30.12.2015 Views

09 Page 17

• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

17 OKTOBER

BERITARINGKAS

2014

Kecoh Lembu Terlepas Tali

Pasar Tani Khas

PRESINT 3 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA) menganjurkan Pasar Tani Khas di Putrajaya

bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail

Sabri Yaakob merasmikan pasar tani khas tersebut.

PRESINT 9 - Suasana Korban Perdana

dan Kenduri Rakyat Parlimen

Putrajaya di sini, bertukar kecoh apabila

seekor lembu yang sudah bersedia

hendak dikorbankan terlepas ekoran

ikatan tali pada lehernya terbuka.

Dalam kejadian jam 4.30 petang

pada Hari Raya Aidiladha baru-baru

ini, lembu berkenaan yang diikat pada

pokok sebaik dibawa turun dari lori

‘mengejutkan’ penduduk apabila berlegar-legar

30 minit di kawasan program

itu berlangsung.

Difahamkan, sebaik ikatan tali pada

lehernya terbuka, lembu itu panik dan

berlari mahu menyelamatkan diri,

malah turut memasuki kawasan kanopi.

Setiausaha Bahagian UMNO Putrajaya

Sokri Shafee berkata, 10 penduduk

kemudian mengepung lembu itu

dan berjaya menangkap serta mengikatnya

kembali pada pokok.

“Lembu berkenaan tidak bertindak

agresif dan hanya berlegar-legar di

sekitar tapak program berlangsung

seperti mahu melepaskan diri.

“Kami bersyukur kerana tidak berlaku

kejadian tidak diingini kepada penduduk,

malah lembu itu selamat dikorbankan,”

katanya.

‘Jom Ke Surau’

PRESINT 16 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

(JAWI) dengan kerjasama Surau Ar-Rahman dan Persatuan

Penduduk Super Link Presint 16 menganjurkan program

‘Jom Ke Surau’ pada 28 September lalu bagi tujuan menggalakkan

umat Islam menjadikan surau bukan sahaja sebagai

tempat solat semata-mata, tetapi juga sebagai pusat

aktiviti setempat. Menurut penganjur, program itu mendapat

sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk.

Kelas Al-Baghdadi

PRESINT 9 – Penduduk Putrajaya khususnya Pangsapuri

Putra Court 4 kini berpeluang memantapkan bacaan

al-Quran dengan kewujudan Kelas Teknik Al-Baghdadi

yang terbukti berkesan dan fleksibel. Pengerusi Surau Al-

Mosthofa, Zulkifli Sulong berkata, kewujudan kelas mengaji

Al-Baghdadi di surau itu bertujuan untuk membantu semua

penduduk lebih mahir bacaan al-Quran serta mengenali

teknik tersebut. Setiap peserta hanya dikenakan yuran

RM60.

Tadika Ditutup Sementara

PRESINT 11- Taska Permata Bonda di sini, diarah tutup

sementara berikutan kematian seorang bayi berusia empat

bulan kerana gagal mematuhi nisbah dan syarat yang

ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan

Kanak-Kanak 2012. Demikian kata Ketua Pengarah Kebajikan

Masyarakat, Datuk Norani Mohd Hashim.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!