28.02.2018 Views

BUKU PANDUAN PROJEK STEM

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Cetakan Pertama 2017

© Hak Cipta Teks: Panel Penulis Buku Panduan Projek PIL CERDAS STEM.

Semua projek dalam buku ini dibiayai oleh Bahagian Permata,

Jabatan Perdana Menteri.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan

kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Aminah Ayob

Buku panduan projek pil cerdas stem untuk prasekolah, tadika & taska / Aminah

Ayob, Md Nasir Ibrahim, Ong Eng Tek, Mazlini Adnan, Jameyah Sheriff ; Ketua

Editor: Nor Anita Megat Mohd Nordin.

ISBN 978-967-362-354-9

1. Educational technology. 2. Educational innovations. 3. Science--Study and

teaching (Preschool). 4. Technology--Study and teaching (Preschool).

5. Engineering--Study and teaching (Elementary). 6. Mathematics--Study and

teaching (Preschool). I. Md. Nasir Ibrahim, 1960-. II. Ong, Eng Tek. III. Mazlini

Adnan. IV. Jameyah Sheriff. V. Nor Anita Megat Mohd Nordin, 1959-. VI. Judul.

371.33

Diterbitkan oleh:

Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

No, 2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan

53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-4143 4343 Faks: +603-4149 1414

E-mel: ameenbooks@alameenserve.com

Dicetak oleh:

Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd.

No.68, Jalan 14-E,

Ampang New Village,

68000 Ampang Selangor.

Penulis:

Aminah Ayob

Md Nasir Ibrahim

Ong Eng Tek

Mazlini Adnan

Jameyah Sheriff

Ketua Editor:

Nor Anita Megat Mohd Nordin

Editor:

Semiah Said

Reka Bentuk Kulit:

Mohd Haizea Shafarudin

Reka Letak Grafik:

Norfadilah Zakaria

PRAKATA

Buku Panduan Projek PIL CERDAS STEM ini bertujuan untuk membantu guru/pendidik/

pengasuh melaksanakan pendidikan STEM di prasekolah, tadika dan taska. Buku ini

mengandungi 10 buah projek pendidikan STEM yang telah dikaji rintis dengan kanakkanak

yang berumur 3-4 tahun di 19 buah taska PERMATA. Hasil kajian rintis ini, didapati

semua projek ini sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak 3-6 tahun dan

boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Pendidikan STEM mengintegrasikan elemen-elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan

matematik dalam satu proses pembelajaran yang berorientasikan projek. Dalam

proses pembelajaran ini, elemen kemahiran saintifik seperti kemahiran inkuiri, membuat

pemerhatian dan mengeksperimen digabungjalinkan dengan kemahiran matematik

seperti mengukur, mengelas dan memahami nombor serta kuantiti, untuk menghasilkan

reka cipta kreatif yang berasaskan teknologi dan kejuruteraan. Integrasi keempat-empat

disiplin ini menjadikan projek STEM amat menarik dan bermakna kepada kanak-kanak.

Projek-projek yang terdapat dalam buku ini ditulis dalam bentuk modul pengajaran

dan pembelajaran untuk memudahkan guru/pendidik/pengasuh melaksanakannya

dengan kanak-kanak mengikut fasa-fasa pembelajaran yang ditetapkan.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan rujukan yang berguna kepada semua

guru/pendidik/pengasuh demi mempertingkatkan pendidikan STEM di Malaysia.

Kejayaan STEM merupakan kejayaan pendidikan negara seperti yang terancang dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, dan ke arah mencapai matlamat status

negara maju pada tahun 2020.

Salam hormat,

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah binti Ayob

iv

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

iv

v

vi

x

01-16

17-28

29-38

39-52

53-66

67-82

83-94

95-108

109-122

123-134

Prakata

Isi Kandungan

Pengenalan

Panduan Penggunaan Buku Panduan Projek

PIL CERDAS STEM

Projek STEM 1

Kereta Kuasa Getah Gerit

Projek STEM 2

3R - Reduce, Reuse, Recycle

Projek STEM 3

Terarium

Projek STEM 4

Ikat dan Celup

Projek STEM 5

Baja Kompos

Projek STEM 6

Payung

Projek STEM 7

Telur dan Ayam

Projek STEM 8

Kapal Saya

Projek STEM 9

Membuat Kertas

Projek STEM 10

Lastik

v

PENGENALAN

adalah akronim untuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan

Matematik. Asalnya akronim ini digunakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat untuk

menerangkan bidang pengajian yang perlu dipunyai oleh pendatang asing untuk

mendapatkan permit/visa bekerja dalam bidang-bidang: Science, Technology,

Engineering, and Mathematics (STEM), tetapi pada hari ini, para pendidik telah

menggabungkan bidang-bidang ini dan menamakan disiplin ini sebagai

Pendidikan STEM. Namun begitu, Sneideman (2013) berpendapat bahawa STEM

adalah suatu falsafah atau cara berfikir, yang mana beberapa bidang/disiplin iaitu

Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi diintegrasikan menjadi satu bidang

pendidikan yang dianggap lebih sesuai dan relevan untuk diajar khususnya di

sekolah, kerana ia lebih bermakna, praktikal dan relevan dengan konteks kehidupan

harian.

Pembelajaran cara ini lebih menyeronokkan, berbentuk hands-on dan memberi

pengalaman terus yang merangsangkan pelajar bertanya, berfikir, menyelesaikan

masalah dan mereka cipta. Proses pembelajaran ini akan membantu pelajar

membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), membina kemahiran berkomunikasi,

bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta, iaitu kemahiran Abad ke-21. Ciri-ciri

ini merupakan keperluan asas dalam bidang pekerjaan pada masa hadapan.

Menurut pandangan pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan STEM

harus dimulakan di peringkat awal umur (Aminah et al, 2015; Katz, 2010). Kanakkanak

secara semula jadi adalah saintis. Mereka suka bertanya dan meneroka,

bermain dan mencuba, misalnya bermain air, pasir, bongkah, model, objekobjek

semula jadi, batu, ranting kayu dan sebagainya. Semasa bermain, mereka

membanding dan mengelas objek-objek mengikut corak atau warna, mengukur

dan mengira, misalnya mengira bilangan kaki pada semut atau belalang,

menyusun blok-blok menjadi bentuk bangunan atau menara dan sebagainya.

Sebenarnya, inilah pendidikan STEM yang bermula dengan pembelajaran Sains

dan Matematik, menggunakan Teknologi dan Kejuruteraan untuk mereka cipta

alat baru dan menggunakan alat itu untuk bermain.

Dari senario ini, pendidikan STEM bukanlah susah untuk dilakukan di prasekolah

dan di peringkat awal kanak-kanak. Ia telah pun berlaku. Guru hanya perlu

memperluaskan skop pembelajaran Sains kanak-kanak dan membimbing

vi

mereka ke arah membuat penemuan dengan menggalak dan merangsang

rasa ingin tahu semula jadi dalam diri mereka.

Pandangan ini disokong oleh kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa

pendedahan STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat:

Membina asas pembelajaran dan perkembangan minda kanak-kanak pada

masa hadapan;

Membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan penaakulan;

Meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran Sains dan

Matematik, dan minat terhadap kerjaya berkaitan STEM;

Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya dan suka menyiasat;

Memberi pengalaman luas kepada kanak-kanak mengenai dunia semula

jadi dan dunia buatan di sekeliling mereka (Mazlini et al., 2016; Aminah et al.,

2015; Ong et al., 2015; Bybee, 2013; Hoachlander & Yanofsky, 2011; Katz,

2010; National Research Council [NRC], 2011).

Berpandukan saranan penyelidik STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak,

projek STEM yang dicadangkan dalam buku ini memberi fokus kepada perkaraperkara

berikut:

Sains: Fokus kepada pemahaman tentang dunia persekitaran, meneroka

alam semula jadi dan alam buatan, menyiasat menggunakan kemahiran

saintifik (bertanya, membuat pemerhatian, ramalan, eksperimen), berfikir

secara logik, dan menghayati ‘how things work and discoveries’.

Teknologi: Fokus kepada menyiasat dan menggunakan mesin, gajet,

komputer, ipad/tablet, LCD, printer, kamera, iphone, glue-gun, blender,

dan alat-alat teknologi mudah dan selamat digunakan (di samping

mengembangkan kemahiran manipulatif).

Engineering: Fokus kepada cara menyelesaikan masalah, mereka bentuk

(design), menggunakan bahan/objek, mengukur, mengira, membina dan

mereka cipta.

Matematik: Fokus kepada pemahaman tentang kuantiti, ukuran, nombor,

bentuk, geometri, kemahiran spatial (ruang), masa, gerakan dan halaju.

vii

Pendidikan STEM ini adalah perintis kepada membina sumber tenaga manusia

dalam bidang STEM untuk negara Malaysia pada masa hadapan. Kesedaran

tentang kepentingan ini harus ditingkatkan bermula dari pendidikan di peringkat

paling awal, iaitu di taska dan tadika, dan dikembangkan di peringkat sekolah

rendah, menengah dan universiti. Selama ini kita banyak menjadi ‘pengikut’

kepada kemajuan sains dan teknologi. Justeru, STEM perlu disuburkan dalam

sistem pendidikan negara untuk menghasilkan generasi yang akan ‘memimpin’

dalam kemajuan sains dan teknologi di dunia.

Buku Panduan Projek PIL CERDAS STEM untuk Prasekolah, tadika dan taska ini

merupakan inisiatif awal untuk memberikan idea dan panduan kepada guru

cara melaksanakan projek-projek STEM dengan kanak-kanak. Dalam buku ini,

sebanyak 10 buah projek STEM diberikan lengkap dalam bentuk langkah-langkah

pengajaran dan pembelajaran yang sangat mudah untuk dilaksanakan. Projekprojek

STEM tersebut ialah:

Projek 1 : Kereta Kuasa Getah Gerit

Projek 2 : 3R (Reduce, Reuse, Recycle)

Projek 3 : Terarium

Projek 4 : Ikat dan Celup

Projek 5 : Baja Kompos

Projek 6 : Payung

Projek 7 : Telur dan Ayam

Projek 8 : Kapal Saya

Projek 9 : Membuat Kertas

Projek 10 : Lastik

Kesemua projek ini telah diuji rintis dan dibuktikan sesuai serta mampu dilakukan

oleh murid seawal umur 4 tahun. Buku ini mengandungi panduan mudah

kepada guru/pendidik/pengasuh cara melaksanakan dan mengintegrasikan

mata pelajaran sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan dalam satu projek

STEM yang menarik, dengan itu melengkapi beberapa standard pembelajaran

dalam Tunjang Sains dan Teknologi yang disenaraikan dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan 2016 (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Semakan 2017). STEM juga boleh digabungjalinkan dengan 5 tunjang yang

lain iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang

viii

Kemanusiaan, Tunjang Ketrampilan Diri dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan

Estetika.

Kesemua Projek STEM yang disediakan dalam buku ini menekankan penggunaan

pemikiran kritis dan kreatif – dua kemahiran berfikir (KBAT) yang sangat ditegaskan

dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2016, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Maka, dengan mengikuti buku ini, guru/pendidik/pengasuh

sudah pasti dapat mencapai matlamat meningkatkan kemahiran berfikir muridmurid.

Kami sebagai penyelidik, sangat menggalakkan guru/pendidik/pengasuh

mencuba semua 10 projek yang diberikan dalam buku ini, dan merasai sendiri

keterujaan kanak-kanak semasa menjalankan projek-projek tersebut.

Selamat mencuba.

ix

PANDUAN

PENGGUNAAN

BUKU PANDUAN PROJEK

PIL CERDAS STEM TM

Mengenai Buku Ini

Buku ini ditulis dalam bentuk langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran

bagi melaksanakan projek. Ia terdiri daripada 10 buah projek STEM yang boleh

dilaksanakan di prasekolah/tadika/taska. Kesemua projek ini telah diuji cuba

dengan kanak-kanak berumur 4 tahun di taska PERMATA, oleh itu ia dianggap

boleh dan mudah untuk dilaksanakan dengan kanak-kanak yang lebih besar

di prasekolah/tadika, mahu pun di sekolah rendah. Untuk itu, guru hanya perlu

membimbing murid untuk bertanya soalan-soalan yang lebih mencabar dan

menambah lebih banyak aktiviti penerokaan.

Setiap Projek STEM dalam buku ini hendaklah dikendalikan dalam waktu

pembelajaran bersepadu (KSPK, 2016). Projek ini disediakan menyerupai

rancangan pengajaran yang boleh terus digunakan oleh guru. Ia terdiri daripada

hasil pembelajaran atau outcome pembelajaran yang dihasratkan, kandungan

isi pembelajaran atau konsep-konsep yang akan dipelajari oleh murid, dan

langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang disusun mengikut fasafasa

pembelajaran berdasarkan kaedah STEM yang dinamakan Kaedah PIL

CERDAS STEM. Buku Latihan Murid juga disediakan untuk memenuhi keperluan

Standard Prestasi murid yang ditekankan dalam KSPK 2016. Aspek pentaksiran/

penilaian boleh dilakukan dalam semua fasa berkenaan.

Kaedah Menjalankan Projek STEM

Kaedah PIL CERDAS STEM ini telah didaftarkan hak ciptanya di bawah

pendaftaran Hak Cipta Malaysia, oleh itu, penggunaan mana-mana bahagian

kaedah ini hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan penerbit yang

berkenaan.

x

Kaedah PIL CERDAS STEM adalah akronim kepada kaedah "Project-based

Inquiry Learning" atau "Pembelajaran Inkuiri berasaskan Projek". Kaedah ini

menekankan kemahiran dan sikap saintifik, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),

penyelesaian masalah secara kreatif, pembinaan/reka cipta berasaskan reka

bentuk dan teknologi serta pemahaman konsep-konsep sains dan matematik.

Oleh kerana ia menekankan pembelajaran melalui projek, kanak-kanak

dibiasakan bekerja dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah, mereka

perlu berkomunikasi dan bekerjasama dalam pasukan. Di samping menjalankan

projek STEM, kanak-kanak juga boleh belajar bahasa, komunikasi, abjad, suku

kata, mengeja, menulis, membaca dan berdialog.

Sepanjang kanak-kanak melaksanakan projek STEM, mereka mempelajari

kemahiran mengurus diri, membina kemahiran motor kasar dan halus, koordinasi

mata dan tangan dan perkembangan fizikal. Semasa menjalankan projek, kanakkanak

mempelajari mengenai sikap dan proses saintifik yang terlibat. Mereka

belajar bekerjasama, berkolaborasi dan tolong menolong antara satu sama lain.

Pendidikan moral juga boleh diterapkan melalui penghayatan kepada nilai-nilai

budaya, persekitaran dan perpaduan. Hasil reka cipta kanak-kanak menjadi

sumber untuk guru menerapkan penghayatan keindahan dan nilai-nilai estetika

dalam sesuatu reka bentuk dan karya.

Paling penting, projek STEM dapat membina keyakinan diri murid untuk belajar

dan berjaya, kerana mereka mempunyai pelbagai kebolehan tersendiri yang

boleh ditonjolkan semasa menjalankan projek STEM ini.

xi

INTEGRASI STEM KE DALAM KSPK

Berikut disenaraikan Standard Pembelajaran bagi murid 4+ dan 5+ tahun yang

terdapat dalam KSPK 2016 di bawah Tunjang Sains dan Teknologi.

Sains Awal

SA1.0 Sikap saintifik

• Menunjukkan sikap saintifik

dan nilai murni

SA2.0 Kemahiran saintifik

• Membuat pemerhatian

menggunakan kelima-lima

deria

• Mengelaskan objek

• Membuat pengukuran

• Membuat inferens

• Meramal

• Berkomunikasi

SA3.0 Menyiasat alam hidupan

• Mengenal pasti benda hidup

dan benda bukan hidup

• Memperoleh pengetahuan

asas tentang bahagian

badan dan deria manusia

• Membuat penerokaan ke

atas haiwan

• Membuat penerokaan ke

atas tumbuh-tumbuhan

SA4.0 Menyiasat alam bahan

• Meneroka sifat bahan

SA5.0 Menyiasat alam fizikal

• Meneroka alam fizikal dalam

kehidupan seharian

Matematik Awal

MA1.0 Pengalaman Pranombor

• Memadankan objek

• Membandingkan kuantiti objek

• Membuat seriasi

• Mengecam dan membina pola

• Memahami konsep ketekalan

MA2.0 Konsep nombor

• Memahami nombor 1 hingga 10

• Mengetahui sifar

• Memahami nombor 11 hingga 20

• Memahami siri 10 hingga 100

MA3.0 Operasi nombor

• Menyelesaikan masalah operasi

tambah dalam lingkungan 18

• Menyelesaikan masalah operasi

tolak dalam lingkungan 18

MA4.0 Nilai wang

• Mengecam dan menggunakan

wang yang berlainan nilai

MA5.0 Konsep waktu

• Memahami waktu dalam konteks

kehidupan seharian

MA6.0 Bentuk dan ruang

• Mengetahui kedudukan objek dalam ruang

• Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk

yang biasa dijumpai di persekitaran

• Membuat pelbagai binaan mengikut

kreativiti

xii

Penyelarasan konsep-konsep STEM dengan

Standard Pembelajaran KSPK 2016 bagi Setiap

Projek

Kandungan konsep-konsep STEM yang akan dipelajari dalam setiap projek

adalah selaras dengan konsep-konsep sains dan matematik awal yang terdapat

dalam KSPK 2016.

PROJEK Konsep STEM Konsep Sains Awal,

yang terlibat

& Matematik Awal

PROJEK 1:

Kereta Kuasa

Getah Gerit

Konsep tenaga kinetik

membolehkan kereta bergerak;

ukuran; fungsi alat teknologi,

teknologi kereta, enjin, roda,

gandar, getah gerit, elastik dan

kuasa dari getah gerit.

• Meneroka alam bahan,

tenaga, pergerakan, elastik,

kelajuan.

• Mengukur, membanding

kelajuan

• Menyiasat kereta

• Menggunakan ICT/tablet

PROJEK 2:

3R: Reduce,

Reuse,

Recycle

Konsep pengelasan bahanbahan;

pencemaran alam;

membuat binaan/ciptaan

daripada bahan terbuang;

teknologi kitar semula

• Kemahiran saintifik – mengelas,

menyiasat alam fizikal,

membilang, membanding

kuantiti, mereka cipta

• Menggunakan ICT/tablet

PROJEK 3:

Terarium

Konsep tumbuhan sebagai

benda hidup, ciri-ciri tumbuhan,

bahagian-bahagian tumbuhan,

biji benih, tumbuhan perlukan

udara, ‘baja’, air dan cahaya

untuk hidup.

• Menyiasat alam sekitar,

meneroka bahagian tumbuhan,

daun, biji benih, bunga, buah,

kulit pokok, percambahan.

• Mengukur percambahan,

mengira bilangan hari, merekod

dalam jadual

PROJEK 4:

Ikat dan Celup

(Tie and Dye)

Konsep serapan dan serakan

warna; warna dan campuran

warna; teknologi ikat dan celup

• Meneroka alam bahan, serap -

tidak serap air, campuran

warna, mengikat dan mencelup

warna

• Cuaca panas, pengeringan

xiii

PROJEK 5:

Baja Kompos

Konsep pereputan; bahan

boleh reput dan tidak reput;

baja; zat mineral; pokok tumbuh

subur daripada baja kompos.

• Meneroka alam bahan – reput,

makanan tumbuhan

• Mengira hari, menyukat bahan

• Menggunakan ICT/tablet

• Sikap menghargai alam sekitar

PROJEK 6:

Payung

Konsep kalis air (water proof),

serapan air, basah dan kering;

ukuran; bentuk; mengukur dan

memotong kain untuk dibuat

payung; teknologi payung.

• Menyiasat alam bahan: serap

- tidak serap air, kalis air, basah -

kering

• Teknologi ICT

• Mengukur dan mengira bilah

payung, bentuk dan saiz

payung, bentuk segi tiga

PROJEK 7:

Telur dan

Ayam

Konsep kitaran hidup haiwan

(ayam); kandungan telur;

pelbagai saiz dan bentuk telur

haiwan, teknologi pengeraman

telur ayam dan industri

peliharaan ayam untuk pasaran.

• Menyiasat haiwan: kitaran hidup,

habitat, cara pergerakan,

makanan

• Teknologi ICT/tablet

• Mengira bilangan telur, saiz,

warna, kandungan, khasiat telur,

telur rebus, goreng, telur dadar,

telur putih, telur kuning.

• Harga telur di pasaran - membeli

mengguna wang.

PROJEK 8:

Kapal Saya

Konsep tenggelam dan timbul;

sifat-sifat bahan, teknologi

membuat kapal, teknologi

propeler, angin menghasilkan

ombak, angin menolak layar

menyebabkan kapal boleh

bergerak.

• Konsep tenggelam - timbul,

bahan serap - tidak serap air,

pergerakan

• Mengguna ICT/tablet

• Kegunaan kapal sebagai

kenderaan laut

PROJEK 9:

Membuat

Kertas

Konsep bahan, kertas dibuat

daripada kayu; kertas boleh

dibuat daripada surat khabar

lama (recycle); teknologi

membuat kertas; menghancurkan

serbuk kayu/kertas menjadi bubur

kertas, menggunakan blender,

penapisan dan pengeringan.

• Pencemaran alam, kitar

semula, membuat kertas,

menghancurkan kertas,

mencampur warna

• Menapis dan mengering

• Menghargai kertas.

xiv

PROJEK 10:

Lastik

Tenaga keupayaan dalam

getah elastik ditukar kepada

tenaga kinetik untuk membidas;

teknologi lastik.

• Tenaga daripada bahan elastik

(sifat bahan),

• Mengukur panjang

• Menggunakan alat-alat teknologi

dan ICT.

KAEDAH PIL CERDAS STEM TM

Kaedah PIL CERDAS STEM TM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa

Penerokaan, Fasa Reka Cipta, dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan aktiviti

pembelajaran yang perlu dijalankan oleh pendidik dalam setiap fasa.

Inkuiri: Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah

yang akan diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan

pelbagai cara untuk mengarahkan perhatian murid kepada

topik yang akan dipelajari. Misalnya guru membawa murid

keluar meneroka di sekitar halaman taska/tadika atau sekolah,

menunjukkan gambar atau video mengenai isu yang terbabit,

bercerita atau membaca berita daripada surat khabar, membuat

lawatan dan sebagainya.

Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, pendidik bertanya

kanak-kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai

isu/subjek berkenaan. Pendidik membina peta minda "Apa yang

kami tahu tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan

awal kanak-kanak yang perlu diketahui oleh pendidik mengikut teori

konstruktivis. Kemudian pendidik bersama kanak-kanak membina

peta minda "Apa yang kami ingin tahu mengenai...". Dengan

bimbingan pendidik, kanak-kanak menentukan soalan apa yang

mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini.

Penerokaan: Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama pendidik

mencari maklumat mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan

yang mereka telah tahu tetapi belum begitu faham. Pencarian

maklumat dilakukan dengan pelbagai cara; dari internet, video,

nature walk, lawatan, kajian buku-buku sains, dan sebagainya.

Di peringkat ini kanak-kanak membina pengetahuan baharu dan

mengukuhkan pengetahuan sedia ada mengenai perkara yang

dikaji. Setelah mendapat semua maklumat yang diperlukan,

mereka dibimbing untuk meneroka mengenai persoalan yang

mereka sendiri mencari jawapan atau penyelesaiannya. Untuk itu,

pendidik membimbing kanak-kanak memikirkan reka bentuk dan

alat serta bahan-bahan yang diperlukan.

xv

Mereka Cipta: Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba

dan menghasilkan reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang

dibuat. Mereka bekerja dalam kumpulan kecil, menggunakan alatalat

teknologi yang selamat dengan bimbingan dan pengawasan

pendidik. Ciptaan yang dihasilkan boleh dipertandingkan atau

dipamerkan untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain dan ibu bapa.

Refleksi: Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses

pembelajaran yang mereka lalui dan memberi pandangan

tentang reka cipta yang mereka hasilkan. Pendidik menerapkan

nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak mengenai kajian saintifik,

menghargai hasil ciptaan rakan-rakan, kesedaran terhadap

alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan kejuruteraan, dan

penghayatan kepada Tuhan Maha Pencipta.

xvi

CONTOH PETA MINDA

Apa yang

kami tahu tentang

kereta?

Kereta ada roda,

depan belakang.

Kereta ada besar dan

kecil, macam-macam

warna, kereta kami

warna merah.

Ada kereta,

boleh pergi

balik kampung.

Kena isi minyak

baru kereta boleh

jalan.

Kami ada

kereta Proton.

Kereta kami

MyVi.

Apa yang

kami ingin tahu tentang

kereta?

Macam

mana kereta

bergerak?

Enjin kereta tu ada

di mana, dalam

keretakah?

Bagaimana

nak buat kereta

mainan?

Kereta dibuat

daripada apa?

Boleh tak kereta

bentuk bulat?

Bagaimana

nak gerakkan

kereta?

Siapa yang

buat (cipta)

kereta?

xvii

Anggaran Masa Pelaksanaan Setiap Projek

Oleh kerana konsep dan maklumat yang hendak dipelajari adalah agak

banyak, maka berikut dicadangkan masa bagi menyiapkan kesemua empat

fasa dalam setiap projek 1 hingga 10. Lamanya masa menyiapkan projek ini

adalah berdasarkan pengalaman penulis melaksanakan projek-projek ini di

Taska PERMATA.

Projek

Tajuk Projek

Anggaran Masa

(2-3 waktu seminggu)

Projek 1 Kereta Kuasa Getah Gerit 3 minggu

Projek 2 3R - Reduce, Reuse, Recycle 2 minggu

Projek 3 Terarium 3 minggu

Projek 4 Ikat dan Celup (Tie and Dye) 2 minggu

Projek 5 Baja Kompos 3 minggu

Projek 6 Payung 3 minggu

Projek 7 Telur dan Ayam 3 minggu

Projek 8 Kapal Saya 2 minggu

Projek 9 Membuat Kertas 2 minggu

Projek 10 Lastik 2 minggu

Penilaian

Di akhir setiap fasa bagi setiap projek, guru perlu mencatatkan pemerhatiannya

mengenai minat, sikap, kemahiran dan konsep yang dipelajari oleh murid.

Guru boleh juga menyediakan sudut projek di kelasnya untuk mengumpulkan

maklumat mengenai perkembangan projek dan hasil kerja murid sebagai satu

portfolio naratif dan bergambar untuk dipamerkan. Dalam projek ini, setiap

murid perlu terlibat dan dilibatkan. Dengan itu perkembangan mereka dapat

ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

Penglibatan Ibu Bapa

Adalah juga disarankan supaya ibu bapa diberitahu mengenai penglibatan

anak-anak mereka dalam Projek STEM ini dan ibu bapa boleh turut dijemput untuk

terlibat dalam sesuatu aktiviti yang selesa dan menyenangkan semua pihak.

xviii

Projek

KERETA KUASA

GETAH GERIT

1

2

Projek 1

KERETA KUASA

GETAH GERIT

Hasil Pembelajaran Kanak-Kanak

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1 Mengenal pasti teknologi kereta (automotif) seperti enjin, stereng, lampu,

lampu isyarat, hon, tayar, but, wiper, lampu signal, radio, cermin sisi,

warna, jenis dan bentuk kereta.

2 Meningkatkan minat kanak-kanak menggunakan bahan kitar semula

dalam menghasilkan reka cipta.

3 Menyedari kesan daya pergerakan yang dijana oleh tenaga keupayaan

dan tenaga kinetik daripada getah gerit.

4 Menganalisis pelbagai bahan di sekeliling untuk menghasilkan kereta

berasaskan kuasa tanpa motor.

5 Belajar sambil bermain dengan cara yang menyeronokkan.

6 Mempelajari perkataan baharu seperti kuasa, elastik dan getah gerit.

3

Konsep STEM yang dipelajari

dalam projek ini:

Sains

C Konsep tenaga kinetik dan pergerakan, bahawa pergerakan kereta

melibatkan perubahan dari tenaga keupayaan kenyal (pada getah

gerit) kepada tenaga kinetik yang membolehkan kereta bergerak.

C Konsep daya, bahawa daya melibatkan tarikan atau tolakan yang

dikenakan ke atas sesuatu objek. Daya tidak boleh dilihat tetapi

boleh dirasai daripada kesan tarikan atau tolakan, dan kita boleh

melihat objek bergerak disebabkan daya tersebut.

C Konsep pergerakan dalam projek ini menegaskan objek yang

pegun akan bergerak apabila dikenakan daya.

C Tenaga keupayaan kenyal dihasilkan dari getah gerit (rubber band)

yang ditarik (stretched), iaitu tenaga/kuasa yang digunakan untuk

menggerakkan kereta.

C Konsep kekenyalan, iaitu getah gerit atau bahan-bahan elastik yang

lain atau spring apabila diregang dan dilepaskan akan kembali

kepada saiz yang asal.

C Saiz, bentuk, dan berat ‘kereta yang dibina’ boleh mempengaruhi

kelajuannya bergerak.

C Kemahiran Saintifik:

• Membuat pemerhatian menggunakan pelbagai deria

• Mengukur dan menggunakan nombor

• Membuat pengelasan

• Berkomunikasi

Teknologi

C Peluang menggunakan alat-alat seperti ‘glue-gun’, pemotong/

gunting dan lain-lain.

C Memeriksa teknologi automobil – reka bentuk tayar, stereng, tingkap

kereta automatik, wiper, hon, lampu signal kereta dan sebagainya.

4

Kejuruteraan

C Kemahiran mereka bentuk sebuah kereta mainan daripada bahanbahan

terbuang yang boleh bergerak.

C Mereka bentuk kereta daripada bahan terbuang, mengecat warna

dan menghiasi kereta yang dibina.

Matematik

C Konsep saiz dan bentuk alat-alat untuk membuat kereta.

Memahami pelbagai bentuk dan saiz kereta.

C Mengira bilangan roda, bilangan kereta, dan membaca meter

pada papan meter kereta. Memahami nombor dan abjad pada

kereta.

C Membuat ukuran bahan-bahan untuk dibuat kereta. Kemahiran

mengukur kedudukan tayar, bentuk dan saiz badan kereta.

Nilai-nilai Murni:

L Menghargai hasil ciptaan teknologi.

L Menyedari pentingnya kereta dalam membantu manusia bergerak

dari satu tempat ke satu tempat, mempercepatkan perjalanan dan

penghantaran barang-barang keperluan secara selesa dan selamat.

L Menghargai ciptaan Tuhan yang menjadikan sesetengah benda

bersifat elastik.

L Menghargai bantuan guru dan kawan-kawan dalam menjalankan

projek ini.

5

FASA 1 INKUIRI

1 Pendidik memulakan inkuiri dengan

menggalakkan kanak-kanak bertanya

tentang kereta.

2 Pendidik menunjukkan gambar tentang

kereta kepada kanak-kanak.

Fokus Projek ialah:

1. Menghasilkan kereta yang

diperbuat daripada bahanbahan

terbuang.

Masalah:

1. Bagaimana menghasilkan

kereta mainan dengan

menggunakan pelbagai

bahan?

2. Bagaimana menggerakkan

kereta mainan

menggunakan getah

gerit?

3 Pendidik menunjukkan video tentang kereta kepada kanak-kanak atau

membawa kanak-kanak keluar untuk melihat kereta di tempat parkir

kereta.

4 Pendidik bertanyakan soalan berkaitan kereta iaitu:

Siapa pernah menaiki kereta?

Apakah perasaan apabila menaiki kereta?

Mengapakah orang mencipta kereta?

Bagaimanakah kereta bergerak?

Bolehkah kita menghasilkan kereta daripada bahan terbuang?

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk membuat kereta?

5 Pendidik bersoal jawab tentang pergerakan sesuatu objek seperti:

Manusia bergerak dengan kaki

Haiwan bergerak dengan kaki, sayap dan sebagainya

Kereta bergerak dengan roda

6

6 Pendidik menyenaraikan maklum balas daripada

kanak-kanak dalam bentuk peta minda tentang

"Apa yang kami tahu tentang kereta?"

Kereta ada

roda.

Apa yang

kami tahu tentang

kereta?

Kereta ada besar

dan kecil, macammacam

warna, kereta

kami warna merah.

Kereta ada

macam-macam

bentuk.

Kalau ada petrol

baru kereta boleh

jalan.

7 Pendidik menunjukkan pelbagai model kereta mainan.

8 Kanak-kanak membuat perbandingan antara pelbagai jenis kereta

mainan yang ditunjukkan.

7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!