30.12.2015 Views

07 Page 11-15

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

112014

OKTOBER

PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Mohd Emil

Patriotisme Dan Kreativiti

Pelajar Terserlah - Ketua Juri

PUTRAJAYA – Pertandingan

Menghiasi

Bilik Darjah untuk

sekolah-sekolah

di Putrajaya

yang kini sedang

menghampiri

kemuncaknya

bukan sahaja

berjaya menyemarakkan

nilainilai

patriotisme di

kalangan pelajar tetapi

juga menyerlahkan kreativiti

mereka.

Demikian kata Mohd Emil Azril

Bahari Mohd Noor, dari Persatuan

Sejarah Kuala Lumpur yang merupakan

ketua panel juri pertandingan

tersebut ketika diminta mengulas

mengenai pertandingan itu.

Menurut beliau, pihak juri amat

berpuas hati dengan komitmen

yang ditunjukkan oleh sekolahsekolah

yang menyertai pertandingan

itu.

“Ada kelas-kelas yang cukup

menyerlah dan melangkau jangkaan

para juri.

“Beberapa kelas misalnya, sanggup

membina arca, pondok, sudut

sejarah dan sebagainya yang

menggambarkan kesungguhan

pelajar-pelajarnya,” kata beliau.

Menurut Mohd Emil Azril Bahari

lagi, semangat patriotisme yang

tinggi di kalangan pelajar turut

diterjemahkan melalui persembahan-persembahan

sama ada

dalam bentuk lakonan, nyanyian,

sajak, dikir-barat dan lain-lain yang

diadakan di hadapan juri.

“Lebih menarik lagi ada juga

pelajar yang berani berhadapan

dengan pihak juri dan walaupun

diasak dengan pelbagai soalan

mengenai kemerdekaan dan sejarah

mereka dapat menjawab dengan

baik,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata

ada juga sebilangan kecil kelas

yang persembahannya sekadar

untuk memenuhi penyertaan sahaja.

“Selain itu ada kelas-kelas yang

tidak dihias mengikut tema yang

ditetapkan.

“Tetapi secara keseluruhan panel

juri berpendapat pertandingan

ini berjaya mencapai matlamat

yang disasarkan oleh penganjur,”

katanya.

Pertandingan yang melibatkan

23 buah sekolah di Putrajaya itu

dianjurkan oleh UMNO Bahagian

Putrajaya dengan kerjasama Kementerian

Wilayah Persekutuan

dan Jabatan Pendidikan Wiayah

Persekutuan Putrajaya. Ia merupakan

salah satu usaha menyemarakkan

suasana sambutan Hari

Kemerdekaan ke-57 dan menyuntik

nilai-nilai patriotik di kalangan

pelajar

Hadiah lumayan disediakan oleh

penganjur di mana pemenang pertama

kategori Kelas Terbaik bagi

peringkat sekolah rendah dan sekolah

menengah masing-masing

akan memenangi RM5,000, diikuti

RM3,000 untuk tempat kedua dan

RM2,000 bagi tempat ketiga.

Jumlah hadiah yang sama juga

akan diberikan kepada pemenang

tempat pertama, kedua dan ketiga

kategori Sekolah Terbaik.

Penganjur turut menyediakan

hadiah untuk lima pemenang tempat

keempat Kelas Terbaik kedua-dua

kategori sekolah rendah

dan sekolah menengah, di mana

setiap pemenang akan mendapat

RM500.

50 hadiah sagu hati bagi setiap

kategori Kelas Terbaik pula akan

menerima RM200 setiap satu.

Persatuan Sejarah Kuala

Lumpur dilantik sebagai juri untuk

mengadili pertandingan itu.

Panel juri sedang mengira markah.

Satu lagi sesi pengiraan markah oleh panel juri.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

PERTANDINGAN

MENGHIAS KELAS

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-57

OKTOBER

12

2014

Sekolah-sekolah yang

mengambil bahagian:-

Sekolah Rendah

1. SK Putrajaya Presint 5(1)

2. SK Putrajaya Presint 8(1)

3. SK Putrajaya Presint 8(2)

4. SK Putrajaya Presint 9(1)

5. SK Putrajaya Presint 9(2)

6. SK Putrajaya Presint 11(1)

7. SK Putrajaya Presint 11(2)

8. SK Putrajaya Presint 11(3)

9. SK Putrajaya Presint 14(1)

10. SK Putrajaya Presint 16(1)

11. SK Putrajaya Presint 16(2)

12. SK Putrajaya Presint 18(1)

13. SK Putrajaya Presint 18(2)

Sekolah Menengah

1. SMK Putrajaya Presint 5(1)

2. SMK Putrajaya Presint 8(1)

3. SMK Putrajaya Presint 9(1)

4. SMK Putrajaya Presint 9(2)

5. SMK Putrajaya Presint 11(1)

6. SMK Putrajaya Presint 11(2)

7. SMKA Putrajaya

8. SMK Putrajaya Presint 14(1)

9. SMK Putrajaya Presint 16(1)

10. SMK Putrajaya Presint 18(1)

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

132014

OKTOBER

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

SEKOLAHKE OKTOBER

2014 14

SEKOLAH

Kidzania - SKPP 5 (1)

Jalin Kerjasama

Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

SKP PRESINT 9 (1)

TEMPAT KELIMA

PERINGKAT KEBANGASAAN

PRESINT 5 – Timbalan Menteri

Pendidikan I, Datuk Mary Yap

Kain Ching telah menyempurnakan

perasmian Majlis Pelancaran

Media Program Kerjaya

dan Lakon Peranan Interaktif

‘Kidzania Go!’ yang diadakan di

Sekolah Kebangsaan Putrajaya

Presint (SKPP) 5 (1), baru-baru

ini.

Kidzania Kuala Lumpur mewujudkan

program Kerjaya dan Lakon

Peranan Interaktif ‘Kidzania

Go!’ untuk memberi peluang kepada

kanak-kanak menjalani kehidupan

berdikari dan memahami

kerjaya golongan dewasa.

Mary Yap dalam ucapannya berkata,

program berkenaan telah

berjaya dilaksanakan kepada

15,000 pelajar sekolah rendah di

seluruh negara.

“Program ini akan memberi

pendedahan kepada pelajar berumur

10 hingga 12 mengenai beberapa

asas kerjaya yang terpilih.

“Terdapat empat aktiviti yang

disediakan kepada mereka iaitu

pusat pemilihan pemain bola keranjang

Dutch Lady, rancangan

televisyen e-Heroes Mitsubishi,

pusat internet Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia

dan kedai cermin mata Hoya

Lens,” katanya.

Beliau berkata, bagi membolehkan

pelajar memahami asas

yang diperlukan untuk menjawat

jawatan yang berkaitan dengan

aktiviti tersebut, pembelajaran

akan disampaikan melalui konsep

lakon-peranan yang interaktif.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah

Pendidikan Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan Putrajaya,

Rusni Ab Jalil.

PRESINT 9 – Berjaya meletakkan

diri di kelompok

lima teratas daripada 16 pasukan

yang mengambil bahagian

dalam Pertandingan

Paluan Kompang dan Formasi

Sekolah Rendah Peringkat

Kebangsaan 2014 sudah

memadai buat pasukan Sekolah

Kebangsaan Putrajaya

Presint 9 (1).

Jurulatih Kompang Formasi

SKP Presint 9 (1), Mohd Rizal

Omar berkata, pencapaian

yang diraih sudah cukup untuk

membuatkan hatinya berasa

terharu.

“Saingan yang diberikan oleh

pasukan kami cukup hebat namun

hanya beberapa faktor kecil

menjarakkan markah SKP

Presint 9 (1) dengan kedudukan

tempat pertama,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap

pada pertandingan akan

datang pasukannya mampu

melakukan lebih baik dalam

usaha menaikkan nama sekolah

di peringkat kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan Bandar

Tenggara 1 yang tampil sebagai

wakil tuan rumah telah

memanfaatkan kelebihan ditempat

sendiri apabila berjaya

meraih tempat pertama pada

kejohanan yang berlangsung di

Mall of Medini, Nusajaya, Johor

baru-baru ini.

Mahu menguji kebolehan

anda ber’selfie’? Kalau ‘ya’,

cuba sahut cabaran kami ini.

Siapa tahu, anda benarbenar

hebat dan berpeluang

memenangi hadiah yang

ditawarkan!

Pertandingan ini dianjurkan

oleh MyPutrajayaNews,

bermula dari 5 Oktober 2014

hingga 1 Disember 2014.

Untuk menyertainya anda cuma perlu:

1. Rakamkan gambar selfie di sekitar Putrajaya.

2. Hantarkan gambar berkenaan kepada inbox FB MyPutrajayaNews

(https://www.facebook.com/myputrajayanews). Hanya SATU

gambar sahaja perlu dihantar untuk setiap satu penyertaan.

3. Hanya gambar yang asli sahaja akan diterima. Jika pihak juri

mendapat gambar yang dihantar tidak asli/diubahsuai, dan/atau

mempunyai unsur-unsur ciplak, penyertaan akan dibatalkan.

4. Sila ‘like’ FB MyPutrajayaNews.

5. Gambar-gambar selfie yang dihantar akan dipaparkan di FB dan

portal MyPutrajayaNews.

6. Gambar yang mendapat ‘like’ terbanyak daripada pengunjung FB

MyPutrajayaNews akan dikira sebagai pemenang.

Sebarang pertanyaan hubungi:-

MyPutrajayaNews

Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Tel : 03 8893 1505 Emel : pertandinganselfie@myputrajayanews.com

Hadiah Utama

Hadiah ke-3

Hadiah ke-2

• Hadiah Utama : 1 x Kamera SJ400K (WiFi)

• Hadiah Ke-2 : 1 x Lenovo IdeaTab A1000

• Hadiah Ke-3 : 1 x Telefon Bimbit Lenovo A269i

• Saguhati : 10 x Aksesori telefon bimbit

Syarat penyertaan:

• Terbuka kepada warga negara

Malaysia sahaja.

• Tiada had umur penyertaan.

• Tarikh tutup: 1 Disember 2014.

• Keputusan adalah muktamad.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

15 OKTOBER

2014

WARTAWAN

MUDA

Mohd Rahimi (dua dari kanan) sedang bertukar pendapat mengenai Kelab Karyawan dan Wartawan Muda Putrajaya bersama guru-guru SMKP Presint 14 (1).

Sebagai usaha menggalakkan

lagi penyertaan golongan remaja

dalam Kelab Karyawan dan

Wartawan Muda Putrajaya yang

mendapat sambutan hangat sejak

dilancarkan tiga bulan lalu,

para peneraju dan penggerak

kelab tersebut kini mengadakan

kunjungan ke sekolah-sekolah

di sekitar Putrajaya bagi menerangkan

secara lebih jelas

faedah-faedah menyertai kelab

berkenaan kepada kumpulan

sasaran.

Ternyata usaha itu berbaloi kerana

kunjungan mereka disambut

baik oleh pihak sekolah dan para

pelajar.

Inisiatif ‘turun ke sekolah’ itu diadakan

oleh pihak kelab dengan

kerjasama Kementerian Wilayah

Persekutuan.

Kelab Wartawan dan Karyawan Muda

‘Turun ke Sekolah’

Penaung Kelab, Datuk Mohd

Rahimi Rejab sendiri turut sama

dalam sesi ‘turun ke sekolah’ itu.

Beliau yang juga Setiausaha

Sulit Kanan Menteri Wilayah

Persekutuan berkata, golongan

remaja khususnya para pelajar

harus diberi pendedahan secukupnya

mengenai kelab tersebut.

“Kelab ini merupakan platform

yang baik untuk para remaja,

khususnya golongan pelajar yang

berminat dan berbakat dalam bidang

penulisan serta cabang-cabang

seni lain mengasah kebolehan

mereka,” kata beliau ketika

ditemui oleh portal MyPutrajayaNews

ketika melawat Sekolah

Menengah Kebangsaan Putrajaya

Presint 14 (1) baru-baru ini.

Pengerusi Kelab, Nizam Suboh

pula berkata, pihaknya kini sedang

merancang untuk mengadakan

beberapa aktiviti untuk faedah

ahli, terutama pada musim

cuti sekolah akan datang.

“Setakat ini kami telah mengadakan

bengkel asas penulisan

berita dan teknik fofografi pada

penghujung Jun lalu. Satu lagi

bengkel seumpamanya dirancang

akan diadakan pada bulan

ini,” katanya.

Kepada remaja-remaja yang

berminat menyertai kelab ini

Nizam berkata, mereka bolehlah

melengkapkan borang keahlian

yang boleh diakses di: http://

myputrajayanews.com/kelabwartawan-muda-putrajaya/

Keahlian kelab dibuka secara

percuma kepada semua pelajar

dan golongan belia yang berumur

antara 16 hingga 25 tahun dan

tinggal di Putrajaya.

BENGKEL ASAS

FOTOGRAFI SIRI 1

Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya, dengan kerjasama Kementerian Wilayah

Persekutuan akan menganjurkan Bengkel Asas Fotografi Siri 1 pada 1 November 2014.

Bengkel ini merupakan satu lagi insiatif Kelab untuk berkongsi ilmu dengan warga Putrajaya.

Sebelum ini Kelab telah menganjurkan Bengkel Asas Kewartawanan dan Fotografi kepada

ahli-ahlinya.

Untuk Bengkel Asas Fotografi Siri 1 ini, penyertaan dibuka kepada semua warga Putrajaya.

Bagaimanapun ia TERHAD kepada 100 peserta sahaja dan setiap peserta hendaklah

membawa kamera DSLR atau kamera digitalnya sendiri.

Penganjur akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing peserta

dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Butiran lain mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 November 2014

Masa: 2.00 petang hingga 6.30 petang

Tempat: Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan

Bagi anda yang berminat, sila dapatkan borang di pejabat

MyPutrajayaNews, Tingkat 9, Blok 1, Menara Sri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Tel : 03 8893 1505 Atau emel ke: : bengkel@myputrajayanews.com

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!