30.12.2015 Views

07 Page 11-15

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

15 OKTOBER

2014

WARTAWAN

MUDA

Mohd Rahimi (dua dari kanan) sedang bertukar pendapat mengenai Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya bersama guru-guru SMKP Presint 14 (1).

Sebagai usaha menggalakkan

lagi penyertaan golongan remaja

dalam Kelab Karyawan dan

Wartawan Muda Putrajaya yang

mendapat sambutan hangat sejak

dilancarkan tiga bulan lalu,

para peneraju dan penggerak

kelab tersebut kini mengadakan

kunjungan ke sekolah-sekolah

di sekitar Putrajaya bagi menerangkan

secara lebih jelas

faedah-faedah menyertai kelab

berkenaan kepada kumpulan

sasaran.

Ternyata usaha itu berbaloi kerana

kunjungan mereka disambut

baik oleh pihak sekolah dan para

pelajar.

Inisiatif ‘turun ke sekolah’ itu diadakan

oleh pihak kelab dengan

kerjasama Kementerian Wilayah

Persekutuan.

Kelab Wartawan dan Karyawan Muda

‘Turun ke Sekolah’

Penaung Kelab, Datuk Mohd

Rahimi Rejab sendiri turut sama

dalam sesi ‘turun ke sekolah’ itu.

Beliau yang juga Setiausaha

Sulit Kanan Menteri Wilayah

Persekutuan berkata, golongan

remaja khususnya para pelajar

harus diberi pendedahan secukupnya

mengenai kelab tersebut.

“Kelab ini merupakan platform

yang baik untuk para remaja,

khususnya golongan pelajar yang

berminat dan berbakat dalam bidang

penulisan serta cabang-cabang

seni lain mengasah kebolehan

mereka,” kata beliau ketika

ditemui oleh portal MyPutrajayaNews

ketika melawat Sekolah

Menengah Kebangsaan Putrajaya

Presint 14 (1) baru-baru ini.

Pengerusi Kelab, Nizam Suboh

pula berkata, pihaknya kini sedang

merancang untuk mengadakan

beberapa aktiviti untuk faedah

ahli, terutama pada musim

cuti sekolah akan datang.

“Setakat ini kami telah mengadakan

bengkel asas penulisan

berita dan teknik fofografi pada

penghujung Jun lalu. Satu lagi

bengkel seumpamanya dirancang

akan diadakan pada bulan

ini,” katanya.

Kepada remaja-remaja yang

berminat menyertai kelab ini

Nizam berkata, mereka bolehlah

melengkapkan borang keahlian

yang boleh diakses di: http://

myputrajayanews.com/kelabwartawan-muda-putrajaya/

Keahlian kelab dibuka secara

percuma kepada semua pelajar

dan golongan belia yang berumur

antara 16 hingga 25 tahun dan

tinggal di Putrajaya.

BENGKEL ASAS

FOTOGRAFI SIRI 1

Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya, dengan kerjasama Kementerian Wilayah

Persekutuan akan menganjurkan Bengkel Asas Fotografi Siri 1 pada 1 November 2014.

Bengkel ini merupakan satu lagi insiatif Kelab untuk berkongsi ilmu dengan warga Putrajaya.

Sebelum ini Kelab telah menganjurkan Bengkel Asas Kewartawanan dan Fotografi kepada

ahli-ahlinya.

Untuk Bengkel Asas Fotografi Siri 1 ini, penyertaan dibuka kepada semua warga Putrajaya.

Bagaimanapun ia TERHAD kepada 100 peserta sahaja dan setiap peserta hendaklah

membawa kamera DSLR atau kamera digitalnya sendiri.

Penganjur akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing peserta

dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Butiran lain mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 November 2014

Masa: 2.00 petang hingga 6.30 petang

Tempat: Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan

Bagi anda yang berminat, sila dapatkan borang di pejabat

MyPutrajayaNews, Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Tel : 03 8893 1505 Atau emel ke: : bengkel@myputrajayanews.com

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!