30.12.2015 Views

10 Page 18-19

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ARTIS@

PUTRAJAYA

OKTOBER

18

2014

Teks: Adzman Rahman

Foto: Ihsan Sony Music

(Terima kasih: Dina)

Sederhana tetapi meriah

Itulah gambaran suasana

di majlis perkahwinan

Alif Satar yang menamatkan

zaman bujangnya

pada 15 September lalu.

Penyanyi yang pernah

popular dengan lagu ‘Jangan

Nakal’ itu memilih

Marina Putrajaya sebagai

lokasi untuk majlis

perkahwinannya dengan

Sha Dila Halid. Sebelum

itu pasangan tersebut telah

selamat diijabkabulkan di

Dewan Perdana FELDA,

Kuala Lumpur.

Sepanjang berlangsungnya

majlis resepsi itu Marina

Putrajaya menyaksikan

kehadiran kira-kira

300 tetamu Alif yang terdiri

daripada ahli keluarga, sahabat

handai dan rakanrakan

artis seperti Datuk

Aznil Hj, Nawawi, Tomok,

Erin Malik, Shahrol Shiro

dan ramai lagi.

Dalam suasana majlis

penuh santai itu, Alif

atau nama sebenarnya

Muhammad Alif Mohd Satar

turut membuat kejutan

dengan menyanyikan

lagu kegemaran isterinya,

MAJLIS RESEPSI ALIF - SHA

MARINA PUTRAJAYA JADI PILIHAN

‘Kaulah Segalanya’ yang

akhirnya cukup untuk

membuatkan Sha Dila

mengalirkan air mata

terharu. Malah Alif juga

sempat mendedikasikan

sebuah lagu bertajuk ‘Helo

Alif Helo Sha Dila’ yang

dihasilkan dalam tempoh

sehari sebelum majlis

resepsinya semata-mata

mahu memberi kejutan

kepada Sha Dila.

Majlis resepsi pihak Sha

Dila juga turut diadakan

di Marina Putrajaya pada

sebelah siang, manakala

majlis Alif yang berlangsung

pada sebelah malam

itu tamat dengan sesi tetamu

mencuri peluang

me-rakamkan detik bahagia

bersama

pengantin

baharu

setelah

puas

menjamu

selera.

MASJID BESI JADI LOKASI FILEM

‘WARNA CINTA IMPIAN’

Bagi para peminat filem

Melayu, gandingan

semula Awie dan Erra

Fazira merupakan

sesuatu yang sangat

dinanti-nanti. Dan itulah

antara sebab kenapa

ramai yang tidak sabar

menanti kemunculan

filem ‘Warna Cinta

Impian’.

Filem arahan N.S.

Krishna itu buat pertama

kalinya menggandingkan

semula kedua-dua bintang

hebat tersebut selepas

sekian lama mereka tidak

beraksi bersama.

Selain menjalani

penggambaran di luar

negara seperti di India dan

Australia, filem terbitan

sulung TouchTronic

Entertainment yang

menelan kos RM1.5 juta ini

turut memilih ‘Masjid Besi’,

Putrajaya sebagai salah

satu lokasi penggambaran.

Awie, yang membawa

watak sebagai abang

kepada Diana lakonan

pelakon baharu Shiqin

Kamal memberitahu dia

tidak mempunyai masalah

untuk berlakon dengan

pendatang baharu dalam

filem ini termasuklah

bintang dari Singapura,

Erwin Shah Dawson.

Tambah vokalis

kumpulan Wings ini lagi,

biarpun babaknya bersama

Erra ketika itu masih

belum dirakamkan, namun

Awie mengakui dia tidak

mempunyai masalah untuk

berlakon dengan bekas

tunangnya itu.

“Setakat ini cabaran tak

ada sangat untuk watak

saya. Cuma saya hanya

perlu fikir karakter macam

mana saya nak keluarkan

untuk watak saya sebagai

seorang abang. Nak

berdepan dengan Erra pun

bukan satu cabaran sangat

sebab kami pun berkawan.

“Bagi saya, gandingan

kami kali ini tidaklah

secabar gandingan kami

ketika ‘Konsert Teaterikal

Suara Kita’ sebelum ini.

Lagipun, babak cinta

antara kami tak ada sangat

sebab ia lebih banyak

diimbas kembali melalui

percakapan,” ujar duta

kepada produk Long Jack

itu dengan mesra.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

10 Page 18-19.indd 18 10/21/14 3:37 PM

WARTAWAN

19 2014

OKTOBER MUDA

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

10 Page 18-19.indd 19 10/21/14 3:37 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!