30.12.2015 Views

06 Page 10

• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MIMBAR

OKTOBER

10

2014

1,000 Hadiri Solat Hajat

PRESINT 3 – Hampir 1000

jemaah dari sekitar Putrajaya

menghadiri Majlis Solat

Hajat dan Bacaan Yasin

Wilayah Persekutuan Putrajaya

2014 yang dianjurkan

oleh Masjid Tuanku

Mizan Zainal Abidin bersama

Perbadanan Putrajaya

(PPj) baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung

di Dewan Solat Masjid

Tuanku Mizan Zainal

Abidin dan dipimpin oleh

Imam Abdullah Ahmad itu

dimulakan dengan solat

Maghrib berjemaah diikuti

solat hajat, bacaan Yasin

dan doa serta solat Isyak

sebelum jamuan makan

malam.

Turut hadir Presiden

PPj, Tan Sri Aseh Che Mat

dan pelajar-pelajar sekolah

sekitar Putrajaya.

Pada majlis itu, Imam Abdullah

turut membacakan

doa khas buat para pelajar

yang akan menghadapi

peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia dan PT3 tidak

lama lagi.

Jemaah yang hadir turut diberikan naskhah Surah

Yasin oleh penganjur.

Solat hajat dipimpin oleh Imam Abdullah Ahmad.

Sebahagian daripada muslimah yang hadir.

67 Peserta Hadiri Kursus Urus Jenazah

berita ringkas

Para peserta sedang mendengar penerangan daripada pembimbing kursus

PRESINT 9 – 67 peserta yang

terdiri daripada ahli Badan

Kebajikan Mutiara Putrajaya

(BKMP) dan penduduk sekitar

telah menghadiri Kursus Pengurusan

Jenazah yang telah

diadakan di Surau An-Najah,

di sini baru-baru ini.

Setiausaha BKMP, Norehan

Ibrahim, berkata kursus

itu bertujuan untuk memberi

kefahaman dan pengetahuan

kepada orang ramai tentang

pengurusan jenazah secara

menyeluruh.

“Penganjuran kursus se-

perti ini dapat membantu orang

ramai mendapatkan kemahiran

secara amali tentang cara

menguruskan jenazah.

“Selain dapat membina kesedaran

terhadap pentingnya

kewajipan fardu kifayah kepada

orang ramai, kursus ini juga

dapat mengeratkan hubungan

sesama ahli dengan penduduk

sekitar,” katanya kepada .

Norehan berkata, ini merupakan

kali pertama kursus

ini dianjurkan oleh BKMP, dan

berikutan sambutan yang baik,

pihaknya akan mengadakan

Norehan

lagi kursus ini pada masa

akan datang.

Kursus disampaikan

oleh Pegawai Pemandi

Jenazah dan Urusan Kafan

Masjid Putra, Ustaz Lokman

Mohd Husni.

Daurah Khususiah di ‘Masjid Besi’

Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal

Abidin (MTMZA) Putrajaya, pada 17, 18 dan 19

Oktober ini akan berlangsung program Daurah

Khususiah bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Al-Makki. Program yang bermula dari jam

7 pagi hingga 10 malam itu hanya terhad kepada

200 orang. Bayaran pendataran RM100

dikenakan. Pihak penganjur menyediakan

kitab, beg, fail, sijil dan juga makanan. Yang

berminat bolehlah berhubung dengan Pejabat

Pentadbiran MTMZA, tel: 03 88804300 atau

layari http://www.masjidtuankumizan.gov.my

Wacana Perbandingan Agama

bersama Ustaz Daniel

Pada 23 September lalu berlangsung Wacana

Perbandingan Agama Siri 3/2004 di Auditorium

Ibn Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Panel

bagi wacana yang berlangsung dari pukul 8.30

pagi hingga 4.30 petang itu ialah Ustaz Daniel

Hakim Boey.

Kuliah Harian Selepas Maghrib

di Surau Al-Muhajirin

Surau Al-Muhajirin Presint 9 di Jalan P9G1

mengadakan sesi kuliah yang mencakup pelbagai

bidang ilmu keagamaan selepas setiap

solat Maghrib. Pengerusi Surau berkenaan,

Azmi Mohd berkata, kuliah itu disampaikan

oleh penceramah-penceramah tetap dan jemputan.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

06 Page 10-11.indd 10 10/21/14 3:35 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!