15.12.2016 Views

NEKBAT KUIH TRADISIONAL KELANTAN

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Makanan Tradisional

Kelantan

Kuih Nekbat

Nur Huszaima Binti Mohamad Rasidi

Sejarah Kuih Nekbat

Kuih nekbat merupakan kuih pembasuh mulut yang diperbuat daripada

tepung beras dan telur, yang popular di negeri Kelantan atau nama lain

Cik Siti Wan Kembang. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua

peringkat. Peringkat pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak

sehingga gebu seperti baulu tetapi tawar dan lebih keras.

Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada

pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Manakala bahagian kedua pula ialah nekbat ini akan disira dalam air gula

yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi,

dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut.

Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia

sedia untuk dihidangkan.

Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan

lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Resipi Kuih Nekbat

Bahan - Bahan:

Bahan Kuih –

500g tepung beras (1 bungkus)

12 biji telur ayam

Bahan Sira

Air secukupnya

500 gm gula

5 helai daun pandan

Cara Membuat Kuih Nekbat

1. Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai)

dalam kuali atas api sederhana hingga kering.

Tutup api dan biarkan ia sejuk.

2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.

Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam

adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

3. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan

minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan

bakar hingga kekuningan.

4. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10

sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula

sudah mendidih masukkan daun pandan dan

kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.

Tip:

– 10 sudu gula

untuk 10 biji

nekbat

– Boleh gunakan

acuan baulu

Foto Kuih Nekbat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!