07 Page 11-15

30.12.2015 Views

SEKOLAHKE OKTOBER 2014 14 SEKOLAH Kidzania - SKPP 5 (1) Jalin Kerjasama Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi SKP PRESINT 9 (1) TEMPAT KELIMA PERINGKAT KEBANGASAAN PRESINT 5 – Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching telah menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Media Program Kerjaya dan Lakon Peranan Interaktif ‘Kidzania Go!’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 5 (1), baru-baru ini. Kidzania Kuala Lumpur mewujudkan program Kerjaya dan Lakon Peranan Interaktif ‘Kidzania Go!’ untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menjalani kehidupan berdikari dan memahami kerjaya golongan dewasa. Mary Yap dalam ucapannya berkata, program berkenaan telah berjaya dilaksanakan kepada 15,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara. “Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar berumur 10 hingga 12 mengenai beberapa asas kerjaya yang terpilih. “Terdapat empat aktiviti yang disediakan kepada mereka iaitu pusat pemilihan pemain bola keranjang Dutch Lady, rancangan televisyen e-Heroes Mitsubishi, pusat internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan kedai cermin mata Hoya Lens,” katanya. Beliau berkata, bagi membolehkan pelajar memahami asas yang diperlukan untuk menjawat jawatan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut, pembelajaran akan disampaikan melalui konsep lakon-peranan yang interaktif. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Rusni Ab Jalil. PRESINT 9 – Berjaya meletakkan diri di kelompok lima teratas daripada 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 sudah memadai buat pasukan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1). Jurulatih Kompang Formasi SKP Presint 9 (1), Mohd Rizal Omar berkata, pencapaian yang diraih sudah cukup untuk membuatkan hatinya berasa terharu. “Saingan yang diberikan oleh pasukan kami cukup hebat namun hanya beberapa faktor kecil menjarakkan markah SKP Presint 9 (1) dengan kedudukan tempat pertama,” katanya. Tambahnya lagi, beliau berharap pada pertandingan akan datang pasukannya mampu melakukan lebih baik dalam usaha menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1 yang tampil sebagai wakil tuan rumah telah memanfaatkan kelebihan ditempat sendiri apabila berjaya meraih tempat pertama pada kejohanan yang berlangsung di Mall of Medini, Nusajaya, Johor baru-baru ini. Mahu menguji kebolehan anda ber’selfie’? Kalau ‘ya’, cuba sahut cabaran kami ini. Siapa tahu, anda benarbenar hebat dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan! Pertandingan ini dianjurkan oleh MyPutrajayaNews, bermula dari 5 Oktober 2014 hingga 1 Disember 2014. Untuk menyertainya anda cuma perlu: 1. Rakamkan gambar selfie di sekitar Putrajaya. 2. Hantarkan gambar berkenaan kepada inbox FB MyPutrajayaNews (https://www.facebook.com/myputrajayanews). Hanya SATU gambar sahaja perlu dihantar untuk setiap satu penyertaan. 3. Hanya gambar yang asli sahaja akan diterima. Jika pihak juri mendapat gambar yang dihantar tidak asli/diubahsuai, dan/atau mempunyai unsur-unsur ciplak, penyertaan akan dibatalkan. 4. Sila ‘like’ FB MyPutrajayaNews. 5. Gambar-gambar selfie yang dihantar akan dipaparkan di FB dan portal MyPutrajayaNews. 6. Gambar yang mendapat ‘like’ terbanyak daripada pengunjung FB MyPutrajayaNews akan dikira sebagai pemenang. Sebarang pertanyaan hubungi:- MyPutrajayaNews Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel : 03 8893 1505 Emel : pertandinganselfie@myputrajayanews.com Hadiah Utama Hadiah ke-3 Hadiah ke-2 • Hadiah Utama : 1 x Kamera SJ400K (WiFi) • Hadiah Ke-2 : 1 x Lenovo IdeaTab A1000 • Hadiah Ke-3 : 1 x Telefon Bimbit Lenovo A269i • Saguhati : 10 x Aksesori telefon bimbit Syarat penyertaan: • Terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja. • Tiada had umur penyertaan. • Tarikh tutup: 1 Disember 2014. • Keputusan adalah muktamad. Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

15 OKTOBER 2014 WARTAWAN MUDA Mohd Rahimi (dua dari kanan) sedang bertukar pendapat mengenai Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya bersama guru-guru SMKP Presint 14 (1). Sebagai usaha menggalakkan lagi penyertaan golongan remaja dalam Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya yang mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan tiga bulan lalu, para peneraju dan penggerak kelab tersebut kini mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya bagi menerangkan secara lebih jelas faedah-faedah menyertai kelab berkenaan kepada kumpulan sasaran. Ternyata usaha itu berbaloi kerana kunjungan mereka disambut baik oleh pihak sekolah dan para pelajar. Inisiatif ‘turun ke sekolah’ itu diadakan oleh pihak kelab dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Kelab Wartawan dan Karyawan Muda ‘Turun ke Sekolah’ Penaung Kelab, Datuk Mohd Rahimi Rejab sendiri turut sama dalam sesi ‘turun ke sekolah’ itu. Beliau yang juga Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, golongan remaja khususnya para pelajar harus diberi pendedahan secukupnya mengenai kelab tersebut. “Kelab ini merupakan platform yang baik untuk para remaja, khususnya golongan pelajar yang berminat dan berbakat dalam bidang penulisan serta cabang-cabang seni lain mengasah kebolehan mereka,” kata beliau ketika ditemui oleh portal MyPutrajayaNews ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) baru-baru ini. Pengerusi Kelab, Nizam Suboh pula berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti untuk faedah ahli, terutama pada musim cuti sekolah akan datang. “Setakat ini kami telah mengadakan bengkel asas penulisan berita dan teknik fofografi pada penghujung Jun lalu. Satu lagi bengkel seumpamanya dirancang akan diadakan pada bulan ini,” katanya. Kepada remaja-remaja yang berminat menyertai kelab ini Nizam berkata, mereka bolehlah melengkapkan borang keahlian yang boleh diakses di: http:// myputrajayanews.com/kelabwartawan-muda-putrajaya/ Keahlian kelab dibuka secara percuma kepada semua pelajar dan golongan belia yang berumur antara 16 hingga 25 tahun dan tinggal di Putrajaya. BENGKEL ASAS FOTOGRAFI SIRI 1 Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya, dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Bengkel Asas Fotografi Siri 1 pada 1 November 2014. Bengkel ini merupakan satu lagi insiatif Kelab untuk berkongsi ilmu dengan warga Putrajaya. Sebelum ini Kelab telah menganjurkan Bengkel Asas Kewartawanan dan Fotografi kepada ahli-ahlinya. Untuk Bengkel Asas Fotografi Siri 1 ini, penyertaan dibuka kepada semua warga Putrajaya. Bagaimanapun ia TERHAD kepada 100 peserta sahaja dan setiap peserta hendaklah membawa kamera DSLR atau kamera digitalnya sendiri. Penganjur akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing peserta dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Butiran lain mengenai bengkel ini adalah seperti berikut: Tarikh : 1 November 2014 Masa: 2.00 petang hingga 6.30 petang Tempat: Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan Bagi anda yang berminat, sila dapatkan borang di pejabat MyPutrajayaNews, Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel : 03 8893 1505 Atau emel ke: : bengkel@myputrajayanews.com Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

SEKOLAHKE OKTOBER

2014 14

SEKOLAH

Kidzania - SKPP 5 (1)

Jalin Kerjasama

Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

SKP PRESINT 9 (1)

TEMPAT KELIMA

PERINGKAT KEBANGASAAN

PRESINT 5 – Timbalan Menteri

Pendidikan I, Datuk Mary Yap

Kain Ching telah menyempurnakan

perasmian Majlis Pelancaran

Media Program Kerjaya

dan Lakon Peranan Interaktif

‘Kidzania Go!’ yang diadakan di

Sekolah Kebangsaan Putrajaya

Presint (SKPP) 5 (1), baru-baru

ini.

Kidzania Kuala Lumpur mewujudkan

program Kerjaya dan Lakon

Peranan Interaktif ‘Kidzania

Go!’ untuk memberi peluang kepada

kanak-kanak menjalani kehidupan

berdikari dan memahami

kerjaya golongan dewasa.

Mary Yap dalam ucapannya berkata,

program berkenaan telah

berjaya dilaksanakan kepada

15,000 pelajar sekolah rendah di

seluruh negara.

“Program ini akan memberi

pendedahan kepada pelajar berumur

10 hingga 12 mengenai beberapa

asas kerjaya yang terpilih.

“Terdapat empat aktiviti yang

disediakan kepada mereka iaitu

pusat pemilihan pemain bola keranjang

Dutch Lady, rancangan

televisyen e-Heroes Mitsubishi,

pusat internet Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia

dan kedai cermin mata Hoya

Lens,” katanya.

Beliau berkata, bagi membolehkan

pelajar memahami asas

yang diperlukan untuk menjawat

jawatan yang berkaitan dengan

aktiviti tersebut, pembelajaran

akan disampaikan melalui konsep

lakon-peranan yang interaktif.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah

Pendidikan Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan Putrajaya,

Rusni Ab Jalil.

PRESINT 9 – Berjaya meletakkan

diri di kelompok

lima teratas daripada 16 pasukan

yang mengambil bahagian

dalam Pertandingan

Paluan Kompang dan Formasi

Sekolah Rendah Peringkat

Kebangsaan 2014 sudah

memadai buat pasukan Sekolah

Kebangsaan Putrajaya

Presint 9 (1).

Jurulatih Kompang Formasi

SKP Presint 9 (1), Mohd Rizal

Omar berkata, pencapaian

yang diraih sudah cukup untuk

membuatkan hatinya berasa

terharu.

“Saingan yang diberikan oleh

pasukan kami cukup hebat namun

hanya beberapa faktor kecil

menjarakkan markah SKP

Presint 9 (1) dengan kedudukan

tempat pertama,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap

pada pertandingan akan

datang pasukannya mampu

melakukan lebih baik dalam

usaha menaikkan nama sekolah

di peringkat kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan Bandar

Tenggara 1 yang tampil sebagai

wakil tuan rumah telah

memanfaatkan kelebihan ditempat

sendiri apabila berjaya

meraih tempat pertama pada

kejohanan yang berlangsung di

Mall of Medini, Nusajaya, Johor

baru-baru ini.

Mahu menguji kebolehan

anda ber’selfie’? Kalau ‘ya’,

cuba sahut cabaran kami ini.

Siapa tahu, anda benarbenar

hebat dan berpeluang

memenangi hadiah yang

ditawarkan!

Pertandingan ini dianjurkan

oleh MyPutrajayaNews,

bermula dari 5 Oktober 2014

hingga 1 Disember 2014.

Untuk menyertainya anda cuma perlu:

1. Rakamkan gambar selfie di sekitar Putrajaya.

2. Hantarkan gambar berkenaan kepada inbox FB MyPutrajayaNews

(https://www.facebook.com/myputrajayanews). Hanya SATU

gambar sahaja perlu dihantar untuk setiap satu penyertaan.

3. Hanya gambar yang asli sahaja akan diterima. Jika pihak juri

mendapat gambar yang dihantar tidak asli/diubahsuai, dan/atau

mempunyai unsur-unsur ciplak, penyertaan akan dibatalkan.

4. Sila ‘like’ FB MyPutrajayaNews.

5. Gambar-gambar selfie yang dihantar akan dipaparkan di FB dan

portal MyPutrajayaNews.

6. Gambar yang mendapat ‘like’ terbanyak daripada pengunjung FB

MyPutrajayaNews akan dikira sebagai pemenang.

Sebarang pertanyaan hubungi:-

MyPutrajayaNews

Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Tel : 03 8893 1505 Emel : pertandinganselfie@myputrajayanews.com

Hadiah Utama

Hadiah ke-3

Hadiah ke-2

• Hadiah Utama : 1 x Kamera SJ400K (WiFi)

• Hadiah Ke-2 : 1 x Lenovo IdeaTab A1000

• Hadiah Ke-3 : 1 x Telefon Bimbit Lenovo A269i

• Saguhati : 10 x Aksesori telefon bimbit

Syarat penyertaan:

• Terbuka kepada warga negara

Malaysia sahaja.

• Tiada had umur penyertaan.

• Tarikh tutup: 1 Disember 2014.

• Keputusan adalah muktamad.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!