali berjumpa dengan para

sahabat. Baginda memberitahu mereka bahawa baginda menerima

cadangan Abu Bakar. Para tawanan ini akan dibebaskan apabila

wang tebusan sudah dibayar.

Namun begitu, ada juga di kalangan tawanan

perang yang tidak mampu membayar wang

tebusan kerana mereka miskin. Bagi mereka ini,

kaum Muslimin ada penyelesaiannya. Tawanan

perang yang boleh membaca dan menulis

harus mengajar 10 orang Muslimin untuk

membaca dan menulis sebagai tebusan

pembebasan mereka. Keputusan itu

diterima dan diguna pakai.

Bagi yang mempunyai wang, mereka

membayar wang tebusan dan terus

dibebaskan. Bagi yang tidak mempunyai

wang, mereka tinggal di Madinah

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!